Wanita GRS – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 21 Jul 2026 21:38:18 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Wanita GRS – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Wanita GRS perkukuh jentera, lantik empat pengerusi unit baharu https://sabahmedia.com/2026/07/22/wanita-grs-perkukuh-jentera-lantik-empat-pengerusi-unit-baharu/ https://sabahmedia.com/2026/07/22/wanita-grs-perkukuh-jentera-lantik-empat-pengerusi-unit-baharu/#respond Tue, 21 Jul 2026 21:36:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100329
Read Time:1 Minute, 44 Second

KOTA KINABALU: Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan terus mengadakan mesyuarat secara berkala di semua peringkat bagi memastikan jentera parti sentiasa tersusun, bersiap siaga dan bersedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) serta Pilihan Raya Umum (PRU).

Ketua Wanita GRS, Datuk Seri Azizah Mohd Dun, berkata mesyuarat yang diadakan secara konsisten bukan sekadar memenuhi keperluan organisasi, malah menjadi platform penting untuk mengukuhkan jentera dan gerakan parti, selain membincangkan perkembangan politik serta isu-isu semasa.

“Politik adalah dinamik. Kita tidak boleh statik atau berada dalam zon selesa. Sebab itu Wanita GRS perlu sentiasa bermesyuarat, menyelaras gerak kerja dan bersedia menghadapi sebarang perubahan landskap politik.

“Setiap pemimpin dan ahli Wanita GRS mesti memahami denyut nadi rakyat serta bertindak pantas dalam mendepani setiap cabaran,” katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat Wanita GRS di Bilik Manukan, Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, semalam.

Dalam mesyuarat itu, Azizah mengumumkan penubuhan lima unit strategik Wanita GRS dengan beliau sendiri mengetuai Unit Dasar dan Polisi, manakala Datuk Surinam Sadikun (Unit Ekonomi), Simi Linggom (Unit Kesihatan), Datin Atin Belynda Buntot (Unit Penerangan) dan Datin Wong Siow Lee @ Mary Wong (Unit Kebajikan) dilantik sebagai pengerusi unit masing-masing.

Jelas Azizah, setiap unit mempunyai peranan yang jelas dalam merancang dan melaksanakan program berimpak tinggi, di samping memperkukuhkan hubungan parti dengan rakyat melalui pendekatan yang lebih tersusun dan berkesan.

Beliau berkata, kekuatan sesebuah parti bergantung kepada kesediaan jenteranya untuk terus bekerja, turun padang dan mendampingi rakyat secara berterusan, bukan hanya apabila pilihan raya semakin hampir.

“Saya mahu setiap unit dan bahagian Wanita GRS bergerak sebagai satu pasukan yang mantap, berdisiplin dan proaktif. Dengan kesatuan, komitmen serta gerak kerja yang tersusun, saya yakin Wanita GRS akan terus menjadi tonggak penting dalam memperkukuhkan Gabungan Rakyat Sabah serta menyumbang kepada kemenangan parti pada pilihan raya akan datang,” katanya.

Turut hadir Timbalan Ketua Wanita GRS, Datuk Redonah Bahanda, Glenna Wong Kuen Yin, Norzian Dumit dan Simi Linggom; Setiausaha Wanita GRS, Salmah Sait, Bendahari Wanita GRS, Datin Wong Siow Lee, Penolong Bendahari, Datuk Surinam Sadikun; Ketua Penerangan, Datin Atin Belynda Buntot; Penolong Ketua Penerangan, Lailawati Ahmad Bahrom @ Julie; serta Ahli Jawatankuasa Wanita GRS.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/22/wanita-grs-perkukuh-jentera-lantik-empat-pengerusi-unit-baharu/feed/ 0 100329
Wanita GRS yakin dengan kepimpinan Pengerusi GRS, Hajiji https://sabahmedia.com/2025/07/01/wanita-grs-yakin-dengan-kepimpinan-pengerusi-grs-hajiji/ https://sabahmedia.com/2025/07/01/wanita-grs-yakin-dengan-kepimpinan-pengerusi-grs-hajiji/#respond Tue, 01 Jul 2025 14:03:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76509
Read Time:58 Second

KOTA KINABALU: Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyatakan keyakinan penuh terhadap kepimpinan Pengerusi GRS, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, dalam menghadapi sebarang dakwaan atau tohmahan yang dilemparkan terhadap beliau.

