Wanita maut – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 23 Apr 2026 07:57:07 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Wanita maut – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Wanita maut motosikal dirempuh lori https://sabahmedia.com/2026/04/23/wanita-maut-motosikal-dirempuh-lori/ https://sabahmedia.com/2026/04/23/wanita-maut-motosikal-dirempuh-lori/#respond Thu, 23 Apr 2026 07:57:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95390
Read Time:53 Second

KENINGAU: Seorang wanita maut selepas motosikal yang dinaikinya dirempuh sebuah lori dalam kemalangan di Jalan Nabawan-Sapulut berhampiran Kampung Sarikan, Nabawan, malam Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 malam itu, mangsa, Marlyana Baulun, 21, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Anak Garai berkata, kemalangan membabitkan sebuah lori dan motosikal jenis Modenas Kriss.

“Siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang seorang lelaki bersama mangsa dari arah Nabawan ke Sepulut telah dilanggar dari belakang oleh sebuah lori.

“Akibat pelanggaran itu, pembonceng wanita maut di tempat kejadian, manakala penunggang berusia 27 tahun mengalami kecederaan parah dan kini dirawat di Hospital Keningau,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pemandu lori berusia 51 tahun tidak mengalami kecederaan dan telah tampil membuat laporan polis.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu lori yang gagal memberi perhatian kepada kenderaan di hadapan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Keningau untuk proses bedah siasat.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/23/wanita-maut-motosikal-dirempuh-lori/feed/ 0 95390
Wanita maut tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kg Lok Bonu https://sabahmedia.com/2025/03/05/wanita-maut-tertimbus-dalam-kejadian-tanah-runtuh-di-kg-lok-bonu/ https://sabahmedia.com/2025/03/05/wanita-maut-tertimbus-dalam-kejadian-tanah-runtuh-di-kg-lok-bonu/#respond Wed, 05 Mar 2025 03:50:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69826
Read Time:49 Second

KOTA KINABALU: Seorang wanita berusia 53 tahun maut selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh yang meranapkan kediamannya di Kampung Lok Bonu, Jalan Sepanggar, awal pagi Rabu (5 Mac).

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.32 pagi sebelum menghantar sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu ke lokasi kejadian.

Menurut kenyataan itu, pasukan tiba pada jam 4.49 pagi dan mendapati berlaku hakisan tanah yang menyebabkan runtuhan serta menimbus rumah mangsa.

Operasi mencari dan menyelamat segera dijalankan sebelum mangsa berjaya dikeluarkan, namun disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, lelaki berusia 25 tahun yang merupakan anak kepada mangsa, terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Operasi yang turut melibatkan pihak KKM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 6 pagi sebelum tamat sejam kemudian.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/05/wanita-maut-tertimbus-dalam-kejadian-tanah-runtuh-di-kg-lok-bonu/feed/ 0 69826
Wanita maut, kenderaan dipandu dirempuh pemandu cuai https://sabahmedia.com/2024/12/11/wanita-maut-kenderaan-dipandu-terlibat-kemalangan-di-jalan-lintas/ https://sabahmedia.com/2024/12/11/wanita-maut-kenderaan-dipandu-terlibat-kemalangan-di-jalan-lintas/#respond Wed, 11 Dec 2024 07:30:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=65224
Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU: Seorang wanita maut apabila kenderaan yang dipandu terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua buah kenderaan berhampiran Maimunah Cybercity, Jalan Lintas dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Kasim Muda berkata pada jam lebih kurang 5.45 pagi tadi pihaknya menerima maklumat berlaku satu kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kenderaan di lokasi tersebut.

“Siasatan awal di lokasi mendapati kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah kenderaan jenis Toyota Camry dan sebuah kenderaan jenis Produa Myvi.

“Kemalangan melibatkan kes terbabas dan masuk ke arah laluan bertentangan dan berlaku perlanggaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Kasim, siasatan lanjut mendapati sebuah kenderaan Perodua Myvi yang dipandu oleh seorang lelaki berumur 20’an yang datang dari arah Kobusak menuju ke Putatan.

“Apabila sampai berhampiran Speed Car Wash, Cybercity Jalan Lintas, pemandu Produa Myvi yang cuba untuk membuat pusingan-U dengan secara tiba-tiba kenderaan Perodua Myvi tersebut telah hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan di hadapannnya dan melambung ke sebelah jalan arah laluan yang bertentangan.

