vesel – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 30 Mar 2026 03:37:54 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png vesel – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Vesel nelayan ditahan, guna kru tanpa permit sah https://sabahmedia.com/2026/03/30/vesel-nelayan-ditahan-guna-kru-tanpa-permit-sah/ https://sabahmedia.com/2026/03/30/vesel-nelayan-ditahan-guna-kru-tanpa-permit-sah/#respond Mon, 30 Mar 2026 03:37:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=93992
Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan menahan sebuah Vesel Nelayan Tempatan (VNT) yang menggaji kru tanpa permit sah dalam rondaan rutin kira-kira 0.70 batu nautika di utara Pulau Manukan, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P. Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, penahanan dibuat hasil pemantauan ke atas pergerakan bot yang mencurigakan sebelum pasukan penguat kuasa bertindak melakukan pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati seramai 12 kru termasuk nakhoda berada di atas vesel berkenaan, dengan lima daripadanya disyaki melanggar Akta Imigresen 1959/63 kerana menggunakan Pas Lawatan Sosial tanpa permit kerja yang sah.

Menurutnya, bot tersebut turut disyaki melanggar Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana beroperasi tanpa jumlah kru mencukupi seperti ditetapkan pihak pelabuhan.

“Kesemua kru berusia antara 21 hingga 54 tahun dan merupakan warganegara Indonesia. Bot bersama kru kemudiannya diiring masuk ke jeti untuk siasatan lanjut.

“Maritim Malaysia turut menyita vesel berkenaan dengan anggaran nilai rampasan keseluruhan mencecah RM2 juta.

“Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang, khususnya melibatkan kesalahan imigresen dan keselamatan pelayaran.

“Tindakan tegas akan diambil bagi memastikan perairan negara sentiasa selamat dan terkawal,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau turut menggesa orang ramai supaya menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan di laut kepada pihak berkuasa.

Sebarang maklumat boleh disalurkan ke Pusat Operasi Maritim Negeri Sabah dan W.P. Labuan di talian 088-387774 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/30/vesel-nelayan-ditahan-guna-kru-tanpa-permit-sah/feed/ 0 93992
Sabah Berkuasa Bagi Urusan Pengeluaran Permit,Lesen Laut Dalam https://sabahmedia.com/2021/12/04/sabah-berkuasa-bagi-urusan-pengeluaran-permitlesen-laut-dalam/ https://sabahmedia.com/2021/12/04/sabah-berkuasa-bagi-urusan-pengeluaran-permitlesen-laut-dalam/#respond Sat, 04 Dec 2021 07:08:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9304
Read Time:2 Minute, 38 Second

KOTA KINABALU : Sabah kini mempunyai kuasa autonomi untuk melaksanakan urusan pengeluaran permit dan lesen laut dalam bagi vesel penangkapan ikan zon C2.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Seri  Dr Ronald Kiandee berkata, pemberian kuasa ini bermula dengan penerimaan permohonan, pengauditan, penilaian, kelulusan permohonan sehingga pengeluaran permit dan lesen vesel serta peralatan penangkapan ikan laut zon C2.

Katanya, ia juga tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan secara bersama.

“berikutan Mesyuarat Majlis Khas Mengenai Perjanjian Malaysia 1963 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri pada 18 Oktober 2021, beliau bersetuju memberi kuasa kepada Pengarah Jabatan Perikanan Sabah dan Pengarah Jabatan Perikanan Laut Sarawak untuk melaksanakan urusan terbabit.

“Sebagaimana semua sedia maklum, buat masa ini, pengeluaran lesen vesel dan peralatan menangkap ikan laut dalam di Sabah dilaksanakan melalui perwakilan kuasa oleh Ketua Pengarah Perikanan menurut Akta Perikanan 1985 [Akta 317] kepada Pengarah Perikanan Negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi taklimat mengenai Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerajaan di sini, hari ini.

Dr Ronald berkata, kementeriannya juga sentiasa bersedia mengadakan sesi libat urus dengan kerajaan negeri supaya kepentingan pengurusan sektor perikanan Sabah diambil kira dalam cadangan penambahbaikan kepada Akta Perikanan 1985 [Akta 317] yang mana ia akan dilaksanakan setelah kajian berkenaan penambahbaikan tersebut dimuktamadkan.

Beliau turut berharap agar keputusan bersama ini dapat memanfaatkan kedua-dua pihak kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri khususnya dari segi pengurusan sumber perikanan, keselamatan perairan dan hubungan antarabangsa. 

“Saya percaya inisiatif kerajaan melalui pemberian kuasa ini akan dapat menjaga kepentingan Sabah dan keharmonian semua sebagai Keluarga Malaysia,” katanya

Dalam pada iru, Dr Ronald berkata, pihak Sabah juga boleh melaksanakan dasar-dasar sedia ada dan dasar-dasar baharu berkaitan pengurusan perikanan yang bersesuaian dengan keperluan industri perikanan di Sabah dengan mengikut norma-norma instrumen pengurusan perikanan antarabangsa.

Katanya, bagi terus memperkasa sektor perikanan dan sektor pertanian negara secara umumnya, MAFI telah melancarkan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) yang bertujuan antara lainnya untuk meningkatkan produktiviti dan pendapatan nelayan serta penternak akuakultur.

“DAN 2.0 juga mendukung aspirasi dan hala tuju sektor agro makanan negara untuk lebih mampan, berdaya tahan dan berteknologi tinggi.

“Selain DAN 2.0, galakan penerokaan perikanan laut dalam menerusi pemodenan vesel merupakan antara usaha yang sedang dilaksanakan oleh MAFI melalui DOF di bawah Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2030 (Pelan DSMN) untuk memastikan jaminan bekalan makanan sumber protein yang berterusan,” katanya.

Baru-baru ini katanya, MAFI juga melalui Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) telah melancarkan Pelan Strategik Pembangunan Industri Tuna 2021– 2030 dan Pelan Strategik Pembangunan Industri Tuna Laut China Selatan, Laut Sulu serta Laut Sulawesi 2021 – 2030 dalam membangunkan industri tuna negara selain meningkatkan pasaran produk berasaskan tuna yang bernilai tinggi di peringkat domestik dan antarabangsa.

Menurutnya, industri perikanan Sabah mempunyai potensi pembangunan yang tinggi dan harus terus dikembangkan memandangkan pada ketika Sabahmempunyai seramai 30,486 orang nelayan yang menghasilkan sejumlah 206,703 tan metrik ikan setahun dengan nilai melebihi 1.2 bilion ringgit. 

“Dalam hal ini, saya yakin MAFI bersama-sama dengan kerajaan negeri dan Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah (MAFS) akan terus membangunkan industri perikanan Sabah sebagai salah satu hab utama perikanan di Malaysia,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/04/sabah-berkuasa-bagi-urusan-pengeluaran-permitlesen-laut-dalam/feed/ 0 9304