Warga Emas – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 30 Sep 2026 00:00:12 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Warga Emas – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Warga emas tertekan pedal minyak, Myvi rempuh kedai https://sabahmedia.com/2026/09/30/warga-emas-tertekan-pedal-minyak-myvi-rempuh-kedai/ https://sabahmedia.com/2026/09/30/warga-emas-tertekan-pedal-minyak-myvi-rempuh-kedai/#respond Tue, 29 Sep 2026 23:44:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=104433
Read Time:1 Minute, 2 Second

TAWAU: Perodua Myvi dipandu warga emas lelaki merempuh sebuah premis perniagaan sebelum melanggar Toyota Innova di Batu 3, Jalan Apas, di sini, petang semalam (29 Sep).

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, pemandu berusia 60 tahun berkenaan dipercayai tertekan pedal minyak ketika hendak keluar dari petak parkir selepas selesai mendapatkan rawatan di sebuah klinik berhampiran.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Rosdi Mat Jusoh berkata, siasatan awal mendapati Myvi berkenaan meluncur ke hadapan sebelum merempuh sebuah premis perniagaan.

“Dalam keadaan panik, pemandu cuba mengundurkan kenderaan sebelum melanggar sebuah Toyota Innova yang diletakkan berhampiran.

“Akibat kejadian, kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan teruk,” katanya dalam kenyataan semalam.

Rosdi berkata, ujian saringan awal air kencing terhadap pemandu didapati negatif dadah, manakala ujian pernafasan turut dijalankan di Pejabat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Mohd Hanafiah Mat Sari di talian 019-886 7715 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Justeru, Rosdi menasihatkan pengguna jalan raya supaya berhati-hati ketika mengendalikan pedal minyak dan brek serta memastikan gear berada pada kedudukan betul sebelum menggerakkan kenderaan. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/30/warga-emas-tertekan-pedal-minyak-myvi-rempuh-kedai/feed/ 0 104433
Pejalan kaki warga emas maut dilanggar kereta di Penampang https://sabahmedia.com/2026/09/29/pejalan-kaki-warga-emas-maut-dilanggar-kereta-di-penampang/ https://sabahmedia.com/2026/09/29/pejalan-kaki-warga-emas-maut-dilanggar-kereta-di-penampang/#respond Tue, 29 Sep 2026 11:52:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=104426
Read Time:52 Second

PENAMPANG: Seorang pejalan kaki warga emas lelaki maut selepas dilanggar sebuah motokar di Jalan Penampang–Kota Kinabalu berhampiran Penampang Baru, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 petang dan membabitkan motokar dipandu lelaki tempatan berusia 66 tahun dengan mangsa yang dipercayai sedang melintas jalan.

Menurutnya, mangsa berusia 81 tahun itu mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pakar perubatan.

“Mayat mangsa dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu untuk tujuan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Saparia Ladoni di talian 019-809 5133 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Sammy turut menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati, mematuhi peraturan lalu lintas dan peka terhadap keadaan persekitaran bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/29/pejalan-kaki-warga-emas-maut-dilanggar-kereta-di-penampang/feed/ 0 104426
Warga emas ditemukan mati dalam tandas https://sabahmedia.com/2026/08/25/warga-emas-ditemukan-mati-dalam-tandas/ https://sabahmedia.com/2026/08/25/warga-emas-ditemukan-mati-dalam-tandas/#respond Tue, 25 Aug 2026 05:42:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102233
Read Time:1 Minute, 19 Second

SANDAKAN: Seorang wanita warga emas berusia 62 tahun ditemukan mati dalam keadaan mereput di dalam tandas rumah kayu dua tingkat miliknya di Jalan Leila, di sini, pada 19 Ogos lalu.

Mangsa ditemukan dengan tangan diikat menggunakan tali di belakang badan dan kepalanya ditutup menggunakan kain.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner George Abd Rakman berkata, polis menerima maklumat orang awam kira-kira jam 8.10 malam selepas terhidu bau kurang menyenangkan dari rumah berkenaan.

Menurutnya, anggota Balai Polis Sandakan tiba kira-kira 35 minit kemudian sebelum menemukan mayat mangsa yang dipercayai telah meninggal dunia beberapa hari sebelumnya.

“Pemeriksaan berdasarkan dokumen pengenalan diri yang ditemukan di tempat kejadian mendapati mangsa tinggal bersendirian di rumah berkenaan.

“Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan dengan bantuan Pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah kemudian menjalankan siasatan di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

George berkata, hasil siasatan membawa kepada penahanan 10 individu dalam tempoh kurang 24 jam, sebelum dua daripada mereka dikenal pasti sebagai suspek utama.

Katanya, semua yang ditahan terdiri daripada lima lelaki dan lima wanita berusia antara 10 hingga 39 tahun.

“Tiga daripada mereka adalah warga Filipina, manakala tujuh lagi warga tempatan dan kesemuanya mempunyai hubungan kekeluargaan.

“Soal siasat lanjut mendapati motif kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham mengenai upah mengubah suai rumah mangsa serta rasa tidak puas hati kerana mangsa menaikkan kadar sewa bulanan rumah yang didiami semua suspek,” katanya.

Menurutnya, polis turut merampas sebatang kayu yang dipercayai digunakan sebagai senjata serta beberapa barangan peribadi mangsa yang dilarikan suspek.

“Kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/25/warga-emas-ditemukan-mati-dalam-tandas/feed/ 0 102233
Warga emas ditahan, simpan daging haiwan dilindungi https://sabahmedia.com/2026/06/11/warga-emas-ditahan-simpan-daging-haiwan-dilindungi/ https://sabahmedia.com/2026/06/11/warga-emas-ditahan-simpan-daging-haiwan-dilindungi/#respond Thu, 11 Jun 2026 09:44:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98066
Read Time:1 Minute, 1 Second

TAWAU: Seorang lelaki warga emas berusia 86 tahun ditahan selepas dipercayai menyimpan pelbagai bahagian haiwan liar dilindungi, termasuk daging rusa, kijang dan landak dalam satu operasi bersepadu di Kampung Kalumpang, Jalan Tawau-Semporna, hari ini.

Operasi itu dijalankan oleh Unit Perisikan Siasatan Khas (WCB) dengan kerjasama Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHL).

Dalam serbuan berkenaan, pasukan penguat kuasa menemukan sebuah peti sejuk yang disyaki mengandungi pelbagai bahagian haiwan liar dilindungi. Turut dirampas ialah seekor tenggiling dan seekor monyet yang masih hidup.

Suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 kerana memiliki hidupan liar dan hasil hidupan liar tanpa permit atau dokumen yang sah.

Menurut JHL, jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM50,000 dan tidak melebihi RM250,000 serta dipenjarakan antara satu hingga lima tahun.

Siasatan awal mendapati suspek dipercayai terlibat dalam aktiviti penjualan hidupan liar dilindungi secara haram kepada pelancong di daerah Semporna.

Dalam kenyataan hari ini, JHL menegaskan bahawa pemilikan, perdagangan dan penyimpanan hidupan liar dilindungi tanpa kebenaran merupakan kesalahan serius di bawah undang-undang.

JHL turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti pemburuan atau perdagangan hidupan liar secara haram supaya menyalurkannya kepada pihak berkuasa bagi membantu usaha pemuliharaan serta penguatkuasaan undang-undang.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/11/warga-emas-ditahan-simpan-daging-haiwan-dilindungi/feed/ 0 98066
Warga emas maut tertimbus tanah runtuh ketika cuba hidupkan genset https://sabahmedia.com/2026/03/11/warga-emas-maut-tertimbus-tanah-runtuh-ketika-cuba-hidupkan-genset/ https://sabahmedia.com/2026/03/11/warga-emas-maut-tertimbus-tanah-runtuh-ketika-cuba-hidupkan-genset/#respond Wed, 11 Mar 2026 02:19:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=93045
Read Time:1 Minute, 7 Second

SANDAKAN: Seorang lelaki warga emas maut dalam kejadian tanah runtuh di belakang sebuah hotel di pusat bandar Sandakan awal pagi tadi ketika cuba menghidupkan generator selepas bekalan elektrik terputus.

Mangsa dikenali sebagai Agustine Frederick J Lingam, 76, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, panggilan kecemasan diterima pada 6.39 pagi melibatkan kejadian di Super OYO 1027 Hotel London, Pusat Bandar Sandakan.

“Sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan bergegas ke lokasi yang terletak kira-kira enam kilometer dari balai dan tiba pada 6.48 pagi.

“Komander Operasi melaporkan kejadian dipercayai berlaku ketika hujan lebat yang menyebabkan bekalan elektrik di hotel berkenaan terputus.

“Mangsa yang dipercayai kakitangan hotel kemudian cuba menghidupkan genset yang terletak di bahagian belakang bangunan sebelum tiba-tiba tertimbus dalam runtuhan tanah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba yang melakukan pemeriksaan mendapati mangsa tertimbus separuh badan sebelum operasi menyelamat dijalankan dengan menggali menggunakan peralatan penyodok.

