wanita – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 19 Jul 2026 10:17:06 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png wanita – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Wanita mampu seimbangkan tanggungjawab, penghayatan Al-Quran https://sabahmedia.com/2026/07/19/wanita-mampu-seimbangkan-tanggungjawab-penghayatan-al-quran/ https://sabahmedia.com/2026/07/19/wanita-mampu-seimbangkan-tanggungjawab-penghayatan-al-quran/#respond Sun, 19 Jul 2026 08:31:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100146
Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Kesibukan mengurus keluarga, kerjaya dan masyarakat bukan penghalang kepada wanita untuk terus mendalami ilmu Al-Quran serta memperkukuhkan penghayatan terhadap ajaran Islam.

Pengerusi Perkumpulan Perempuan Sabah (PPS), Datuk Seri Azizah Mohd Dun, berkata wanita hari ini membuktikan mereka mampu mengimbangi pelbagai tanggungjawab, termasuk meluangkan masa mengikuti pengajian Al-Quran dan menyertai pertandingan tilawah.

“Ini membuktikan wanita bukan sahaja cemerlang dalam pelbagai bidang, malah sentiasa berusaha memperkukuhkan hubungan dengan Allah SWT melalui pembacaan, penghayatan dan pengamalan Al-Quran dalam kehidupan seharian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pertandingan Tilawah Al-Quran Perkumpulan Perempuan Sabah (PPS) anjuran Biro Agama PPS di sini, hari ini.

Pertandingan itu disertai 10 peserta yang terdiri daripada Ahli Terus PPS serta wakil cawangan dari seluruh Sabah.

Azizah berkata, pertandingan itu bukan sekadar mencungkil bakat qariah, malah menjadi platform menggalakkan pembacaan Al-Quran secara bertajwid, memperkukuhkan ukhuwah dalam kalangan ahli serta melahirkan wakil PPS yang mampu bersaing di peringkat lebih tinggi.

Beliau turut menggesa lebih ramai wanita menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup dan terus istiqamah menghadiri kelas pengajian agama walaupun berdepan pelbagai komitmen harian.

Katanya, pembentukan keluarga dan masyarakat sejahtera bermula dengan penghayatan nilai-nilai Islam yang kukuh, manakala wanita memainkan peranan penting sebagai pendidik utama dalam institusi keluarga.

Majlis berlangsung dalam suasana harmoni dengan kehadiran ahli-ahli PPS serta para jemputan yang memberikan sokongan kepada semua peserta.

Beliau berharap program seumpama itu dapat diteruskan secara berterusan bagi memperkukuh syiar Islam, memupuk semangat silaturahim serta melahirkan lebih ramai wanita yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/19/wanita-mampu-seimbangkan-tanggungjawab-penghayatan-al-quran/feed/ 0 100146
Jurang ekonomi wanita luar bandar terus diberi perhatian https://sabahmedia.com/2026/05/19/jurang-ekonomi-wanita-luar-bandar-terus-diberi-perhatian/ https://sabahmedia.com/2026/05/19/jurang-ekonomi-wanita-luar-bandar-terus-diberi-perhatian/#respond Mon, 18 May 2026 22:38:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96910
Read Time:1 Minute, 34 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri memberi perhatian serius terhadap isu jurang ekonomi wanita khususnya di kawasan luar bandar bagi memastikan lebih ramai golongan wanita mendapat akses kepada bantuan, peluang ekonomi dan sokongan pembangunan diri.

Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Julita Majungki berkata, usaha memperkasa wanita perlu terus diperkukuhkan menerusi pelbagai dasar, program dan inisiatif yang memberi fokus kepada kesejahteraan keluarga, pembangunan komuniti serta peningkatan taraf hidup wanita.

“Wanita perlu diberi lebih banyak ruang untuk melibatkan diri dalam bidang kepimpinan dan politik demi melahirkan lebih ramai pemimpin wanita pada masa hadapan.

“Wanita bukan sahaja memainkan peranan penting dalam institusi keluarga, malah turut menjadi penggerak pembangunan masyarakat dan ekonomi negeri.

