Wang palsu – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 14 Oct 2025 12:02:41 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Wang palsu – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Guna wang palsu di stesen minyak, lelaki mengaku tidak bersalah https://sabahmedia.com/2025/10/14/guna-wang-palsu-di-stesen-minyak-lelaki-mengaku-tidak-bersalah/ https://sabahmedia.com/2025/10/14/guna-wang-palsu-di-stesen-minyak-lelaki-mengaku-tidak-bersalah/#respond Tue, 14 Oct 2025 12:01:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83284
Read Time:1 Minute, 0 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan tiga keping wang kertas RM50 palsu di sebuah stesen minyak, dua tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Noor Hafizan Azlan, 26, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Amir Shah Amir Hassan.

Mohd Noor Hafizan didakwa menggunakan wang palsu sebagai tulen iaitu tiga keping wang kertas RM50 yang mempunyai nombor siri sama, FL1400605, antara jam 11 pagi hingga 11.30 pagi pada 19 Disember 2023 di Stesen Minyak Shell Golden Hill Enterprise, Jalan Pintas Donggongon.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 489B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 14 November ini bagi sebutan semula kes.
Mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh atas alasan antaranya terdapat risiko melarikan diri.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Bryan Francis, manakala tertuduh diwakili peguam Jagnesh Jaya.

Sebelum ini, tertuduh telah didakwa di mahkamah atas pertuduhan sama pada Januari 2024 dan dibenarkan diikat jamin.

Bagaimanapun, waran tangkap terpaksa dikeluarkan selepas tertuduh gagal hadir ke mahkamah.

Menurut pihak pendakwaan, tertuduh dibawa semula ke mahkamah hari ini bagi pelaksanaan waran tangkap tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/14/guna-wang-palsu-di-stesen-minyak-lelaki-mengaku-tidak-bersalah/feed/ 0 83284
Jurujual mengaku tidak bersalah guna wang palsu https://sabahmedia.com/2025/05/15/jurujual-mengaku-tidak-bersalah-guna-wang-palsu/ https://sabahmedia.com/2025/05/15/jurujual-mengaku-tidak-bersalah-guna-wang-palsu/#respond Thu, 15 May 2025 05:54:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73861
Read Time:57 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang jurujual didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, atas tiga pertuduhan menggunakan wang palsu sebagai wang tulen membabitkan jumlah keseluruhan RM700.

Jeremy Vun Chun Chueh, 30, yang dibawa ke hadapan dua hakim berbeza, mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan kepadanya.

Bagi pertuduhan pertama, Jeremy didakwa menggunakan lima keping wang kertas RM100 palsu di premis 98 Auto Part di Inanam pada 25 April lalu, kira-kira jam 9 pagi.

Bagi dua lagi pertuduhan, dia didakwa menggunakan masing-masing satu keping wang kertas RM100 palsu pada jam 4.09 petang dan 4.40 petang di Stesen Minyak Petronas, cawangan Penampang 1, pada 26 April lalu.

Jeremy didakwa mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 16 Jun ini untuk pengurusan kes dan membenarkan jaminan RM2,000 dengan dua penjamin tempatan bagi setiap pertuduhan.

Peguam Nathaniel Wong hadir mewakili tertuduh bagi pihak peguam Lim Chun Yuan.

Timbalan Pendakwa Raya Bryan Francis dan Fazriel Fardiansyah Abdul Kadir masing-masing mengendalikan pendakwaan di hadapan hakim Amir Shah Amir Hassan dan Hurman Hussain.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/15/jurujual-mengaku-tidak-bersalah-guna-wang-palsu/feed/ 0 73861