Vivian – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 26 Nov 2025 07:15:14 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Vivian – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Saya bukan tamak hanya kerana selesai masalah luar kawasan’ – Vivian https://sabahmedia.com/2025/11/26/saya-bukan-tamak-hanya-kerana-selesai-masalah-luar-kawasan-vivian/ https://sabahmedia.com/2025/11/26/saya-bukan-tamak-hanya-kerana-selesai-masalah-luar-kawasan-vivian/#respond Wed, 26 Nov 2025 07:15:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87101
Read Time:1 Minute, 4 Second

SANDAKAN: Calon DAP bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Elopura, Vivian Wong Shir Yee menegaskan tumpuan beliau adalah terus bekerja menyelesaikan masalah rakyat, bukan melayan serangan politik atau fitnah pihak lawan.

Vivian berkata, sepanjang kempen lebih seminggu, pengundi yang ditemuinya meminta agar beliau tidak terjejas dengan serangan di media social, sebaliknya menganggapnya sebagai tanda bahawa reformasi yang dibawa telah menyentuh kepentingan tertentu.

Katanya, pemilihan calon DAP tidak berdasarkan jantina atau latar belakang, tetapi pada kesediaan mereka bekerja, mendengar denyut nadi rakyat dan kemampuan berdepan tekanan.

“Isu berlarutan seperti masalah air Sandakan memerlukan kerjasama semua peringkat kerajaan dan tidak boleh dipolitikkan.

“Saya bukan tamak kerana tindakan saya menyelesaikan masalah luar kawasan. Selagi memberi manfaat kepada rakyat, tugas wakil rakyat tidak wajar dihadkan kepada sempadan kerusi sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada program kempen ‘Malam Pakatan Harapan’ di Dewan Sekolah Menengah Yu Yuan, di sini, malam tadi.

Vivian yang juga Ahli Parlimen Sandakan turut menyentuh cabaran pembangunan Sandakan termasuk kekurangan penerbangan terus dan kapasiti hotel.

Katanya, ia hanya boleh diatasi melalui peningkatan tadbir urus dan pelaksanaan di peringkat negeri.

“Apa yang penting bukan label parti, tetapi kesungguhan calon memahami isu setempat dan kekal bersama rakyat,” katanya.

Beliau turut menggesa pengundi keluar menunaikan tanggungjawab pada hari mengundi dan memilih calon yang komited membawa perubahan kepada Sandakan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/26/saya-bukan-tamak-hanya-kerana-selesai-masalah-luar-kawasan-vivian/feed/ 0 87101
Isu air di Sandakan perlu diatasi https://sabahmedia.com/2025/11/17/isu-air-di-sandakan-perlu-diatasi/ https://sabahmedia.com/2025/11/17/isu-air-di-sandakan-perlu-diatasi/#respond Mon, 17 Nov 2025 09:37:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86170
Read Time:1 Minute, 16 Second

SANDAKAN: Desakan rakyat agar isu air ditangani segera membuka jalan untuk Vivian Wong Shir Yee melangkah ke Dewan Undangan Negeri (DUN)
dengan harapan suara rakyat Sandakan dapat dibawa terus ke peringkat pembuat keputusan negeri.

Vivian yang bertanding di DUN Elopura mewakili DAP berkata, isu bekalan air, elektrik dan jalan raya adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan hanya boleh diselesaikan di peringkat DUN.

Dalam pertemuan dengan penduduk di akar umbi, katanya, rakyat sering kali menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kekerapan gangguan air yang semakin meruncing sepanjang tahun ini.

“Saya tahu rakyat sangat marah dan tidak puas hati dengan keadaan ini.

“Inilah antara sebab utama saya turun bertanding di DUN, supaya saya boleh membawa isu ini ke dalam sidang DUN kerana ia berada di bawah kuasa kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Bilik Operasi DUN Tanjung Papat, Kampung Sim-Sim, hari ini.

Vivian menegaskan keputusan bertanding di peringkat negeri bukan didorong jawatan, sebaliknya keinginan untuk memastikan pembangunan Sandakan dapat diteruskan dengan lebih berkesan.