“Oleh itu, usaha memperkasa wanita di peringkat akar umbi perlu terus dipertingkatkan agar mereka tidak tercicir daripada arus pembangunan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Sentuhan Kasih Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) bertemakan “Suara Anda, Aspirasi Kami” sempena Sambutan Hari Ibu 2026 di Wisma Wanita, pada Isnin.

Teks ucapan beliau dibacakan Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Rina Jainal.

Dalam pada itu, Julita turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) atas komitmen berterusan menganjurkan program yang memberi manfaat kepada masyarakat khususnya golongan wanita dan ibu melalui pendekatan inklusif, mesra rakyat dan berimpak tinggi.

Menurut beliau, sambutan Hari Ibu bukan sekadar acara tahunan, tetapi simbol penghormatan kepada insan yang menjadi sumber kasih sayang, kekuatan dan pengorbanan dalam institusi keluarga.

“Seorang ibu bukan sahaja mendidik anak-anak mengenal kehidupan, malah menjadi pembentuk nilai, akhlak dan masa depan generasi,” tambahnya lagi.

Program berkenaan turut menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuk pendaftaran kursus wanita, pendaftaran NGO wanita, khidmat nasihat, Klinik Guaman Wanita serta pameran perkhidmatan oleh Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS).

Program tersebut dihadiri Pengarah JHEWA, Haslina Ismail serta wakil agensi kerajaan, NGO, usahawan wanita, rakan strategik serta masyarakat setempat dalam suasana penuh mesra dan harmoni sempena Sambutan Hari Ibu 2026.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/19/jurang-ekonomi-wanita-luar-bandar-terus-diberi-perhatian/feed/ 0 96910
Kepimpinan wanita Sabah perlu diperkasa – Azizah https://sabahmedia.com/2026/04/25/kepimpinan-wanita-sabah-perlu-diperkasa-azizah/ https://sabahmedia.com/2026/04/25/kepimpinan-wanita-sabah-perlu-diperkasa-azizah/#respond Sat, 25 Apr 2026 06:26:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95524
Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Pengerusi Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS), Datuk Seri Azizah Mohd Dun menyeru usaha memperkasa kepimpinan wanita di Sabah terus diperkukuh bagi melahirkan lebih ramai pemimpin wanita yang berkualiti, berwibawa dan berdaya saing.

Menurutnya, jumlah pemimpin wanita di negeri ini masih rendah dan memerlukan pendekatan lebih menyeluruh, termasuk berpandukan dapatan kajian yang dilaksanakan IDS.

“IDS mempunyai data dan hasil kajian jelas menunjukkan keperluan meningkatkan penglibatan wanita dalam kepimpinan. Kita bukan sahaja mahu melihat pertambahan jumlah, tetapi juga memastikan mereka memiliki kualiti serta kelayakan tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Bengkel Memperkasa Kepimpinan Wanita Sabah, di sini, hari ini.

Azizah yang juga Ketua Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata pembentukan pemimpin wanita berkaliber perlu bermula dengan asas komunikasi yang jelas, kefahaman mendalam terhadap isu serta persediaan rapi dalam setiap tanggungjawab.

“Seorang pemimpin mesti jelas dalam pertuturan, memahami isu yang dibawa dan sentiasa membuat persediaan. Program seperti bengkel ini penting kerana menyediakan latihan praktikal seperti pengucapan awam, latihan berkumpulan dan pembentangan.

“Di sinilah nilai kepimpinan, ilmu dan semangat kebersamaan dapat dibentuk, selari dengan peranan pemimpin dalam membawa suara rakyat,” katanya.

Tambahnya, pengalaman turut memainkan peranan penting dalam membina kredibiliti seseorang pemimpin agar lebih diyakini dan dihormati masyarakat.

“Pemimpin perlu berani memikul tanggungjawab selepas menerima mandat. Persediaan rapi sebelum menghadiri program atau berucap mencerminkan tahap intelektual dan kesungguhan.

