Wanita GRS – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 06 Mar 2026 01:50:22 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Wanita GRS – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Wanita GRS Sabah santuni asnaf melalui Program Penyerahan Bakul Makanan https://sabahmedia.com/2026/03/06/wanita-grs-sabah-santuni-asnaf-melalui-program-penyerahan-bakul-makanan/ https://sabahmedia.com/2026/03/06/wanita-grs-sabah-santuni-asnaf-melalui-program-penyerahan-bakul-makanan/#respond Fri, 06 Mar 2026 01:50:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=92732
Read Time:1 Minute, 11 Second

TUARAN: Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terus memperkukuh komitmen kebajikan terhadap masyarakat dengan menganjurkan Program Penyerahan Bakul Makanan kepada golongan asnaf sempena Ramadan, melibatkan kawasan Parlimen Kota Belud dan Tuaran.

Program yang diadakan di Dewan Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Sama Sabah, di sini, disempurnakan Ketua Wanita GRS Sabah, Datuk Seri Azizah Mohd Dun, yang turut menyampaikan bakul makanan kepada para penerima.

Turut hadir Ketua Wanita PCS, Simi Linggom; Setiausaha Wanita GRS, Salmah Sait; Penolong Bendahari Wanita GRS, Datuk Surinam Sadikun; Ketua Penerangan Wanita GRS, Datin Belynda Buntot; Timbalan Ketua Penerangan Wanita GRS, Julia ABT; serta Penyelaras Wanita GRS Parlimen Kota Belud, Nurul Fadzilah Noordin.

Hadir sama Penyelaras Wanita GRS Parlimen Tuaran, Datuk Jamaliah Antalip bersama barisan EXCO Wanita GRS.

Program itu turut disertai penyelaras Wanita GRS di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) serta ahli-ahli Wanita GRS dari kedua-dua kawasan Parlimen berkenaan.

Dalam ucapannya, Azizah berkata kepimpinan wanita bukan sahaja perlu kukuh dari segi organisasi, malah harus berteraskan nilai kasih sayang, empati serta semangat kebersamaan dalam mendekati masyarakat yang memerlukan.

Beliau berkata bulan Ramadan merupakan masa terbaik untuk memperkukuh amalan kebajikan selain mengeratkan hubungan dalam kalangan masyarakat tanpa mengira latar belakang.

“Inisiatif seperti ini bukan sahaja dapat meringankan beban golongan memerlukan, malah memperkukuh semangat perpaduan serta memperluas peranan Wanita GRS dalam mendekati masyarakat,” katanya.

Program itu berlangsung dalam suasana penuh kebersamaan sekali gus mencerminkan komitmen berterusan Wanita GRS dalam melaksanakan aktiviti kebajikan serta memperkukuh perjuangan GRS.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/06/wanita-grs-sabah-santuni-asnaf-melalui-program-penyerahan-bakul-makanan/feed/ 0 92732
Wanita GRS sokong had tempoh jawatan Ketua Menteri Sabah dua penggal https://sabahmedia.com/2023/10/19/wanita-grs-sokong-had-tempoh-jawatan-ketua-menteri-sabah-dua-penggal/ https://sabahmedia.com/2023/10/19/wanita-grs-sokong-had-tempoh-jawatan-ketua-menteri-sabah-dua-penggal/#respond Thu, 19 Oct 2023 09:25:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43853
Read Time:1 Minute, 16 Second

KOTA KINABALU: Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengucapkan tahniah kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, di atas atas pencapaian tiga tahun sebagai Ketua Menteri Sabah.

Ketua Wanita GRS, Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata Wanita GRS bersetuju dengan had tempoh jawatan Ketua Menteri Sabah kepada dua penggal selepas Pilihan Raya Negeri akan datang.

“Wanita GRS berpandangan bahawa dalam tiga tahun ini prestasi Datuk Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri begitu cemerlang dan meyakinkan. Pelbagai projek pembangunan telah diadakan dan sedang dirancang untuk rakyat Sabah”, katanya.

Katanya, beberapa bulan lalu, Hajiji telah mengadakan majlis pecah tanah di tapak projek di Kogopon LRA, Papar untuk meningkatkan kapasiti air daripada 40MLD kepada 80MLD dan akan disiapkan pada 2026, yang juga bermakna isu bekalan air di Putatan dan Papar akan selesai dalam dua hingga tiga tahun.

Selain bagi menangani isu air di daerah lain, sebuah empangan hidroelektrik bernilai RM4 bilion sedang dibina di Ulu Padas, Tenom, sebagai penyelesaian jangka panjang. Malah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka melancarkan projek itu dan empangan itu akan siap pada 2027.

Wanita GRS percaya lebih banyak pembangunan akan dibawa oleh Hajiji sebagai menjadi Ketua Menteri Sabah.

Mengenai cadangan untuk menaikkan martabat Pembantu Menteri dengan menamakan mereka sebagai Timbalan Menteri dan menambah bilangan kementerian sebanyak tiga kepada 14, Wanita GRS berpandangan sudah tiba masanya nama jawatan itu dimartabatkan, selain menambah kementerian yang baharu melihat keadaan di Semenanjung ada Kementerian Pendidikan, Wanita dan Kesihatan.

Wanita GRS mencadangkan agar salah satu Kementerian baharu nanti ialah Kementerian Hal-ehwal dan Pembangunan Wanita.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/19/wanita-grs-sokong-had-tempoh-jawatan-ketua-menteri-sabah-dua-penggal/feed/ 0 43853