Wanita Gagasan Rakyat – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 06 Oct 2025 08:44:18 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Wanita Gagasan Rakyat – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Wanita Gagasan Rakyat pastikan kesinambungan kepimpinan Hajiji https://sabahmedia.com/2025/10/06/wanita-gagasan-rakyat-pastikan-kesinambungan-kepimpinan-hajiji/ https://sabahmedia.com/2025/10/06/wanita-gagasan-rakyat-pastikan-kesinambungan-kepimpinan-hajiji/#respond Mon, 06 Oct 2025 00:03:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82618
Read Time:2 Minute, 2 Second

Oleh Normimie Diun

TUARAN: Pergerakan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) tekad memastikan kesinambungan kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor yang terbukti membawa kestabilan politik, kemajuan ekonomi dan kesejahteraan rakyat di negeri ini.

Ketua Wanita Gagasan Rakyat Sabah, Datuk Redonah Bahanda berkata, jentera wanita memainkan peranan penting bukan sahaja sebagai pelaksana di lapangan, tetapi juga sebagai penyampai aspirasi kerajaan kepada rakyat di seluruh pelosok negeri.

“Wanita adalah tulang belakang kekuatan parti. Kita bukan sekadar menyokong dari belakang, tetapi berdiri sebaris dalam perjuangan memastikan kesinambungan kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Taklimat Gerak Kerja Jentera Wanita Gagasan Rakyat PRN17 Sabah DUN Sulaman di Dewan Utama Bangunan Kebudayaan Rumpun Bajau Sama, Kampung Lok Batik, Tuaran semalam.

Program berkenaan menghimpunkan jentera wanita daripada tujuh Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sulaman di Tuaran.

Turut hadir Naib Ketua Wanita Gagasan Rakyat, Datuk Aziah Atoh; Ketua Wanita Gagasan Rakyat Bahagian Sulaman, Datuk Jamaliah Antalip yang juga Bendahari Wanita Gagasan Rakyat Sabah; Naib Ketua Wanita Gagasan Rakyat Bahagian Sulaman, Noorziah Mastan; Ketua Wanita Gagasan Rakyat Likas, Halizah Din; Setiausaha Kerja Wanita Gagasan Rakyat, Azizah Atoh serta jawatankuasa dan jentera Wanita G10 Sulaman.

Redonah berkata, sebanyak 74 bahagian Wanita Gagasan Rakyat di seluruh Sabah telah menyatakan sokongan padu terhadap kepimpinan Hajiji sebagai Ketua Menteri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 nanti.

“Kita bersatu di bawah panji perjuangan yang sama untuk memastikan Datuk Seri Hajiji terus menerajui Sabah. Kesinambungan ini penting demi kestabilan, kemajuan dan masa depan rakyat yang lebih baik,” jelasnya.

Beliau turut mengingatkan setiap jentera wanita agar bersiap siaga dengan struktur G10 yang mantap supaya gerak kerja dapat dijalankan dengan lebih tersusun, fokus dan berstrategi.

“Gerak kerja wanita perlu dilaksanakan secara berfokus dan meyakinkan supaya setiap pengundi dapat didekati dengan mesej perjuangan yang jelas. Ini masa untuk kita buktikan bahawa wanita Gagasan mampu menjadi barisan hadapan kemenangan GRS,” tegasnya.

Redonah turut menegaskan bahawa DUN Sulaman merupakan nadi politik kepimpinan Hajiji, dan kemenangan di kawasan itu menjadi simbol keutuhan sokongan rakyat terhadap beliau.

“DUN Sulaman bukan sekadar kawasan pilihan raya, tetapi simbol kekuatan perjuangan Gagasan Rakyat Sabah dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Kejayaan mempertahankan Sulaman akan menjadi tanda jelas keyakinan rakyat kepada kepimpinan Datuk Seri Hajiji,” katanya.

Beliau turut menyeru semua jentera wanita memperkukuh perpaduan dan terus turun padang mendekati rakyat dengan mesej perjuangan GRS yang berasaskan kestabilan dan kesejahteraan.