“Kita tidak boleh bercakap tanpa persediaan kerana ia akan menjejaskan keyakinan terhadap kepimpinan,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau menekankan kepentingan pembelajaran berterusan dalam kalangan pemimpin wanita agar sentiasa relevan dengan perkembangan semasa.

“Dunia bergerak pantas. Kita perlu sentiasa menambah ilmu, memahami isu semasa dan bersedia menyesuaikan diri. Proses pembelajaran tidak pernah berhenti,” katanya.

Bengkel itu disertai 35 peserta terdiri daripada ahli wanita GRS dari Parlimen Kota Kinabalu, Putatan, Penampang dan Sepanggar.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/25/kepimpinan-wanita-sabah-perlu-diperkasa-azizah/feed/ 0 95524
Shahelmey seru komuniti wanita Putatan giat dalam bidang keusahawanan https://sabahmedia.com/2025/11/10/shahelmey-seru-komuniti-wanita-putatan-giat-dalam-bidang-keusahawanan/ https://sabahmedia.com/2025/11/10/shahelmey-seru-komuniti-wanita-putatan-giat-dalam-bidang-keusahawanan/#respond Mon, 10 Nov 2025 00:48:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85395
Read Time:1 Minute, 0 Second

PUTATAN: Pembangunan komuniti wanita menerusi bimbingan keusahawanan dan jaringan pemasaran produk mampu memberikan nilai tambah hasil ekonomi di daerah Putatan.

Ahli Parlimen Putatan, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, menerusi kerjasama rapat pihak dan agensi berkaitan, pembangunan ekonomi wanita di peringkat parlimen ini akan dipelbagaikan yang mana ia boleh menepati keboleh pasaran sedia ada.

“Bagi pihak Parlimen Putatan, sudah tentu kita akan menyokong usaha pembangunan komuniti wanita melalui latihan, bimbingan keusahawanan dan jaringan pemasaran produk tempatan.

“Kita juga pada masa sama menggalakan kolaborasi antara NGO, agensi kerajaan dan sektor swasta supaya program-program tersebut dapat diperluaskan di peringkat parlimen ini, “katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Projek Inkubator Mikro-Usahawan Suri Rumah dan Ibu Tunggal di Hotel Pan Borneo, Putatan, di sini.

Acara tersebut merupakan anjuran Oupus Organics selaku pelaksana projek manakala All-Party Parliamentary Group Malaysia (APPGM) sebagai inisiator program.

Para peserta adalah terdiri daripada suri rumah dan ibu tunggal dari Kg Lok Bonu, Kg Ulu Putatan dan Kg Meruntum.

Sementara itu, Shahelmey memuji pelaksanaan program sedemikian di mana pihaknya berharap ia dapat diperluaskan serta menjadi pemangkin di setiap komuniti di Putatan.

“Semoga kejayaan program seperti ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai wanita untuk bangkit dan berdikari,” jelasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/10/shahelmey-seru-komuniti-wanita-putatan-giat-dalam-bidang-keusahawanan/feed/ 0 85395
Suara wanita dalam GRS perlu terus diperkukuh https://sabahmedia.com/2025/10/25/suara-wanita-dalam-grs-perlu-terus-diperkukuh/ https://sabahmedia.com/2025/10/25/suara-wanita-dalam-grs-perlu-terus-diperkukuh/#respond Sat, 25 Oct 2025 08:45:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84136
Read Time:1 Minute, 17 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Suara dan peranan wanita dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) disifatkan sebagai elemen penting yang perlu terus diperkukuh menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ahli Majlis Tertinggi (AMT) GRS, Datuk Rina Jainal berkata, kepimpinan GRS telah memberi jaminan untuk mempertahankan semua penyandang wanita sedia ada, selain mempertimbangkan tambahan kerusi bagi calon wanita dalam PRN kali ini.

“Dimaklumkan bahawa semua kerusi yang disandang oleh wakil wanita akan dipertahankan. Malah ada juga cadangan untuk menambah, sekitar 10 kerusi untuk calon wanita,” katanya kepada Sabah Media.

Rina berkata, langkah itu menunjukkan komitmen GRS dalam memastikan suara wanita terus berkumandang dalam pentadbiran dan pembuatan dasar negeri.

