Wabak – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 28 Dec 2022 03:47:14 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Wabak – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kes Denggi Meningkat, Sabah catat 16 lokaliti “hotspot” https://sabahmedia.com/2022/12/28/kes-denggi-meningkat-sabah-catat-16-lokaliti-hotspot/ https://sabahmedia.com/2022/12/28/kes-denggi-meningkat-sabah-catat-16-lokaliti-hotspot/#respond Wed, 28 Dec 2022 03:47:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=27027
Read Time:51 Second

CYBERJAYA — Jumlah kes demam denggi meningkat 3.5% minggu lepas, mencatatkan 2,018 kes berbanding 1,950 pada minggu sebelumnya.

Selain itu, satu kematian dicatatkan bagi Minggu Epidemiologi (ME) ke-51, iaitu dari 18 Dis hingga 24 Dis, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan.

Jumlah kumulatif kes demam denggi meningkat 148.4% berbanding tempoh sama pada tahun lepas, iaitu peningkatan kepada 64,078 kes daripada 25,794 kes.

Sebanyak 50 kematian akibat komplikasi denggi dilaporkan berbanding 19 kematian bagi tempoh sama pada 2021, kata Noor Hisham.

Sementara itu, sebanyak 58 lokaliti “hotspot” dilaporkan pada ME51, berbanding 55 pada minggu sebelumnya.

“(Sebanyak) 32 ‘hotspot’ berada di Selangor, Sabah (16), Kuala Lumpur dan Putrajaya (6), serta empat lokaliti di Pulau Pinang,” katanya.

Pada masa sama, sebanyak 16 kes chikungunya dilaporkan pada ME51, dengan 10 kes di Pulau Pinang, masing-masing dua kes di Perak dan Negeri Sembilan, serta masing-masing satu kes di Selangor dan Pahang.

“Jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah 801 kes,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/12/28/kes-denggi-meningkat-sabah-catat-16-lokaliti-hotspot/feed/ 0 27027
Wabak Demam Babi Afrika di Keningau https://sabahmedia.com/2021/06/24/wabak-demam-babi-afrika-di-keningau/ https://sabahmedia.com/2021/06/24/wabak-demam-babi-afrika-di-keningau/#respond Thu, 24 Jun 2021 11:10:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1864
Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan memaklumkan bahawa Keningau telah menjadi daerah terbaru yang diisytiharkan sebagai kawasan wabak Demam Babi Afrika (ASF).

Katanya, ini susulan penemuan virus tersebut di kalangan babi kampung di Kg Bandukan Lama, di mana 24 ekor babi dilaporkan mati akibat virus tersebut.

“Siasatan awal menunjukkan terdapat kebarangkalian penyakit ASF di kampung tersebut dibawa oleh babi hutan.

Sebelum kematian babi kampung itu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) telah menerima laporan kematian babi hutan di hutan berhampiran kampung tersebut.

“Keningau memiliki sekitar 1000 ekor babi, dan semuanya berisiko terkena jangkitan kerana biosekuriti ladang/premis yang tidak sempurna.

“DVS sedang giat menjalankan kempen kesedaran di daerah itu untuk menasihati penduduk agar tidak memindahkan babi peliharaan atau produk berasaskan babi mereka tanpa kebenaran daripada jabatan, ”kata Jeffrey yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah.

Walaupun Sabah mempunyai 12 daerah terjangkit ASF, dua daerah, Pitas dan Kota Marudu kini diklasifikasikan sebagai ‘indeks kuning’ setelah tidak ada kes ASF baru dilaporkan dalam 60 hari terakhir.

Penyakit ini juga diuruskan mengikut prosedur operasi standard DVS.

Zon indeks kuning bermaksud bahawa repopulasi atau penternakan semula babi adalah dibenarkan selagi ladang/premis meningkatkan keselamatan biosekuriti dan babi didapati daripada ladang yang bebas ASF.

Namun demikian, pergerakan keluar masuk babi dan produk babi di daerah indeks kuning masih memerlukan kebenaran daripada DVS.

“Kementerian saya melalui DVS akan terus memantau perkembangan di lapangan dan melaksanakan tindakan yang perlu untuk mengekang ASF daripada menular ke ladang-ladang komersial,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/24/wabak-demam-babi-afrika-di-keningau/feed/ 0 1864