warga China – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 17 Jan 2025 08:28:20 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png warga China – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Penunggang motosikal diburu terlibat kes langgar pejalan kaki warga China di Putatan https://sabahmedia.com/2025/01/17/penunggang-motosikal-diburu-terlibat-kes-langgar-pejalan-kaki-warga-china-di-putatan/ https://sabahmedia.com/2025/01/17/penunggang-motosikal-diburu-terlibat-kes-langgar-pejalan-kaki-warga-china-di-putatan/#respond Fri, 17 Jan 2025 08:28:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67079
Read Time:51 Second

PENAMPANG: Polis kini giat mengesan saksi kejadian dan seorang penunggang motosikal yang dipercayai terlibat dalam satu kemalangan maut melibatkan seorang pejalan kaki warganegara China berhampiran lampu isyarat Jabatan Kerja Raya (JKR) Putatan pada awal pagi 15 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton, memaklumkan bahawa pihak Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam kira-kira 1.30 pagi.

Menurutnya, mangsa, seorang lelaki warga China, dipercayai sedang melintas jalan seorang diri menuju ke arah Pan Borneo dan Supermarket Servay Putatan sebelum dilanggar oleh sebuah motosikal.

“Mangsa telah dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, oleh pasukan perubatan, namun disahkan meninggal dunia akibat pendarahan di kepala.

“Bagaimanapun, penunggang motosikal berkenaan gagal dikesan di lokasi kejadian, dan polis kini sedang berusaha mengesan individu terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, pihak polis menyeru orang ramai atau saksi kejadian untuk tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan.

Segala maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Saparia Ladoni, di talian 019-8095133.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/17/penunggang-motosikal-diburu-terlibat-kes-langgar-pejalan-kaki-warga-china-di-putatan/feed/ 0 67079