“Kita mahu supaya sentiasa ada suara wanita di Dewan. Itu yang penting, sebab peranan wanita dalam membawa pandangan masyarakat juga besar,” ujarnya.

Mengenai peluang untuk dicalonkan semula, beliau berkata, keyakinan itu bukan semata-mata berdasarkan pengalaman, tetapi turut disokong oleh prestasi kerja dan maklum balas positif daripada masyarakat setempat.

“Keyakinan itu memang ada, berdasarkan cara kita bekerja dan respon daripada rakyat. Namun, keputusan akhirnya tetap bergantung kepada kepimpinan atasan,” katanya.

Rina menambah, GRS juga diyakini akan menilai calon-calon berdasarkan kemampuan mereka memberikan saingan yang kuat di kawasan masing-masing, termasuk dalam kalangan calon wanita.

“Sudah tentu mereka akan pertimbangkan calon yang boleh memberi saingan, sebab semua orang sedang berjuang secara adil untuk peluang masing-masing,” katanya.

Beliau berharap peningkatan jumlah calon wanita bukan sahaja memperkukuh keseimbangan gender dalam politik Sabah, tetapi juga menjadi simbol kesediaan GRS untuk melahirkan lebih ramai pemimpin wanita berwibawa di masa hadapan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/25/suara-wanita-dalam-grs-perlu-terus-diperkukuh/feed/ 0 84136
Jelajah Wanita DAP Sabah perkukuh hubungan akar umbi, perkenal calon baharu di Sandakan https://sabahmedia.com/2025/10/23/jelajah-wanita-dap-sabah-perkukuh-hubungan-akar-umbi-perkenal-calon-baharu-di-sandakan/ https://sabahmedia.com/2025/10/23/jelajah-wanita-dap-sabah-perkukuh-hubungan-akar-umbi-perkenal-calon-baharu-di-sandakan/#respond Thu, 23 Oct 2025 14:42:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84011
Read Time:1 Minute, 12 Second

SANDAKAN: Wanita DAP Sabah meneruskan pendekatan proaktif mendekati rakyat melalui siri Jelajah Wanita DAP Sabah ke Pantai Timur dari 21 hingga 23 Oktober, bagi memperkukuh hubungan akar umbi serta memperkenalkan bakal calon parti menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) akan datang.

Rombongan diketuai Ketua Wanita DAP Sabah, Bronica Sikula, bersama bakal calon DUN Tanjong Papat, Tang Szu Ching yang juga Ketua DAPSY Sandakan merangkap Penolong Setiausaha Organisasi DAP Sabah mengadakan lawatan ke beberapa lokasi termasuk Pasar Umum Sandakan, Kampung Pulau Berhala dan Kampung Sim-Sim.

Sepanjang program, mereka beramah mesra dengan masyarakat setempat sambil mengedarkan “Iltizam Wanita Harapan Sabah 2025” sebagai simbol komitmen terhadap pembangunan wanita dan keluarga.

Bronica menegaskan bahawa iltizam itu adalah pelan tindakan menyeluruh yang turut mencadangkan penstrukturan semula kementerian berkaitan dengan menukar namanya kepada Kementerian Wanita, Keluarga dan Kesejahteraan Rakyat, yang disarankan diketuai oleh seorang wanita.

Sokongan akar umbi terhadap DAP kekal kukuh, dengan kehadiran pemimpin muda seperti Tang Szu Ching disambut sebagai nafas baharu yang diyakini mampu memperkukuh legasi parti di Sandakan.

Di Tawau, program diteruskan dengan aktiviti walkabout di Pasar Tanjung bersama bakal calon DUN Sri Tanjung, Philip Yap Wui Lip, yang juga Ahli Jawatankuasa DAP Sabah merangkap Ahli Majlis Perbandaran Tawau.

Rombongan turut menghadiri Majlis Ramah Mesra di Kampung Saddani bagi mendengar secara langsung aspirasi dan isu dihadapi penduduk setempat.