“Wanita Gagasan adalah benteng semangat dan kekuatan parti. Dari DUN Sulaman, kita gerakkan gelombang kemenangan untuk seluruh Sabah,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/06/wanita-gagasan-rakyat-pastikan-kesinambungan-kepimpinan-hajiji/feed/ 0 82618
Wanita Gagasan Rakyat buat laporan polis terhadap kenyataan fitnah Albert Tei https://sabahmedia.com/2025/07/03/wanita-gagasan-rakyat-buat-laporan-polis-terhadap-kenyataan-fitnah-albert-tei/ https://sabahmedia.com/2025/07/03/wanita-gagasan-rakyat-buat-laporan-polis-terhadap-kenyataan-fitnah-albert-tei/#respond Thu, 03 Jul 2025 10:51:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76631
Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU: Pergerakan Wanita Gagasan Rakyat Sabah hari ini membuat laporan polis terhadap kenyataan berunsur fitnah oleh seorang individu dikenali sebagai Albert Tei Jiann Cheing yang didakwa telah mencemarkan nama baik kepimpinan tertinggi negeri Sabah dan institusi perundangan negara.

Laporan tersebut dikemukakan oleh Ketua Penerangan Wanita Gagasan Rakyat Sabah, Datuk Senator Annabell Perian bersama Penolong Setiausaha, Fahzean Mohiddin serta dua Exco, Salmi Sarinoh dan Halijah Din di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu pada Khamis (3 Julai).

Menurut Annabell, laporan itu merujuk kepada sidang media yang diadakan oleh Albert pada 30 Jun lalu di perkarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, yang turut dimuat naik secara penuh ke laman Facebook.

“Dalam sidang media tersebut, Albert secara terbuka mendakwa beberapa pemimpin tertinggi negeri termasuk Ketua Menteri, Speaker Dewan Undangan Negeri dan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lain terlibat dalam rasuah dan patut didakwa di mahkamah.

“Beliau juga mengaitkan kononnya pemimpin-pemimpin ini berkomplot untuk menghalang siasatan dan mendakwa mereka terlibat dalam rancangan mencederakan dirinya, termasuk kemungkinan diculik atau dibunuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Annabell menegaskan bahawa kenyataan yang dibuat Albert adalah palsu, berniat jahat serta berunsur fitnah terhadap pemimpin negeri Sabah dan institusi penguatkuasaan undang-undang.

“Malah, kenyataan tersebut turut memberi gambaran seolah-olah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara menjalankan siasatan serta pendakwaan secara selektif, yang boleh menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap keadilan dan integriti sistem perundangan negara,” ujarnya.

Tambah beliau, kenyataan terbuka sebegini juga boleh dianggap sebagai satu penghinaan kepada mahkamah memandangkan kes yang melibatkan Albert dan dua ADUN lain kini sedang dalam proses perbicaraan, sekali gus mencetuskan percubaan ‘trial by media’.

Sehubungan itu, Wanita Gagasan Rakyat Sabah meminta agar pihak polis menyiasat Albert atas beberapa kesalahan iaitu Fitnah jenayah di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan; Hasutan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948; Penyalahgunaan sistem komunikasi mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998; dan Penghinaan terhadap proses mahkamah yang sedang berlangsung.

“Laporan ini dibuat atas keprihatinan terhadap ketenteraman awam, maruah kepimpinan negeri serta demi menjaga keyakinan rakyat terhadap institusi kehakiman negara,” tegas Annabell lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/03/wanita-gagasan-rakyat-buat-laporan-polis-terhadap-kenyataan-fitnah-albert-tei/feed/ 0 76631
Wanita Gagasan Rakyat Senallang jadi pemangkin gerak kerja parti akar umbi https://sabahmedia.com/2025/06/09/wanita-gagasan-rakyat-senallang-jadi-pemangkin-gerak-kerja-parti-akar-umbi/ https://sabahmedia.com/2025/06/09/wanita-gagasan-rakyat-senallang-jadi-pemangkin-gerak-kerja-parti-akar-umbi/#respond Mon, 09 Jun 2025 08:11:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75270
Read Time:1 Minute, 15 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

SEMPORNA: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Semporna memuji komitmen dan dedikasi tinggi yang ditunjukkan oleh ahli Wanita dalam menggerakkan sokongan akar umbi dan memperkukuh jentera organisasi parti di peringkat tempatan.

