Warden – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 18 Sep 2025 10:36:16 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Warden – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Ketua Warden tidak tahu contengan “Zara Qairina perasan cantik” – saksi https://sabahmedia.com/2025/09/18/ketua-warden-tidak-tahu-contengan-zara-qairina-perasan-cantik-saksi/ https://sabahmedia.com/2025/09/18/ketua-warden-tidak-tahu-contengan-zara-qairina-perasan-cantik-saksi/#respond Thu, 18 Sep 2025 06:23:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81538
Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Ustaz Azhari Abd Sagap tidak mengetahui terdapat contengan di bilik Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) yang berbunyi “Zara Qairina perasan cantik”.

Azhari menjawab soalan daripada peguam Shahlan Jufri yang bertanya mengenai contengan di bilik tersebut.

Beliau mengetahui contengan mengenai Zara di dinding bilik RBT selepas sebuah audio dikatakan tersebar.

Shahlan: Saya difahamkan ada bilik RBT di sekolah SMKA TDM?

Azhari: Ya, ada. Reka Bentuk dan Teknologi iaitu nana subjek. Bilik ini terletak di Blok akademik, tetapi tidak pasti tingkat berapa.

Shahlan: Cikgu tahu ada contengan mengenai Zara di dinding bilik RBT?
Azhari: Saya mengetahui perkara itu melalui sebaran audio

Shahlan: Contengan di bilik RBT itu berbunyi ‘Zara Qairina perasan cantik’, betul?
Azhari: Tidak tahu

Azhari juga ditanya mengenai keadaan emosi pelajar selepas kejadian Zara.

Azhari berkata ada pelajar yang trauma terutama yang bersama-sana dengannya mengangkat Zara.

Saksi kelapan itu memberi keterangan dalam inkues Zara Qairina Mahathir di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Sementara itu Shahlan juga bertanya mengenai hantaran Facebook oleh cikgu Amit.

Shahlan: Kamu tahu Cikgu Amit Hamid ini ada membuat hantaran di Facebook Hamid yang pelajar sekolah SMKA TDM mengalami tekanan emosi selepas kematian Zara?
Azhari: Iya tahu

Shahlan: Dakwaan tekanan emosi ini sebab ada orang ramai yang melalui perkarangan hadapan sekolah sering menjerit ‘pembuli’ dan ‘pembunuh’ kepada pelajar yang sering beriadah atau menunggu giliran berwuduk. Boleh ceritakan lebih lanjut pasal ini cikgu?

Azhari: Semasa dia buat hantaran ini saya tidak berada di sekolah sudah. Tetapi, inilah yang kami alami sebab musolah ni dekat dengan pagar laluan kereta.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/18/ketua-warden-tidak-tahu-contengan-zara-qairina-perasan-cantik-saksi/feed/ 0 81538
Penuh emosi, ketua warden nafi kecaman lindungi pembuli mahupun pembunuh Zara https://sabahmedia.com/2025/09/18/penuh-emosi-ketua-warden-nafi-kecaman-lindungi-pembuli-mahupun-pembunuh-zara/ https://sabahmedia.com/2025/09/18/penuh-emosi-ketua-warden-nafi-kecaman-lindungi-pembuli-mahupun-pembunuh-zara/#respond Thu, 18 Sep 2025 05:19:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81535
Read Time:4 Minute, 44 Second

Oleh J. Evachel John

((KEMASKINI)) KOTA KINABALU: Ketua warden emosi semasa menafikan semua tuduhan dan kecaman yang dilemparkan di sosial media terhadap pihak sekolah dan dirinya berhubung kejadian yang menimpa Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir.

Azhari Abd Sagap, 31, menegaskan pihak sekolah tidak pernah melindungi pembuli dan pembunuh Zara selama ini.

Azhari berkata demikian ketika menjawab pertanyaan peguam Abdul Fikry Jaafar Abdullah, yang mewakili pelajar B, C, D dan E, berhubung dakwaan kononnya beliau dan pihak sekolah telah berdiam diri dan cuba untuk melindungi pembuli atau pembunuh Zara.

Beliau berkata sekiranya pihak sekolah mahu melindungi pembuli atau pembunuh Zara, beliau tidak akan menceritakan apa yang berlaku pada malam 15 Julai kepada pegawai polis.

Katanya, beliau telah memaklumkan perkara itu pada malam 16 Julai sebelum ibu Zara membuat laporan polis kali kedua, sekali gus menolak tanggapan bahawa pihak sekolah cuba menutupi kes tersebut.

