warisan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 09 Aug 2026 08:29:21 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png warisan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Warisan belum muktamad kerjasama dengan STAR, KDM – Shafie https://sabahmedia.com/2026/08/09/warisan-belum-muktamad-kerjasama-dengan-star-kdm-shafie/ https://sabahmedia.com/2026/08/09/warisan-belum-muktamad-kerjasama-dengan-star-kdm-shafie/#respond Sun, 09 Aug 2026 08:27:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=101304
Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Parti Warisan belum memuktamadkan sebarang bentuk kerjasama dengan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Presidennya, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, perbincangan dengan kedua-dua parti tempatan itu masih di peringkat awal dan sedang diteliti secara terperinci.

“Kita sedang meneliti. Belum ada perkara yang dimuktamadkan mengenai apa yang perlu kita lakukan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Warisan di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Shafie berkata, terdapat persamaan pandangan antara parti berkenaan, khususnya berkaitan keperluan memastikan suara dan kepentingan Sabah terus diberi perhatian.

Sehubungan itu, beliau turut menegaskan, kerusi Parlimen di Sabah perlu diberi keutamaan kepada parti dan calon tempatan bagi memastikan suara rakyat negeri ini lebih kukuh di peringkat Persekutuan.

Katanya, jumlah 25 kerusi Parlimen yang dimiliki Sabah tidak seharusnya dilihat semata-mata dari sudut angka, sebaliknya perlu mengambil kira kepentingan dan kedudukan strategik Sabah dalam pembentukan kerajaan Persekutuan.

“25 kerusi ini, yang pentingnya kita fikirkan, bagilah kepada anak Sabah. Jangan kira jumlah kerusi di Semenanjung lebih 160, sedangkan kita hanya 25.

“Kita tidak mahu corak suara Sabah tenggelam kerana kerjasama dengan parti yang ada di sini,” tegasnya.

Shafie berkata, sebarang kerjasama yang bakal dibentuk perlu mempunyai pendirian yang jelas, termasuk berkaitan hak Sabah dan kepentingan rakyat negeri ini.

Beliau berkata, Warisan turut menerima isyarat daripada beberapa parti lain yang berminat untuk bekerjasama, namun setiap tawaran akan dinilai berdasarkan keperluan rakyat Sabah.

“Biasalah dalam politik, ada yang mencari rakan dan ada yang mencari lawan. Tetapi keutamaan kita ialah keperluan rakyat Sabah,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/09/warisan-belum-muktamad-kerjasama-dengan-star-kdm-shafie/feed/ 0 101304
Warisan putar isu, Pindaan Akta LHDN sebenarnya kejayaan GRS https://sabahmedia.com/2025/10/24/warisan-putar-isu-pindaan-akta-lhdn-sebenarnya-kejayaan-grs/ https://sabahmedia.com/2025/10/24/warisan-putar-isu-pindaan-akta-lhdn-sebenarnya-kejayaan-grs/#respond Fri, 24 Oct 2025 14:51:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84088
Read Time:3 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Armizan Mohd Ali menegaskan bahawa Parti Warisan cuba memutarbelit fakta berhubung pindaan Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1995, sedangkan perubahan itu sebenarnya merupakan kejayaan besar hasil usaha bersama kerajaan GRS, Kerajaan Madani dan kerajaan GPS di Sarawak.

Katanya, pindaan tersebut bukan sahaja mengiktiraf hak Sabah dan Sarawak dalam sistem percukaian negara, malah menjadi bukti nyata komitmen kerajaan terhadap pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Naratif yang dibawa Warisan penuh emosi dan mengelirukan. Pindaan Akta LHDN 2023 bukan kegagalan saya, tetapi kemenangan rakyat Sabah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Armizan berkata, dalam peruntukan asal Akta LHDN 1995, tiada sebarang klausa yang mewajibkan keanggotaan lembaga itu disertai wakil dari Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, usaha memperjuangkan perkara itu bermula selepas penubuhan GRS apabila Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap Hal Ehwal Sabah dan Sarawak pada tahun 2020.

