warga Filipina – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 08 Aug 2024 05:07:17 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png warga Filipina – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Insiden langgar bot: Dua penumpang warga Filipina dikhuatiri lemas https://sabahmedia.com/2024/08/08/insiden-langgar-bot-dua-penumpang-warga-filipina-dikhuatiri-lemas/ https://sabahmedia.com/2024/08/08/insiden-langgar-bot-dua-penumpang-warga-filipina-dikhuatiri-lemas/#respond Thu, 08 Aug 2024 05:07:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58709
Read Time:1 Minute, 15 Second

SEMPORNA: Dua penumpang warga Filipina terselamat manakala dua lagi rakan mereka dikhuatiri lemas apabila bot yang mereka naiki dilanggar oleh sebuah bot lain di perairan Pulau Sebangkat kira-kira jam 6.00 pagi Selasa lalu.

Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Amir Shubli berkata, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kota Kinabalu telah mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (OP CARILAMAT) dan mengatur gerak Bot Bangi 11 dan Bot Adal 18 dari Zon Maritim Semporna ke lokasi kejadian bagi misi menyelamat mangsa sebaik menerima maklumat daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, bot yang dinaiki empat orang mangsa dikatakan keluar ke laut pada 5 Ogos lalu jam 5.00 petang sebelum bot mereka dilanggar oleh sebuah bot lain di perairan berkenaan.

“Sementara individu yang melanggar bot mangsa telah melarikan diri,” jelas beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Amir turut memaklumkan, dua orang penumpang yang terselamat dikenali sebagai Reymar dan Bocoi, kedua-duanya berumur 30 tahun, namun salah seorang mangsa iaitu Reymar mengalami cedera parah di lengan, lutut serta belakang badan dan telah mendapatkan rawatan di wad kecemasan Hospital Semporna

“Manakala dua orang penumpang yang dikenali sebagai Rommek Tura dan Jimal juga kedua-duanya berumur 30 tahun masih hilang,” katanya.

Memasuki hari ketiga pencarian, Amir Berkata, OP CARILAMAT kini diperluaskan kepada lima sektor dengan penambahan radius kawasan kepada 27 batu nautika persegi.

Selain Maritim Malaysia, OP CARILAMAT terbabit turut dibantu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pasukan Polis Marin (PPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta Taman-Taman Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/08/insiden-langgar-bot-dua-penumpang-warga-filipina-dikhuatiri-lemas/feed/ 0 58709
JIM Sabah: 542 tahanan warga Filipina dihantar pulang hari ini https://sabahmedia.com/2023/03/30/jim-sabah-542-tahanan-warga-filipina-dihantar-pulang-hari-ini/ https://sabahmedia.com/2023/03/30/jim-sabah-542-tahanan-warga-filipina-dihantar-pulang-hari-ini/#respond Thu, 30 Mar 2023 02:12:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31755
Read Time:1 Minute, 59 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah (JIM Sabah) telah menghantar pulang seramai 542 orang tahanan warganegara Filipina menerusi Program Pemindahan Tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Siri 8 bagi tahun 2023 melalui Pelabuhan Sandakan Ke Pelabuhan Zamboanga City, Filipina hari ini.

Pengarah Imigresen Negeri Sabah Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata, tahanan yang dihantar pulang pada hari ini terdiri daripada tahanan lelaki 422 orang, 92 (perempuan), kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah 24 orang dan kanak-kanak berumur 23 bulan ke bawah seramai empat orang.

“Jumlah pecahan mengikut jantina bagi kanak-kanak dalam pemindahan kali ini adalah melibatkan empat orang kanak-kanak 23 bulan ke bawah. Bagi tahanan dewasa purata umur adalah dari 13 tahun sehingga 78 tahun.

“Kanak-kanak yang terlibat dengan penghantaran pulang adalah bersama ibu bapa / penjaga masing-masing. Kesemua tahanan dipindahkan melalui laut dengan menggunakan pengangkutan Feri MV Antonia 1,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut Sitti Saleha, tahanan PATI yang terlibat pada kali ini hanyalah tahanan warganegara Filipina dari Depot Imigresen Kota Kinabalu, Depot Imigresen Papar dan Depot Imigresen Tawau sahaja.

“Kesemua PATI yang ditahan di Depot Imigresen telah melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. Hukuman yang dikenakan adalah berdasarkan Akta Imigresen dan proses perundangan negara sehingga ke tindakan pemindahan keluar dari negara.

“Oleh itu, semua warga asing adalah diingatkan untuk memastikan mereka memiliki dokumen perjalanan yang sah dan permit kerja yang dibenarkan (untuk bekerja di Negeri Sabah, Malaysia) terlebih dahulu sebelum masuk ke negara ini. Semua agensi penguatkuasaan di negeri Sabah akan sentiasa mengambil tindakan tegas kepada mereka yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang negara,” tegasnya.

Beliau berkata, operasi pemindahan ini adalah merupakan sebahagian daripada operasi berterusan yang dilakukan oleh JIM Sabah bagi tahanan warga asing yang ditempatkan di semua Depot Imigresen di seluruh Negeri Sabah. Jabatan ini ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi pemindahan ini khususnya Kerajaan Negeri Sabah, pihak Kedutaan Filipina di Kuala Lumpur, PDRM, ESSCOM, Lembaga Pelabuhan Dan Dermaga Negeri Sabah, Jabatan Laut Malaysia Negeri Sabah, APMM, ATB2, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Negeri Sabah.