Ketua Wanita GRS, Datuk Azizah Mohd Dun berkata, kenyataan terbuka Hajiji yang menegaskan “I have nothing to hide” merupakan bukti jelas bahawa beliau adalah pemimpin yang telus dan tidak gentar untuk disiasat.

“Kami yakin dengan pengerusi kami. Beliau sendiri telah berkata dengan tegas – ‘Siasatlah!’ Jika beliau bersalah atau takut, beliau tidak akan berani berkata demikian. Oleh itu, Wanita GRS berdiri teguh di belakang Datuk Seri Hajiji,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Azizah berkata, kenyataan tersebut mencerminkan keikhlasan dan keberanian seorang pemimpin yang bersedia berdepan kebenaran tanpa berselindung.

“Pemimpin yang berani berkata ‘pergilah siasat’ ialah pemimpin yang tidak menyembunyikan apa-apa. Ini menunjukkan keyakinan beliau terhadap proses undang-undang serta ketelusan dalam pentadbiran,” ujarnya.

Dalam pada itu, Wanita GRS turut menyeru seluruh rakyat Sabah agar tidak terpengaruh dengan sebarang cubaan menggugat kestabilan politik negeri.

“Kami menyeru semua agar terus tenang dan percaya kepada kepimpinan yang berani, jujur dan bertanggungjawab. Sokongan padu daripada rakyat amat penting dalam memastikan kestabilan negeri terus terpelihara,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/01/wanita-grs-yakin-dengan-kepimpinan-pengerusi-grs-hajiji/feed/ 0 76509
PRN17 Sabah: Wanita GRS cadangkan 10 calon https://sabahmedia.com/2025/02/23/prn17-sabah-wanita-grs-cadangkan-10-calon/ https://sabahmedia.com/2025/02/23/prn17-sabah-wanita-grs-cadangkan-10-calon/#respond Sun, 23 Feb 2025 07:28:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69222
Read Time:1 Minute, 39 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Pergerakan Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah mengemukakan senarai 10 calon wanita dari pelbagai parti komponen dalam gabungan itu untuk dipertimbangkan sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 Sabah akan datang.

Ketua Wanita GRS, Datuk Seri Azizah Mohd Dun, berkata 10 calon wanita dari pelbagai parti dalam GRS telah dicadangkan untuk dipertimbangkan oleh pucuk pimpinan GRS.

“Setelah berbincang sesama kami dalam kalangan Wanita, kami telah mengemukakan 10 nama calon Wanita kepada pucuk pimpinan. Namun keputusan akhir mengenai calon yang sesuai atau sebaliknya akan ditentukan oleh pucuk pimpinan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Apresiasi Media di sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

Ditanya mengenai terdapat calon muka baru yang dicadangkan, Azizah menegaskan bahawa GRS memberi ruang kepada calon muka baru yang berpotensi untuk menang, namun tetap mempertahankan calon berpengalaman.

“Antara strategi kami adalah memberi peluang kepada muka baru, tetapi calon lama yang berpengalaman juga akan dipertahankan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Azizah yakin dengan usaha kerja keras berterusan Wanita GRS, yang kini sudah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa.

“Wanita GRS sudah lama bersiap sedia dan terus bekerja, walaupun tidak ditonjolkan sangat, bukan hanya di peringkat besar, tetapi juga di akar umbi, dengan aktiviti yang berjalan secara berterusan setiap hari,” jelasnya.

Sementara itu, pada Majlis Apresiasi Media, Azizah yang juga Pengerusi Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS) berkata penulisan media massa sejak dahulu amat penting bagi mengubah pemikiran masyarakat khususnya menyalurkan input-input positif dan membina.

Katanya, kemajuan teknologi yang pesat menuntut media massa untuk lebih bertanggungjawab, jujur, dan amanah.

“Media, seperti yang diungkapkan dalam pepatah ‘mata pena lebih tajam dari mata pedang’, berperanan penting sebagai penghubung antara kementerian dan masyarakat luar bandar, dengan meliputi isu-isu pembangunan yang relevan dan konsisten.