“Isu ini dibawa ke Majlis Khas MA63 hasil rundingan antara kerajaan negeri Sabah di bawah pimpinan GRS dan kerajaan GPS di Sarawak, berpandukan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) 1962,” jelasnya.

Hasil rundingan itu, keperluan pelantikan wakil Sabah dan Sarawak dimasukkan sebagai agenda baharu Majlis Khas MA63. Ia berpandukan Bab III Perkara 24 Laporan IGC 1962 yang menyebut keperluan perwakilan negeri-negeri Borneo dalam Malaysian Board of Income Tax.

“Walaupun sistem percukaian tertakluk di bawah bidang kuasa Persekutuan, kehadiran wakil Sabah dan Sarawak penting bagi memastikan kedua-dua wilayah ini terlibat secara langsung dalam pelaksanaan dasar percukaian negara,” katanya.

Menurut Armizan, cadangan tersebut akhirnya direalisasikan dengan pelantikan Datuk Petrus Gimbad sebagai wakil Sabah dalam LHDN bermula 1 September 2022, hasil syor Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.

Katanya, pelantikan itu kemudiannya diinstitusikan menerusi pindaan kepada Akta LHDN yang diluluskan di Parlimen pada tahun 2023 bagi mewujudkan peruntukan undang-undang tetap untuk wakil Sabah dan Sarawak.

“Pindaan ini memaktubkan bahawa pelantikan dibuat oleh Menteri Kewangan setelah berunding dengan Ketua Menteri Sabah dan Premier Sarawak, sekali gus memastikan rundingan kerajaan negeri menjadi syarat wajib,” jelasnya.

Armizan berkata, pindaan tersebut juga memberi ruang fleksibiliti kepada kerajaan negeri untuk menamakan wakil profesional sama ada dari dalam atau luar perkhidmatan awam negeri, bergantung kepada keperluan dan kesesuaian calon.

Beliau turut menjelaskan bahawa proses pindaan ini diputuskan selepas pembentangan Nota dan Memorandum Jemaah Menteri pada Disember 2022 dan Januari 2023, hasil arahan terus Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Perdana Menteri sendiri menunjukkan komitmen tinggi terhadap pelaksanaan MA63 apabila meluluskan pindaan ini dalam tempoh tujuh bulan pentadbiran beliau,” katanya.

Mengulas kenyataan mantan Ahli Parlimen Sepanggar yang menuding kesalahan kepadanya, Armizan berkata tindakan itu hanyalah cubaan Warisan untuk menutup kegagalan sendiri.

“Kalau benar Warisan penyelamat Sabah, kenapa isu ini tidak dimasukkan dalam agenda ketika mereka berkuasa? Sedangkan ia jelas terkandung dalam Laporan IGC sejak 1962,” soalnya.

Beliau turut menegaskan bahawa pelaksanaan pindaan Akta LHDN (Pindaan) 2023 tidak melibatkan individu tertentu, sebaliknya hasil kerjasama pelbagai pihak termasuk Timbalan Perdana Menteri Datuk Amar Fadillah Yusof, Kementerian Kewangan serta kerajaan negeri Sabah dan Sarawak.

“Kalau Warisan mahu menuding jari kepada saya, adakah mereka juga mahu menyalahkan Dato’ Amar Fadillah atau Perdana Menteri sendiri? Fakta jelas menunjukkan pindaan ini hasil keputusan kolektif,” katanya.

Armizan berkata, apa yang lebih penting ialah kemenangan rakyat Sabah yang akhirnya melihat hak negeri diiktiraf secara sah dalam struktur pentadbiran fiskal negara.

“Pindaan Akta LHDN ini bukan sekadar victory for Sabah, tetapi victory for the federation kerana ia membuktikan semangat federalisme masih hidup,” tegasnya.

Beliau turut menyindir dakwaan Warisan kononnya parti itu penyelamat Sabah.