“Kalau kami mahu melindungi pembuli atau pembunuh zara, saya tidak akan ceritakan apa yang berlaku pada 15 malam itu dengan pegawai polis. Saya maklumkan perkara itu pada 16 Julai malam sebelum ibu Zara membuat laporan polis kali kedua, kalau itu yang kamu anggap kami sekolah cuba menutupi kes ini.

“Saya sendiri yang berurusan dengan polis, apa-apa yang polis minta, siapa-siapa yang polis mahu saya bawa ke IPD Papar saya bawa termasuklah audio Kak M, saya sendiri yang kasi tahu polis siapa Kak M, selepas pihak polis siasat betulkah audio ini. Saya yang beritahu polis siapa kak M ini.

“Saya kena tegaskan di sini, Kak M tu bukan (nama pelajar pertama yang menemui Zara tidak sedarkan diri disebut), kenapa dia yang dikecam. Kenapa dia punya muka yang diviralkan. Pelajar ni budak yang baik, peserta hafazan saya setiap tahun…. bagi saya tuduhan terhadap pelajar ni kejam, hanya kerana dia orang pertama yang jumpa Zara di sana. Kalau tiada pelajar ini, macam mana Zara, mungkin Zara sudah kehilangan nyawa dia sana… Tapi ini dia yang dapat, sama juga macam tindakan saya, ini yang saya dapat dengan apa yang buat,” katanya sambil menangis tidak dapat menahan emosi.

Azhari juga terpaksa berhenti seketika untuk bertenang dan menyambung semula keterangannya walau dalam keadaan sebak.

“Saya yang cuba selamatkan Zara pagi tu, saya cuba bawa Zara ke hospital. Saya yang call 991 untuk ambulans ambil zara. Ambulans sampai saya ikut ambulans balik pergi ke hospital. Saya tunggu sampai ibu Zara sampai. Saya di kecemasan tu sampai petang tidak mandi pun adakah ini yang patut saya terima, adakah patut sekolah terima?,” luahnya.

Sambungnya lagi, beliau meninggalkan ibu Zara dan Zara di hospital kerana mahu berjumpa dengan polis pada 16 Julai.

“Saya tinggalkan ibu Zara sebab mahu berjumpa Inspektor (Insp) Wong di sekolah. Selepas saya berjumpa Insp Wong di sekolah, Insp Wong arahkan saya bagi keterangan di IPD Papar. Balik daripada IPD Papar lepas maghrib dan isyak saya balik ke hospital untuk melawat Zara. Saya tidak pernah terfikir pun untuk tinggalkan ibu Zara pada masa itu. Saya di hospital dekat jam 12 malam baru balik ke sekolah, inikah yang patut saya terima?

“Pada 17 Julai bukan saya tidak mahu datang…. hanya kerana saya mahu bawa (nama pelajar pertama yang menemui Zara disebut), lepas hantar pelajar itu saya datang semula ke hospital untuk tengok keadaan Zara.

“17hb, ada saksi 600 lebih pelajar melihat macam mana saya imamkan solat subuh pada pagi itu. Saya tunggu sampai Zara dicabut mesin, saya tunggu Zara di forensik. Saya ikut solat, sampai ke perkuburan, inikah yang patut saya terima?

“Dari 16hb sampai habis siasatan pihak polis berhubung dengan hal ini, saya dari Papar yang handle sampai Bukit Aman polis berhubung dengan saya, patutkah? Tiada apa yang kami selindung, semua kami beritahu, siapa yang keluar Kak M, Kak C, semua kami dedah. Apa-apa saja, itu tanggungjawab saya, saya tidak mahu Zara ni teraniaya. Tapi itula sekarang ni memang sekolah teraniaya termasuk saya sendiri,” luahnya lagi.

Azhari, yang kelihatan cuba mengawal emosi, berkata dua minggu sebelum kejadian isterinya telah ditukarkan ke sekolah yang sama dengannya selepas mereka tinggal berjauhan sejak tahun 2020. Menurutnya, perpindahan itu sepatutnya membolehkan mereka menjaga anak bersama, namun selepas kes ini berlaku, tumpuan mereka lebih terarah kepada kes tersebut dan anak mereka berada di tempat lain.

“Inikah yang patut kami terima, inikah yang patut saya terima. Saya, keluarga saya dikecam hanya kerana saya pengadu. Memang tidak logik. Saya kenal Zara saya ajar Zara di kelas, saya amat tersentuh sebab ada subjek saya yang Zara sebut dalam diari Zara, idola zara kedua-dua ni saya juga yang ajar.

“Saya pernah pesan di kelas kalau kamu tidak mahu tutup aurat dengan baik, tidak mahu pakai hand sock, kamu humban saja bapa kamu dengan batu, selepas itu Zara pakai hand sock. Saya ingat hand sock Zara warna putih, memang saya ingat.