Turut hadir, Naib Pengerusi DAP Sabah merangkap Ketua Wanita Pakatan Harapan, Datuk Jannie Lasimbang bersama barisan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Wanita DAP Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/23/jelajah-wanita-dap-sabah-perkukuh-hubungan-akar-umbi-perkenal-calon-baharu-di-sandakan/feed/ 0 84011
Rompak berkumpulan: lelaki dipenjara 5 tahun, 3 sebat https://sabahmedia.com/2025/10/15/wanita-dirompak-ketika-berehat-dalam-kereta-lelaki-dipenjara-5-tahun-3-sebatan/ https://sabahmedia.com/2025/10/15/wanita-dirompak-ketika-berehat-dalam-kereta-lelaki-dipenjara-5-tahun-3-sebatan/#respond Wed, 15 Oct 2025 11:12:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83355
Read Time:1 Minute, 14 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan tiga sebatan selepas mengaku bersalah melakukan rompakan berkumpulan terhadap beg tangan seorang wanita.

Semasa kejadian mangsa berusia 23 tahun sedang berehat di dalam keretanya yang berkunci.

Tertuduh, Mohd Zainie Sabli, 37, membuat pengakuan bersalah itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain.

Mohd Zainie bersama seorang lagi yang masih bebas telah melakukan kesalahan itu pada 25 Ogos jam 11.31 malam bertempat di kawasan belakang tapak Golden Putatan, di dalam daerah Putatan, Sabah.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah dimaklumkan bahawa mangsa sedang berehat di dalam kereta miliknya apabila sebuah kereta Perodua Myvi berwarna ungu gelap dan dua lelaki menghampiri kenderaan mangsa.

Salah seorang daripada mereka telah mencungkil cermin-cermin kereta pengadu manakala seorang lagi menumbuk cermin tingkap sebelah pemandu dua kali hingga pecah.

Tertuduh kemudian merampas beg tangan mangsa sebelum kedua-duanya melarikan diri menaiki kenderaan berwarna unggu gelap tersebut.

Tertuduh ditahan pada 24 September, susulan laporan polis yang dibuat oleh mangsa.

Dalam rayuannya, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan, memaklumkan bahawa dia mempunyai tiga anak, telah bercerai dengan isterinya, dan ibunya tidak sihat.

Dia juga menyatakan kesediaan menerima sebatan sekiranya ia dapat memendekkan tempoh pemenjaraan.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Fazriel Fardiansyah Abdul Kadir memohon hukuman berat, dengan menekankan trauma yang dialami mangsa serta hakikat bahawa barang yang dirompak tidak dapat ditemui semula.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/15/wanita-dirompak-ketika-berehat-dalam-kereta-lelaki-dipenjara-5-tahun-3-sebatan/feed/ 0 83355
Dua wanita bersaudara buktikan mampu cari rezeki dengan mesin rumput https://sabahmedia.com/2025/10/14/dua-wanita-bersaudara-buktikan-mampu-cari-rezeki-dengan-mesin-rumput/ https://sabahmedia.com/2025/10/14/dua-wanita-bersaudara-buktikan-mampu-cari-rezeki-dengan-mesin-rumput/#respond Mon, 13 Oct 2025 23:23:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83231
Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA BELUD: Dua wanita tabah dari Kampung Pirasan di sini, membuktikan bahawa kerja memotong rumput bukan lagi bidang khusus untuk lelaki, sebaliknya mampu menjadi sumber rezeki lumayan jika dilakukan dengan tekun dan keikhlasan.

Mereka ialah Marini Genang, atau lebih dikenali sebagai Kak Noi, 52, dan anak saudaranya, Sartini Arjin, 30, seorang ibu tunggal yang menyara anak-anaknya dengan penuh ketabahan.

Kak Noi sedang membuat kerja-kerja memotong rumput.

Dua beranak saudara itu telah lebih dua tahun berganding bahu mengambil upah memotong rumput di sekitar kampung, pekerjaan yang memerlukan tenaga fizikal tinggi namun dilakukan dengan semangat luar biasa.