“GRS tidak pernah gah mengaku penyelamat Sabah. Apa yang kami mahu adalah rakyat bersatu menjaga negeri ini. Rumah Kita, Kita Jaga,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/24/warisan-putar-isu-pindaan-akta-lhdn-sebenarnya-kejayaan-grs/feed/ 0 84088
Warisan bersifat narsistik, gagal pulihkan ekonomi – Aksyah https://sabahmedia.com/2025/05/04/warisan-bersifat-narsistik-gagal-pulihkan-ekonomi-aksyah/ https://sabahmedia.com/2025/05/04/warisan-bersifat-narsistik-gagal-pulihkan-ekonomi-aksyah/#respond Sun, 04 May 2025 08:47:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73170
Read Time:1 Minute, 35 Second

KOTA KINABALU: Parti Warisan disifatkan sebagai bersifat narsistik apabila mendakwa era pentadbiran mereka lebih baik berbanding kerajaan sekarang, walaupun hakikat sebenar mereka gagal dalam memulihkan ekonomi negeri.

Mantan Timbalan Ketua Badan Perhubungan Negeri (BPN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Aksyah Nasrah berkata, kenyataan Presiden Warisan itu bukan sahaja tidak berasas, malah bercanggah dengan fakta dan realiti semasa.

“Gejala narsistik ini merujuk kepada sikap meletakkan diri sebagai paling penting dan memerlukan pujian berlebihan tanpa berpijak pada hakikat sebenar. Warisan mendakwa era mereka lebih baik, namun angka-angka ekonomi membuktikan sebaliknya,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut Aksyah, ketika Warisan mentadbir Sabah, ekonomi negeri merosot selama tiga tahun berturut-turut dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatat -1.5 peratus pada 2018, -0.7 peratus (2019) dan jatuh teruk kepada -7.5 peratus pada 2020.

Sebaliknya, beliau berkata prestasi ekonomi Sabah kembali pulih selepas Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil alih pentadbiran, apabila KDNK mencatatkan pertumbuhan 1.5 peratus pada 2021, 3.5 peratus (2022), 4.0 peratus (2023) dan 4.5 peratus tahun lalu.

“Pendapatan negeri juga meningkat daripada RM5.4 bilion pada 2021 kepada RM6.96 bilion pada 2024. Ini menunjukkan pentadbiran GRS berjaya mengemudi ekonomi negeri ke arah yang lebih stabil dan mampan, meskipun berdepan krisis kesihatan pada awal pentadbiran,” katanya.

Tambah beliau, pentadbiran Warisan turut gagal menangani isu-isu utama yang menjadi keluhan rakyat ketika itu, termasuk kebakaran berulang di kawasan setinggan, pembatalan projek strategik seperti Lebuhraya Pan Borneo, pelantikan penjawat awam berasaskan kawasan tertentu serta dakwaan menyokong permohonan kewarganegaraan oleh warga asing.

Tindakan penyokong Warisan di media sosial yang didakwanya sering memutarbelit fakta demi memburukkan imej kerajaan GRS, Aksyah menegaskan kerajaan GRS banyak inisiatif pembangunan sedang giat dilaksanakan dalam bidang infrastruktur, pendidikan dan ekonomi.

“Rakyat perlu mengambil iktibar daripada kepincangan lalu agar tidak kembali kepada pentadbiran yang lemah dan tidak stabil. Kekalkanlah GRS demi kesinambungan pembangunan melalui Halatuju Sabah Maju Jaya,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/04/warisan-bersifat-narsistik-gagal-pulihkan-ekonomi-aksyah/feed/ 0 73170
Warisan sudah diberi peluang memerintah namun gagal majukan Sabah – Anna Bell https://sabahmedia.com/2024/04/18/warisan-sudah-diberi-peluang-memerintah-namun-gagal-majukan-sabah-anna-bell/ https://sabahmedia.com/2024/04/18/warisan-sudah-diberi-peluang-memerintah-namun-gagal-majukan-sabah-anna-bell/#respond Thu, 18 Apr 2024 09:27:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52724
Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU : Parti Warisan telah diberi peluang memerintah dan majukan negeri Sabah pada tahun 2018 sehingga 2020 namun mereka gagal melaksanakan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka, kata Ketua Penerangan Wanita Gagasan Rakyat Sabah, Senator Anna Bell Perian.