“Oleh itu, wartawan perlu menguasai dasar kerajaan dan isu semasa bagi memastikan kewartawanan berperanan efektif dalam pembangunan negara,” tambah beliau lagi.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif IDS, Prof Madya Datuk Dr. Ramzah Dambul dan ahli lembaga pengarah IDS.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/23/prn17-sabah-wanita-grs-cadangkan-10-calon/feed/ 0 69222
Wanita GRS perlu lebih progresif – Azizah https://sabahmedia.com/2024/10/16/wanita-grs-perlu-lebih-progresif-azizah/ https://sabahmedia.com/2024/10/16/wanita-grs-perlu-lebih-progresif-azizah/#respond Wed, 16 Oct 2024 04:17:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62275
Read Time:1 Minute, 57 Second

KOTA MARUDU : Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu menjadi lebih progresif dan mempunyai gerak kerja yang padu dan luar biasa, kata Datuk Seri Azizah Mohd Dun.

Beliau yang juga Ketua Wanita GRS berkata Wanita GRS mesti bersiap sedia dan cekap membaca sikap pengundi.

“Kita tidak boleh berfikir sikap pengundi masih sama seperti Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu. Kita tidak boleh lagi bergantung kepada persepsi atau sembarangan andaian, kita memerlukan satu gerak kerja yang lebih mendalam bagi mendapatkan fakta lebih tepat terhadap sokongan yang diterima parti,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Siri Jelajah Wanita GRS Dun Bandau di Marudu Inn Kota Marudu baru-baru lalu. 

Turut hadir sama Ketua Wanita Gagasan Rakyat Sabah, Datuk Redonah Bahanda,  Naib Presiden PBS Pusat, Datuk Arthur Ser, Ahli Majlis Tertinggi Gagasan Rakyat, Datuk Maijol Mahap serta komponen GRS.

Menurut Azizah, pengundi kalangan anak muda menjadi elemen penting dalam setiap pilihan raya selepas undang-undang meletakkan seawal usia 18 tahun sudah diiktiraf sebagai pengundi.

“Mereka (pengundi muda) diberikan hak dan ruang untuk memilih kerajaan. Kekuatan undi mereka sangat penting. Sikap mereka mudah berubah justeru, mereka mudah terdedah dan terpengaruh dengan persekitaran, pengaruh rakan-rakan, ahli keluarga dan juga dakyah di media sosial.

“Golongan ini mudah bertukar corak pengundian. Meskipun apa yang dijanjikan tidak praktikal dan sukar dilaksanakan maka di sinilah pentingnya, gerak kerja kempen untuk meneutralkan semula dakyah yang wujud.

“Di sinilah peranan Wanita. Sebagai ibu kita dekati mereka, kita fahami kemahuan mereka, selami jiwa mereka dan bimbing mereka parti apakah yang terbaik untuk mereka membuat pilihan,” tegas Azizah.

Tegas beliau lagi gerak kerja Wanita GRS yang efisien dan berdaya saing, memerlukan penggerak yang mempunyai jati diri yang kuat, bijaksana dalam melaksanakan agenda wanita.

Katanya, Wanita GRS mesti turun ke akar umbi, mengatur program-program yang lebih berdaya dan lebih berstrategik. 

“Media sosial menjadi medium yang sangat penting dan besar  dalam kehidupan seharian kita semestinya perlu memanfaatkan setiap platform yang ada.

“Justeru itu, Wanita GRS harus gandakan usaha sebagai agen penyebaran maklumat. Kita lawan dakyah dan fitnah pihak lawan. Rakyat harus diberikan maklumat yang tepat dan jangan biarkan mereka menipu dan menyeleweng fikiran rakyat,” katanya.

Tambah beliau, gerakan Wanita GRS perlu melengkapkan diri dengan persediaan serapi mungkin.

“Kita tidak ada lagi masa untuk bersenang-lenang, persediaan itu biarlah seumpama kita mahu berjuang ke medan perang,” ujarnya.
 

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/16/wanita-grs-perlu-lebih-progresif-azizah/feed/ 0 62275
Wanita GRS telah kemuka senarai nama calon kepada Pengerusi GRS https://sabahmedia.com/2024/10/05/wanita-grs-telah-kemuka-senarai-nama-calon-kepada-pengerusi-grs/ https://sabahmedia.com/2024/10/05/wanita-grs-telah-kemuka-senarai-nama-calon-kepada-pengerusi-grs/#respond Sat, 05 Oct 2024 11:03:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61729
Read Time:2 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU: Ketua Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Azizah Mohd Dun memaklumkan sudah mengemukakan senarai nama calon wanita yang berkelayakan kepada pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor untuk dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah akan datang.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Taklimat Gerak Kerja Wanita Gabungan Rakyat Sabah di sini, hari ini.

