warisan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 04 Jan 2026 14:08:34 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png warisan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Dakwaan Warisan mengenai PATI mengelirukan – Pemuda Gagasan Rakyat https://sabahmedia.com/2026/01/04/dakwaan-warisan-mengenai-pati-mengelirukan-pemuda-gagasan-rakyat/ https://sabahmedia.com/2026/01/04/dakwaan-warisan-mengenai-pati-mengelirukan-pemuda-gagasan-rakyat/#respond Sun, 04 Jan 2026 14:05:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89211
Read Time:1 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU : Dakwaan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Warisan (Warisan) yang mengaitkan peningkatan jumlah bukan warganegara di Sabah dengan isu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) adalah mengelirukan.

Pemangku Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Azrul Ibrahim berkata, dakwaan itu dilihat tidak berlandaskan tafsiran data rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Sebagai rekod katanya, istilah bukan warganegara tidak bermaksud ‘illegal’ tetapi Ia merangkumi Pendatang Asing Dengan Izin (PADI) seperti pekerja asing berpermit sah, pemegang pas kerja sementara, pelajar dan tanggungan, selain Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

“Hakikatnya, PADI membentuk majoriti, manakala PATI hanyalah sebahagian kecil, tidak seperti gambaran mengelirukan pemimpin Warisan.

“Peningkatan angka ini turut dipengaruhi oleh pemulihan pasca COVID-19, migrasi ekonomi ke bandar utama seperti Kota Kinabalu, serta pelaksanaan Pendataan Digital Warga Asing di Sabah sejak dua tahun lalu. 

“Pendataan ini tidak mewujudkan kemasukan baharu, sebaliknya mendedahkan jumlah sebenar pekerja sedia ada yang sebelum ini tidak direkod secara telus,” katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Azrul berkata, cubaan Warisan untuk memutarbelit data jelas menunjukkan usaha untuk menutup rekod lama dalam isu PATI sebelum ini.

Katanya,  rakyat Sabah tidak memerlukan tajuk sensasi, sebaliknya penjelasan berfakta dan penyelesaian sebenar.

“Pemuda Gagasan Rakyat kekal konsisten terhadap isu keselamatan dan kedaulatan negeri mesti ditangani melalui data yang tepat, penguatkuasaan berkesan dan dasar yang bertanggungjawab, bukan permainan persepsi politik,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/04/dakwaan-warisan-mengenai-pati-mengelirukan-pemuda-gagasan-rakyat/feed/ 0 89211
Dakwaan undi popular Warisan tidak tepat, GRS kekal terima mandat lebih kukuh https://sabahmedia.com/2025/11/30/dakwaan-undi-popular-warisan-tidak-tepat-grs-kekal-terima-mandat-lebih-kukuh/ https://sabahmedia.com/2025/11/30/dakwaan-undi-popular-warisan-tidak-tepat-grs-kekal-terima-mandat-lebih-kukuh/#respond Sun, 30 Nov 2025 11:42:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87517
Read Time:1 Minute, 32 Second

Kota Kinabalu : Dakwaan Parti Warisan menyatakan bahawa mereka memperoleh undi popular tertinggi berbanding Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah (PRU Sabah) ke-17 disifatkan tidak tepat berdasarkan keputusan rasmi pilihan raya.

Pemangku Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Azrul Ibrahim berkata, berdasarkan data keputusan, Warisan yang bertanding di kesemua 73 kerusi memperoleh 288,703 undi.

Katanya, meskipun GRS hanya bertanding di 55 kerusi, meraih 286,389 undi namun perbezaan undi yang kecil ini menimbulkan persoalan terhadap naratif Warisan bahawa mereka menerima sokongan majoriti rakyat melalui undi popular.

“Dari sudut jumlah kerusi, GRS berjaya membentuk kerajaan negeri setelah memenangi 29 daripada 55 kerusi ditandingi, bersamaan 53 peratus kadar kemenangan.

“Warisan pula memenangi 25 daripada 73 kerusi, iaitu 34 peratus keseluruhan kawasan,” katanya.

Dalam pada itu, Azrul berkata, kenyataan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) yang menyatakan hasrat untuk bersama membentuk Kerajaan Campuran GRS Plus turut mencetuskan perhatian.

