Wanita muda – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 26 Jul 2025 12:07:03 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Wanita muda – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kepimpinan berjiwa rakyat dorong wanita muda sertai Beliawanis Gagasan Rakyat https://sabahmedia.com/2025/07/26/kepimpinan-berjiwa-rakyat-dorong-wanita-muda-sertai-beliawanis-gagasan-rakyat/ https://sabahmedia.com/2025/07/26/kepimpinan-berjiwa-rakyat-dorong-wanita-muda-sertai-beliawanis-gagasan-rakyat/#respond Sat, 26 Jul 2025 12:06:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77988
Read Time:59 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Kepimpinan berjiwa rakyat dan pelaksanaan program akar umbi menjadi pemangkin utama penyertaan wanita muda Sabah dalam Beliawanis Gagasan Rakyat.

Bagi perwakilan Beliawanis Gagasan Rakyat Sebatik, Zamliah Nulah, 39, beliau menyertai Beliawanis sejak awal penubuhannya kerana percaya kepada perjuangan dan pendekatan parti yang dekat dengan rakyat.

Zamliah

“Saya memang berminat dengan parti ini sejak awal lagi. Gagasan Rakyat adalah parti terbaik untuk kami kerana pemimpinnya berjiwa rakyat dan bertanggungjawab membantu komuniti,” katanya ketika ditemui sempena Persidangan Agung Tahunan Beliawanis 2025 di SICC, hari ini.

Zamliah berkata, Beliawanis semakin popular kerana wanita muda melihat sendiri komitmen pemimpin parti turun padang membantu rakyat, antaranya melalui sumbangan dan program kemasyarakatan di peringkat kawasan.

“Contoh di kawasan kami, pemimpin kami, Datuk Hassan A Gani Pg. Amir, sendiri turun padang dan bantu rakyat secara langsung. Itu yang memberi keyakinan kepada kami untuk terus menyokong perjuangan parti,” katanya.

Tambahnya, Beliawanis turut memainkan peranan aktif menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.

“Persediaan kami sudah bermula. Kami akan pastikan gerak kerja lebih tersusun dan mantap untuk menghadapi PRN,” ujarnya sambil menambah semakin ramai wanita muda menyertai Beliawanis sekaligus mengukukah lagi sokongan terhadap Gagasan Rakyat.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/26/kepimpinan-berjiwa-rakyat-dorong-wanita-muda-sertai-beliawanis-gagasan-rakyat/feed/ 0 77988
Wanita muda pemimpin masa depan – Belsheera https://sabahmedia.com/2025/06/16/wanita-muda-pemimpin-masa-depan-belsheera/ https://sabahmedia.com/2025/06/16/wanita-muda-pemimpin-masa-depan-belsheera/#respond Mon, 16 Jun 2025 01:29:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75624
Read Time:1 Minute, 13 Second

Inanam: Golongan muda khususnya wanita masa kini tidak sekadar menjadi pengikut, malah telah muncul sebagai pemimpin dan penggerak utama dalam pembangunan komuniti dan politik.

Ketua Pergerakan Beliawanis Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Inanam, Belsheera Elison berkata, pihaknya berharap agar lebih ramai wanita muda tampil aktif membentuk masa depan negeri Sabah, khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 yang bakal berlangsung tahun ini.

“Wanita muda hari ini telah membuktikan kemampuan mereka untuk memimpin dan menjadi suara penting dalam pentas politik. Beliawanis bukan sekadar sayap parti, kita adalah nadi perjuangan akar umbi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena Persidangan Tahunan Pergerakan Beliawanis Bahagian Inanam di Dewan Masyarakat Menggatal, di sini pada Ahad.

Belsheera  yang juga Penolong Setiausaha Pergerakan Beliawanis Pusat berkata, data menunjukkan kekuatan anak muda di Inanam dengan lebih 25,000 pengundi berusia 18 hingga 40 tahun termasuk lebih 12,000 pengundi wanita muda.

“Ini bukan angka kecil, ini adalah kekuatan yang boleh mengubah landskap politik Inanam jika kita benar-benar sedar nilai undi kita,” ujarnya sambil menyeru anak muda untuk turun mengundi dan tidak bersikap pasif dalam menentukan hala tuju negeri.

Menjawab sentimen lazim anak muda yang sering menyatakan tidak berminat dengan politik, Belsheera menegaskan bahawa sikap tidak peduli hanya akan merugikan diri sendiri.

“Politik bukan hanya tentang pemimpin dan kerusi, tetapi ia menentukan pendidikan, pekerjaan, harga barang dan masa depan kita,” katanya.

Beliau turut mengajak anak muda agar celik politik dan bijak menilai fakta terutama di media sosial. 

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/16/wanita-muda-pemimpin-masa-depan-belsheera/feed/ 0 75624