Katanya, banyak projek-projek pembangunan rakyat yang tergendala di bawah pentadbiran mereka dan contoh yang jelas adalah Projek Pan Borneo yang diberhentikan semasa pentadbiran mereka.

Anna Bell berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Wanita Warisan, Norfaizah Chua kononnya rakyat Sabah memberikan sokongan kepada Warisan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

“Ini menunjukkan bahawa parti itu belum membuat analisa dan pemerhatian yang jelas reaksi rakyat terhadap parti Warisan ini.

“Berapa ramai penyokong mereka mula meninggalkan parti tersebut dan berhijrah ke parti lain kerana sudah tentu Warisan mula hilang kawalan untuk mengemudi kapal mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau lagi, pilihanraya yang semakin dekat ini memberikan mereka (Warisan) tekanan untuk menonjolkan diri kepada rakyat dan mula menunding jari mencari kelemahan orang lain.

“Nampak jelas bahawa mereka terlalu taksub untuk berpolitik dan agenda pembangunan dan kemajuan rakyat bukan menjadi misi utama mereka.

“Seharusnya pengalaman lalu perlu dijadikan teladan untuk membangunkan negeri Sabah dan bukan hanya tahu bercakap dan menunding jari bahawa mereka sangat gah,” tegasnya.

Sebaliknya, Anna Bell berkata, di bawah kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor selaku Ketua Menteri merupakan seorang pemimpin yang berpandangan jauh, kuat bekerja, walaupun hanya tiga tahun memimpin negeri, pencapaian dan kejayaan dapat dirasai rakyat.

“Adalah merugikan rakyat dan negeri, jika kerajaan yang dipimpin tidak berterusan seperti mana berlaku selepas PRU14, kerajaan Sabah diambil alih oleh pemimpin seperti tikus membaiki labu, kerana para pemimpin kerajaan masa itu bagaikan kera mendapat bunga,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/18/warisan-sudah-diberi-peluang-memerintah-namun-gagal-majukan-sabah-anna-bell/feed/ 0 52724
Anak Hajiji Buat Laporan Polis, Nafi Dakwaan Mesej Tular Memfitnah Dirinya https://sabahmedia.com/2024/01/14/anak-hajiji-buat-laporan-polis-nafi-dakwaan-mesej-tular-memfitnah-dirinya/ https://sabahmedia.com/2024/01/14/anak-hajiji-buat-laporan-polis-nafi-dakwaan-mesej-tular-memfitnah-dirinya/#respond Sun, 14 Jan 2024 08:08:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47951
Read Time:1 Minute, 21 Second

Tuaran – Anak lelaki Ketua Menteri Sabah, Mohd Reza Hajiji tampil membuat laporan polis ekoran tersebarnya satu rantaian mesej melalui aplikasi Whatapps yang mendakwa dirinya terlibat di dalam kartel dadah yang kini diburu Polis.

Laporan polis itu dipercayai dibuat petang tadi di sebuah balai polis di Tuaran, Sabah dekat sini.

Menurut laporan yang dilihat Sabah Media, Mohd Reza menafikan tuduhan yang dibuat melalui rantaian mesej yang disebarkan melalui aplikasi Whataspps itu dan turut menggesa pihak polis serta Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM) mengesan siapa dalang yang menyebarkan tuduhan tidak berasas itu.

Dakwanyanya tuduhan itu tidak berasas serta menjejaskan reputasi dan nama baik dirinya.