“Mangsa berjaya dikeluarkan pada 7.14 pagi, namun disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

“Operasi ditamatkan pada 8.19 pagi selepas pasukan bomba memastikan kawasan berkenaan selamat dan tiada lagi risiko runtuhan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/11/warga-emas-maut-tertimbus-tanah-runtuh-ketika-cuba-hidupkan-genset/feed/ 0 93045
Warga emas hilang, ditemui meninggal dunia https://sabahmedia.com/2025/11/22/warga-emas-hilang-ditemui-meninggal-dunia/ https://sabahmedia.com/2025/11/22/warga-emas-hilang-ditemui-meninggal-dunia/#respond Sat, 22 Nov 2025 14:27:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86751
Read Time:49 Second

Oleh Raul G

KIULU: Kehilangan seorang warga emas berakhir tragedi apabila disahkan meninggal dunia selepas ditemukan kira-kira 30 meter dari rumahnya di Kampung Bayag di sini, petang tadi.

Mangsa dikenali Taisin Bandaran, 85, awalnya dilaporkan hilang oleh ahli keluarga selepas didapati tidak berada di kediamannya pada jam 6 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Mohamad Nor Amit berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 3.30 petang.

Katanya, seramai enam anggota termasuk pegawai dikerah ke lokasi beserta satu pacuan empat roda (4WD) jenis Isuzu D-Max dan kenderan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Sebaik tiba, operasi mencari mangsa dijalankan di sekitar kawasan rumah mangsa sebelum mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri sejauh 30 meter,”

“Pemeriksaan lanjut oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mangsa meninggal dunia,” katanya dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi yang dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.40 petang,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/22/warga-emas-hilang-ditemui-meninggal-dunia/feed/ 0 86751
Warga tua ditemui meninggal dunia dipercayai dibaham buaya https://sabahmedia.com/2025/11/10/warga-tua-ditemui-meninggal-dunia-dipercayai-dibaham-buaya/ https://sabahmedia.com/2025/11/10/warga-tua-ditemui-meninggal-dunia-dipercayai-dibaham-buaya/#respond Mon, 10 Nov 2025 10:05:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85447
Read Time:47 Second

BELURAN: Seorang warga tua ditemui maut dipercayai dibaham buaya dalam kejadian di Sungai Trusan, Kampung Bakong-Bakong, dekat sini, hari ini.

Lelaki warga tua itu, Laipukin Makong, 62, yang ditemui dalam keadaan tidak sempurna oleh penduduk kampung, kira-kira jam 12 tengah hari.

Dalam kejadian itu, mangsa dikatakan turun ke sungai berdekatan rumahnya untuk mandi kira-kira jam 8 malam tadi.

Kehilangan cuma disedari pagi ini oleh ahli keluarga mangsa sebelum laporan polis dibuat dan penduduk melancarkan usaha mencari mangsa menggunakan bot.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beluran, Edoen Macheal, berkata mangsa kemudian ditemui penduduk kampung sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi berkenaan yang terletak kira-kira 70 kilometer (km) dari balai.

“Mangsa ditemui oleh penduduk kampung kira-kira 10 meter dari lokasi mangsa dikatakan hilang.

“Ketika ditemui, keadaan mangsa tidak sempurna dipercayai dibaham buaya,” katanya.

Edoen berkata, operasi ditamatkan pada jam 2 petang tadi selepas memastikan tiada lagi bahaya yang wujud di lokasi terbabit.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/10/warga-tua-ditemui-meninggal-dunia-dipercayai-dibaham-buaya/feed/ 0 85447
Warga emas ditemui meninggal dunia dalam rumah terkunci di Sandakan https://sabahmedia.com/2025/11/09/warga-emas-ditemui-meninggal-dunia-dalam-rumah-terkunci-di-sandakan/ https://sabahmedia.com/2025/11/09/warga-emas-ditemui-meninggal-dunia-dalam-rumah-terkunci-di-sandakan/#respond Sun, 09 Nov 2025 07:03:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85352
Read Time:39 Second

SANDAKAN: Seorang lelaki warga emas ditemui meninggal dunia di dalam rumahnya yang berkunci di Batu 8, Jalan Labuk, di sini pagi tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.07 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan digerakkan ke lokasi kejadian.

Pasukan bomba menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu rumah yang terkunci sebelum menemui mangsa tidak sedarkan diri di dalam bilik.