Ketua Gagasan Rakyat Bahagian Senallang, Mohd Rashdey Datuk Sabardin, menyatakan penghargaan beliau semasa merasmikan Persidangan Tahunan Sayap Wanita bahagian itu yang diadakan semalam.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli bahagian, terutamanya ketua-ketua cawangan wanita dan perwakilan N.65 Senallang. Semangat dan komitmen yang ditunjukkan amat mengagumkan,” katanya dalam ucapan perasmian.

Persidangan yang dipengerusikan oleh Fatimah Aisah Kisun, Ketua Biro Kebajikan Wanita merangkap Ketua Mobilisasi Wanita bahagian itu, turut menekankan peranan semakin penting wanita dalam memperjuangkan kebajikan masyarakat dan inisiatif pembangunan di Senallang.

Mohd Rashdey menekankan bahawa penglibatan aktif wanita mencerminkan visi parti yang lebih inklusif dan berpaksikan rakyat, selain mengukuhkan kehadiran Gagasan Rakyat di kawasan yang secara tradisinya dikuasai oleh parti lain.

Beliau menyatakan keyakinan terhadap keupayaan parti untuk menawarkan alternatif baharu kepada landskap politik sedia ada di Semporna.

“Dengan strategi yang betul dan usaha akar umbi yang bersatu padu, Gagasan Rakyat berpotensi untuk muncul sebagai pencabar yang serius.

“Sokongan wanita dan belia akan menjadi faktor penting dalam merealisasikan aspirasi ini,” katanya sambil menggesa jentera parti bahagian itu bersiap sedia menggerakkan jentera menghadapi
Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 (PRN17).

Mohd Rashdey berkata, komitmen bahagian untuk memperkukuh struktur cawangan, memperluaskan jaringan akar umbi dan terus berinteraksi dengan rakyat bagi memastikan kesiapsiagaan menghadapi sebarang kemungkinan termasuk pembubaran Dewan Undangan Negeri.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/09/wanita-gagasan-rakyat-senallang-jadi-pemangkin-gerak-kerja-parti-akar-umbi/feed/ 0 75270
Wanita Gagasan Rakyat perlu lebih agresif turun padang – Redonah https://sabahmedia.com/2024/09/29/wanita-gagasan-rakyat-perlu-lebih-agresif-turun-padang-redonah/ https://sabahmedia.com/2024/09/29/wanita-gagasan-rakyat-perlu-lebih-agresif-turun-padang-redonah/#respond Sun, 29 Sep 2024 04:43:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61436
Read Time:1 Minute, 32 Second

KOTA BELUD: Kepimpinan Wanita Gagasan Rakyat Sabah diminta melaksanakan gerak kerja turun padang dengan lebih agresif dalam mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh rakyat di peringkat akar umbi.

Ketua Wanita Gagasan Rakyat, Datuk Redonah Bahanda berkata, berikutan tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) semakin hampir, seluruh jentera sepatutnya tidak lagi boleh bersikap selesa dengan pencapaian yang ada.

“Kita mahu semua jentera di seluruh peringkat melipat ganda gerak kerja mereka supaya kita lebih dekat dengan rakyat selain mengenal pasti apa masalah atau isu yang ada.

“Kita tidak mahu apabila PRN nanti baru semua mahu bekerja mencari rakyat, kita jangan menjadi seperti pembangkang yang mencari pengundi secara bermusim ketika pilihan raya sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Mesyuarat Tahunan Pergerakan Wanita PGRS Bahagian Tempasuk di Dewan Serbaguna Kampung Taun Gusi, Kota Belud kelmarin.

Hadir sama Ketua Wanita Gagasan Rakyat Bahagian Tempasuk, Nurul Fadzilah Noordin, ketua-ketua Wanita komponen Gabungan Rakyat Sabah, Ketua Wanita Gagasan Rakyat Likas, Halizah Din dan ahli-ahli Wanita Gagasan Rakyat bahagian Tempasuk.

Redonah berkata, jentera pilihan raya juga perlu memastikan kemenangan kekal kepada calon PGRS yang disandang sekarang ini.

“Kita mesti pertahankan DUN Tempasuk pada PRN ke-17 yang akan datang. Kita mesti saling bekerjasama sebagai satu pasukan Wanita, Pemuda dan Beliawanis bukan sahaja kemenangan tetapi juga menambah undi yang sedia ada.