Di kerusi DUN Elopura, Vivian bakal berdepan dengan Calvin Chong (WARISAN), Jeffrey Chung (Parti Impian Sabah), Muhammad Firdaus @ Silvester Abdullah (Perikatan Nasional), Liau Fui Fui (KDM), Wong Hon Kong (PPRS) dan calon Bebas, Lita Tan Abdullah.

Mengulas strategi kempennya, Vivian berkata, beliau memilih untuk mengelakkan kempen agresif di media sosial kerana tidak mahu menimbulkan perang maya dan risiko penyebaran berita palsu.

Sebaliknya, beliau mengutamakan kempen dari rumah ke rumah untuk memberi penjelasan terus kepada penduduk akar umbi mengenai usaha dan projek pembangunan yang sedang dilaksanakan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/17/isu-air-di-sandakan-perlu-diatasi/feed/ 0 86170
Vivian akan terus pantau perkembangan gangguan bekalan air https://sabahmedia.com/2025/11/08/vivian-akan-terus-pantau-perkembangan-gangguan-bekalan-air/ https://sabahmedia.com/2025/11/08/vivian-akan-terus-pantau-perkembangan-gangguan-bekalan-air/#respond Sat, 08 Nov 2025 10:05:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85280
Read Time:1 Minute, 1 Second

SANDAKAN: Pusat khidmat Pejabat Parlimen Sandakan akan bekerjasama rapat dengan Jabatan Air Sandakan bagi menangani situasi gangguan bekalan air di daerah ini yang bermula sejak semalam.

Ia susulan kerja kecemasan membaiki
paip utama yang pecah di kawasan Jalan Taman Nasalim dan Jalan Taman Sejati Utama yang dilaksanakan Jabatan Air menyebabkan penduduk di sebahagian besar mengalami gangguan bekalan bermula Khamis lalu.

Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong, berkata beliau difahamkan
kerja-kerja pembaikan paip berdiameter 1200 milimeter itu dijadualkan bermula semalam dan dijangka siap hari ini.

“Kemajuan kerja masih bergantung kepada keadaan cuaca, tahap kerosakan serta kesukaran membaiki di lokasi,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Jabatan Air Sandakan semalam.

Vivian berkata, sepanjang tempoh pembaikan, kapasiti pengeluaran air di Loji Rawatan Air Segaliud akan berkurangan sebanyak 40 peratus menjadikan jumlah pengeluaran harian turun daripada 130 juta liter kepada kira-kira 78 juta liter.

“Kesan daripada itu, beberapa kawasan akan mengalami tekanan air rendah, catuan atau tiada air buat sementara waktu.

“Saya memahami bahawa kehidupan harian penduduk akan terjejas dalam tempoh ini, namun kerja-kerja ini penting bagi memastikan kestabilan sistem bekalan air dalam jangka panjang,” katanya.

Vivian juga memberi jaminan pihaknya akan terus memantau perkembangan kerja pembaikan dan bekerjasama dengan Jabatan Air bagi mempercepatkan usaha memulihkan bekalan air.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/08/vivian-akan-terus-pantau-perkembangan-gangguan-bekalan-air/feed/ 0 85280
Pelancongan, kesihatan jadi fokus Vivian Wong dalam Belanjawan 2026 https://sabahmedia.com/2025/10/16/pelancongan-kesihatan-jadi-fokus-vivian-wong-dalam-belanjawan-2026/ https://sabahmedia.com/2025/10/16/pelancongan-kesihatan-jadi-fokus-vivian-wong-dalam-belanjawan-2026/#respond Thu, 16 Oct 2025 07:47:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83427
Read Time:1 Minute, 28 Second

SANDAKAN : Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee, telah membangkitkan dua isu kritikal untuk pembangunan Sandakan iaitu pelancongan dan kesihatan semasa sesi perbahasan Belanjawan 2026.

