Wakaf sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 19 Sep 2024 05:31:31 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Wakaf sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan Sabah sentiasa beri sokongan MUIS perkasa potensi wakaf https://sabahmedia.com/2024/09/19/kerajaan-sabah-sentiasa-beri-sokongan-muis-perkasa-potensi-wakaf/ https://sabahmedia.com/2024/09/19/kerajaan-sabah-sentiasa-beri-sokongan-muis-perkasa-potensi-wakaf/#respond Thu, 19 Sep 2024 05:31:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60885
Read Time:1 Minute, 44 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan Sabah sentiasa memberikan sokongan kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) untuk terus memperkukuhkan pemberdayaan dan pemerkasaan potensi wakaf khususnya di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia termasuklah memberi penekanan terhadap kerjasama dan keterlibatan bersama pelbagai pihak pemain industri wakaf di Malaysia.

Katanya, ia samada daripada agensi-agensi kerajaan persekutuan mahupun negeri-negeri, selain entiti perniagaan korporat yang ingin bersama menyumbang kepada usaha ke arah menjadikan Sabah sebagai negeri mesra dan celik ibadah wakaf menjelang tahun 2030.

“Di kesempatan ini, saya ingin menzahirkan ucapan tahniah kepada pihak Univerisiti Malaysia Sabah (UMS) kerana telah menjadi institusi yang pertama mendapat lantikan sebagai Ejen Kutipan Wakaf Tunai MUIS.

“Semoga dengan lantikan ini, pihak UMS akan dapat melaksanakan pembangunan yang mapan di dalam memberikan khidmat pendidikan yang terbaik kepada masyarakat di Negeri Sabah sesuai dengan identiti UMS sebagai Institut Pendidikan Tinggi utama di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian merasmikan bulan wakaf peringkat negeri Sabah kali ketiga dan seminar wakaf pendidikan: ‘wakaf membina generasi berilmu’ anjuran bersama MUIS dan UMS.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Hajiji berkata, menerusi pembentangan Belanjawan 2023, Kerajaan terus komited untuk memperkasakan pengurusan wakaf melalui pengwujudan Wakaf Madani bernilai RM1 bilion.

Katanya, ia adalah melalui pembangunan aset terdiri daripada tanah, masjid, bangunan, kemudahan kesihatan serta pendidikan yang akan dioptimumkan oleh manfaat golongan fakir miskin, berpendapatan rendah dan golongan rentan lain.

“Saya juga mengucapkan setingi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua pihak khususnya MUIS di atas kejayaan penganjuran Seminar Wakaf Pendidikan ini sebagai salah satu pengisian di dalam sambutan Bulan Wakaf peringkat Negeri Sabah pada tahun ini.

“Selain itu, saya difahamkan juga bahawa hari ini pihak MUIS akan menyerahkan perjanjian perlantikan UMS sebagai Ejen Kutipan Wakaf Tunai MUIS,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji berharap MUIS akan dapat mendekatkan diri bersama masyarakat di dalam usaha untuk menyebarkan kefahaman berkaitan ibadah wakaf.

“Justeru, besar harapan saya agar industri wakaf ini dapat terus diperkukuhkan mengikut acuan masa kini serta belandaskan hukum syarak agar kesannya boleh dinikmati oleh semua lapisan masyarakat,” katanya. – SABAH MEDIA.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/19/kerajaan-sabah-sentiasa-beri-sokongan-muis-perkasa-potensi-wakaf/feed/ 0 60885
Sabah berpotensi bangun ekonomi dan sosial melalui harta wakaf https://sabahmedia.com/2023/09/25/sabah-berpotensi-bangun-ekonomi-dan-sosial-melalui-harta-wakaf/ https://sabahmedia.com/2023/09/25/sabah-berpotensi-bangun-ekonomi-dan-sosial-melalui-harta-wakaf/#respond Mon, 25 Sep 2023 10:45:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=42521
Read Time:2 Minute, 28 Second

Kota Kinabalu: Sabah  mempunyai potensi besar dalam membangunkan ekonomi dan sosial masyarakatnya melalui perancangan projek pembangunan harta wakaf yang telah dan bakal dilaksanakan.