“Mangsa berusia 66 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi yang turut disertai dua anggota polis dan dua anggota perubatan itu mengambil masa kira-kira 40 minit dan ditamatkan sepenuhnya pada pukul 10.16 pagi.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/09/warga-emas-ditemui-meninggal-dunia-dalam-rumah-terkunci-di-sandakan/feed/ 0 85352
Warga emas maut, pacuan empat roda terbabas jatuh gaung di Beluran https://sabahmedia.com/2025/10/21/warga-emas-maut-pacuan-empat-roda-terbabas-jatuh-gaung-di-beluran/ https://sabahmedia.com/2025/10/21/warga-emas-maut-pacuan-empat-roda-terbabas-jatuh-gaung-di-beluran/#respond Tue, 21 Oct 2025 14:50:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83862
Read Time:45 Second

BELURAN: Seorang warga emas ditemui maut selepas pacuan empat roda yang dipandunya terbabas dan terjatuh ke dalam gaung di Jalan Beluran-Telupid, pagi tadi.

Mangsa, seorang lelaki berusia 80 tahun itu ditemui telah terhimpit di dalam kenderaannya oleh pekerja Lebuhraya Pan Borneo yang kebetulan melalui lokasi berkenaan kira-kira jam 10 pagi.

Menurut Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Hasan Majid, mangsa dipercayai telah meninggal dunia melebihi tempoh 24 jam sebelum mayatnya dijumpai. Kenderaan mangsa dipercayai terbabas sendiri sebelum terjatuh ke dalam gaung sedalam sembilan meter.

“Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih diteruskan,” jelasnya.

Pihak polis menyeru mana-mana saksi yang melihat kejadian tersebut untuk tampil ke Balai Polis Beluran bagi membantu siasatan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Asdar Miktar di talian 011-15481071 atau menghubungi Balai Polis Beluran di talian 089-51122.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/21/warga-emas-maut-pacuan-empat-roda-terbabas-jatuh-gaung-di-beluran/feed/ 0 83862
Kerajaan rancang tambah pusat jagaan warga emas, OKU di Sandakan dan Kota Kinabalu https://sabahmedia.com/2025/07/07/kerajaan-rancang-tambah-pusat-jagaan-warga-emas-oku-di-sandakan-dan-kota-kinabalu/ https://sabahmedia.com/2025/07/07/kerajaan-rancang-tambah-pusat-jagaan-warga-emas-oku-di-sandakan-dan-kota-kinabalu/#respond Mon, 07 Jul 2025 10:40:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76885
Read Time:1 Minute, 11 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat melalui Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) telah merancang untuk menambah bilangan pusat jagaan harian bagi warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) di bandar utama Sandakan dan Kota Kinabalu.

Menterinya, Datuk James Ratib, berkata perancangan tersebut sebagai usaha meningkatkan kemudahan penjagaan sosial di Sabah.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura, mengenai perancangan kerajaan untuk mewujudkan lebih banyak pusat jagaan warga emas dan OKU di kawasan Sandakan dan Kota Kinabalu di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.

“Antara projek yang dirancang di Sandakan ialah pembinaan Kompleks Latihan OKU, pembinaan bangunan baharu Taman Didikan Kanak-Kanak OKU serta pembaikan menyeluruh Rumah Warga Tua Sri Harapan.

“Manakala di Kota Kinabalu, kerajaan merancang membina sebuah Kompleks Bersepadu OKU dan Warga Emas di Inanam yang akan menyediakan penjagaan harian berbayar kepada 50 penghuni, kemudahan latihan dan peluang pekerjaan kepada OKU, serta sokongan psikososial kepada warga emas,” katanya.

Beliau turut memaklumkan mengenai pembinaan Rumah Warga Tua Kendiri di Telupid yang akan menempatkan warga emas tanpa waris secara percuma.

Katanya, model rumah berkenaan berpotensi diperluaskan ke kawasan bandar seperti Sandakan dan Kota Kinabalu pada masa hadapan.

Menjawab soalan tambahan berkaitan projek di Telupid, beliau berkata permohonan pembinaan rumah warga emas di daerah itu telah dibuat dua tahun lalu.

Kos projek dianggarkan melebihi RM5 juta dan akan menempatkan 15 penghuni apabila siap pada tahun 2026.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/07/kerajaan-rancang-tambah-pusat-jagaan-warga-emas-oku-di-sandakan-dan-kota-kinabalu/feed/ 0 76885