“Bagi mencapai hasrat itu, jentera Wanita perlu memperkasakan program-program mendekati rakyat selain melakukan proses tambah nilai dalam setiap gerak kerja,” katanya.

Beliau turut menyarankan agar kepimpinan Wanita PGRS termasuk di peringkat bahagian dan cawangan supaya kekal mengukuhkan semangat solidariti dan jati diri antara satu sama lain.

Katanya, generasi muda juga perlu didekati dengan menggunakan pendekatan-pendekatan yang sesuai dengan masa kini.

Tambah beliau, zaman sudah berubah dan kaedah untuk berhubung serta mendekatkan diri dengan generasi muda juga perlu seiring dengan perubahan supaya sebarang tindakan akan lebih berkesan dan mencapai matlamat.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/29/wanita-gagasan-rakyat-perlu-lebih-agresif-turun-padang-redonah/feed/ 0 61436
Jentera wanita Gagasan Rakyat perlu jadi mata, telinga kerajaan https://sabahmedia.com/2024/09/15/jentera-wanita-gagasan-rakyat-perlu-jadi-mata-telinga-kerajaan/ https://sabahmedia.com/2024/09/15/jentera-wanita-gagasan-rakyat-perlu-jadi-mata-telinga-kerajaan/#respond Sun, 15 Sep 2024 03:01:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60682
Read Time:1 Minute, 17 Second

Semporna : Pergerakan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) diminta untuk sentiasa peka dengan apa sahaja isu berbangkit dalam kalangan rakyat khususnya di peringkat akar umbi.

Ketuanya, Datuk Redonah Bahanda berkata, jentera wanita parti adalah mata dan telinga kepada kerajaan dan sewajar mampu memainkan peranan berkesan dalam menangani masalah rakyat.

Katanya, tanpa maklumat yang jelas sukar bagi kerajaan melalui agensi yang berkaitan untuk menyalurkan bantuan yang sepatutnya kepada rakyat.

“Jentera wanita Gagasan Rakyat sangat penting bukan sahaja bekerja untuk parti dalam meraih sokongan untuk menghadapi pilihan raya tetapi juga menjadi mata dan telinga kepada kerajaan.

“Tanpa kerjasama dan sokongan anda, sukar bagi kerajaan yang dipimpin oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor untuk bertindak balas sekali gus menangani isu dan masalah rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Mesyuarat Tahunan Wanita Gagasan Rakyat Bahagian Senallang di Hotel Seafest Semporna di sini semalam.

Hadir sama Naib Ketua Wanita Gagasan Rakyat, Aziah Atoh dan Ketua Wanita Gagasan Rakyat Senallang Hainul Asikin Yahya

Redonah yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri berkata, selain itu, jentera wanita parti mesti bekerja keras dalam memberi penerangan dan penjelasan kepada rakyat di peringkat akar umbi mengenai hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ)

Katanya, program dan gerak kerja SMJ perlu dihayati dan difahami oleh semua pihak bagi membolehkan pelaksanaannya berjalan dengan lancar dan berkesan.

“Tanpa pemahaman rakyat sukar bagi kerajaan untuk melaksanakan sesuatu projek yang pastinya bermatlamat bagi mencapai kemajuan dan kesejahteraan rakyat.

“Kita berharap jentera parti yang ada boleh membantu menjayakan hasrat SMJ dengan lebih baik dan mencapai sasaran,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/15/jentera-wanita-gagasan-rakyat-perlu-jadi-mata-telinga-kerajaan/feed/ 0 60682
Wanita Gagasan Rakyat lapor polis, siasat dalang fitnah anak Ketua Menteri Sabah https://sabahmedia.com/2024/01/17/wanita-gagasan-rakyat-lapor-polis-siasat-dalang-fitnah-anak-ketua-menteri-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/01/17/wanita-gagasan-rakyat-lapor-polis-siasat-dalang-fitnah-anak-ketua-menteri-sabah/#respond Wed, 17 Jan 2024 02:39:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48081
Read Time:1 Minute, 47 Second

KOTA KINABALU: Ketua Penerangan Pergerakan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Anna Bell Perian (gambar) melahirkan rasa kekesalan ekoran daripada fitnah yang dilemparkan ke atas Mohd Reza Hajiji yang dituduh terlibat dengan kartel dadah.