“Kalau rezeki itu halal, tak ada sebab untuk malu,” kata Kak Noi yang dahulunya bekerja di sawah padi sebelum beralih kepada kerja memotong rumput bagi menambah pendapatan keluarga.

Menurutnya, wanita tidak harus takut untuk mencuba bidang kerja yang lazimnya diceburi lelaki, asalkan dilakukan dengan kejujuran dan niat yang baik.

“Wanita kena berani cuba apa saja kerja, asalkan jujur dan ikhlas. Jangan takut keluar dari kebiasaan,” katanya dengan penuh semangat.

Sartini sedang membuat kerja-kerja memotong rumput.

Bagi Sartini pula, kerja memotong rumput bukan sekadar mencari nafkah, tetapi simbol kekuatan dirinya sebagai seorang ibu tunggal.

“Saya mahu anak-anak nampak yang ibu mereka kuat. Jangan harap pada lelaki semata-mata. Rezeki ada di mana-mana, yang penting kita rajin berusaha,” katanya.

Katanya lagi, pengalaman hidup mengajarnya untuk sentiasa berdikari dan bersedia menghadapi cabaran hidup tanpa bergantung pada sesiapa.

Kisah dua wanita ini menjadi inspirasi kepada ramai apabila mereka membuktikan bahawa wanita Sabah juga mampu berdikari dan berjaya dalam bidang yang sering didominasi lelaki.

Dari bunyi deruman mesin rumput, lahir mesej besar tentang keberanian dan kekuatan wanita luar bandar.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/14/dua-wanita-bersaudara-buktikan-mampu-cari-rezeki-dengan-mesin-rumput/feed/ 0 83231
Kota Kinabalu jadi tuan Rumah ‘ASEAN Women’s Conference 2025’ Ogos ini https://sabahmedia.com/2025/07/10/kota-kinabalu-jadi-tuan-rumah-asean-womens-conference-2025-ogos-ini/ https://sabahmedia.com/2025/07/10/kota-kinabalu-jadi-tuan-rumah-asean-womens-conference-2025-ogos-ini/#respond Thu, 10 Jul 2025 05:19:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77040
Read Time:1 Minute, 26 Second

Kota Kinabalu : Kota Kinabalu bakal menjadi tuan rumah bagi penganjuran ‘ASEAN Women’s Conference on Best Practices 2025’ (AWCoBP 2025) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), pada 16 Ogos depan.

Presiden Persatuan Industri Kecil dan Sederhana Wanita (IKSnita) Sabah, Datuk Dayang Khatijah Datu Bachtiyal berkata, program itu diadakan bagi menghimpunkan ratusan wanita dari lima negara ASEAN untuk berkongsi amalan terbaik dan memperkukuh agenda pemerkasaan wanita serantau.

“Persidangan ini menekankan kepentingan mempercepatkan tindakan kolektif dan merapatkan jurang data antara wanita melalui perkongsian pengalaman, penyelesaian dan kejayaan merentas pelbagai bidang.

Presiden Persatuan Industri Kecil dan Sederhana Wanita (IKSnita) Sabah, Datuk Dayang Khatijah Datu Bachtiyal

“AWCoBP 2025 adalah satu-satunya platform tahunan yang bersifat interdisiplin – kita membawa wanita dari pelbagai latar belakang dan bidang untuk bertukar pandangan serta membentuk solusi menyeluruh terhadap cabaran wanita masa kini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat kepada isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Faridah Tussin di Istana Seri Kinabalu, di sini baru-baru ini.

Khatijah yang diiringi Rektor UiTM Cawangan Sabah Prof Madya Dr Rozita Mohammed berkata, tujuan persidangan tersebut adalah untuk menjemput Toh Puan Faridah merasmikan program yang dijangka dihadiri kira-kira 500 peserta wanita dari seluruh ASEAN.

Selain sesi konferensi dari jam 8 pagi hingga 5 petang, AWCoBP 2025 turut menampilkan pameran, persembahan kebudayaan ASEAN, dan sesi interaktif yang mempamerkan kekayaan pengalaman serta kejayaan wanita serantau.