Tular sebelum itu satu rantaian mesej yang mendakwa anak sulung Ketua Menteri Sabah itu turut terlibat dalam Kartel dadah di Sabah yang baru baru ini ditahan dan disiasat oleh Polis Diraja Malaysia.

Pada 26 ddisember lalu Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Serti Ayob Khan berkata Polis telah menahan seorang lelaki kerana disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri itu yang dipercayai terlibat secara aktif dalam kegiatan pengedaran dadah jenis syabu sejak 2015.

Ayob Khan berkata polis telah mengambil tindakan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) dan berkolaborasi dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri berkenaan aset-aset milik anggota sindiket berkenaan.

“Selain itu, polis juga telah membekukan sebanyak 22 akaun bank bernilai RM420,000, menyita 18 pelbagai kenderaan mewah bernilai RM6.6 juta, merampas wang tunai RM35,000, barangan kemas dan jam tangan jenama Rolex yang dianggarkan bernilai RM100,000.

“Proses ini akan berterusan dan kami akan menjejak lagi aset-aset milik ketua-ketua sindiket dan anggota sindiket,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/14/anak-hajiji-buat-laporan-polis-nafi-dakwaan-mesej-tular-memfitnah-dirinya/feed/ 0 47951
UMNO Sabah belum membuat keputusan mengenai rakan kerjasama Kata Timbalan Ketua UMNO https://sabahmedia.com/2023/12/14/umno-sabah-belum-membuat-keputusan-mengenai-rakan-kerjasama-kata-timbalan-ketua-umno/ https://sabahmedia.com/2023/12/14/umno-sabah-belum-membuat-keputusan-mengenai-rakan-kerjasama-kata-timbalan-ketua-umno/#respond Thu, 14 Dec 2023 13:10:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46550
Read Time:1 Minute, 27 Second

Kota Kinabalu — kepimpinan UMNO Sabah masih menjalankan perbincangan awal dengan semua parti kata Timbalan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan. 

Katanya Ini juga  bermakna belum lagi ada keputusan rasmi mengenai siapa rakan kerjasama UMNO Sabah dalam pilihanraya negeri yang akan datang. 

Ujar Abdul Rahman lagi , Dalam sesi retreat (pemukiman) kepimpinan bahagain-bahagian UMNO Sabah bersama barisan kepimpinan tertinggi UMNO Malaysia baru-baru ini, keputusan yang telah dipersetujui bersama ialah untuk UMNO Sabah mengadakan perbincangan awal dengan semua parti di Sabah.

Tujuannya ialah untuk melihat, menilai dan menimbang parti mana yang boleh dijadikan rakan kerjasama dalam pilihanraya negeri Sabah yang akan datang.

Setelah perbincangan awal dengan semua parti selesai dan setelah dipertimbangkan dengan mendalam, barulah satu keputusan rasmi akan dibuat katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Petang ini, Parti Warisan (WARISAN) dilaporkan  berkata parti itu akan menjalin kerjasama dengan UMNO Sabah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, dipercayai tahun depan untuk menentang kerajaan negeri yang kini ditadbir Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata perkara itu bukan mustahil dan pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah untuk menjalin kerjasama dengan UMNO Sabah sekiranya ia untuk kepentingan rakyat negeri ini.

“Kita duduk semeja (berbincang) dengan mereka (UMNO Sabah) untuk kepentingan wilayah Sabah dan rakyatnya.

“Bagaimana ia dapat diterjemahkan untuk dijadikan kenyataan? Saya nyatakan kepada Bung bahawa kami di sini, kalau perlu kerjasama antara kita (WARISAN dan UMNO Sabah) ialah untuk kepentingan rakyat Sabah,” katanya selepas Perhimpunan Agung Tahunan Parti Warisan ke-6, hari ini.

Dalam pada itu, Ujar Rahman lagi, beliau berharap penyokong dan aktivis UMNO Sabah di akar umbi bertenang sehingga ada satu keputusan rasmi mengenai rakan kerjasama UMNO Sabah dibuat dalam masa terdekat ini katanya. 

