warga asing – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 23 Jun 2025 11:25:45 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png warga asing – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Masuk haram ke Sabah, warga asing termasuk lelaki Belanda dihukum penjara dan denda https://sabahmedia.com/2025/06/23/masuk-haram-ke-sabah-warga-asing-termasuk-lelaki-belanda-dihukum-penjara-dan-denda/ https://sabahmedia.com/2025/06/23/masuk-haram-ke-sabah-warga-asing-termasuk-lelaki-belanda-dihukum-penjara-dan-denda/#respond Mon, 23 Jun 2025 11:25:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76038
Read Time:1 Minute, 36 Second


Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Lapan warga asing termasuk seorang dari Belanda (Netherlands) dijatuhi hukuman penjara dan denda kerana memasuki Sabah tanpa pas yang sah.

Kesemua tertuduh mengaku bersalah di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain.

Tujuh daripada mereka dijatuhi hukuman penjara empat bulan, manakala warga Belanda iaitu Heller Bart dikenakan denda sebanyak RM3,000 atau empat bulan penjara. Bart gagal membayar denda tersebut.

Bart ditahan di Kaunter Pemeriksaan Imigresen Nombor 7, Balai Pelepasan Domestik, Aras 2, Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada 9 Jun lalu jam 10 pagi.

Tujuh lagi – Wiwin Jasman, Rudi Yohanis, Rayan Abduni, Muhd Rizuan Nasir, Lita Anggrianu, Amman Sattu, dan Musa Rombe – ditahan di sekitar daerah Keningau pada 10 Jun lalu jam 9.20 malam.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 6(1) (C) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan boleh dihukum Di Bawah Seksyen 6(3) Akta yang Sama.

Seksyen itu memperuntukkan denda yang tidak lebih daripada RM10, 000 atau penjara bagi tempoh tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, dan disebat tidak lebih daripada enam sebatan, jika sabit kesalahan.

Dua lagi individu iaitu Sudani Ahmad dan Juhani, masing-masing dipenjara enam bulan kerana tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan di negeri ini.

Sudani ditahan pada 7 Mei lalu di Penampang selepas Pas Khas yang dikeluarkan terhadapanya hanya sah laku sehingga 10 September 2024. Dengan itu, tertuduh telah tinggal lebih masa selama lebih tujuh bulan.

Juhani pula ditahan pada 10 Jun lalu di sekitar daerah Keningau selepas didapati Pas Khas miliknya hanya sah sehingga 27 Mac lalu. Tertuduh telah tinggal lebih masa selama lebih dua bulan.

Sudani dan Juhani didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(C) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) Dan Boleh Dihukum Di Bawah Seksyen 15 (4) Akta yang Sama.

Hukuman jika sabit kesalahan memperuntukkan denda tidak kurang daripada RM10,000 atau penjara bagi tempoh tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Pegawai Pendakwa Baxter Junior Goh mengendalikan pendakwaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/23/masuk-haram-ke-sabah-warga-asing-termasuk-lelaki-belanda-dihukum-penjara-dan-denda/feed/ 0 76038
Tinggal lebih 20 tahun, warga asing dipenjara 18 tahun https://sabahmedia.com/2025/06/09/tinggal-lebih-20-tahun-warga-asing-dipenjara-18-tahun/ https://sabahmedia.com/2025/06/09/tinggal-lebih-20-tahun-warga-asing-dipenjara-18-tahun/#respond Mon, 09 Jun 2025 07:57:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75263
Read Time:1 Minute, 50 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Empat warga asing dijatuhkan hukuman penjara dan denda oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana tinggal lebih masa, ada sehingga lebih 20 tahun.

Kesemua tertuduh Longginus Ammi, Sahib Shad, Samandar Shams-Ul-Qadar dan Shabeer Alam mengaku bersalah di hadapan hakim Hurman Hussain.

Longginus, pemegang pasport Indonesia, dijatuhi hukuman penjara 18 tahun kerana tinggal lebih masa selama lebih 20 tahun. Dia ditahan di sekitar kawasan daerah Sook, Keningau pada 27 Mei 2025, dan Pas Lawatan Sosial miliknya hanya sah sehingga 12 Januari 2005.

Sahid, warga Pakistan, pula dijatuhi hukuman penjara 12 tahun selepas didapati Pas Lawatan Sosial miliknya hanya sah sehingga 28 November 2019. Dia juga ditahan pada 27 Mei di kawasan yang sama dan telah tinggal lebih masa melebihi lima tahun.