“JIM Negeri Sabah akan terus komited melakukan operasi penguatkuasaan dan pemindahan PATI setelah mereka melalui semua tindakan penguatkuasaan dan proses perundangan negara serta telah mendapat pengesahan daripada kedutaan negara asal masing-masing,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/30/jim-sabah-542-tahanan-warga-filipina-dihantar-pulang-hari-ini/feed/ 0 31755
JIM Sabah hantar pulang 653 PATI warga Filipina ke negara asal https://sabahmedia.com/2023/03/15/jim-sabah-hantar-pulang-653-pati-warga-filipina-ke-negara-asal/ https://sabahmedia.com/2023/03/15/jim-sabah-hantar-pulang-653-pati-warga-filipina-ke-negara-asal/#respond Wed, 15 Mar 2023 12:59:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=30877
Read Time:2 Minute, 20 Second

KOTA KINABALU: Seramai 653 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warganegara Filipina yang ditahan di Depot Imigresen Kota Kinabalu, Depot Imigresen Papar dan Depot Imigresen Tawau berjaya dihantar pulang ke negara asal melalui jalan laut hari ini.

Pengarah Imigresen Negeri Sabah Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, kesemua PATI dihantar pulang melalui jalan laut dari Pelabuhan Sandakan Ke Pelabuhan Zamboanga City, Filipina.

Katanya, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah (JIM Sabah) melaksanakan Program Pemindahan Tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) siri 7 untuk kategori Usir melalui laut bagi tahun 2023 merupakan program pemindahan dalam bulan Mac bagi warganegara Filipina.

“Pecahan tahanan yang diusir pada hari ini ialah tahanan lelaki seramai 439 orang, Wanita 145 orang, kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah, 64 orang dan lima orang kanak-kanak berumur 23 bulan ke bawah,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Sh Sitti Saleha, jumlah pecahan mengikut umur bagi kanak-kanak dalam pengusiran kali ini adalah melibatkan lima orang bagi kanak-kanak 23 bulan ke bawah dan 64 orang bagi kanak-kanak 12 tahun ke bawah. Bagi tahanan dewasa purata umur adalah dari 13 tahun sehingga 68 tahun. Kanak-kanak yang terlibat dengan penghantaran pulang adalah bersama ibu/ bapa/ penjaga masing-masing.

Beliau berkata, kesemua tahanan pada kali ini diusir melalui laut dengan menggunakan pengangkutan Feri MV Antonia 1.

“Walaubagaimana pun, tahanan PATI yang terlibat pada kali ini hanyalah tahanan warganegara Filipina dari Depot Imigresen Kota Kinabalu, Depot Imigresen Papar dan Depot Imigresen Tawau sahaja,” katanya.

Beliau turut menjelaskan kesemua PATI yang ditahan di Depot Imigresen telah melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Hukuman yang dikenakan adalah berdasarkan Akta Imigresen dan proses perundangan negara sehingga ke tindakan pemindahan keluar dari negara,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan semua warga asing memastikan mereka memiliki dokumen perjalanan yang sah dan permit kerja yang dibenarkan (untuk bekerja di Negeri Sabah, Malaysia) terlebih dahulu sebelum masuk ke negara ini.

Katanya, semua agensi penguatkuasaan di negeri Sabah akan sentiasa mengambil tindakan tegas kepada mereka yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang negara.

“Operasi Pemindahan ini adalah merupakan sebahagian daripada operasi berterusan yang dilakukan oleh JIM Sabah bagi tahanan warga asing yang ditempatkan di semua Depot Imigresen di seluruh Negeri Sabah.

“Jabatan ini ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi pengusiran ini khususnya Kerajaan Negeri Sabah, pihak Kedutaan Filipina di Kuala Lumpur, PDRM, ESSCOM, Lembaga Pelabuhan dan Dermaga Negeri Sabah, Jabatan Laut Malaysia Negeri Sabah, APMM, ATB2, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Negeri Sabah.

“JIM Sabah akan terus komited melakukan operasi penguatkuasaan dan pemindahan PATI setelah mereka melalui semua tindakan penguatkuasaan dan proses perundangan negara serta telah mendapat pengesahan daripada kedutaan negara asal masing-masing,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/15/jim-sabah-hantar-pulang-653-pati-warga-filipina-ke-negara-asal/feed/ 0 30877
Lelaki warga Filipina dikhuatiri lemas terjun ke laut, lari dari pihak polis https://sabahmedia.com/2023/02/11/lelaki-warga-filipina-dikhuatiri-lemas-terjun-ke-laut-lari-dari-pihak-polis/ https://sabahmedia.com/2023/02/11/lelaki-warga-filipina-dikhuatiri-lemas-terjun-ke-laut-lari-dari-pihak-polis/#respond Sat, 11 Feb 2023 07:05:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29402
Read Time:46 Second

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga Filipina dikhuatiri lemas selepas terjun ke laut kerana ingin melarikan dari pihak polis dalam satu kejadian di Kampung Pukat Pasir Putih, Sandakan pada Jumaat.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.57 pagi tadi mengenai kejadian berkenaan.

“Menurut maklumat dari pihak polis mangsa telah terjun ke laut pada Jumaat (10 Feb) untuk melarikan diri dari pihak Polis.

“Pada mulanya operasi pencarian telah dijalankan oleh pihak Maritim lebih kurang sejam tetapi mangsa belum ditemui,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Seterusnya, misi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan oleh pasukan Bomba pada hari ini (11 Feb) dengan melakukan kaedah ‘Surface Rescue’ manakala anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) bersiap sedia untuk melakukan selaman.

“Mangsa yang hanya dikenali sebagai Man berusia 18 tahun itu sehingga kini belum ditemui dan maklumat akan dikemaskini dari masa ke semasa,” kata kenyataan itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/11/lelaki-warga-filipina-dikhuatiri-lemas-terjun-ke-laut-lari-dari-pihak-polis/feed/ 0 29402