waris jenazah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 04 Jan 2024 09:17:38 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png waris jenazah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Waris berjaya dikesan, Hospital Beaufort ucap terima kasih https://sabahmedia.com/2024/01/04/waris-berjaya-dikesan-hospital-beaufort-ucap-terima-kasih/ https://sabahmedia.com/2024/01/04/waris-berjaya-dikesan-hospital-beaufort-ucap-terima-kasih/#respond Thu, 04 Jan 2024 09:17:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47472
Read Time:37 Second

Beaufort : Hospital Beaufort berjaya mengesan waris seorang jenazah yang belum dituntut di hospital itu selepas memohon bantuan orang ramai menerusi laporan kenyataan media beberapa hari lalu.

Pada Selasa lalu, hospital berkenaan telah memohon bantuan media untuk mengesan waris jenazah lelaki yang disahkan meninggal dunia pada November tahun lalu.

Difahamkan waris jenazah terbabit telah terbaca berita pencarian itu sebelum menghubungi pihak hospital bagi urusan pengebumian.

Dalam pada itu, Hospital Beaufort merakamkan ucapan terima kasih atas keprihatinan serta bantuan orang ramai bagi mengesan waris jenazah berkenaan.

“Hospital Beaufort mengucapkan terima kasih atas keprihatinan serta bantuan orang ramai kerana waris telah menghubungi dan menuntut jenazah hari ini.

“Jenazah telah dituntut untuk urusan pengebumian kira-kira jam 9.40 pagi tadi,” menurut kenyataan Hospital Beaufort. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/04/waris-berjaya-dikesan-hospital-beaufort-ucap-terima-kasih/feed/ 0 47472