Berikutan daripada itu, Wanita Parti Gagasan Rakyat dari Bahagian Sungai Sibuga, Gum-gum, Elopura, Tanjung Papat, Karamunting, Sekong dan beberapa kawasan lain telah membuat laporan polis agar siasatan terperinci dilaksanakan dan membawa pihak terbabit ke muka pengadilan.

Menurut Anna, perbuatan yang berniat jahat ini ibarat melempar batu sembunyi tangan sengaja dicetuskan untuk menarik perhatian sekaligus cubaan untuk menjejaskan imej YAB Ketua Menteri Sabah.

“Perumpamaan ini mengambarkan bahawa individu atau pihak terbabit terdesak dengan menabur fitnah mengalihkan perhatian rakyat untuk menyokong kerajaan negeri yang tanpa henti membawa pembangunan untuk rakyat dan negeri Sabah. Pihak ini juga sengaja mengadu domba kerana tidak ada isu yang ingin mereka utarakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anna berkata, memasuki tahun baharu 2024, tahun yang masih menyaksikan peperangan dunia luar antara Israel–Palestin sedang berlaku sehingga mengundang ketidaktentuan politik peringkat antarabangsa dan juga kemelesetan ekonomi dunia seharusnya menjadi fokus utama semua pihak tidak kira pihak kerajaan, pembangkang dan rakyat adalah berganding bahu untuk memulihkan dan membangunkan ekonomi negeri kerana kalau bukan kita semua siapa lagi.

“Cukup-cukuplah berpolitik kerana rakyat sedang memerhatikan kita semua, tentu juga diselitkan doa-doa untuk kemenangan saudara mara kita di Palestin dalam berjuang membela tanah air mereka,” tegasnya.

Tambah beliau, Sabah dan rakyatnya menjadi contoh terbaik bukan hanya di peringkat negeri saja tetapi diperingkat nasional hidup aman harmoni tanpa peperangan meskipun berbeza budaya, kaum dan agama. Namun sayangnya, ada pihak yang suka mencetuskan ‘peperangan’ yang dangkal, lagi busuk, dipenuhi hasad dengki untuk menjatuhkan orang lain.

“Mengapa tidak kita bersama-sama menjalankan tugas kita sebagai rakyat Sabah? Membina dan memakmurkan negeri tercinta, merentasi perbezaan ideologi. Bukan berusaha mencari akal dan helah untuk ‘menusuk duri menikam daging hingga kesuma jiwa lara’.

“Cukuplah segala kealpaan yang membinasakan selama ini dijadikan iktibar dan teladan kepada kita semua atas segala musibah, kekurangan mahupun perbezaan.

“Kita berdoa semoga Negeri Sabah yang kita cintai ini terus kekal aman, makmur dan sejahtera untuk anak cucu cicit kita masa hadapan,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/17/wanita-gagasan-rakyat-lapor-polis-siasat-dalang-fitnah-anak-ketua-menteri-sabah/feed/ 0 48081
Wanita Gagasan Rakyat santuni pesakit kronik sempena menjelang Krismas https://sabahmedia.com/2023/12/17/wanita-gagasan-rakyat-santuni-pesakit-kronik-sempena-sambutan-krismas/ https://sabahmedia.com/2023/12/17/wanita-gagasan-rakyat-santuni-pesakit-kronik-sempena-sambutan-krismas/#respond Sun, 17 Dec 2023 11:30:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46681
Read Time:41 Second

KOTA KINABALU: Sempena menjelang sambutan perayaan Krismas, Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) telah menyantuni seorang pesakit kronik di Kampung Kaliangau Manggatal, semalam.

Lawatan itu dihadiri Ketua Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah, Datuk Redonah Bahanda bersama Ketua Wanita Gagasan Rakyat bahagian Inanam Meilin Medusin serta ahli jawatankuasanya.

Redonah berkata sepertimana perayaan-perayaan lain contohnya Hari Raya Aidil Fitri, Tahun Baru China, dan kali ini golongan kurang bernasib menerima sumbangan sempena Krismas.

