Video Tular – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 09 Dec 2024 13:19:52 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Video Tular – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 BBC serah kepada pihak berkuasa siasat video tular https://sabahmedia.com/2024/12/09/bbc-serah-kepada-pihak-berkuasa-siasat-video-tular/ https://sabahmedia.com/2024/12/09/bbc-serah-kepada-pihak-berkuasa-siasat-video-tular/#respond Mon, 09 Dec 2024 13:19:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=65125
Read Time:1 Minute, 30 Second

Kota Kinabalu : Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Sabah menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat video tular yang dikaitkan dengan isu perlombongan mineral membabitkan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri ini.

Pengerusinya, Datuk Dr Yusof Yacob berkata fokus BBC Gabungan Rakyat Sabah (GRS)- Pakatan Harapan (PH) Plus pada ketika ini adalah untuk memberi khidmat kepada rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

Katanya, soal video berkenaan juga tidak dibincangkan dalam mesyuarat BBC yang diadakan hari ini.

Beliau yang juga ADUN Sindumin antara yang dikaitkan dengan video tular berkenaan.

“Kita tidak membincangkan yang itu (video tular). Itu terserah kepada pihak berkuasa, fokus kita adalah memberi khidmat kepada rakyat.

“Rakyat memahami, saya ingat semua mempunyai cara berfikir yang mana masyarakat sudah mempunyai ‘level’ pendidikan yang tinggi dan boleh membuat penilaian sendiri.

“Tapi bagi kami, kita tidak terganggu dengan itu (video tular) dan kita fokus untuk membantu rakyat dan kita tahu rakyat dahagakan bantuan serta khidmat kami,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat BBC GRS-PH Plus, di sini, hari ini.

Antara yang hadir ialah ADUN Kemabong, Datuk Rubin Balang, ADUN Kuamut, Datuk Masiung Banah; ADUN Nabawan, Datuk Abdul Ghani Mohd Yassin; ADUN Liawan, Datuk Annuar Ayub dan ADUN Tanjung Papat, Datuk Frankie Poon.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai desakan pihak lawan supaya Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor meletak jawatan, Dr Yusof berkata BBC GRS-PH Plus tetap berdiri teguh di belakang Pengerusi GRS itu.

Katanya, mereka juga mengambil pendirian tidak mahu membesarkan perkara itu kerana Ketua Menteri menerima sokongan yang padu daripada ahli BBC.

“Kita tidak mahu membesarkan itu dan pendirian kita, kami di sini sebagai ADUN, berdiri ‘solid’ di belakang Ketua Menteri dan soal letak jawatan itu tidak langsung kita sentuh.

“Hajiji memang Ketua Menteri yang berwibawa yang telah diberi kepercayaan,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/09/bbc-serah-kepada-pihak-berkuasa-siasat-video-tular/feed/ 0 65125
Polis siasat video tular aksi pengambaran filem lucah https://sabahmedia.com/2023/06/15/polis-siasat-video-tular-aksi-pengambaran-filem-lucah/ https://sabahmedia.com/2023/06/15/polis-siasat-video-tular-aksi-pengambaran-filem-lucah/#respond Thu, 15 Jun 2023 07:44:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=36424
Read Time:48 Second

SANDAKAN: Polis Sandakan sedang menjalankan siasatan terhadap satu rakaman video yang tular memaparkan aksi pengambaran filem lucah di sebuah lokasi yang tidak dikenalpasti.

Menerusi rakaman video tersebut lokasi pengambaran dipercayai di kawasan tepi pantai yang berlatar belakangkan sebuah batu besar di atas permukaan air.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataannya hari ini.

Katanya, pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan telah membuat siasatan mengenai perkara tersebut dan mendapati tiada sebarang kegiatan pengambaran video lucah yang berlaku di daerah Sandakan.

Namun beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menularkan rakaman video lucah tersebut serta tidak menyimpan sebarang video lucah kerana ianya menyalahi undang-undang di negara ini dan boleh diambil tindakan di bawah Akta Kanun Keseksaan & Akta Komunikasi & Multimedia 1998.

