wakalah zakat – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 21 Mar 2024 07:04:15 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png wakalah zakat – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SESB serah wakalah zakat kepada golongan memerlukan https://sabahmedia.com/2024/03/21/sesb-serah-wakalah-zakat-kepada-golongan-memerlukan/ https://sabahmedia.com/2024/03/21/sesb-serah-wakalah-zakat-kepada-golongan-memerlukan/#respond Thu, 21 Mar 2024 07:04:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51380
Read Time:58 Second

KOTA KINABALU: Sempena dengan sambutan bulan Ramadan ini, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) telah menyerahkan wakalah zakat kepada golongan memerlukan di Bongawan.

Penyerahan wakalah zakat itu disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Ir.Ts. Mohd Yaakob Jaafar.

“Penyerahan wakalah zakat ini adalah satu tanggungjawab yang dilaksanakan oleh SESB
sebagai usaha untuk membantu golongan yang memerlukan sepertimana yang ditetapkan oleh Bahagian Zakat & Fitrah Majlis Ugama Islam Negeri Sabah,” katanya.

Menurut beliau, penyerahan wakalah zakat ini juga dilaksanakan di beberapa daerah sepanjang bulan Ramadan dan akan diteruskan sepanjang tahun.

SESB menerima semula 12.5 peratus daripada jumlah Zakat Perniagaan yang dibayar setiap tahun untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan alu-aluan di Majlis Berbuka Puasa dan Penyerahan Wakalah Zakat yang diadakan di Surau Assyuhadah, Kampung Laut Bongawan.

Majlis tersebut menyaksikan penyerahan wakalah zakat kepada 40 penerima golongan asnaf, fakir miskin dan ibu tunggal, Surau Assyuhadah Kampung Laut Bongawan, Surau Al-Hidayah Kampung Seri Serbang Bongawan dan Surau Kampung Silat, Pantai Kenangan, Bongawan dan Maahad Tafiz Darul Hadis Darsa Bongawan.

SESB turut menyerahkan sumbangan kepada 26 Ketua Isi Rumah (KIR) yang menjadi mangsa kejadian kebakaran di kampung tersebut pada 4 Mac lalu.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/21/sesb-serah-wakalah-zakat-kepada-golongan-memerlukan/feed/ 0 51380
SESB bantu golongan memerlukan melalui wakalah zakat https://sabahmedia.com/2023/06/30/sesb-bantu-golongan-memerlukan-melalui-wakalah-zakat/ https://sabahmedia.com/2023/06/30/sesb-bantu-golongan-memerlukan-melalui-wakalah-zakat/#respond Fri, 30 Jun 2023 09:21:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=37448
Read Time:54 Second

MEMBAKUT: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) amat prihatin dan sentiasa membantu golongan yang memerlukan melalui program sumbangan Wakalah Zakat.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SESB, Ir Ts Mohd Yaakob Hj Jaafar berkata pada tahun ini sebanyak RM938,208 telahpun diperuntukkan bagi melaksanakan 21 program sumbangan Wakalah Zakat di seluruh Negeri Sabah.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada program sumbangan Wakalah Zakat SESB di Dewan Wawasan Kampung Pimping, Membakut pada Jumaat (30 Jun).

Program tersebut disempurnakan oleh Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah.

Agihan Wakalah Zakat SESB ini telah memberi manfaat kepada hampir 800 orang yang terdiri daripada golongan asnaf, surau, masjid dan pusat tahfiz.

Antara kawasan yang telah menerima sumbangan ini adalah Kota Kinabalu, Putatan, Bongawan, Kimanis, Papar, Membakut, Beaufort, Sipitang, Kota Belud, Tawau dan Lahad Datu.

Program sumbangan Wakalah Zakat ini merupakan pengembalian wang zakat SESB yang dibayar kepada Pusat Zakat Negeri Sabah untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan seperti yang telah digariskan dalam tatacara pengagihan Wakalah Zakat oleh Pusat Zakat seperti asnaf, anak-anak yatim, masjid, rumah anak-anak yatim dan pusat tahfiz.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/30/sesb-bantu-golongan-memerlukan-melalui-wakalah-zakat/feed/ 0 37448