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/14/umno-sabah-belum-membuat-keputusan-mengenai-rakan-kerjasama-kata-timbalan-ketua-umno/feed/ 0 46550
200 ahli baharu termasuk daripada Warisan sertai PBS Kundasang https://sabahmedia.com/2023/10/23/200-ahli-baharu-termasuk-daripada-warisan-sertai-pbs-kundasang/ https://sabahmedia.com/2023/10/23/200-ahli-baharu-termasuk-daripada-warisan-sertai-pbs-kundasang/#respond Mon, 23 Oct 2023 05:28:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=44057
Read Time:2 Minute, 0 Second

KUNDASANG: Seramai 200 orang ahli baharu termasuk daripada Parti Warisan (Warisan) di sini menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS) pada Ahad.

Timbalan Presiden PBS, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam menerima kemasukan mereka yang diketuai oleh Kaibi Laiman pada Program Jelajah Keluarga PBS yang diadakan di Kampung Lembah Permai, di sini.

Mengalu-alukan kemasukan mereka, Dr. Joachim yang juga Ketua Bahagian PBS Kundasang mengucapkan syabas kepada mereka.

“PBS menerima keahlian baharu kamu dengan tangan terbuka. Tiada janji-janji yang boleh diberikan. Dalam PBS, kita mengamalkan budaya “we work by example”. Kita kerja dan terus berjuang, dan saya percaya orang- orang di bawah kita akan melihat. Sehubungan itu, kita mengalu-alukan kemasukan ahli baharu,” katanya.

Mengenai Program Jelajah Keluarga PBS, Dr. Joachim yang juga Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, ianya akan diadakan di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang.

Menurutnya, Program Jelajah ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan di antara AJK Bahagian dan ahli-ahli peringkat akar umbi (cawangan) serta menambah keahlian parti.

Antara yang dilaksanakan semasa Program Jelajah ini ialah memberikan taklimat, memantapkan lagi kepimpinan parti.

Selain itu, PBS akan mengadakan seminar kepimpinan untuk semua Ahli-ahli Majlis Tertinggi, Pergerakan Pemuda dan Wanita sebagai persiapan menghadapi pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Dr. Joachim turut mengucapkan syabas kepada ahli belia dan beliawanis yang telah menyertai PBS Kundasang, dan menyeru kepada mereka agar terus mengikuti perkembangan politik negeri ini.

“Anda (belia dan beliawanis) adalah pewaris kepada kepemimpinan parti. Anda perlu bersedia, meneliti bagaimana memperkasakan kepimpinan dalam PBS,” ujarnya.

Beliau berasa amat gembira kerana ramai belia dan beliawanis menyertai PBS.

“Inilah yang kita mahukan sebenarnya. Kita berharap jangan menunggu arahan daripada peringkat Bahagian, tetapi di peringkat cawangan juga mainkan peranan aktif.

Dr. Joachim turut berkongsi mengenai banyak pencapaian terbaik yang telah dicapai oleh Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) ketika ini berbanding kerajaan sebelumnya.

Sementara itu, bekas calon Warisan bagi DUN Paginatan yang merupakan antara mereka yang baru menyertai PBS, Dr. Julian Sidin memuji PBS yang tanpa henti-henti memperjuangkan hak-hak rakyat Sabah selama 38 tahun.

Beliau berkata, PBS adalah sebuah parti yang dinamik dan yakin parti ini mampu membawa semua ahli baharu bersama dengan ahli lain untuk terus maju ke hadapan.

Dr. Joachim turut memberikan sumbangan kerusi baharu kepada lima Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) iaitu JKKK Kampung Lembah Permai, JKKK Kg. Kirokot, JKKK Kg. Kilanas Baru, JKKK Kg. Tebut Timbua dan JKKK Kg. Tumbalang.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/23/200-ahli-baharu-termasuk-daripada-warisan-sertai-pbs-kundasang/feed/ 0 44057