Katanya, kenyataan itu dibuat selepas Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor, mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah.

Menurutnya, tindakan tersebut mengingatkan kembali kepada siri serangan terbuka pimpinan BN terhadap GRS dan Hajiji sebelum pembubaran DUN dan sepanjang tempoh kempen.

Tambahnya, dakwaan itu termasuk tohmahan dan kritikan yang masih segar dalam kalangan penyokong GRS.

“Berdasarkan sentimen semasa, beberapa pihak dalam GRS berpendapat tidak wujud keperluan mendesak untuk membawa BN Sabah sebagai sebahagian daripada kerajaan negeri.

“Selain mengambil pengajaran daripada pengalaman politik lalu, sentimen pengundi Sabah yang didakwa tidak mahu BN kembali dalam kerajaan turut diambil kira,” katanya.

Justeru itu, Azrul berkata, Kerajaan Campuran GRS Plus kini dianggap berada dalam keadaan stabil, dengan fokus diberikan kepada mempercepatkan usaha pembangunan, melaksanakan janji pilihan raya serta memastikan kestabilan politik negeri terus terpelihara.

Menurutnya, tumpuan kerajaan harus kekal terhadap usaha memulihkan ekonomi dan membangunkan Sabah, tanpa menambah sebarang elemen yang boleh menjejaskan keyakinan rakyat terhadap pentadbiran baharu itu. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/30/dakwaan-undi-popular-warisan-tidak-tepat-grs-kekal-terima-mandat-lebih-kukuh/feed/ 0 87517
300 ahli warisan tinggalkan parti, sertai Gagasan Rakyat di Darau https://sabahmedia.com/2025/11/19/300-ahli-warisan-tinggalkan-parti-sertai-gagasan-rakyat-di-darau/ https://sabahmedia.com/2025/11/19/300-ahli-warisan-tinggalkan-parti-sertai-gagasan-rakyat-di-darau/#respond Tue, 18 Nov 2025 22:19:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86334
Read Time:1 Minute, 37 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

SEPANGGAR : Seramai 300 ahli Parti Warisan termasuk Ahli Jawatankuasa Bahagian Warisan Sepanggar, Sabar Dasad, mengumumkan penyertaan mereka ke dalam Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Darau malam tadi.

Penyerahan borang kemasukan keahlian diterima sendiri Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Darau Datuk Mohamed Razali Razi yang juga calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Darau.

Razali berkata, keputusan itu disifatkan sebagai satu bentuk keyakinan baharu terhadap hala tuju perjuangan Gagasan Rakyat khususnya di kawasan Darau.

Razali dalam sidang medianya – Foto Shane Sabbie

“Alhamdulillah, program malam ini menyaksikan saudara Sabar,  mantan AJK Warisan Sepanggar, membuat keputusan bersama 300 ahli Warisan untuk menyertai perjuangan Gagasan Rakyat dan juga Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Ini keputusan yang besar dan ikhlas,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menerima penyertaan kumpulan itu di Kampung Kalansanan Laut di sini pada Selasa.

Razali berkata, keputusan kumpulan itu bukan sesuatu yang mudah memandangkan Sabar telah bersama Warisan selama sembilan tahun, namun kesedaran untuk melakukan perubahan menjadi faktor utama.

“Anda dapat lihat daripada bahasa badan dan ekspresi muka, keikhlasan itu jelas. Bukan senang tinggalkan parti yang diikuti begitu lama, namun beliau hilang keyakinan terhadap kepimpinan Warisan Sepanggar,” katanya.

Beliau turut memberi bayangan bahawa akan ada lagi penyertaan ahli Warisan dalam masa terdekat, namun enggan mendedahkan butiran lanjut demi menjaga strategi politik parti.

Mengulas lanjut faktor kemasukan besar-besaran malam tadi, beliau berkata antara sebab utamanya adalah kekecewaan rakyat terhadap kelemahan perkhidmatan wakil rakyat pembangkang di kawasan itu sejak lima tahun lalu.