“Di dalam masa yang sama datang sebuah kenderaan Toyota Camry yang dipandu oleh seorang perempuan yang berumur 40’an daripada arah jalan lurus iaitu daripada arah Lapangan terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) menghala ke arah Lido dan menyebabkan telah berlaku berlaku perlanggaran.

“Akibat daripada kemalangan tersebut pemandu kenderaan Toyota Camry telah mengalami kecederaan parah dan telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan yang bertugas,” katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati kecuaian adalah disebabkan oleh pemandu kenderaan Perodua Myvi tersebut yang cuai di dalam pemanduannya sehingga hilang kawalan lalu terbabas dan masuk ke arah laluan bertentangan dan merempuh pemandu kenderaan Toyota Camry tersebut.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Dalam pada itu, Kasim turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa memandu dalam keadaan berhati-hati dan patuh kepada peraturan lalulintas.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/11/wanita-maut-kenderaan-dipandu-terlibat-kemalangan-di-jalan-lintas/feed/ 0 65224
Wanita maut, 2 cedera, kereta terbabas ke longkang https://sabahmedia.com/2024/06/04/wanita-maut-2-cedera-kereta-terbabas-ke-longkang/ https://sabahmedia.com/2024/06/04/wanita-maut-2-cedera-kereta-terbabas-ke-longkang/#respond Mon, 03 Jun 2024 20:25:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55453
Read Time:1 Minute, 9 Second

PAPAR: Seorang wanita maut manakala dua lagi mengalami cedera ringan selepas kenderaan yang dinaiki terbabas ke dalam longkang di Kampung Kawang, Kinarut petang kelmarin (3 Jun).

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 mengenai kemalangan itu pada jam 4.46 petang.

“Sebaik menerima laporan, pasukan bomba seramai 11 orang anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar telah bergegas ke lokasi kejadian.

“Komander Operasi PBK II Mohd Hamdani Mohd Harith melaporkan, kemalangan tersebut melibatkan sebuah kenderaan jenis Proton Pesona telah hilang kawalan akibat permukaan jalan raya yang licin lalu terbabas sendiri ke longkang. Jarak dari jalan raya ke longkang adalah lebih kurang 50 meter,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurutnya, dalam kemalangan itu terdapat seorang wanita berusia 44 tahun telah tercampak keluar dari kenderaan.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian. Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Manakala terdapat dua lagi mangsa lelaki berusia 16 dan 39 tahun mengalami kecederaan ringan.

“Salah seorang mangsa telah dikeluarkan daripada kenderaan oleh Pasukan Bomba dengan menggunakan peralatan menyelamat. Seorang lagi mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan Bomba tiba di lokasi.

“Kedua-dua mangsa telah diberikan perawatan awal oleh anggota Unit EMRS sebelum dihantar ke Hospital Papar dengan menaiki ambulans KKM bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/04/wanita-maut-2-cedera-kereta-terbabas-ke-longkang/feed/ 0 55453
Wanita maut, kereta dipandu bertembung https://sabahmedia.com/2024/02/25/wanita-maut-kereta-dipandu-bertembung/ https://sabahmedia.com/2024/02/25/wanita-maut-kereta-dipandu-bertembung/#respond Sat, 24 Feb 2024 22:27:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50059
Read Time:1 Minute, 20 Second

BEAUFORT: Seorang wanita maut selepas kenderaan yang dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan lain menyebabkan kemalangan di Kilometer 12, Jalan Beaufort – Papar kawasan Lambunau semalam.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Ismail Abdullah berkata dalam kejadian kira-kira jam 6.28 petang itu, Pusat Kawalan Daerah (DCC), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort telah memaklumkan satu kemalangan telah berlaku melibatkan dua buah kenderaan iaitu pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan Perodua Kembara di lokasi tersebut.

“Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati kemalangan berlaku semasa Toyota Hilux dipandu dari arah Pekan Beaufort menuju ke Membakut. Sampai di lokasi kejadian iaitu KM12, Jalan Beaufort – Papar di kawasan Lambunau, kenderaan Perodua Kembara yang datang dari arah bertentangan cuba untuk memotong namun tidak sempat masuk kembali ke laluan asal lalu bertembung dengan kenderaan Hilux,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Menurut Ismail, pemandu Perodua Kembara seorang wanita berumur 46 tahun dari Kg Balibata, Beaufort telah disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di tempat kejadian pada jam 6.33 petang.