Beliau menegaskan bahawa potensi pelancongan Sandakan sebagai “Gateway to Borneo’s Wildlife” terhalang oleh kekurangan infrastruktur asas. Beliau menyeru Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk menjadikan pembinaan jeti pelancongan yang selamat dan lengkap sebagai projek keutamaan. Keperluan ini mendesak memandangkan beratus-ratus pelancong menggunakan laluan ke Pulau Lankayan, Selingan, Bakkungan Kecil dan Berhala setiap hari tanpa kemudahan khas.

Selain itu, Vivian menyambut baik penubuhan geran padanan RM50 juta untuk menarik penerbangan antarabangsa dan carter. Beliau berharap dana ini dapat dimanfaatkan bagi merealisasikan penerbangan terus Sandakan-Singapura, yang dijangka akan merancakkan industri sokongan seperti hotel, pandu pelancong, dan kraftangan.

Vivian juga mencadangkan supaya pelepasan cukai individu RM1,000 bagi pelancongan domestik diperluas untuk merangkumi perbelanjaan penginapan hotel, terutamanya di Sabah dan Sarawak. Langkah ini diharap dapat menggalakkan lebih ramai rakyat dari Semenanjung melancong ke Malaysia Timur.

Beliau menyuarakan kebimbangan terhadap perlaksanaan yang perlat bagi projek menaik taraf Hospital Duchess of Kent (HDOK). Walaupun diumumkan pada 2022 untuk dinaik taraf menjadi Hospital Major Pakar dengan peningkatan perkhidmatan pakar daripada 18 kepada 49 bidang, kemajuan projek masih di peringkat awal.

Vivian menekankan keadaan hospital yang masih sesak, kekurangan doktor pakar, dan ketiadaan peralatan perubatan penting. Ketiadaan kemudahan rawatan oftalmologi, contohnya, memaksa pesakit Sandakan terbang ke Kota Kinabalu setiap bulan, yang membebankan dari segi kewangan dan emosi.

Beliau menuntut penjelasan segera daripada Kementerian Kesihatan mengenai tempoh masa dan peringkat pelaksanaan projek tersebut.

Vivian menegaskan bahawa keadilan dalam akses kesihatan adalah penanda aras kemajuan negara, dan penduduk Sabah tidak sepatutnya dinafikan hak ini atas faktor geografi.

“Kerajaan Persekutuan mesti menunaikan janji untuk menjadikan HDOK pusat rujukan perubatan utama di Pantai Timur Sabah,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/16/pelancongan-kesihatan-jadi-fokus-vivian-wong-dalam-belanjawan-2026/feed/ 0 83427
Sandakan perlu ada kompleks labuhan perikanan LKIM untuk manfaat 1,135 nelayan – Vivian https://sabahmedia.com/2024/12/02/sandakan-perlu-ada-kompleks-labuhan-perikanan-lkim-untuk-manfaat-1135-nelayan-vivian/ https://sabahmedia.com/2024/12/02/sandakan-perlu-ada-kompleks-labuhan-perikanan-lkim-untuk-manfaat-1135-nelayan-vivian/#respond Mon, 02 Dec 2024 08:59:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64772
Read Time:1 Minute, 6 Second

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee, mahu Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu menyatakan apakah status terkini bagi Projek Kompleks Pendaratan Ikan di Sandakan.

Menerusi sesi Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat, Parlimen secara lisan, Vivian juga bertanya bilakah projek ini akan disiapkan untuk menyelesaikan isu-isu yang dihadapi oleh nelayan sekian lama.

Menerusi jawapan yang diterima, KPKM melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan pendaratan, pengendalian, penyimpanan dan pemasaran ikan.

Pada masa kini, terdapat 48 buah kompleks labuhan perikanan di bawah seliaan LKIM di seluruh negara.

Bagaimanapun, buat masa ini, negeri Sabah masih belum mempunyai kompleks labuhan perikanan LKIM.