Dua lagi warga Pakistan, Samandar dan Shabeer, dikenakan denda RM10,000 atau 12 bulan penjara atas kesalahan yang sama.

Samandar ditahan pada 27 Mei di sekitar Simpang Jalan Pengaraban, Kudat, selepas Pas Lawatan Sosialnya didapati hanya sah sehingga 13 Jun 2023, menjadikan tempoh tinggal lebih masa melebihi setahun.

Shabeer pula ditahan pada hari yang sama di sekitar Pekan Nabawan selepas Pas Lawatan Sosial miliknya hanya sah sehingga 21 Januari 2023. Dia telah tinggal lebih masa selama lebih dua tahun.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 15(c) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(4) akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara hingga lima tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, 14 lagi warga asing dijatuhi hukuman penjara empat bulan setiap seorang selepas didapati memasuki negeri ini tanpa pas atau dokumen yang sah.

Mereka ditahan di beberapa lokasi sekitar Kudat dan Keningau antara 27 dan 29 Mei lalu, dan gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri semasa pemeriksaan.

Kesalahan itu adalah di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan dihukum mengikut Seksyen 6(3) akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya, dan boleh juga dikenakan sebatan.

Mahkamah turut memerintahkan kesemua tertuduh dirujuk kepada Jabatan Imigresen selepas selesai menjalani hukuman penjara masing-masing.

Pegawai pendakwa Chin Tze Mee mengendalikan pendakwaan, manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/09/tinggal-lebih-20-tahun-warga-asing-dipenjara-18-tahun/feed/ 0 75263
7 warga asing dipenjara bagi kesalahan imigresen https://sabahmedia.com/2025/05/15/7-warga-asing-dipenjara-bagi-kesalahan-imigresen/ https://sabahmedia.com/2025/05/15/7-warga-asing-dipenjara-bagi-kesalahan-imigresen/#respond Thu, 15 May 2025 10:19:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73885
Read Time:1 Minute, 8 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara 12 bulan selepas mengaku bersalah tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan selama lebih setahun di Sabah.

Farno Thomas membuat pengakuan itu di hadapan hakim Mahkamah Sesyen, Hurman Hussain.

Farno ditahan pada 26 April lalu di Perhentian Bas, Jalan Kemabong, Tenom selepas Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) miliknya didapati hanya sah sehingga 10 Julai 2023.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara hingga lima tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, enam lagi warga asing masing-masing dijatuhi hukuman penjara empat bulan kerana memasuki Sabah tanpa pas yang sah.

Lima daripada mereka ditahan di sebuah pusat hiburan di Inanam pada 27 April lalu, manakala seorang lagi ditahan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Ulu Liawan, Keningau pada 29 April lalu.

Kesemua tertuduh gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri semasa pemeriksaan dijalankan.

Kesalahan itu adalah di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan dihukum mengikut Seksyen 6(3) akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya, dan boleh juga dikenakan sebatan.

Mahkamah turut memerintahkan kesemua tertuduh dirujuk kepada Jabatan Imigresen selepas selesai menjalani hukuman penjara masing-masing.

Pegawai Pendakwa, Baxter Junior Goh, mengendalikan pendakwaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/15/7-warga-asing-dipenjara-bagi-kesalahan-imigresen/feed/ 0 73885
44 warga asing dipenjara, didenda masuk Sabah secara haram, tinggal lebih masa https://sabahmedia.com/2025/05/02/44-warga-asing-dipenjara-didenda-masuk-sabah-secara-haram-tinggal-lebih-masa/ https://sabahmedia.com/2025/05/02/44-warga-asing-dipenjara-didenda-masuk-sabah-secara-haram-tinggal-lebih-masa/#respond Fri, 02 May 2025 09:06:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73066
Read Time:1 Minute, 22 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seramai 41 warga asing dijatuhi hukuman penjara selepas mengaku bersalah memasuki negeri ini tanpa pas yang sah.
Pengakuan itu dibuat di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Hurman Hussain di sini, hari ini.

Mereka ditahan antara 11 April hingga 24 April di pelbagai lokasi, termasuk Kampung Karambunai Baru, Kolombong, Keningau dan Kudat.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda maksimum RM10,000 jika sabit kesalahan.

