Vietnam – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 01 May 2026 13:49:17 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Vietnam – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 ‘Saya hanya mampu berserah, terima kasih kepada semua .. ‘ suami kepada isteri koma di Vietnam https://sabahmedia.com/2026/05/01/saya-hanya-mampu-berserah-terima-kasih-kepada-semua-suami-kepada-isteri-koma-di-vietnam/ https://sabahmedia.com/2026/05/01/saya-hanya-mampu-berserah-terima-kasih-kepada-semua-suami-kepada-isteri-koma-di-vietnam/#respond Fri, 01 May 2026 13:43:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95931
Read Time:2 Minute, 50 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : “Mereka (Doktor) maklumkan bahawa isteri saya mungkin tidak begitu lama,” kata Jamri Herry, 40, suami kepada wanita yang dilaporkan koma di Vietnam baru-baru ini.

Isterinya, Ruhana Joseph, 34, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) kira-kira jam 6.20 petang tadi.

Jamri mengakui, perjalanan hampir enam jam dari Vietnam ke Kota Kinabalu itu penuh dengan debaran selepas bacaan oksigen jantung isterinya menurun sehingga 90.

“Pada mulanya, dia punya oksigen jantung menurun kepada 90, tetapi apabila pertengahan jalan ke Kuala Lumpur, tiba-tiba dia stabil. Alhamdulillah.

“Perjalanan selama hampir enam jam dan saya banyak berdoa, mungkin suara-suara rakyat yang banyak berdoa untuk isteri saya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah.

“Doktor sangat-sangat membantu ketika dia berada di Vietnam, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu. Terima kasih juga kepada Malaysia Airlines. Banyak membantu penerbangan saya ke sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sebaik tiba di KKIA di sini pada Sabtu.

Turut menyambut ketibaan beliau adalah Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Azrul Ibrahim.

Menceritakan lanjut mengenai tempoh isterinya menerima rawatan di negara luar, Jamru berkata, beliau hanya mampu berserah kepada Allah apabila dimaklumkan pihak hospital di Vietnam mengenai keadaan isterinya.

“Tetapi kelmarin, datang doktor kita (dari Malaysia) mereka maklumkan ini berita baik. Saya kata, kenapa? Dia ada pergerakan. Mereka nampak seperti batuk.

“Mungkin dia bukan ada strok di kepala. Kalau orang ada strok mati di kepala, dia tidak batuk. Dia ada bergoyang juga. Saya nampak juga.

“Saya selalu lap muka dia. Bila selawat bergoyang mata dia sikit. Tapi saya rasa ini mungkin refleksi otak dia,” katanya.

Beliau yang bertugas di Majlis Sukan Negeri (MSN) Sabah berkata, dia sentiasa memberi kata-kata semangat untuk isteri agar segera bangun.

“Saya beri kata semangat, supaya kami dapat balik ke Sabah. Ramai yang membantu dia untuk pulang. Jangan susah hati. Hari-hari saya cerita dia, pasal anak kami,” katanya

Sementara itu, Jamri berkata, sepanjang berada di Vietnam, dia tidak mampu menahan perasaan apabila berdepan situasi yang tidak pernah dibayangkan dalam hidupnya.

“Hanya Tuhan yang tahu selama saya di sana. Hanya saya yang alami. Sepanjang hari saya berserah dengan Allah.

“Waktu itu, ujian saya hadapi adalah kekangan duit saya untuk meneruskan perubatan isteri saya. Tapi Alhamdulilah Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menghantar bantuan kepada saya, selepas itu Datuk Azrul,” katanya.

Sejurus tiba di KKIA, Ruhana dihantar ke Hospital Queen Elizabeth II (HQEII) untuk rawatan lanjut termasuk imbasan di kepala bagi mengenal pasti punca sebenar sama ada melibatkan pendarahan atau strok.

Jamri turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang membantu memudahkan urusannya sepanjang detik sukar itu.

“Saya sangat berterima kasih kepada kerajaan negeri Sabah khususnya Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, Ketua Setiausaha Politik beiau, Datuk Azrul Ibrahim, Majlis Sukan Negeri (MSN), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan semua rakyat Sabah serta Malaysia yang mendoakan kami,” katanya.

Terdahulu, pasangan suami isteri itu tiba di Vietnam pada 16 April untuk percutian selama lima hari dan dijadualkan pulang ke tanah air pada 21 April.

Bagaimanapun, malang menimpa mereka apabila Ruhana diserang perdarahan bahagian otak menyebabkan beliau tidak sedarkan diri dan di hantar ke Hospital Nhan dan Gia Dinh, Ho Chih Minh untuk rawatan lanjut.

Pihak hospital Nhan dan Gia Dinh mengesahkan bahawa pesakit berada dalam keadaan koma dan serangan sawan akibat lonjakan aktiviti elektrik yang tiba-tiba dan tidak terkawal yang menggangu komunikasi normal antara neuron, selain memerlukan alat bantuan pernafasan.

SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/01/saya-hanya-mampu-berserah-terima-kasih-kepada-semua-suami-kepada-isteri-koma-di-vietnam/feed/ 0 95931
Kerajaan Sabah bawa pulang wanita koma di Vietnam https://sabahmedia.com/2026/04/26/kerajaan-sabah-bawa-pulang-wanita-koma-di-vietnam/ https://sabahmedia.com/2026/04/26/kerajaan-sabah-bawa-pulang-wanita-koma-di-vietnam/#respond Sun, 26 Apr 2026 11:56:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95593
Read Time:56 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah mengambil bertindak pantas bagi membantu seorang wanita yang kini berada dalam keadaan koma di Vietnam, dengan usaha membawa pulang mangsa ke tanah air bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Azrul Ibrahim berkata, beliau telah mengadakan panggilan video bersama suami mangsa Mohd Jamri Herry,40, bagi mendapatkan perkembangan terkini keadaan isterinya, Rohanna Joseph,34.

Beliau berkata, hasil perbincangan itu mendapati mangsa masih belum sedarkan diri dan memerlukan pemantauan rapi.

“Ketua Menteri telah mengarahkan Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) untuk segera menyantuni mangsa serta suaminya sebagai tanda keprihatinan kerajaan negeri terhadap kebajikan rakyat Sabah di luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran di Facebooknya di sini pada Ahad.

Susulan itu, Pengarah YKS, Datuk Diyanah Abdullah telah menghubungi suami mangsa bagi menyelaras segala keperluan termasuk proses membawa pulang pesakit ke Kota Kinabalu.

Azrul berkata, penyelarasan turut melibatkan keperluan perubatan khas serta pengiring pakar sepanjang penerbangan bagi memastikan keselamatan dan keselesaan mangsa.

“Dengan mengambil kira keadaan kesihatan semasa, penerbangan pulang dijadualkan pada 30 April 2026,” katanya.

Azrul turut memohon orang ramai mendoakan agar segala urusan dipermudahkan diberikan kesembuhan. –SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/26/kerajaan-sabah-bawa-pulang-wanita-koma-di-vietnam/feed/ 0 95593