Beliau berkata, sumbangan kepada golongan kurang berkemampuan sebagai tanda ingatan dan tanggungjawab kepada golongan tersebut.

Katanya, sebagai masyarakat yang merayakan pelbagai perayaan, golongan-golongan itu biasanya tidak akan dilupakan supaya mereka juga dapat meraikan Krismas seperti orang lain.

Beliau telah menyampaikan sumbangan kepada keluarga Petrus Ayang, 62, pesakit kronik daripada Kampung Keliangau Manggatal.

Sumbangan yang diserahkan berupa barangan makanan dan perhiasan Krismas untuk keluarga tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/17/wanita-gagasan-rakyat-santuni-pesakit-kronik-sempena-sambutan-krismas/feed/ 0 46681
Biro Kesihatan Wanita Gagasan Rakyat anjur Program Kemanusian: Jolly & Jingle Caregiver Initiative https://sabahmedia.com/2023/12/15/biro-kesihatan-wanita-gagasan-rakyat-anjur-program-kemanusian-jolly-jingle-caregiver-initiative/ https://sabahmedia.com/2023/12/15/biro-kesihatan-wanita-gagasan-rakyat-anjur-program-kemanusian-jolly-jingle-caregiver-initiative/#respond Fri, 15 Dec 2023 06:56:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46594
Read Time:1 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU: Dalam semangat kegembiraan musim perayaan Krismas, Biro Kesihatan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) telah mengadakan program kemanusiaan yang menyentuh hati, iaitu “Jolly & Jingle Caregiver Initiative di Hospital Wanita & Kanak-Kanak Sabah, kelmarin.

Program tersebut diketuai oleh Pengerusi Biro Kesihatan merangkap Exco Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah, Dr Davina Datuk Markus Majihi dan dilancarkan oleh Pengarah Hospital Likas, Dr Marcus Netto.

Ia bertujuan untuk menghargai dan memberi pengiktirafan komuniti kepada penjaga-penjaga yang telah lama bergelut dengan cabaran dalam perjalanan rawatan pesakit kanser .

Biro Kesihatan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah turut memberikan sumbangan berupa selimut, bantal leher, dan makanan khusus kepada  penjaga-penjaga yang setia menjaga pesakit tercinta mereka.

Inisiatif ini juga mencerminkan semangat kepedulian dan empati semasa musim perayaan, diharapkan sumbangan kecil ini dapat memberikan sedikit keceriaan dan semangat positif untuk mereka terus kuat dan tabah.

Dalam ucapan program oleh Pengerusi Biro Kesihatan, Dr Davina Datuk Markus Majihi, berkata peranan penjaga amatlah besar, malah mereka perlu terus kuat walaupun ada kalanya berdepan saat beremosi kerana melihat orang tersayang dalam kesakitan dan kesedihan. Kami menghargai pengorbanan dan ketabahan mereka. Mereka adalah HERO sejati yang patut diberikan penghargaan.

Turut hadir di Majlis Pelancaran ini, Timbalan Pengarah (Perubatan I), Dr Christine Lu, Timbalan Pengarah (Pengurusan), Adrian Allan,  Matron Anita Abd Malek dan jururawat – jururawat yang memberikan sokongan menyeluruh dalam menyediakan penjagaan kesihatan yang terbaik.

Biro Kesihatan juga mengucapkan terima kasih kepada penaja utama, HERO Sabah dan Hayat Technologies, yang telah memainkan peranan penting dalam menjayakan inisiatif ini.

Inisiatif ini bukan hanya memberikan bantuan fizikal tetapi juga untuk mewujudkan rangkaian sokongan tempatan untuk bertukar pengalaman dan memberi sokongan, supaya bersama-sama kita dapat menjadi sumber kekuatan dan harapan bagi penjaga-penjaga pesakit kanser.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/15/biro-kesihatan-wanita-gagasan-rakyat-anjur-program-kemanusian-jolly-jingle-caregiver-initiative/feed/ 0 46594
Wanita Gagasan Rakyat diminta jaga nama baik parti – Redonah https://sabahmedia.com/2023/07/07/wanita-gagasan-rakyat-diminta-jaga-nama-baik-parti-redonah/ https://sabahmedia.com/2023/07/07/wanita-gagasan-rakyat-diminta-jaga-nama-baik-parti-redonah/#respond Fri, 07 Jul 2023 03:42:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=37834
Read Time:2 Minute, 30 Second

BELURAN: Pemimpin dan ahli-ahli Wanita Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) diminta berusaha membina nama baik parti dalam kalangan rakyat.