“Rakyat mahu perubahan. Mereka lihat apa yang GRS telah lakukan, bukan sekadar bercakap. Kami ini bekerja, mereka hanya berkata-kata. Itu perbezaan kami,” katanya.

Hadir sama Naib Ketua Pemuda Gagasan Rakyat Balung, Ismail Sabran, yang juga bekas timbalan ketua Pemuda Warisan Sabah; dan Timbalan Presiden Parti Liberal Demokratik Sabah, Yong Vui Chung.

Pada Pilihan Raya Negeri (DUN) Darau ke-16, kawasan itu dimenangi calon Warisan, Azhar Matussin, dengan majoriti 562 undi. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/19/300-ahli-warisan-tinggalkan-parti-sertai-gagasan-rakyat-di-darau/feed/ 0 86334
PRU Sabah: JKR Sabah larang pemasangan bahan kempen di kawasan berisiko https://sabahmedia.com/2025/11/17/pru-sabah-jkr-sabah-larang-pemasangan-bahan-kempen-di-kawasan-berisiko/ https://sabahmedia.com/2025/11/17/pru-sabah-jkr-sabah-larang-pemasangan-bahan-kempen-di-kawasan-berisiko/#respond Mon, 17 Nov 2025 11:51:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86189
Read Time:45 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah mengingatkan semua parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri Sabah ke-17 agar tidak memasang sebarang bahan kempen di kawasan berisiko menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya.

Dalam satu notis umum yang dikeluarkan hari ini, JKR Sabah menegaskan bahawa pemasangan bahan kempen seperti bendera, sepanduk dan poster adalah dilarang di kawasan bulatan, bukaan median jalan, simpang, lintasan pejalan kaki dan tiang-tiang lampu isyarat.

Antara bendera parti politik yang dilihat mengganggu atau menghadkan penglihatan pengguna. Foto Shane Sabbie

“Pemasangan bahan-bahan kempen pilihanraya di kawasan-kawasan disenaraikan di atas boleh mengganggu atau menghadkan penglihatan pemandu dan boleh menyebabkan kemalangan.

“JKR Sabah memohon kerjasama agar bahan-bahan kempen yang telah dipasang di kawasan-kawasan ini supaya dialihkan dengan segera,” menurut notis tersebut.

Antara bendera parti politik yang dilihat mengganggu atau menghadkan penglihatan pengguna. Foto Shane Sabbie
]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/17/pru-sabah-jkr-sabah-larang-pemasangan-bahan-kempen-di-kawasan-berisiko/feed/ 0 86189
Pencapaian GRS buktikan Parti Warisan ‘penjual ubat’ sebenar – Nizam https://sabahmedia.com/2025/10/30/pencapaian-grs-buktikan-parti-warisan-penjual-ubat-sebenar-nizam/ https://sabahmedia.com/2025/10/30/pencapaian-grs-buktikan-parti-warisan-penjual-ubat-sebenar-nizam/#respond Thu, 30 Oct 2025 06:56:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84490
Read Time:1 Minute, 50 Second

KOTA KINABALU: Tuduhan Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal bahawa Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor sebagai ‘penjual ubat’ disifatkan sebagai cubaan mengalih perhatian daripada kegagalan pentadbiran Warisan yang masih segar dalam ingatan rakyat.

Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, Shafie boleh menuduh apa sahaja, namun rakyat sudah tahu siapa yang sebenarnya menjual janji dan siapa yang bekerja dalam diam membawa hasil kepada Sabah.

“Pelan Sabah Maju Jaya (SMJ) bukan slogan kosong seperti digambarkan pihak pembangkang, sebaliknya satu pelan pembangunan negeri yang telah menunjukkan kesan ketara dalam tempoh singkat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Nizam, di bawah kepimpinan Hajiji, hasil negeri Sabah mencapai hampir RM7 bilion pada tahun 2024 hasil daripada reformasi fiskal dan pentadbiran baharu yang memastikan kewangan negeri ditadbir dengan baik.

“Pada masa yang sama, pelaburan bernilai RM11.37 bilion turut direkodkan bagi tempoh Januari hingga Jun 2025, menunjukkan keyakinan pelabur terhadap kepimpinan kerajaan negeri,” katanya.