Azizah berkata, walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) belum lagi dibubarkan Wanita GRS sudah mengemukakan senarai nama calon sebagai persediaan awal.

“Kami juga sudah mengemukakan nama-nama kepada Yang Amat Berhormat pengerusi kita, walaupun belum lagi bubar jadi kita sudah awal-awal mengemukakan.

“Tapi kita mahu pastikan juga apabila kita mengambil calon itu, yang paling utama beliau mestilah mempunyai potensi untuk menang dan juga mempunyai kelayakan yang baik, membawa suara dari Wanita, kawasan dan juga kalau di Parlimen membawa suara negeri Sabah, dengan berani, ada keyakinan. Beliau mesti mempunyai kebolehan itu dan saya yakin di kalangan kami ini ada,” katanya.

Dalam pada itu beliau turut memaklumkan setakat ini jumlah ahli Wanita GRS hampir mencecah 18 ribu keahlian.

Katanya, Wanita GRS seluruh negeri sudahpun membuat persediaan dengan menggerakkan jentera masing-masing untuk menghadapi PRN17 ini.

“Kita sebenarnya sudah mengadakan jelajah kita bermula pada Julai tahun lalu dan awal tahun ini gerakan- gerakan telah dijalankan.

“Kita telah pun melantik jentera-jentera kita di semua kawasan DUN di seluruh negeri Sabah ini. Kita sekarang ada hampir 18 ribu jentera Wanita di seluruh negeri.

“Mereka ini yang akan menjadi duta kepada Wanita GRS untuk bergerak di peringkat akar umbi dan mereka sebenarnya pun sudah mula bergerak dan nampaklah kalau dulu tidak mengenal antara satu sama lain kerana parti yang berbeza tapi sekarang sudahpun ada kemesraan yang begitu cantik sekali.

“Itulah sebenarnya semula jadi Wanita ini ia berkasih sayang antara satu sama lain dan bila ada timbul kasih sayang itu ia akan bergerak dengan lebih baik lebih mudah dan itulah sesuatu yang istimewa kita daripada Sabah ini, walaupun kita di Sabah banyak etnik dan agama tetapi kita boleh kebekerjasama dengan lebih baik. Keistimewaan itu kita kena jaga,” ujarnya.

Sehubungan dengan itu, Azizah juga tidak menafikan jika ada calon muda di kalangan Wanita GRS yang berkelayakan untuk bertanding pada PRN17 ini.

“Kami juga mengalu-alukan jika ada calon Wanita muda yang berkebolehan dan betul-betul minat dalam politik ini kenapa tidak, tetapi yang penting kawasan itu boleh menang.

“Saya tidak mahu letak calon seperti melepaskan batuk di tangga atau hanya mengisi kekosongan tapi sebaik-baiknya kawasan yang boleh menang.

“Saya yakin kawasan boleh menang ini memang ada Wanita kita, tapi saya minta yang ada ini kita pertahankan dan kita tambah,” jelasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/05/wanita-grs-telah-kemuka-senarai-nama-calon-kepada-pengerusi-grs/feed/ 0 61729
Wanita GRS diminta kuatkan perpaduan dan bersatu hati https://sabahmedia.com/2023/07/23/wanita-grs-diminta-kuatkan-perpaduan-dan-bersatu-hati/ https://sabahmedia.com/2023/07/23/wanita-grs-diminta-kuatkan-perpaduan-dan-bersatu-hati/#respond Sun, 23 Jul 2023 08:25:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38809
Read Time:2 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mahu wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) agar terus meningkatkan perpaduan sedia ada untuk menjadi satu pasukan yang kuat dalam perjuangan parti, bersama membangun negeri dan seterusnya berkhidmat kepada rakyat.

Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu berkata walaupun kerajaan negeri hari ini masih ada lebih dua tahun memerintah, namun jentera parti khususnya wanita GRS tidak boleh leka, sebaliknya terus bekerja untuk rakyat.

“Kita kena terus bekerja, perkukuhkan perpaduan, bersatu hati dalam komponen GRS dan elakkan perselisihan faham serta perpecahan dalam kalangan kita.

“Sebab itu, peranan dan tanggungjawab wanita GRS amat penting dan cukup besar sekarang. Jentera parti GRS amat memerlukan wanita untuk menyampaikan mesej dan perjuangan GRS kepada rakyat di peringkat akar umbi di negeri ini.