Ketua Wanita Gagasan Rakyat, Datuk Redonah Bahanda berkata, bagi tujuan itu, semua pihak perlu berganding bahu bekerja keras demi kesejahteraan rakyat dan mengetepikan kepentingan diri.

Beliau yakin, jika anggota parti dalam setiap gerak kerja dan program yang dilaksanakan bekerja dengan tulus ikhlas, pasti rakyat akan terus memberikan sokongan dalam apa juga keadaan.

“Gerak kerja parti amat menuntut semua anggota mengenepikan kepentingan diri, sebaliknya sentiasa fokus kepada kepentingan  rakyat dan negeri sebagai matlamat utama.

“Selain itu, kita juga perlu sentiasa bersifat terbuka kepada sebarang pandangan serta bersedia untuk menerima teguran yang membina.

“Teguran dan kritikan adalah elemen penting bagi kita bermuhasabah diri dalam perancangan menghadapi pilihan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa perjumpaan dengan ahli jawatankuasa Wanita Gagasan Rakyat bahagian Sugut, Telupid, Kuamut dan Labuk kelmarin di Beluran.

Hadir sama Naib Ketua Wanita Gagasan Rakyat, Aziah Atoh (Darau), Ketua Penerangan, Anna Bell Perian (Sungai Sibuga), Ketua Penyelaras Beluran, Aneh Jambri (Telupid), Setiausaha Kerja Azizah Atoh serta pemimpin wanita Gagasan Rakyat bahagian-bahagian.

Semasa berada di Beluran, Redonah turut mengadakan Ziarah Sayang di beberapa tempat di Kampung Sungai Sungai, Perumahan Bukit Kampung Sungai Sungai, Sugut dan Kampung Entilibon, Labuk. Seorang warga emas yang sakit, orang kurang upaya dan warga emas yang uzur.

Redonah yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah menegaskan bahawa, anggota parti tidak boleh sesekali berfikir bahawa parti dalam keadaan sempurna, sebaliknya perlu sentiasa berusaha memperbaiki diri dan menambah baik sebarang kekurangan yang ada.

Malah, katanya, Presiden yang juga Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor telah mengarahkan semua 73 bahagian parti melakukan persediaan awal untuk memastikan kemenangan Gagasan Rakyat pada PRN akan datang.

Jelas beliau, persiapan ini perlu dilaksanakan dengan baik, tersusun dan berstrategi khususnya dalam gerak kerja secara bersama dengan parti-parti komponen utama GRS yang turut dianggotai Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) dan Parti Liberal Demokratik (LDP).

“Sebab itu fokus Wanita Gagasan Rakyat ialah kita menjadi pemangkin kepada pembangunan dan kemajuan, kita tidak mahu terlalu berpolitik yang akhirnya merencatkan usaha kita membawa kemajuan kepada rakyat dan negeri.

“Sebagai sebuah parti lokal, kita akan menggunakan pendekatan yang lebih strategik dan berbeza iaitu cara yang sinonim dengan budaya masyarakat Sabah untuk menarik penyertaan ramai rakyat ke parti ini,” katanya.

Tambah beliau, apa yang penting ialah setiap anggota parti terus komited dengan hala tuju dan perjuangan parti kerana sikap itu yang bakal menentukan kejayaan bagi khidmat kepada pengundi dan rakyat.

Katanya, setiap anggota Wanita Gagasan Rakyat juga mesti sentiasa bersikap proaktif dan lebih kreatif dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada golongan sasar.

