warga emas aktiviti kesihatan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 10 Dec 2023 04:16:40 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png warga emas aktiviti kesihatan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PPKS giat laksana aktiviti kesihatan warga emas https://sabahmedia.com/2023/12/10/ppks-giat-laksana-aktiviti-kesihatan-warga-emas/ https://sabahmedia.com/2023/12/10/ppks-giat-laksana-aktiviti-kesihatan-warga-emas/#respond Sun, 10 Dec 2023 04:16:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46363
Read Time:56 Second

Kota Kinabalu : Persatuan Pesara Kerajaan Sabah (PPKS) giat menjalankan aktiviti berkaitan kesihatan khusus untuk warga emas.

Presidennya, Datuk Wilfred Lingham berkata, penganjuran program-program berkaitan kesihatan itu adalah bertujuan untuk memberi sumbangan kepada masyarakat.

“PPKS kini mempunyai 6,000 ahli di seluruh negeri dan ramai daripadanya berhadapan masalah kesihatan apabila telah bersara kerana mereka merasakan sedikit kehilangan dan depresi apabila tidak lagi berkhidmat.

“Oleh itu, kita perlu membantu mereka mengatasi emosi tersebut dengan meneruskan kehidupan sambil menyumbang kembali kepada masyarakat.

“Saya percaya setiap pesara mempunyai kelebihan yang boleh dimanfaatkan, contohnya pesara kesihatan mempunyai banyak pengalaman dalam program penjagaan kesihatan justeru boleh berkongsi pengetahuan kepada individu lain dalam hal tersebut,” katanya semasa Majlis Penutupan Program Kesihatan 2023 di Dewan Sri PPS Sembulan, di sini semalam.

Program berkenaan dianjurkan PPKS Cawangan Kota Kinabalu dengan kerjasama Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah dan Persatuan Bulan Sabit Merah Kota Kinabalu.

Pelbagai aktiviti kesihatan diadakan dalam program sehari tersebut iaitu derma darah, pemeriksaan tekanan darah, kolestrol, glukos, mata dan pendengaran.

PPKS didaftarkan pada 24 September 1998 dan sebanyak 20 program kesihatan telah diadakan sepanjang tahun ini sejak Mac lepas.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/10/ppks-giat-laksana-aktiviti-kesihatan-warga-emas/feed/ 0 46363