Bagaimanapun, Abdul Fuad menyeru kepada orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut tentang lokasi kejadian tersebut boleh menyalurkannya kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/15/polis-siasat-video-tular-aksi-pengambaran-filem-lucah/feed/ 0 36424
Video tular kejadian ragut di kedai emas Kota Kinabalu disahkan lakonan dan rekaan semata-mata https://sabahmedia.com/2023/05/29/video-tular-kejadian-ragut-di-kedai-emas-kota-kinabalu-disahkan-lakonan-dan-rekaan-semata-mata/ https://sabahmedia.com/2023/05/29/video-tular-kejadian-ragut-di-kedai-emas-kota-kinabalu-disahkan-lakonan-dan-rekaan-semata-mata/#respond Mon, 29 May 2023 01:10:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=35335
Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU: Tular satu rakaman video kejadian ragut dalam kedai emas di daerah Kota Kinabalu disahkan hanya lakonan dan rekaan semata-mata.

Pemangku Ketua Polis Daerah
Kota Kinabalu, Superintenden Kalsom Idris berkata, berkaitan tersebarnya rakaman video tersebut, polis daerah Kota Kinabalu telah membuat risikan dengan menghubungi pengurus premis berkenaan bagi mendapatkan pengesahan berhubung insiden tersebut.

“Sehubungan dengan itu, pihak
pengurus premis telah mengesahkan bahawa kejadian tersebut hanyalah lakonan dan rekaan semata-mata (prank) sebagai inisiatif untuk memberi kesedaran kepada orang ramai agar sentiasa berada dalam keadaan berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling bagi mengelakkan menjadi mangsa ragut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Semalam (28 Mei) jam 2.00 petang telah tersebar satu rakaman video berdurasi 3 minit 32 saat di laman sosial menunjukkan seorang pelanggan wanita yang berada
dalam sebuah kedai emas di daerah Kota Kinabalu telah didatangi oleh seorang lelaki yang turut berada dalam premis berkenaan dan secara tiba-tiba bertindak meragut bakul berisi barang kemas yang telah dibeli oleh mangsa dari premis berkenaan sebelum melarikan diri.

Sehubungan dengan itu, polis daerah Kota Kinabalu telah meminta agar pengurus premis berkenaan membuat laporan polis bagi mengesahkan insiden dalam rakaman video tersebut hanyalah lakonan semata-mata serta memberi penjelasan kepada netizen di media sosial bahawa tujuan video tersebut disebarkan bagi mengelakkan kegusaran dan ketakutan dikalangan orang ramai khususnya di daerah ini, kerana pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu sentiasa memastikan tahap keselamatan adalah terkawal dan di tahap yang baik.

Kalsom turut menasihatkan orang ramai agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi berhubung rakaman video berkenaan dan tidak mudah mempercayai sebarang isu yang disebarkan dalam media sosial
tanpa pengesahan oleh pihak yang berkenaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/29/video-tular-kejadian-ragut-di-kedai-emas-kota-kinabalu-disahkan-lakonan-dan-rekaan-semata-mata/feed/ 0 35335
Video tular peniaga ludah adunan murtabak, polis terima 3 aduan https://sabahmedia.com/2023/04/21/video-tular-peniaga-ludah-adunan-murtabak-polis-terima-3-aduan/ https://sabahmedia.com/2023/04/21/video-tular-peniaga-ludah-adunan-murtabak-polis-terima-3-aduan/#respond Fri, 21 Apr 2023 09:49:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=33196
Read Time:1 Minute, 2 Second

LABUAN: Polis Labuan mengesahkan menerima sebanyak tiga aduan berkaitan video tular seorang lelaki berkelakuan sedang mengacau adunan murtabak seakan-akan sedang meludah adunan tersebut dalam satu kejadian di Bazaar Ramadan Labuan Walk baru-baru ini.

Superintenden Ketua Polis Daerah Labuan Ahmad Jawila berkata, susulan penyebaran satu video berdurasi 12 saat di laman media sosial sejak 19 April 2023, pihak polis mengesahkan telah menerima sebanyak tiga laporan polis.

“Hasil penelitian lanjut, kejadian itu berlaku pada 19 April lalu bertempat di Bazaar Ramadan Labuan Walk W.P Labuan.

“Melalui rakaman tersebut, seorang lelaki dinyatakan sebagai penjual murtabak perisa air ludah di Bazaar Labuan Walk telah ditonton dan mendapat kecaman dari pelbagai pihak yang tidak senang dengan kejadian ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Ahmad, kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak sewenang- wenangnya menyebarkan video atau sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kegusaran terhadap masyarakat.

“Sekiranya ada mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian ini diminta agar tampil membantu siasatan atau menghubungi pegawai penyiasat kes ASP Mohd Kennedy Mat Jusoh di talian 087-412222,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/21/video-tular-peniaga-ludah-adunan-murtabak-polis-terima-3-aduan/feed/ 0 33196