“Suatu yang perlu diingatkan ialah setiap anggota Gagasan Rakyat perlu sentiasa mencari ilmu-ilmu baharu kerana dunia hari ini berubah dengan begitu pantas. Tanpa ilmu dan kemahiran baharu kita akan ketinggalan. Jika ketinggalan bagaimana mungkin kita mampu memberi khidmat yang efisien serta efektif kepada rakyat,” ujar beliau.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/07/wanita-gagasan-rakyat-diminta-jaga-nama-baik-parti-redonah/feed/ 0 37834
Wanita Gagasan Rakyat perlu agresif salur penerangan kepada akar umbi – Redonah https://sabahmedia.com/2023/06/18/wanita-gagasan-rakyat-perlu-agresif-salur-penerangan-kepada-akar-umbi-redonah/ https://sabahmedia.com/2023/06/18/wanita-gagasan-rakyat-perlu-agresif-salur-penerangan-kepada-akar-umbi-redonah/#respond Sun, 18 Jun 2023 02:38:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=36584
Read Time:2 Minute, 0 Second

RANAU: Semua pimpinan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) diminta lebih agresif menyalurkan penerangan mengenai hala tuju dan perjuangan kerajaan negeri dalam membela nasib rakyat.

Ketua Wanita Gagasan Rakyat, Datuk Redonah Bahanda berkata, maklumat dan penjelasan itu penting bagi memastikan rakyat faham mengenai hasrat pucuk pimpinan kerajaan negeri sekali gus memudahkan sebarang pelaksanaan program pembangunan.

Menurut beliau, maklumat itu hari ini bukan lagi sekadar bersemuka tetapi melalui pelbagai saluran media sosial sama ada Facebook, Instagram, WhatsApp, Twitter dan TikTok.

“Perjuangan Gagasan Rakyat  adalah satu perjuangan yang sebenarnya menarik minat orang di luar sana termasuk parti lain untuk bersatu dan bersama berjuang demi kebaikan rakyat serta Sabah.

“Sebab itu fokus Wanita Gagasan Rakyat ialah kita menjadi pamangkin kepada pembangunan dan kemajuan, kita tidak mahu terlalu berpolitik yang akhirnya merencatkan usaha kita membawa kemajuan kepada rakyat dan negeri.

“Sebagai sebuah parti lokal, kita akan menggunakan pendekatan yang lebih strategik dan berbeza iaitu cara yang sinonim dengan budaya masyarakat Sabah untuk menarik penyertaan ramai rakyat ke parti ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis perjumpaan Wanita Gagasan Rakyat Sabah bahagian Karanaan, Paginatan dan Kundasang di Ranau semalam.

Hadir sama Naib Ketua Wanita Gagasan Rakyat, Aziah Atoh, Penolong Setiausaha, Fahzean Mohiddin, Ketua Penerangan Anna Bell Perian serta ketua-ketua wanita bahagian dan jawatan kuasanya bahagian Keranaan, Piginatan dan Kundasang.

Tegas Redonah, selain bergerak menerusi anjuran pelbagai program parti, Wanita Gagasan Rakyat juga akan terus bersama-sama mengembleng tenaga menjayakan setiap program anjuran rakyat tanpa mengira skala penganjuran.

Katanya, dalam hak ini, setiap wanita mesti bersatu hati kerana hanya dengan perpaduan sahaja mereka menjadi sangat hebat dan mampu menggamit perhatian golongan atasan sekali gus merealisasikan keperluan wanita dan keperluan rakyat demi kesejahteraan bersama.

Sementara dalam aspek keterlibatan dalam ekonomi dan pembangunan, katanya, peranan wanita hari ini sangat penting dan bernilai.

“Umumnya, kita kaum wanita diberikan kelebihan dari segi disiplin dan cermat dalam pengurusan wang. Ini antara faktor menjadikan wanita lebih mungkin untuk berjaya dalam menguruskan ekonomi keluarga dan organisasi.

“Suatu hakikat hari ini, apabila bercakap mengenai ekonomi, pembangunan dan kemajuan, semua itu tidak lagi boleh dipisahkan dengan golongan wanita.

“Hal ini kerana wanita bukan sahaja penting sebagai menyokong tetapi wanita kini mampu menjadi ketua, pemimpin malah peneraju kepada agensi, jabatan, syarikat dan badan yang terlibat dalam pembangunan dan kemajuan negara,” tambah beliau.

Sementara itu, Redonah turut menziarahi keluarga kurang sihat di tiga DUN tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/18/wanita-gagasan-rakyat-perlu-agresif-salur-penerangan-kepada-akar-umbi-redonah/feed/ 0 36584