Wakil – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 22 Feb 2023 08:28:22 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Wakil – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Cinnamon Netball Wakil Sabah ke Kejohanan Bola Jaring Piala YAM Che’ Puan Besar Khaleeda https://sabahmedia.com/2023/02/22/cinnamon-netball-wakil-sabah-ke-kejohanan-bola-jaring-piala-yam-che-puan-besar-khaleeda/ https://sabahmedia.com/2023/02/22/cinnamon-netball-wakil-sabah-ke-kejohanan-bola-jaring-piala-yam-che-puan-besar-khaleeda/#respond Wed, 22 Feb 2023 08:28:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29888
Read Time:1 Minute, 38 Second

KOTA KINABALU: Cinnamon Netball Club yang menjuarai Kejohanan Bola Jaring Piala Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag, Isteri Ketua Menteri akan mewakili Sabah ke Kejohanan Bola Jaring Piala YAM Che’ Puan Besar Khaleeda di Negeri Johor, hujung minggu ini.

Kejohanan itu akan diadakan pada 25 dan 26 Februari 2023 di Arena Larkin, Johor Bahru.

Juliah semasa menerima kunjungan hormat pasukan bola jaring Cinnamon yang
diketuai oleh Pengerusinya, Hallenah Tuanggaak di kediaman rasmi Ketua Menteri, Sri Gaya, berharap pasukan itu akan memberi saingan hebat kepada pasukan- pasukan lain yang menyertai kejohanan itu.

“Memandangkan 90 peratus pemain Cinnamon adalah pemain negeri yang
berpengalaman, saya yakin mereka akan cemerlang pada kejohanan kali ini”, katanya.

Beliau mengingatkan pemain Cinnamon mengutamakan disiplin dan menjaga kesihatan sepanjang menyertai kejohanan itu.

Cinnamon Netball Club daerah Keningau yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan Rantau Sabah pada 1 Mei 2022, muncul johan pada Kejohanan Bola Jaring Piala Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag pada 15 Januari 2023 yang diadakan di Tuaran.

Sementara itu, Juliah turut menerima kunjungan hormat daripada Jawatankuasa
Pelaksana Malam Gala Memori Seindah Nilam sempena Ulang Tahun Ke-45 Pertubuhan Wanita Sabah (PEWASA) yang diketuai oleh Anne Sidik dan Persatuan Masyarakat Cina Bersekutu Sabah Di Kota Kinabalu (USCCAKK), diketuai oleh Presidennya, Datuk Susan Wong Siew Guen.

Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag menerima jemputan daripada Presiden Persatuan Masyarakat Cina Bersekutu Sabah Di Kota Kinabalu (USCCAKK), Datuk Susan Wong Siew Guen semasa menerima kunjungan hormat rombongan USCCAKK di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya, Kota Kinabalu, hari ini.Foto ihsan JKM

PEWASA menjemput Juliah ke majlis Malam Jubli Nilam (Jubilee Sapphire) yang akan diadakan pada 25 Februari 2023 di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu.

Sementara USCCAKK pula menjemput Juliah sebagai tetamu kehormat Majlis Makan
Malam Hari Wanita Sedunia 2023 (International Women’s Day Dinner 2023) yang
akan diadakan pada 4 Mac 2023 di Dewan Hakka, Kota Kinabalu.

Turut hadir isteri Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datin Noriah Pg.Ahmad.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/22/cinnamon-netball-wakil-sabah-ke-kejohanan-bola-jaring-piala-yam-che-puan-besar-khaleeda/feed/ 0 29888
3 Atlet Para Sabah Wakil Malaysia Ke Sukan Para Remaja Asia Bahrain 2021 https://sabahmedia.com/2021/11/25/3-atlet-para-sabah-wakil-malaysia-ke-sukan-para-remaja-asia-bahrain-2021/ https://sabahmedia.com/2021/11/25/3-atlet-para-sabah-wakil-malaysia-ke-sukan-para-remaja-asia-bahrain-2021/#respond Thu, 25 Nov 2021 05:06:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8845
Read Time:45 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Tiga atlet Para Sabah iaitu atlet renang Brenda Anellia Larry, atlet olaraga Heronlee Wong dan atlet ping pong Brady Chin Zi Rong dipilih mewakili Malaysia ke Sukan Para Remaja Asia Bahrain 2021 yang akan berlangsung selama lima hari bermula 2 hingga 6 Disember 2021.

Mereka diiringi oleh jurulatih Wong Hie Ming dan seorang pengiring Maria Lucas.

Presiden Persatuan Sukan Dan Rekreasi Untuk Orang Kurang Upaya Negeri Sabah (PESRON) Tan Hwa Koon berkata, mereka akan menjalani latihan berpusat selama dua hari di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Malaysia (PKSPM) dan akan menuju ke Bahrain pada 28 November 2021 ini.

“Saya tidak sabar untuk melihat lebih ramai atlet Para Sabah mewakili Malaysia dalam masa terdekat,” katanya.

Dalam pada itu, Tan bersama beberapa ahli persatuan itu turut hadir ke Lapangan Antarabangsa Kota Kinabalu bagi memberi sokongan dan semangat kepada tiga peserta Atlet Para Sabah sebelum berlepas ke Kuala Lumpur semalam.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/25/3-atlet-para-sabah-wakil-malaysia-ke-sukan-para-remaja-asia-bahrain-2021/feed/ 0 8845