Mengulas isu air yang dijadikan modal politik oleh Warisan, beliau menjelaskan bahawa kerajaan GRS kini sedang melaksanakan 18 projek infrastruktur air di seluruh negeri.

“Antara projek utama ialah Empangan Air Tawau, Loji Rawatan Air (LRA) Kogopon 2 di Papar, dan Projek Menaiktaraf Muka Sauk Kabang yang dijangka siap tahun hadapan. Ini adalah usaha jangka panjang untuk memastikan akses air bersih yang mampan, bukan janji ‘setahun selesai’ seperti yang pernah dicanang Warisan,” tegasnya.

Beliau turut menyatakan, pelan SMJ juga telah memperkasa pembangunan luar bandar melalui projek menaik taraf jalan dan pembinaan baharu bagi membuka akses ke kawasan pedalaman serta mempercepat pertumbuhan ekonomi.

“Program Rumah Mesra SMJ pula telah menyiapkan lebih 7,000 unit rumah untuk rakyat, manakala skim Bantuan Tunai SMJ diperluas bagi membantu golongan berpendapatan rendah,” katanya.

Menurut Nizam, semua kejayaan itu membuktikan kerajaan negeri di bawah kepimpinan Hajiji bekerja berasaskan fakta dan hasil, bukan retorik politik.

“Rakyat tidak lupa bahawa ketika Warisan berkuasa, pelaburan besar hanya diumumkan di atas kertas, krisis air semakin teruk dan banyak projek rakyat terbengkalai selepas dua tahun mentadbir,” katanya.

“GRS tidak menjual ubat. GRS sedang menyembuhkan kesan daripada pentadbiran lama yang gagal. Di bawah kepimpinan Hajiji, Sabah bergerak dengan tenang dan berfokus pada kerja sebenar, bukan sandiwara politik,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/30/pencapaian-grs-buktikan-parti-warisan-penjual-ubat-sebenar-nizam/feed/ 0 84490
Warisan Silap Sasaran Isu Subsidi LPG, Kata Setiausaha Politik Ketua Menteri https://sabahmedia.com/2025/05/22/warisan-silap-sasaran-isu-subsidi-lpg-kata-setiausaha-politik-ketua-menteri/ https://sabahmedia.com/2025/05/22/warisan-silap-sasaran-isu-subsidi-lpg-kata-setiausaha-politik-ketua-menteri/#respond Thu, 22 May 2025 12:50:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74300
Read Time:1 Minute, 26 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan Negeri Sabah hari ini menyelar kritikan pemimpin Warisan berhubung isu pemansuhan subsidi gas petroleum cecair (LPG), dengan menegaskan bahawa dasar tersebut berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan bukan tanggungjawab kerajaan negeri.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Roland Chia menegaskan bahawa kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Warisan, Datuk Junz Wong, adalah tidak tepat dan boleh mengelirukan rakyat Sabah.

“Warisan menyerang kerajaan negeri atas perkara yang bukan dalam bidang kuasa kami. Dasar rasionalisasi subsidi LPG ditentukan oleh Kerajaan Persekutuan di Putrajaya, bukannya oleh Kerajaan Negeri Sabah,” katanya.

Roland turut mempersoalkan tindakan Warisan yang hanya menyalahkan kerajaan negeri walaupun parti itu merupakan sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan MADANI yang menerajui pentadbiran pusat.

“Mengapa Warisan tidak menyuarakan perkara ini di dalam Kerajaan Persekutuan sendiri, sedangkan seorang pemimpin mereka memegang jawatan Timbalan Menteri?” soal beliau.

Warisan cuba Abaikan Kejayaan Ekonomi GRS

Menurut Roland, Warisan cuba mengalihkan perhatian daripada pencapaian ekonomi GRS yang lebih memberangsangkan berbanding era pentadbiran mereka selama 22 bulan.

Antara pencapaian utama yang diketengahkan ialah peningkatan ketara dalam geran khas tahunan daripada Kerajaan Persekutuan — dari RM53 juta ketika Warisan memerintah kepada RM600 juta di bawah pentadbiran GRS.