Sehubungan itu, cadangan pembinaan Kompleks Perikanan LKIM di Batu 2, Jalan Leila, Sandakan antara lain bertujuan untuk menyediakan kemudahan pendaratan ikan kepada nelayan setempat dan dijangka memberi manfaat kepada seramai 1,135 orang nelayan.

LKIM juga telah menjalankan kajian kesesuaian tapak bagi tujuan melengkapkan laporan Kajian Impak Alam Sekitar selain telah mengemukakan data kerja ukur dan cadangan pelan susun atur komponen Kompleks Pendaratan Ikan Sandakan kepada perunding bagi tujuan penyediaan pelan pembangunan dan pelan-pelan lain yang berkaitan bagi mendapatkan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Keseluruhan proses sehingga kelulusan PBT dijangka selesai pada pertengahan tahun 2026.

Seterusnya, cadangan projek pembinaan kompleks ini akan dimohon di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMKe-13).

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/02/sandakan-perlu-ada-kompleks-labuhan-perikanan-lkim-untuk-manfaat-1135-nelayan-vivian/feed/ 0 64772
Segera laksana bina jalan dua hala dari Batu 16 hingga Batu 32 di Sandakan – Vivian https://sabahmedia.com/2024/10/21/segera-laksana-bina-jalan-dua-hala-dari-batu-16-batu-32-di-sandakan-vivian/ https://sabahmedia.com/2024/10/21/segera-laksana-bina-jalan-dua-hala-dari-batu-16-batu-32-di-sandakan-vivian/#respond Mon, 21 Oct 2024 08:29:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62542
Read Time:2 Minute, 5 Second

SANDAKAN: Ahli Parlimen DAP Sandakan, Vivian Wong Shir Yee, menyeru kerajaan persekutuan agar segera melaksanakan pembinaan jalan dua hala dari Batu 16 hingga Batu 32 di Sandakan. 

Beliau yakin Kerajaan Persekutuan dan Kementerian Kerja Raya (KKR) memahami sepenuhnya keperluan projek ini bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas yang semakin mendesak di kawasan laluan utama untuk keluar dan masuk ke Sandakan.

Beliau membuat kenyataan ini selepas mengajukan soalan tambahan kepada Menteri KKR, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengenai isu tersebut semasa sesi soal jawab menteri pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Sidang Parlimen Ke-15 di Dewan Rakyat di Kuala Lumpur.

Dalam sesi soalan sama, Vivian juga meminta kementerian menyatakan data berkaitan jumlah purata kenderaan yang menggunakan jalan tersebut mengikut pecahan kenderaan berat dan kecil. 

Jelasnya, jalan ini sangat penting untuk dinaiktaraf dengan segera kepada dua lorong kerana selain kenderaan kecil, ia juga digunakan oleh kenderaan pengangkutan dan logistik yang berat di laluan sehala yang sama dari Batu 16 hingga Batu 32 setiap hari.  

Menerusi jawapan Menteri kepada Vivian, Alexander memberitahu bahawa kementeriannya telah memasukkan fasa pertama hingga fasa ketiga projek Libaran Bypass Batu 16 hingga Batu 32 Sandakan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas, di bawah pelan pusingan kelima dimana projek ini kini sedang dalam proses kelulusan agensi pusat.

Manakala menurut data lalulintas, jelasnya, tahap perkhidmatan jalan tersebut berada pada tahap F, yang menunjukkan tahap kesesakan yang teruk, dengan kira-kira 18,851 kenderaan menggunakan laluan itu dalam tempoh 16 jam setiap hari.

Bilangan tersebut terbahagi kepada 57.5 peratus (%) kereta dan teksi dengan jumlah 10,847 manakala 27.7% van dan kenderaan utiliti dengan jumlah 5,225 sementara 5.8% lori sederhana berat dengan jumlah1,093 

Manakala 5.2% lori berat dengan jumlah 975 dan 0.3% bas dengan jumlah 55 serta dan 3.5% motorsikal dengan jumlah 656 setiap hari.

Sementara itu, Vivian juga bertanya perkembangan penyelenggaraan jalan-jalan di kawasan luar bandar Sandakan serta isu penyelenggaraan lampu jalan.