“Saya amat yakin di bawah pimpinan Ketua Wanita GRS (Datuk Seri Panglima Azizah Mohd Dun), beliau akan membawa wanita GRS sekarang sebagai satu pasukan yang kuat. Saya juga yakin kita mampu perkukuhkan dan kuatkan lagi perpaduan yang sedia wujud ini sekali gus beroleh kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang,” katanya ketika merasmikan Pelancaran Jelajah Wanita GRS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Ahad.

Hajiji turut melahirkan rasa gembira kerana tujuh parti tempatan dalam GRS terus bersama-sama untuk memastikan perjuangan rakyat dan negeri ini dapat diteruskan.

Katanya, pelbagai cabaran dan ujian ditempuhi kerajaan negeri sejak mengambil alih pentadbiran lebih dua tahun lalu.

“Ini termasuklah Langkah Kinabalu, apabila ada pihak yang cuba menggulingkan kerajaan negeri ketika itu. Bagaimanapun, saya bersyukur atas kesatuan dan perpaduan kita serta sokongan daripada PH, kita dapat mempertahankan kerajaan negeri.

“Mandat ini perlu kita pertahankan dan di sinilah juga peranan wanita GRS amat penting untuk kita mencipta kejayaan dalam PRN akan datang.

“Justeru, program jelajah ini amat penting dan saya dimaklumkan oleh Ketua Wanita GRS bahawa mereka melawat ke semua zon di Sabah untuk menjelaskan dasar serta perjuangan GRS,” katanya sambil menambah apa yang penting teruskan perjuangan dan memenuhi aspirasi rakyat Sabah.

Beliau berkata, kerajaan GRS telah membawa banyak kejayaan selama lebih dua tahun memerintah negeri ini, dan akan membawa lebih banyak lagi pembangunan ke negeri ini.

“Banyak yang kita sudah buat, malah banyak negara mempunyai keyakinan dalam kepimpinan GRS apabila duta dan pesuruhjaya mereka yang datang jumpa saya menyatakan Sabah ada potensi untuk menjadi negeri yang maju. Mereka mahu melabur ke negeri ini.

“Bagaimanapun, pembangkang menyatakan macam-macam cerita terutama Warisan yang masih kabur-kabur dan tidak nampak apa yang telah kita buat dalam masa lebih dua tahun,” katanya.

Justeru katanya, untuk meneruskan usaha yang dibuat kerajaan ini, semua komponen parti dalam GRS perlu bersatu hati.

“Kita perlu kuatkan perpaduan dalam GRS, wanita kena bantu kami dan begitu juga golongan muda. Ini untuk memastikan perjuangan kita dalam GRS dapat mencapai kejayaan pada masa akan datang.

“Jangan kita buat silap lagi hingga berpecah belah, Sabah negeri dan rumah kita. Kepentingan rakyat sentiasa didahulukan dan inilah perjuangan GRS,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/23/wanita-grs-diminta-kuatkan-perpaduan-dan-bersatu-hati/feed/ 0 38809
Wanita GRS santuni 50 Rumah Kanak-kanak KK https://sabahmedia.com/2023/04/11/wanita-grs-santuni-50-rumah-kanak-kanak-kk/ https://sabahmedia.com/2023/04/11/wanita-grs-santuni-50-rumah-kanak-kanak-kk/#respond Tue, 11 Apr 2023 08:02:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32546
Read Time:45 Second

BERINGGIS: Seramai 50 orang penghuni di Rumah Kanak-Kanak Kota Kinabalu, Beringgis, Papar menerima sumbangan daripada Wanita Gagasan Rakyat Sabah (GRS) hari ini.

Rombongan Wanita GRS itu diketuai oleh Ketua Pergerakannya, Datuk Redonah Bahanda.

Menurut Redonah lawatan itu untuk beramah mesra selain mengeratkan hubungan silaturrahim antara Wanita GRS bersama  dengan kanak-kanak serta petugas.

Redonah menyampaikan sumbangan berupa makanan keperluan asas.

Beliau berkata, sumbangan tersebut di harap dapat memupuk budaya bersedekah di kalangan masyarakat sekaligus menceriakan kanak-kanak berkenaan.