Dana ini digunakan bagi membiayai pembinaan Rumah Mesra SMJ yang ditawarkan kepada golongan B40 dan M40 tanpa mengira kaum dan agama.

GRS Nasihatkan Warisan Cermin Prestasi Sendiri

Mengakhiri kenyataannya, Chia menyarankan agar pemimpin Warisan melihat kembali sumbangan mereka semasa memegang tampuk pentadbiran negeri sebelum mengkritik kerajaan sedia ada.

“Lebih baik Warisan menilai apa yang mereka capai selama 22 bulan mentadbir, berbanding menuding jari dan cuba mencipta publisiti murahan,” katanya.

Menurut Chia, sebarang tindakan menyalahkan kerajaan negeri dalam isu subsidi hanya akan mengelirukan rakyat dan menjejaskan kefahaman mengenai struktur tadbir urus antara negeri dan Persekutuan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/22/warisan-silap-sasaran-isu-subsidi-lpg-kata-setiausaha-politik-ketua-menteri/feed/ 0 74300
PBS, STAR tidak berminat bincang kerjasama dengan Warisan – Masidi https://sabahmedia.com/2025/01/09/gagasan-rakyat-warisan-tidak-berminat-bincang-kerjasama-masidi/ https://sabahmedia.com/2025/01/09/gagasan-rakyat-warisan-tidak-berminat-bincang-kerjasama-masidi/#respond Thu, 09 Jan 2025 08:29:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66689
Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) merangkap Timbalan Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Seri Masidi Manjun, menafikan bahawa pihaknya pernah menerima jemputan daripada Parti Warisan untuk membincangkan cadangan gabungan parti-parti tempatan di Sabah.

“Saya tidak tahu menahu tentang sebarang jemputan untuk berbincang. Perkara ini juga sudah dijawab oleh beberapa pemimpin lain dalam parti GRS. Pemimpin Warisan sendiri juga menyatakan mereka cenderung ke arah Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR),” katanya ketika ditanya pemberita berhubung kenyataan Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal baru-baru ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyerahan Kepala Singa Kepada Masyarakat Tiong Hua Sabah Sempena Tahun Baru Cina 2025 di sini, hari ini.

Masidi turut menegaskan bahawa menurut kenyataan yang dibuat daripada pemimpin PBS dan STAR menunjukkan mereka tidak berminat mengenai cadangan kerjasama tersebut.

“Ini pilihan mereka (Warisan). Tapi apa yang saya nampak, setakat ini daripada ucapan kedua-dua parti nampaknya mereka pun tidak minat.

“Jadi kalau sama-sama tidak minat, tiada apa-apa yang boleh dibincangkan. Oleh itu, saya tidak melihat keperluan untuk menjawab soalan ini lebih lanjut,” katanya.

Masidi turut mengulas mengenai keterlibatannya dalam membantu siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai video yang tular mendakwa beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah terlibat dengan isu skandal rasuah.

Beliau menegaskan bahawa beliau secara sukarela memberi kerjasama penuh dalam penyiasatan dan yakin tiada isu yang boleh menghalangnya daripada menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

“Saya yakin SPRM akan menjalankan tugas mereka dengan telus, dan saya bersedia memberi kerjasama pada bila-bila masa jika diperlukan,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/09/gagasan-rakyat-warisan-tidak-berminat-bincang-kerjasama-masidi/feed/ 0 66689
Tiada perbincangan rasmi kerjasama GRS-Warisan https://sabahmedia.com/2025/01/07/tiada-perbincangan-rasmi-kerjasama-grs-warisan/ https://sabahmedia.com/2025/01/07/tiada-perbincangan-rasmi-kerjasama-grs-warisan/#respond Tue, 07 Jan 2025 09:39:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66612
Read Time:59 Second

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) belum membuat sebarang perbincangan atau keputusan rasmi mengenai cadangan untuk Parti Warisan menyertai gabungan itu.

Ketua Penerangan GRS, Datuk Joniston Bangkuai, menegaskan bahawa cadangan tersebut hanyalah pandangan peribadi beberapa pemimpin tertentu dan tidak mencerminkan pendirian rasmi gabungan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab kekeliruan dalam kalangan media dan penyokong GRS, terutamanya dari PBS, susulan kenyataan mengenai kemungkinan kerjasama itu.