Dalam kes berasingan, seorang lagi warga asing dijatuhi hukuman penjara 10 bulan kerana memasuki Sabah tanpa pas yang sah dan kembali semula ke negeri ini juga tanpa pas yang sah selepas diusir sebelum ini.

Munir Umra ditangkap pada 18 April di sebuah rumah setinggan, berhampiran Lorong Nountun Juta, dekat sini.

Sementara itu, dua warga asing masing-masing dipenjara dan didenda kerana tinggal lebih masa di Sabah.

Jumardi dijatuhi hukuman penjara 12 bulan, manakala Imtiaz Khan didenda RM10,000 atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda.

Jumardi ditahan pada 17 April di Kampung Karambunai Baru selepas pas pelajar miliknya didapati hanya sah sehingga 31 Disember 2021. Dia telah tinggal lebih masa selama lebih tiga tahun.

Imtiaz pula ditahan pada 17 Mac di Kampung Luagan, Beaufort, selepas Pas Khas miliknya hanya sah hingga 12 Julai 2024. Dia telah tinggal lebih masa selama lebih lapan bulan.

Imtiaz telah membayar denda tersebut.

Mahkamah memerintahkan semua tertuduh dirujuk semula ke Jabatan Imigresen selepas menjalani hukuman penjara untuk tindakan lanjut.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Gresssia Yolanda Ismail Uvaraj, Chin Tze Mee, Norizan Awang Tand dan Aizah Minin. Kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/02/44-warga-asing-dipenjara-didenda-masuk-sabah-secara-haram-tinggal-lebih-masa/feed/ 0 73066
Majikan didenda RM10,000 gaji warga asing terbabit kemalangan tular https://sabahmedia.com/2025/04/16/majikan-didenda-rm10000-gaji-warga-asing-terbabit-kemalangan-tular/ https://sabahmedia.com/2025/04/16/majikan-didenda-rm10000-gaji-warga-asing-terbabit-kemalangan-tular/#respond Wed, 16 Apr 2025 11:34:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72102
Read Time:1 Minute, 50 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Seorang majikan didenda RM10,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana menggaji warga asing tanpa dokumen sah, yang terbabit dalam kemalangan tular melibatkan 13 kenderaan bulan lalu.

Chee Nyit Leong, 58, mengaku bersalah di hadapan Hakim Hurman Hussain.

Tertuduh didapati telah mengambil bekerja Judin Sapal, 56, yang tidak mempunyai pas kerja yang sah, pada 2 Mac 2025 kira-kira jam 11.50 pagi di Pejabat Trafik IPD Penampang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 55(b)(1) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan denda tidak kurang daripada RM10,000 tetapi tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap orang yang diambil bekerja, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, semasa Judin berada di Pejabat Trafik Penampang untuk siasatan berhubung kemalangan tersebut, Judin yang merupakan warganegara Filipina telah menyatakan nama majikan tempatnya bekerja.

Pas kerja yang digunakan oleh Judin telah tamat tempoh dan dia telah tinggal serta bekerja di Malaysia tanpa kebenaran, selepas pas tersebut yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia kepada tertuduh, tamat tempoh pada 18 Ogos 2010.

Hasil siasatan lanjut mendapati, berdasarkan pengakuan Judin, beliau telah bekerja dengan tertuduh sejak tahun 2021 sehingga tarikh kejadian kemalangan, tanpa memiliki pas kerja yang sah di Malaysia.

Semasa rayuan, tertuduh yang diwakili peguam Goldam Hamid, memohon hukuman denda yang rendah dan agar tiada hukuman penjara dikenakan, memandangkan tertuduh mempunyai masalah kesihatan, dan ini merupakan kesalahan pertamanya.

Timbalan Pendakwa Raya Fazriel Fardiansyah Abdul Kadir mengendalikan pendakwaan.

Chin telah membayar denda berkenaan.

Pada Selasa, Judin, seorang pekerja pembinaan, dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM6,000, atau enam bulan penjara, atas kesalahan memandu secara cuai sehingga menyebabkan kemalangan melibatkan 13 buah kenderaan di hadapan SK Tansau, Kinarut.

Judin turut dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Khas Imigresen atas kesalahan tinggal melebihi tempoh di Sabah.

Mahkamah memerintahkan Judin menjalani hukuman penjara secara berasingan.

Judin gagal membayar denda bagi kesalahan trafik, bermakna beliau akan menjalani hukuman penjara selama dua tahun bagi kedua-dua kesalahan tersebut – trafik dan imigresen.