“Saya tidak tahu apa yang dialami sebenarnya. Saya pun tertanya-tanya, saya pun mahu cari keadilan, tapi dalam mencari keadilan kenapa ancaman ini yang kami dapat,” katanya.

Tanpa henti, Azhari terus meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya.

“Saya tahu apa cerita yang ada dalam diari Zara. Saya baca dan saya tahu macam mana deritanya Zara kalau ditanyakan adakah ini diari betul Zara, sebab itulah apa-apa saja keluar di media sosial pasal Zara saya ambil tahu semua. Audionya saya tahu, saya yang bocorkan kepada polis, kalau kami mahu menutup saya tidak akan dedahkan siapa kak M.

“Untuk makluman cerita kak M berlaku sekitar bulan Mei mengikut siasatan sekolah. Kenapa ibu Zara tidak laporkan kepada sekolah. Itu yang jadi persoalan saya, sebab saya ambil tahu, saya rasa terkesan dengan kehilangan Zara, jadi saya ambil tahu semuanya.

“Kenapa tiada aduan daripada Zara, patut ada aduan dari ibu Zara, tapi tidak ada, Saya sudah minta dari group laman rasmi guru-guru kalau ada, tapi tidak ada, langsung tidak ada,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/18/penuh-emosi-ketua-warden-nafi-kecaman-lindungi-pembuli-mahupun-pembunuh-zara/feed/ 0 81535
Tiga diari, buku dan helaian kertas milik Zara diserahkan kepada polis – saksi https://sabahmedia.com/2025/09/17/tiga-diari-buku-dan-helaian-kertas-milik-zara-diserahkan-kepada-polis-saksi/ https://sabahmedia.com/2025/09/17/tiga-diari-buku-dan-helaian-kertas-milik-zara-diserahkan-kepada-polis-saksi/#respond Wed, 17 Sep 2025 05:46:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81450
Read Time:1 Minute, 36 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner dimaklumkan beberapa diari dan buku latihan milik Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir ditemui guru sekolah sebelum diserahkan kepada polis untuk siasatan.

Ketua warden asrama Azhari Abd Sagap, 31, berkata pada 16 Julai lalu sekitar 11.15 pagi beliau dimaklumkan dua diari berwarna hijau dan ungu dijumpai dalam almari miliki Zara oleh seorang guru, Cikgu Gloria.

“Pada masa tersebut saya berada di Hospital Queen Elizabeth. Saya kemudiannya meminta Cikgu Gloria menyerahkan kedua-dua diari tersebut kepada Cikgu Yuslina,” katanya ketika membaca kenyataan saksi di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan sebagai saksi ke-8.

Beliau berkata keesokan harinya, 17 Julai, guru lain iaitu Cikgu Miswati menemui satu lagi diari berwarna coklat dan sebuah buku latihan semasa membantu mengemaskan almari Zara di asrama.

Menurut Azhari dia meminta Cikgu Miswati membantu mengemaskan barang-barang Zara di almari dan letakkan di bilik isolasi di Aras 2 Bawah bangunan asrama selepas ibu Zara memaklumkan kepadanya ingin mengambil barang-barang Zara di asrama pada 17 Julai.

Azhari berkata buku-buku itu juga diserahkan kepada Cikgu Yuslina.

“Pada 18.07.2025, jam lebih kurang 8.30 pagi, saya telah bertemu dengan Cikgu Yuslina dan diserahkan 4 buah buku milik Zara kepada saya. Pada tarikh yang sama jam lebih kurang 5 petang, saya telah menyerahkan keempat-empat buku milik Zara tersebut kepada pegawai penyiasat. Saya kemudiannya diminta untuk menandatangani sehelai borang oleh Inspektor Wong,” katanya.

Menurut saksi itu lagi, pada 19 Julai, jam lebih kurang 1 petang, beliau telah diserahkan 15 helaian kertas diari milik Zara oleh Cikgu Yuslina.

“Cikgu Yuslina memaklumkan kepada saya bahawa 15 helaian kertas tersebut ditemui oleh Cikgu Miswati pada jam 8 pagi semasa Cikgu Miswati membuat pemeriksaan di rak buku kelas Zara.

“Saya kemudiannya menyerahkan 15 helaian kertas tersebut kepada Inspektor Wong
pada tarikh yang sama jam 3 petang.

“Saya juga telah menyerahkan dua buku latihan Zara, Bahasa Melayu dan Sains atas permintaan polis,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/17/tiga-diari-buku-dan-helaian-kertas-milik-zara-diserahkan-kepada-polis-saksi/feed/ 0 81450