Ketua Menteri, Datuk Ser Hajiji Noor berkata, pembangunan harta wakaf di negeri ini perlu dipelbagaikan dan dikembangkan dari masa ke semasa agar manfaatnya dapat membangunkan komuniti Islam secara komperhensif.  

“Ia kerana Wakaf memainkan peranan penting dalam menyokong pelbagai tujuan sosial, agama dan pendidikan. Sebenarnya, Wakaf adalah salah satu sumber ekonomi dan pembangunan sosial umat Islam. Malah, transaksi wakaf telah memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan ekonomi umat Islam di seluruh dunia,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Seminar Kesedaran Wakaf dan Zakat serta Pelancaran Wakaf Tunai Kesihatan dan Klinik Bergerak Pertama Waqaf An-Nur – Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) sumbangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Dewan Tun Sakaran Ballroom, Raia Hotel di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif. 

Katanya, Kerajaan Negeri sentiasa memberikan sokongan kepada MUIS untuk terus memperkukuhkan, pemberdayaan dan pemerkasaan potensi wakaf  dengan memberikan penekanan terhadap kerjasama dan keterlibatan bersama pelbagai pihak pemain industri wakaf di Malaysia. 

“Termasuklah daripada agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan negeri, entiti perniagaan korporat yang ingin sama-sama menyumbang kepada usaha tersebut ke arah menjadikan Sabah sebagai negeri mesra dan celik ibadah wakaf menjelang tahun 2030,” katanya. 

Sementara itu, Hajiji berkata, Wakaf terus berkembang dengan hebatnya di zaman kegemilangan Islam sehingga wujudnya begitu banyak universiti, sekolah, hospital serta fasiliti-fasiliti awam lain yang dibina berasaskan kaedah dan model wakaf.   

Katanya, antara yang termasyhur adalah Universiti Al-Azhar yang dibangunkan serta diurus dengan menggunakan wakaf secara keseluruhannya. 

Tambahnya, sehingga ke hari ini, kesinambungan pembangunan wakaf semakin pesat berkembang dan berlangsung dengan jayanya di serata negara Islam.  

Menurutnya, di Sabah MUIS adalah pemegang amanah tunggal bagi semua hartanah wakaf dan  Rang Undang-Undang Enakmen Wakaf (Negeri Sabah) 2018 menyatakan dengan jelas dibawah Seksyen 3(1)(a) yang memperuntukkan bahawa: “Majlis merupakan pemegang amanah tunggal bagi semua jenis mawquf”. 

“Semoga dengan semua usaha yang diambil ini akan memastikan industri wakaf dapat terus diperkukuhkan di negeri ini, mengikut acuan masa kini serta berlandaskan hukum syarak. Saya berharap kesan daripada usaha ini boleh dinikmati oleh semua lapisan masyarakat yang akhirnya dapat menjadikan wakaf sebagai wadah pemangkin kepada pembangunan sosial dan ekonomi ummah,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji turut merakamkan ucapan tahniah kepada  Waqaf An-Nur Corporations dengan kerjasama KPJ Healthcare Berhad kerana menyokong inisiatif pembangunan wakaf kesihatan di negeri Sabah, menerusi termeterainya usahasama antara MUIS, Waqaf An-Nur dan KPJ Sabah Specialist Sdn.Bhd bagi mewujudkan Klinik Bergerak Pertama Waqaf An-Nur – MUIS di Sabah.  

Katanya, klinik bergerak itu adalah sumbangan wakalah (wakil) zakat perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan berharap perkhidmatan klinik itu bukan hanya di sekitar Kota Kinabalu sahaja, sebaliknya turut diperluaskan ke daerah lain di Sabah, agar lebih ramai akan menerima manfaatnya.  – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/25/sabah-berpotensi-bangun-ekonomi-dan-sosial-melalui-harta-wakaf/feed/ 0 42521