VTL – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 21 Mar 2022 07:31:03 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png VTL – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 DUN Sabah: Kementerian Pelancongan Sabah Akan Bincang Keperluan VTL Dengan Negara Belum Buka Pintu Sempadan https://sabahmedia.com/2022/03/21/dun-sabah-kementerian-pelancongan-sabah-akan-bincang-keperluan-vtl-dengan-negara-belum-buka-pintu-sempadan/ https://sabahmedia.com/2022/03/21/dun-sabah-kementerian-pelancongan-sabah-akan-bincang-keperluan-vtl-dengan-negara-belum-buka-pintu-sempadan/#respond Mon, 21 Mar 2022 07:31:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13282
Read Time:1 Minute, 54 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri akan membincangkan keperluan mewujudkan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) ke Sabah dengan negara serantau yang masih belum membuka sempadan mereka.

Pembantu Menteri Datuk Joniston Bangkuai berkata, VTL adalah rangsangan yang diperlukan untuk menyumbang kepada ekonomi negeri sambil menekankan bahawa pihak kementerian dan pemain industri sudah bersedia untuk mengalu-alukan kedatangan pelancong antarabangsa.

“Pihak Kementerian sentiasa mengadakan libat urus dalam perkara ini dan pihak Kementerian telah mengemukakan cadangan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah untuk melaksanakan VTL antara Kota Kindabalu dan Singapura.

“Berdasarkan sesi libat urus bersama pemain industri, kita tahu mereka sudah bersedia. Walau bagaimanapun, kita harus mengemukakan cadangan kepada jawatankuasa negeri, yang melibatkan Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan, dan jabatan dan agensi kerajaan lain yang berkaitan, supaya mereka boleh menilai risiko pelaksanaan VTL.

“Kita sudah lakukan demikian tetapi setakat ini belum ada keputusan untuk memulakan VTL untuk Sabah,” katanya semasa sesi soal jawab pada persidangan DUN Sabah, pada Isnin.

Beliau menjawab soalan yang dibangkitkan oleh ADUN dilantik Datuk Seri Yong Teck Lee (SAPP), Phoong Jin Zhe (DAP-Luyang), dan Justin Wong (Sri Tanjong).

Menurut Joniston, Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kesihatan, dan Majlis Keselamatan Negara bertanggungjawab terhadap proses pelaksanaan VTL, dengan rakan sejawat di negara lain.

Beliau turut berkata apabila sempadan negara dibuka semula pada 1 April, tidak akan ada keperluan untuk VTL, kecuali negara yang masih menutup pintu sempadan.

“Bagi negara yang belum membuka sempadan, pihak Kementerian akan mengambil langkah untuk berbincang dengan negara terbabit untuk pelaksanaan VTL,” katanya.

Beliau juga menekankan bahawa Kementeriannya sentiasa mengadakan sesi penglibatan berterusan dengan syarikat penerbangan.

Tambahnya, Malaysia Airlines (MAS), Cebu Pacific Air, Scoot, Jeju Air, dan Air Seoul adalah antara syarikat penerbangan yang telah mengambil keputusan tegas untuk memulakan penerbangan terus ke Sabah.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Senallang) mengenai keperluan meningkatkan laluan penerbangan domestik dalam negeri, Joniston berkata beliau yakin syarikat penerbangan akan menambah kekerapan penerbangan ke destinasi domestik sekiranya ada permintaan.

Kesalinghubungan antara bandar-bandar dalam Sabah dan juga dengan negeri-negeri lain adalah penting untuk meningkatkan pelancongan domestik, ujar beliau.

Dalam pada itu, Sabah kini sudah mempunyai penerbangan langsung yang menghubungkan Pulau Pinang-Kota Kinabalu, Kuala Terengganu-Kota Kinabalu, Johor Bahru-Kota Kinabalu, dan Kota Bharu-Kota Kinabalu.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/21/dun-sabah-kementerian-pelancongan-sabah-akan-bincang-keperluan-vtl-dengan-negara-belum-buka-pintu-sempadan/feed/ 0 13282
KePKAS Saran Inisiatif VTL Diteliti, Bantu Tingkat Industri Pelancongan Di Sabah https://sabahmedia.com/2022/03/06/kepkas-saran-inisiatif-vtl-diteliti-bantu-tingkat-industri-pelancongan-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2022/03/06/kepkas-saran-inisiatif-vtl-diteliti-bantu-tingkat-industri-pelancongan-di-sabah/#respond Sun, 06 Mar 2022 07:35:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12757
Read Time:48 Second

KOTA KINABALU : Jawantankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 negeri Sabah disaran untuk meneliti pelaksanaan inisiatif Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) melalui pengangkutan udara melalui Singapura.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata, pihaknya juga meminta agar inisiatif VTL berkenaan turut dipertimbangkan bagi membantu meningkatkan lagi industri pelancongan di negeri ini.

“Sudah masanya negeri Sabah mengikut langkah beberapa buah negeri seperti Pulau Pinang yang bakal memulakan inisiatif VTL bermula 16 Mac ini.

“Ia sudah tentu adalah bagi memulihkan semula jaringan ekonomi dan perniagaan di antara kedua-dua negara khususnya sektor pelancongan yang terkesan teruk akibat pandemik COVID-19,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Jafry berkata, pihaknya kini hanya menunggu kebenaran daripada pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah untuk berbuat demikian. 