Setelah selesai menjalani hukuman penjara, Judin akan dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutnya.

LINK BERITA TERDAHULU:
https://www.facebook.com/photo?fbid=1062884462534669&set=a.459914889498299

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/16/majikan-didenda-rm10000-gaji-warga-asing-terbabit-kemalangan-tular/feed/ 0 72102
Enam warga asing dihukum kerana tinggal lebih masa di Sabah https://sabahmedia.com/2025/04/04/enam-warga-asing-dihukum-kerana-tinggal-lebih-masa-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/04/04/enam-warga-asing-dihukum-kerana-tinggal-lebih-masa-di-sabah/#respond Fri, 04 Apr 2025 07:00:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71464
Read Time:1 Minute, 33 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Empat warga asing dijatuhi hukuman penjara manakala dua lagi didenda oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas kesalahan tinggal lebih masa di Sabah.

Kesemua tertuduh iaitu Siti Hajar Barek Luli, Abdullah Samauddin, Ikram Bahila Abbin, Damin Ismail, Jerson Rojas Tagalon, dan Josephine De Asis Dayagdag mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain.

Siti Hajar dan Abdullah masing-masing dijatuhi hukuman penjara 12 bulan selepas didapati tinggal lebih masa selama lebih empat tahun.

Pas Lawatan Kerja Sementara mereka yang dikeluarkan pada 19 September 2020, hanya sah sehingga 17 September 2020. Kedua-duanya ditahan pada 12 Mac 2025 di sebuah rumah pekerja di Kampung Keliangau, dekat sini.

Sementara itu Ikram dan Damin dijatuhi hukuman penjara enam bulan.

Ikram ditahan pada 12 Mac 2025 di sebuah bilik sewa di Papar. Pas Lawatan Kerja Sementara miliknya hanya sah sehingga 1 Mei 2024, menyebabkan dia tinggal lebih masa selama 10 bulan 11 hari.

Damin pula ditahan pada 12 Mac di rumah kongsi pekerja di Pekan Ranau setelah didapati Pas Khas miliknya hanya sah sehingga 10 Oktober 2024. Tertuduh telah tinggal lebih masa selama lima bulan dua hari.

Dua lagi tertuduh, Jerson Rojas Tagalon dan Josephine De Asis Dayagdag masing-masing didenda RM10,000 atau penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda. Pas Lawatan Kerja Sementara mereka tamat pada 24 Disember 2024, dan mereka ditahan di sebuah pusat refleksologi dan terapi di Lintas Square setelah tinggal lebih masa selama dua bulan 18 hari.

Jerson dan Josephine telah membayar denda.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(1) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(4) akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Baxter Junior Goh dan Norizan Awang Tanda, manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/04/enam-warga-asing-dihukum-kerana-tinggal-lebih-masa-di-sabah/feed/ 0 71464
43 warga asing dihukum atas pelbagai kesalahan imigresen https://sabahmedia.com/2025/03/06/43-warga-asing-dihukum-atas-pelbagai-kesalahan-imigresen/ https://sabahmedia.com/2025/03/06/43-warga-asing-dihukum-atas-pelbagai-kesalahan-imigresen/#respond Thu, 06 Mar 2025 00:34:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69880
Read Time:1 Minute, 1 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Seramai 43 warga asing dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah atas pelbagai kesalahan imigresen.

Daripada jumlah itu, 35 individu mengaku bersalah atas kesalahan memasuki negeri ini tanpa pas yang sah.

Seramai 34 warga Filipina masing-masing dijatuhi hukuman penjara selama empat bulan, manakala seorang warga China didenda RM3,000 atau, jika gagal membayar, akan menjalani hukuman penjara selama empat bulan.

Salah seorang daripada warga Filipina tersebut, Rosli Karim, dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan satu sebatan kerana memasuki semula Sabah tanpa pas yang sah setelah diusir keluar sebelum ini.

Hakim Hurman Hussain turut memerintahkan Rosli menjalani hukuman penjara secara berasingan, menjadikan hukuman beliau 10 bulan dengan satu sebatan.

Sementara itu, tujuh individu lain turut dipenjara kerana tinggal di negeri ini melebihi tempoh yang dibenarkan.

Tiga daripadanya dijatuhi hukuman penjara 12 bulan, manakala empat orang lagi dipenjara enam bulan.