“Pemandu Toyota Hilux seorang lelaki berumur 59 tahun yang cedera ringan telah dihantar ke Hospital Beaufort menggunakan Ambulans, manakala isteri dan dua orang anaknya yang masing-masing berumur enam dan dua tahun telah dibawa sendiri ke Hospital Beaufort oleh waris mangsa untuk menerima rawatan lanjut.

“Isteri pemandu Toyota Hilux dan anaknya yang berumur enam tahun mengalami cedera ringan, manakala anak yang berumur dua tahun tidak mengalami kecederaan.

“Mayat pemandu Perodua Kembara kemudiannya dibawa ke Hospital Beaufort dengan menggunakan kenderaan PDRM untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/25/wanita-maut-kereta-dipandu-bertembung/feed/ 0 50059
Wanita maut selepas mengadu sesak nafas semasa aktiviti snorkeling https://sabahmedia.com/2023/05/03/wanita-maut-selepas-mengadu-sesak-nafas-semasa-aktiviti-snorkeling/ https://sabahmedia.com/2023/05/03/wanita-maut-selepas-mengadu-sesak-nafas-semasa-aktiviti-snorkeling/#respond Wed, 03 May 2023 11:12:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=33767
Read Time:47 Second

SEMPORNA: Seorang wanita warga tempatan maut selepas mengalami sesak nafas semasa melakukan aktiviti snorkeling di tepi pantai di sebuah pulau peranginan di Semporna semalam.

Ketua Polis Daerah Semporna Superintenden Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, mangsa warga tempatan yang berasal dari Selangor berusia 53 tahun itu sedang bercuti bersama rakan dan telah mengalami sesak nafas semasa melakukan aktiviti snorkeling kira-kira jam 4.15 petang pada Selasa (2 Mei) di tepi pantai, sebuah pulau peranginan di Semporna.

“Mangsa telah mengadu sesak nafas sebelum dinaikkan ke bot dan di bawa
ke daratan di mana mangsa telah diberikan bantuan pernafasan oleh staf pusat peranginan tersebut sebelum di hantar ke Hospital Semporna untuk rawatan lanjut.

“Namun mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Semporna dipercayai disebabkan oleh serangan jantung,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut Mohd Farhan, bedah siasat dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kematian.

“Bagaimanapun, tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut ( SDR ),” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/03/wanita-maut-selepas-mengadu-sesak-nafas-semasa-aktiviti-snorkeling/feed/ 0 33767
Wanita maut, empat cedera ringan https://sabahmedia.com/2023/03/26/wanita-maut-empat-cedera-ringan/ https://sabahmedia.com/2023/03/26/wanita-maut-empat-cedera-ringan/#respond Sat, 25 Mar 2023 21:08:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31500
Read Time:1 Minute, 1 Second

PAPAR: Seorang wanita maut manakala empat lagi mengalami cedera ringan selepas kenderaan yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan di Jalan Gana Kawang dekat sini petang semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 5.47 petang pada Sabtu (25 Mac).

Katanya, sepasukan Bomba dikerah ke lokasi kejadian mendapati satu kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Honda HR-V terbabas sendiri di tepi jalan.

“Terdapat lima orang mangsa terlibat dalam kemalangan telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan Pasukan Bomba di lokasi kejadian.

“Seorang mangsa wanita berusia 35 tahun disahkan meninggal dunia oleh pihak pasukan perubatan di tempat kejadian dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Manakala seorang lelaki, 37, termasuk dua orang kanak-kanak perempuan dan lelaki masing-masing berusia lapan dan tujuh tahun serta seorang warga emas hanya mengalami kecederaan ringan diberikan rawatan awal oleh Pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) seterusnya dihantar ke hospital menggunakan Jentera EMRS dan Ambulans untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, pasukan Bomba turut bertindak membersihkan sisa-sisa kemalangan di atas jalan raya dan setelah memastikan tiada lagi bahaya lain, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.19 malam.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/26/wanita-maut-empat-cedera-ringan/feed/ 0 31500