“Saya yakin kementerian dan semua pengusaha industri pelancongan di Sabah sudah bersedia untuk menerima pelancong luar diikuti dengan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat bagi mengelak penularan varian Omicron di negeri ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/06/kepkas-saran-inisiatif-vtl-diteliti-bantu-tingkat-industri-pelancongan-di-sabah/feed/ 0 12757
KePKAS Sambut Baik Cadangan Buka Semula Sempadan Negara https://sabahmedia.com/2022/01/26/kepkas-sambut-baik-cadangan-buka-semula-sempadan-negara/ https://sabahmedia.com/2022/01/26/kepkas-sambut-baik-cadangan-buka-semula-sempadan-negara/#respond Wed, 26 Jan 2022 09:56:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11587
Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU : Kementeran Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) menyambut baik cadangan Kerajaan Persekutuan untuk membuka semula sempadan negara kepada pelancong asing yang ingin memasuki negara ini.

Menterinya Datuk Jafry Ariffin berkata, cadangan itu termasuklah melonggarkan prosedur standard operasi (SOP) kepada pelancong asing yang dilihat berupaya merancakkan kembali industri pelancongan di negara ini.

“Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak menolak kemungkinan akan membuka semula sempadan negara dan melonggarkan SOP terhadap pelancong asing yang ingin memasuki negara ini.

“Saya yakin langkah itu dibuat adalah bagi memastikan kelangsungan semua pihak yang berada dalam rantaian ekonomi berkaitan dengan sektor pelancongan termasuk penginapan, pengangkutan, serta agensi pelancongan,” katanya dalam kenyataan disini hari ini,

Jafry berkata, beliau turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri yang begitu memahami keperitan yang dihadapi khususnya oleh industri pelancongan di negeri ini.

Katanya, sebagai permulaan, beliau mencadangkan agar kaedah Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) yang kini dibenarkan diantara Malaysia dan Singapura atau melalui gelembung perjalanan (Travel Bubble) dilaksanakan di Sabah.

“Kementerian saya juga akan memastikan pelaksanaan ini dibuat berdasarkan beberapa aspek utama, iaitu kesihatan dan keselamatan rakyat, ekonomi rakyat dan kelangsungan perniagaan, serta kesejahteraan rakyat.

“Segala input yang diperolehi akan diperincikan dengan sebaiknya dengan mengambil kira pandangan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.

Beliau berkata, perkara itu dilihat perlu bagi mengelakkan berlakunya kluster baharu yang boleh menyebabkan penutupan semula aktiviti pelancongan sekaligus menjejaskan keseluruhan rantaian yang terlibat.

Tambah beliau, pembukaan sektor ekonomi secara berperingkat adalah amat penting bagi memastikan sektor pelancongan kembali bernafas serta berpeluang untuk menjalankan semula aktiviti perniagaan mereka yang telah terjejas sejak sekian lama akibat pandemik.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/26/kepkas-sambut-baik-cadangan-buka-semula-sempadan-negara/feed/ 0 11587
Kerajaan Sabah Sokong Pembukaan Semula VTL Malaysia – Singapura https://sabahmedia.com/2022/01/22/kerajaan-sabah-sokong-pembukaan-semula-vtl-malaysia-singapura/ https://sabahmedia.com/2022/01/22/kerajaan-sabah-sokong-pembukaan-semula-vtl-malaysia-singapura/#respond Sat, 22 Jan 2022 01:15:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11399
Read Time:1 Minute, 49 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri mengalu-alukan pengumuman kerajaan Persekutuan yang membuka semula inisiatif Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) antara Malaysia dan Singapura bermula semalam selepas digantung sementara sejak 23 Disember lalu.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Arifin berkata, pembukaan semula VTL itu akan dapat menggerakkan semula industri pelancongan meskipun kouta tiket bas dan penerbangan dikurangkan 50 peratus daripada kapasiti sedia ada.

“Bagi negeri Sabah, saya juga mempunyai perancangan dalam perkara ini dan saya akan memohon kepada Kabinet Sabah untuk menggunakan inisiatif VTL dimana pelancong Singapura dapat terbang terus ke Kota Kinabalu.

“Sekurang-kurangnya, inisiatif ini akan dapat mengorak langkah untuk membangunkan semua industri pelancongan di negeri ini selain menarik pelancong luar datang ke Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Makan Malam Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) dan agensi dibawahnya disini semalam.

Hadir sama, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai.

Jafry berkata, ia amat penting bagi meningkatkan lagi industry pelancongan Sabah selepas hampir dua tahun terjejas teruk berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penularan wabak COVID-19 sebelum ini.

Katanya, pihaknya sebelum ini juga turut menerima permintaan yang banyak daripada negara asing khususnya Singapura, China dan sebagainya untuk datang melancong ke negeri ini.

“Negara-negara Eropah juga turut meminta untuk diberi kebenaran datang ke Sabah tetapi disebabkan terbatas dengan PKP dan arahan yang ditetapkan kerajaan membuatkan para pelancong belum dibenarkan datang ke negeri ini.

“Walaubagaimanapun, saya akan cuba mengusahakan untuk membentangkan atau memohon kebenaran dari Kabinet Negeri Sabah agar kita dapat menggunapakai inisiatif melalui VTL seperti mana yang dilaksanakan Kerajaan Persekutuan

“Jika ini mampu kita laksanakan, saya yakin dan percaya pelancong akan bertambah dan sekaligus akan memastikan industri pelancongan di Sabah terus berkembang dengan baik,” katanya.

Jafry berkata, pihaknya menaruh keyakinan untuk membantu meningkatkan industri pelancongan di Sabah namun ia bergantung kepada keputusan Kabinet Negeri dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Semalam, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengumumkan penjualan tiket bas dan penerbangan bagi inisiatif  VTL antara Malaysia dan Singapura yang digantung sementara sejak 23 Disember lalu dibuka semula berkuat semalam.

Katanya, kuota tiket bas dan penerbangan yang dijual dikurangkan 50 peratus daripada kapasiti sedia ada.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/22/kerajaan-sabah-sokong-pembukaan-semula-vtl-malaysia-singapura/feed/ 0 11399