Hadir sama Pengetua Rumah Kanak-Kanak Kota Kinabalu, Murni Junaha,Timbalan Pengetua Inwati Musa, Naib Ketua Wanita GRS Aziah Atoh, Penolong Setiausaha GRS, Fahzean Mohiddin, Penolong Bendahari Wanita GRS Datuk Jamaliah Antalip, Ketua Wanita GRS Dun Api Api, Salmi Sarinoh, Ketua Wanita GRS Lumadan, Datuk Surinam Sadikun serta ahli jawatankuasa Wanita GRS Kawang dan Wanita GRS Fun Pantai Manis.

Sementara itu Redorah turut menziarah golongan warga emas yang uzur di Beringgis.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/11/wanita-grs-santuni-50-rumah-kanak-kanak-kk/feed/ 0 32546
Wanita GRS & Jentera Pilihan Raya akan dilancarkan pada 23 Okt ini https://sabahmedia.com/2022/10/11/wanita-grs-jentera-pilihan-raya-akan-dilancarkan-pada-23-okt-ini/ https://sabahmedia.com/2022/10/11/wanita-grs-jentera-pilihan-raya-akan-dilancarkan-pada-23-okt-ini/#respond Tue, 11 Oct 2022 05:35:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=22696
Read Time:1 Minute, 59 Second

KOTA KINABALU : Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) berikutan pembubaran Parlimen kata Ketuanya Datuk Seri Azizah Mohd Dun.

Ketua Wanita GRS, Datuk Azizah Mohd Dun berkata dijangka Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi GRS, Datuk Hajiji Noor akan melancarkan Wanita GRS dan Jentera Pilihan Raya pada 23 Oktober ini di SICC dan selepas itu Wanita GRS akan mengadakan mesyuarat bersama-sama dengan ketua-ketua penyelaras dari 25 kawasan Parlimen.

“Sebelum ini, gerak kerja Wanita GRS sudah pun bersedia. Jentera kami turun sebagai satu nama GRS. GRS Sabah merangkumi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO).

“Kita turun dengan membawa nama Wanita GRS, katanya semasa mempengerusikan Mesyuarat Wanita GRS semalam di Kota Kinabalu.

Turut hadir sama Timbalan Ketua Wanita GRS, Datuk Amisah Yassin, Setiausaha Wanita GRS, Datuk Redonah Bahanda, Ketua Wanita STAR, Datuk Flovia Ng, Ketua Wanita PBS, Datin Malianah Ugau Ketua Wanita SAPP, Noraiza Noor, Setiausaha Kerja Srikandi Bersatu Sabah, Aziah Atoh, Timbalan Setiausaha Srikandi Bersatu Sabah, Fahzean Mohiddin dan Timbalan Ketua Penerangan Srikandi Bersatu Sabah, Halizah Din.

Azizah yang juga Ketua Srikandi Bersatu Sabah berkata Wanita GRS sudah lama turun padang bagi mendekati rakyat, mendalami permasalahan mereka serta menghulurkan bantuan tanpa mengira pegangan politik.

“GRS pun baru dua tahun penubuhannya. Janji kita bantu rakyat. Dari segi jentera, kita sudah bergerak bersama dan insya-Allah kita bersedia menghadapi pilihan raya umum ini dengan kerjasama semua parti komponen dalam gabungan GRS, katanya.

Menurut Azizah, ketua-ketua Wanita GRS telah mengemukakan senarai nama-nama calon kepada pucuk pimpinan dan terpulang kepada pucuk pimpinan untuk menentukan berapa ramai dan siapa yang akan menjadi calon serta di mana mereka akan bertanding.

Tambah beliau lagi susulan daripada pembubaran Parlimen pada 10 Oktober semalam, Jentera pilihan raya GRS di peringkat negeri dan Parlimen sudah sedia untuk diaktifkan dan semua parti komponen juga sudah membuat persiapan masing-masing atas semangat GRS.

Jelas Azizah kerajaan negeri pimpinan GRS-Barisan Nasional (GRS-BN) ketika ini masih mempunyai tiga tahun untuk melengkapkan tempoh DUN.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam telah mengumumkan pembubaran Parlimen untuk memberi laluan kepada PRU-15.

Ismail Sabri turut memberitahu semua negeri kecuali Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor untuk membubarkan DUN masing-masing supaya pilihan raya negeri boleh diadakan serentak dengan PRU-15.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/10/11/wanita-grs-jentera-pilihan-raya-akan-dilancarkan-pada-23-okt-ini/feed/ 0 22696