“Ini bukan sekadar acara – ia adalah momen penting untuk meraikan kemajuan wanita, menghubungkan pemimpin dan memperkasa agenda wanita di Sabah serta ASEAN,”katanya.

AWCoBP 2025 dijangka menjadi antara platform pemerkasaan wanita paling berimpak tinggi tahun ini, khususnya dalam memastikan perkongsian amalan terbaik terus dikongsi secara saksama dan strategik di peringkat serantau.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/10/kota-kinabalu-jadi-tuan-rumah-asean-womens-conference-2025-ogos-ini/feed/ 0 77040
Jentera wanita Gagasan Rakyat diingat tidak terlalu yakin hadapi PRN17 – Redonah https://sabahmedia.com/2025/06/26/jentera-wanita-gagasan-rakyat-diingat-tidak-terlalu-yakin-hadapi-prn-17-redonah/ https://sabahmedia.com/2025/06/26/jentera-wanita-gagasan-rakyat-diingat-tidak-terlalu-yakin-hadapi-prn-17-redonah/#respond Thu, 26 Jun 2025 01:43:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76196
Read Time:1 Minute, 43 Second

KOTA KINABALU: Ketua Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Redonah Bahanda mengingatkan jentera pilihan raya supaya tidak berasa terlalu yakin dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.

Menurutnya, kemenangan sebenar hanya boleh ditentukan selepas pengumuman rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada malam hari pengundian, dan bukan berdasarkan jangkaan semata-mata.

“Semua peringkat kepimpinan parti harus sentiasa ingat bahawa keyakinan melampau boleh membawa padah. Kemenangan hanya sah apabila SPR mengisytiharkannya secara rasmi. Sejarah pilihan raya menunjukkan apa sahaja boleh berlaku dan corak pengundian rakyat kadang-kadang sukar diramal,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mempengerusikan Mesyuarat Exco Wanita Gagasan Rakyat Sabah di Alamesra, kelmarin.

Turut hadir Naib Ketua Wanita Gagasan Rakyat, Datuk Aziah Atoh (Darau), Penolong Setiausaha, Fahzean Mohidin (Kawang), Ketua Penerangan, Senatir Datuk Anna Bell Perian serta exco-exco Wanita Gagasan Rakyat Sabah.

Redonah berkata, sebelum menjelang hari mengundi pelbagai  faktor boleh memungkinkan kemenangan atau kekalahan kepada parti, malah sehingga menjelang malam hari mengundi pun tidak ada pihak boleh mendabik dada mereka boleh menang dan mampu menang.

Katanya, kemenangan pada PRN lepas pula tidak sesekali boleh dijadikan penanda ukuran untuk semua jentera berasa selesa dengan corak pilihan rakyat.

“Mungkin kemenangan yang dikecapi oleh kita bukan disebabkan kita kuat tetapi rakyat hanya mahu memberi peluang untuk memerintah. Jika silap perhitungan undi bakal beralih ke pihak lawan.

“Justeru, sewajarnya kita mengatur langkah awal, langkah yang hebat, dan langkah-langkah yang lebih mantap supaya momentum sokongan tidak hilang menjelang PRN-17,” tegasnya.

Beliau yakin Gabungan Rakyat Sabah hari ini masih mendapat sokongan dan menjadi harapan rakyat untuk terus memerintah terutama berdasarkan rekod dan pencapaian yang ada.

Katanya, apa yang penting sekarang ialah memastikan fikiran rakyat tidak dipesong oleh parti pembangkang yang cuba menarik sokongan.

“Oleh itu kita mesti bekerja supaya mereka akan terus memberi mandat kepada kita. Gerakan Wanita pula perlu lebih agresif dalam mendekati rakyat dan pengundi.

“Tindakan ini memerlukan perancangan yang rapi, kecekalan dan kesabaran yang tinggi. Tidak ada gerak kerja yang mudah kerana setiap usaha itu pasti ada cabaran dan dugaan,” ujar beliau.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/26/jentera-wanita-gagasan-rakyat-diingat-tidak-terlalu-yakin-hadapi-prn-17-redonah/feed/ 0 76196