Wabak ASF – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 20 Jan 2022 07:19:11 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Wabak ASF – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Penampang Daerah Terbaru Diisytiharkan Kawasan Wabak ASF https://sabahmedia.com/2022/01/20/penampang-daerah-terbaru-diisytiharkan-kawasan-wabak-asf/ https://sabahmedia.com/2022/01/20/penampang-daerah-terbaru-diisytiharkan-kawasan-wabak-asf/#respond Thu, 20 Jan 2022 07:19:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11330
Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU : Penampang menjadi daerah ke-20 diisytiharkan sebagai daerah wabak Demam Babi Afrika (ASF) di Sabah.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, virus itu mula dikesan pada 14 Disember 2021 dan telah merebak ke lima kampung di Inobong, Sugud dan Koidupan.

“Kes itu melibatkan sebanyak 229 ekor khinzir belakang rumah milik enam pemilik berbeza dan kerugian dianggarkan mencecah RM115,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jeffrey yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan berkata, Penampang mempunyai dua ladang babi komersial dengan anggaran 2,900 ekor.

Katanya, bagi mengelak wabak itu merebak ke daerah berhampiran, kementerian melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) akan mengadakan kempen kesedaran di daerah itu bagi memastikan rakyat mendapat maklumat mengenai ASF.

“Jabatan itu juga akan memantau dan mengawal pergerakan babi dan produk khinzir bagi memastikan tiada yang keluar dari Penampang buat masa ini.

“Sejak wabak ASF pertama kali diisytiharkan tahun lalu,  sebanyak 10 daerah telah diisytiharkan bebas ASF selepas 60 hari berlalu sejak kes terakhir dilaporkan,” katanya.

Katanya, daerah terlibat ialah Kota Marudu, Pitas, Sandakan, Kinabatangan, Beluran, Telupid, Tongod, Tawau, Lahad Datu, dan Semporna.

“Kerajaan menyedari kebimbangan rakyat terutamanya menjelang Tahun Baru Cina yang semakin hampir.

“Bagaimanapun, kami tetap optimis bekalan daging babi di Sabah akan mencukupi untuk memenuhi permintaan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/20/penampang-daerah-terbaru-diisytiharkan-kawasan-wabak-asf/feed/ 0 11330
Papar, Daerah Terbaharu Diisytihar Dilanda Wabak ASF https://sabahmedia.com/2021/10/21/papar-daerah-terbaharu-diisytihar-dilanda-wabak-asf/ https://sabahmedia.com/2021/10/21/papar-daerah-terbaharu-diisytihar-dilanda-wabak-asf/#respond Thu, 21 Oct 2021 13:53:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7771
Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU: Papar menjadi daerah terbaharu yang diisytiharkan sebagai daerah dilanda wabak Demam Babi Afrika (ASF) di Sabah setelah virus itu dikesan di Kampung Kogopon dan Kampung Purak pada 14 September lalu.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan mengatakan bahawa virus ASF adalah penyebab kematian 91 ternakan babi di kedua-dua kampung itu dalam tempoh dua minggu, yang mengakibatkan kerugian dianggarkan RM50,000.

“Setakat ini, virus berkenaan hanya menjangkiti babi yang diternak penduduk kampung dan bukan ladang ternakan babi komersial. Di ladang komersial terdapat kira-kira 9,400 ternakan babi.

“Selain Papar, dua lagi daerah turut diisytiharkan kawasan wabak ASF iaitu Kota Kinabalu pada 30 September lalu dan disusuli Tenom pada 13 Oktober,” katanya.

Jeffrey yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan negeri, berkata penularan virus ASF di ibu negeri dan Tenom juga hanya menjangkiti babi yang diternak penduduk kampung dan kes diklasifikasikan sebagai terasing.

“Pada masa ini, kementerian belum memutuskan untuk memusnahkan semua babi di daerah terbabit kerana kes ASF itu adalah terasing dan babi di ladang komersial didapati bebas ASF selepas beberapa ujian.

“Kementeriannya akan terus mengawal aktiviti pemindahan babi dan produk berkaitan haiwan berkenaan di daerah yang terbabit sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengekang penularan virus berkenaan”,katanya.

Jeffrey turut menyatakan bahawa kempen meningkatkan kesedaran di kampung dan lokasi terjejas turut dilaksanakan selain memantau aktiviti di ladang dan rumah penyembelihan di semua daerah yang dikesan wabak ASF.

Awal tahun ini, kawalan yang sama dilaksanakan di 19 daerah dan tujuh daerah iaitu Pitas, Kota Marudu, Beluran, Telupid, Tongod, Kinabatangan dan Sandakan berjaya keluar dari zon merah dan kini berada dalam zon kuning selepas tiada kes baharu ASF dilaporkan dalam tempoh dua bulan lalu.

“Kementerian melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar akan terus memantau situasi ASF di negeri ini dan mengambil tindakan sewajarnya untuk mengekang penularan jangkitan wabak ASF”,kata Jeffrey.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/21/papar-daerah-terbaharu-diisytihar-dilanda-wabak-asf/feed/ 0 7771