Menteri menjawab bahawa Kementerian Kewangan telah memperuntukkan sebanyak RM221 juta tahun ini untuk menyelesaikan masalah penyelenggaraan jalan Persekutuan yang tertangguh (backlog) di Sabah, termasuk RM44.6 juta untuk 24 projek pembaikan jalan Persekutuan di Sandakan.

Manakala RM300,000 juga telah diperuntukkan pada tahun 2023 untuk kerja-kerja pembaikan lampu jalan dan jumlah ini telah dinaikkan kepada RM1.6 juta pada tahun 2024. 

Bagi permohonan pula, jelasnya, sebanyak RM9.6 juta dipohon Jabatan Kerja Raya Sabah untuk penyelenggaraan lampu jalan dan lampu isyarat dimana kementerian akan memperuntukkan dana secara berperingkat untuk kerja-kerja pembaikan tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/21/segera-laksana-bina-jalan-dua-hala-dari-batu-16-batu-32-di-sandakan-vivian/feed/ 0 62542
Henti tunding jari, fokus selesaikan masalah air Sabah – Vivian https://sabahmedia.com/2024/10/02/henti-tunding-jari-fokus-selesaikan-masalah-air-sabah-vivian/ https://sabahmedia.com/2024/10/02/henti-tunding-jari-fokus-selesaikan-masalah-air-sabah-vivian/#respond Wed, 02 Oct 2024 07:28:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61582
Read Time:1 Minute, 33 Second

SANDAKAN: Ahli Parlimen Sandakan (DAP), Vivian Wong Shir Yee, hari ini menyeru agar semua pemimpin negeri ini untuk menyelaraskan keutamaan rakyat dan menumpukan perhatian sepenuhnya untuk menyelesaikan isu bekalan air yang dihadapi oleh negeri ini sejak sekian lama.

“Henti segera untuk terus menggunakan isu air sebagai isu politik dan terus dibahaskan.

“Jika semua pemimpin kita yang berpengalaman dapat bersatu dan terus menyelesaikan krisis air secara bertimbang rasa, saya percaya isu air boleh diselesaikan dalam masa yang sesingkat mungkin,” katanya.

Vivian yang juga Setiausaha Publisiti DAP Sabah, Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP Kebangsaan dan Ahli Parlimen yang dilantik sebagai ahli jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), adalah sebahagian delegasi PAC yang sedang membuat lawatan empat hari ke Sabah untuk menyiasat masalah air yang tidak pernah berakhir di negeri itu.

Selain masalah bekalan air, Vivian juga menyatakan kebimbangan beliau berkenaan isu kualiti bekalan air.

Justeru, sesi dialog antara ahli PAC dan ahli jawatankuasa badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Sandakan Water Watch diketuai oleh Datuk John Khoo, juga diadakan dimana John juga mengutarakan kebimbangan sama berkaitan isu itu bersama jawatankuasanya itu yang memandang serius isu bekalan air khasnya di Sandakan.

“Kita telah mengalami gangguan air yang kerap selain pernah terjadi resapan air laut ke dalam muka sauk air di loji air kita yang mengakibatkan klorida berlebihan dalam air minuman dan turut kehabisan diesel untuk menjana kuasa di loji rawatan air kita.

Saya percaya sudah tiba masanya semua agensi dan jabatan kita bekerja secara sinergi demi kesejahteraan rakyat kita,”kata Vivian.

Vivian berkata semua wakil rakyat Sabah, tidak kira Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau ahli parlimen, mesti mengutamakan kepentingan dan kesejahteraan rakyat mengatasi cita-cita politik mereka sendiri.

“Adalah menjadi tanggungjawab kepada semua wakil rakyat untuk sama-sama menyelesaikan isu air ini dan rakyat tidak boleh terus menderita berpanjangan dan dalam senyap terus terkesan dengan masalah air kita ini,” tegas Vivian.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/02/henti-tunding-jari-fokus-selesaikan-masalah-air-sabah-vivian/feed/ 0 61582