Kesemua tertuduh didapati tinggal di negeri ini setelah Pas Khas dan Pas Lawatan Sosial mereka tamat tempoh, melebihi tempoh antara empat bulan hingga lebih setahun.

Kesemua 43 tertuduh, yang ditahan di beberapa lokasi berbeza di Sabah bulan lalu, telah diperintahkan untuk dirujuk kepada Jabatan Imigresen bagi tindakan lanjut.

Pegawai pendakwa Gressia Yolanda Ismail Uvaraj mengendalikan pendakwaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/06/43-warga-asing-dihukum-atas-pelbagai-kesalahan-imigresen/feed/ 0 69880
37 warga asing dihukum atas pelbagai kesalahan imigresen https://sabahmedia.com/2025/02/15/37-warga-asing-dihukum-atas-pelbagai-kesalahan-imigresen/ https://sabahmedia.com/2025/02/15/37-warga-asing-dihukum-atas-pelbagai-kesalahan-imigresen/#respond Sat, 15 Feb 2025 00:48:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68719
Read Time:1 Minute, 36 Second

oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Seramai 37 warga asing dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas pelbagai kesalahan imigresen.

Daripada jumlah itu, 32 warga Filipina dan seorang warga Pakistan masing-masing dijatuhi hukuman penjara empat bulan atas kesalahan memasuki negeri ini tanpa pas yang sah.

Warga Pakistan, Saeed Uloh, turut dipenjara tiga bulan lagi kerana melanggar syarat pas lawatan kerja sementara, yang hanya membenarkannya berada di Semenanjung Malaysia. Mahkamah memerintahkan hukuman penjara yang dikenakan terhadap Saeed dijalankan secara berasingan.

Sementara itu, seorang warga Filipina dipenjara satu tahun, manakala dua warga Indonesia dipenjara enam bulan kerana tinggal di Sabah melebihi tempoh yang dibenarkan.

Warga Filipina Ummo Ayman Dimaukom Lebas ditahan pada 28 Januari di sekitar pusat membeli-belah Centre Point. Pas lawatan sosialnya hanya sah sehingga 8 April 2017, dan beliau telah tinggal melebihi tempoh selama lebih tujuh tahun.

Bagi Marten Kalatiku dan rakan senegaranya Oeina Marten, mereka masing-masing ditahan pada 25 Januari di tapak pembinaan di Beaufort dan rumah kongsi pekerja di tapak pembinaan Jalan Raya Pan Borneo, selepas pas mereka didapati telah tamat tempoh.

Pas lawatan kerja sementara milik Marten hanya sah sehingga 24 November 2024, dan tertuduh telah tinggal melebihi tempoh selama dua bulan. Manakala pas sosial milik Oeina hanya sah sehingga 7 April 2024, dan dia tinggal melebihi tempoh selama sembilan bulan.

Seorang lagi warga Indonesia, Alip Paulus, didenda RM500 atau penjara tiga bulan jika gagal membayar denda, selepas didapati melanggar syarat pas lawatan kerja sementara yang dikeluarkan kepadanya sebagai pekerja taman (Garden Worker). Alip ditahan pada 25 Januari kerana bekerja sebagai pekerja pembinaan di tapak pembinaan Toyota Service Centre di Beaufort.

Alip didakwa di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan, atau denda maksimum RM1,000, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pegawai pendakwa Mohd Sharifuddin Salim dan Baxter Junior Goh mengendalikan pendakwaan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/15/37-warga-asing-dihukum-atas-pelbagai-kesalahan-imigresen/feed/ 0 68719
Polis tahan lelaki warga asing bantu siasat kes rogol kanak-kanak 12 tahun https://sabahmedia.com/2023/04/03/polis-tahan-lelaki-warga-asing-bantu-siasat-kes-rogol-kanak-kanak-12-tahun/ https://sabahmedia.com/2023/04/03/polis-tahan-lelaki-warga-asing-bantu-siasat-kes-rogol-kanak-kanak-12-tahun/#respond Mon, 03 Apr 2023 07:28:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32075
Read Time:55 Second

TAWAU: Seorang lelaki warga asing ditahan selepas disyaki terlibat dengan kes rogol seorang kanak-kanak berumur 12 tahun di kawasan kebun kelapa sawit persendirian di Kampung Iban, Merotai Besar dekat sini.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner (ACP) Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima laporan pada 1 April 2023 oleh abang ipar mangsa (pengadu) mengenai kejadian tersebut.

“Menurut maklumat pengadu, kejadian berlaku pada 5 dan 7 Mac lalu semasa mangsa tinggal di kediaman suspek bermula awal bulan ini, mangsa telah bertindak menghubungi isteri pengadu yang juga kakak mangsa bagi membongkar perbuatan keji suspek,” kata Jasmin dalam kenyataannya semalam.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat yang diterima sepasukan polis daripada Balai Polis Bombalai, Tawau bergegas ke lokasi untuk menjalankan operasi mengesan dan menahan suspek.

“Suspek berumur 32 tahun yang juga dipercayai bapa tiri mangsa telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di negara ini tanpa sebarang dokumen diri yang sah,”katanya.

Menurut Jasmin, mangsa telah dihantar ke Hospital Tawau untuk pemeriksaan selanjutnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/03/polis-tahan-lelaki-warga-asing-bantu-siasat-kes-rogol-kanak-kanak-12-tahun/feed/ 0 32075
Warga asing rempuh sekatan jalan raya ditahan https://sabahmedia.com/2023/02/18/warga-asing-rempuh-sekatan-jalan-raya-ditahan/ https://sabahmedia.com/2023/02/18/warga-asing-rempuh-sekatan-jalan-raya-ditahan/#respond Sat, 18 Feb 2023 07:34:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29731
Read Time:2 Minute, 7 Second

LAHAD DATU: Polis berjaya menahan seorang warga asing kerana bertindak merempuh sekatan jalan raya (SJR) di lokasi Kilometer 12 Jalan Lahad Datu – Tawau dalam satu Operasi Bersepadu Mencegah Jenayah (OBMJ) yang dijalankan pihak Ibu pejabat Polis Daerah Lahad Datu.

Kejadian yang berlaku pada lewat tengah malam tadi, mendapati suspek berumur 37 tahun itu yang memandu sebuah kenderaan jenis Proton Wira dalam perjalanan dari Tawau menuju ke Lahad Datu telah bertindak merempuh sekatan jalan raya walaupun diarahkan untuk berhenti bagi tujuan pemeriksaan.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner (ACP) Dr. Rohan Shah Ahmad berkata, akibat daripada rempuhan tersebut telah menyebabkan sebuah motosikal milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) jenis Kawasaki EX250 mengalami kerosakan teruk kerana turut dirempuh oleh suspek dalam usaha untuk melepaskan diri daripada SJR itu.

Walau bagaimanapun, katanya, petugas petugas SJR lain tidak mengalami apa-apa kecederaan.

“Suspek yang cuba melarikan diri setelah rempuhan, berjaya ditahan dan turut dirampas adalah kenderaan jenis Proton Wira Aeroback
(salon) yang dinaiki oleh suspek untuk membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Rohan, kes tersebut disiasat di atas pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh suspek seperti berikut:

“Seksyen 186 Kanun Keseksaan (menghalang penjawat awam dalam menjalankan fungsi jawatannya) yang boleh dihukum pejara selama tempoh boleh sampai 2 tahun atau dengan denda yang boleh sampai RM10,000 atau dengan kedua-duanya.

“Seksyen 353 Kanun Keseksaan (menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya) yang boleh dihukum penjara selama tempoh yang boleh sampai 2 tahun, atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.

“Seksyen 26(2) akta polis (tidak memenuhi apa-apa isyarat yang munasabah yang diberikan oleh pegawai polis yang menghendaki orang atau kenderaan itu berhenti sebelum sampai mana-mana sekatan jalan raya) yang boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi
12 bulan atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya.

“Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1986 (memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa) boleh dihukum denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih lebih RM10,000 dan boleh juga dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 12 bulan.

“Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen (tiada memiliki suatu pas yang sah dikeluarkan dengan sah kepada mana-mana individu untuk memasuki Malaysia) boleh dihukum denga denda tidak lebih RM10,000 atau
penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga bertanggungan kepada sebatan tidak lebih daripada enam sebatan,” jelasnya.

Berikutan kejadian itu, Rohan turut memberitahu bahawa suspek akan direman di bawah Seksyen 117 Kanun Keseksaan bagi
membantu siasatan yang dijalankan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/18/warga-asing-rempuh-sekatan-jalan-raya-ditahan/feed/ 0 29731