Joniston yang juga Ketua Penerangan PBS menjelaskan, walaupun GRS menyambut baik idea menyatukan parti tempatan demi kepentingan Sabah, isu tersebut memerlukan proses yang jelas dan belum dibincangkan di peringkat kepimpinan.

“Ini adalah pandangan individu yang belum dibawa ke meja rundingan rasmi di GRS atau PBS. Kami menyeru semua pihak supaya tidak membuat kesimpulan terburu-buru,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Cadangan itu timbul selepas Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal, mendakwa GRS telah beberapa kali menolak tawaran kerjasama menjelang pilihan raya negeri akan datang.

Sebagai respons, Ketua Pemuda PBS, Christopher Mandut, mencadangkan Warisan memohon untuk menyertai GRS dan Majlis Tertinggi gabungan itu akan membincangkan permohonan itu.

Christopher turut menekankan bahawa perpaduan parti tempatan akan memberikan manfaat kepada Sabah, asalkan semua pihak mengetepikan perbezaan demi kepentingan negeri.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/07/tiada-perbincangan-rasmi-kerjasama-grs-warisan/feed/ 0 66612
Hajiji alu-alukan bekas ADUN Umno dan Warisan sertai Gagasan Rakyat https://sabahmedia.com/2023/03/06/hajiji-alu-alukan-bekas-adun-umno-dan-warisan-sertai-gagasan-rakyat/ https://sabahmedia.com/2023/03/06/hajiji-alu-alukan-bekas-adun-umno-dan-warisan-sertai-gagasan-rakyat/#respond Mon, 06 Mar 2023 09:25:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=30411
Read Time:47 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Seri Hajiji Noor mengalu-alukan empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno dan tiga bekas ADUN dari parti Warisan Sabah (Warisan) untuk menyertai Gagasan Rakyat.

Perkara itu disuarakan oleh Hajiji semasa ditemui pemberita selepas menghadiri Program Bicara Pemimpin Muda Bersama Ketua Menteri sempena sambutan peringatan Hari Antidadah Tahun 2023 Peringkat Negeri
Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, hari ini.

Menjawab persoalan sama ada Gagasan Rakyat menerima secara rasmi permohonan bekas ADUN Umno dan Warisan yang menyatakan pendirian menyertai Gagasan Rakyat, Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata, beliau memang menerimanya.

“Memang diterima… itu hak mereka untuk menentukan pendirian dan masa depan politik mereka, jadi bagi saya kita mengalu-alukan penyertaan mereka kerana kita mahu memberi fokus kepada satu perpaduan yang jitu.

“Ini juga satu usaha untuk memajukan memberi khidmat kepada rakyat terutama di kawasan masing-masing,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/06/hajiji-alu-alukan-bekas-adun-umno-dan-warisan-sertai-gagasan-rakyat/feed/ 0 30411
ADUN Karamunting keluar Warisan sertai Gagasan Rakyat https://sabahmedia.com/2023/03/04/adun-karamunting-keluar-warisan-sertai-gagasan-rakyat/ https://sabahmedia.com/2023/03/04/adun-karamunting-keluar-warisan-sertai-gagasan-rakyat/#respond Sat, 04 Mar 2023 08:12:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=30285
Read Time:1 Minute, 18 Second

SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, George Hiew Vun Zin hari ini telah mengumumkan keluar dari Parti Warisan Sabah dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).

George dalam kenyataannya hari ini berkata, beliau mengambil keputusan itu kerana rakyat sudah tidak mahu melihat keadaan politik yang tidak stabil yang telah mengakibatkan terbantutnya perkembangan dan kemajuan di Sabah, termasuk kawasan Karamunting.

“Rakyat sudah penat dengan kemelut politik di Sabah. Hanya dengan kestabilan politik yang utuh kita boleh membawa pembangunan dan perubahan, khususnya di Karamunting yang mendahagakan pelbagai pembaharuan dan pembangunan.

“Demi pembangunan dan kesahteraan rakyat di kawasan Karamunting, saya membuat keputusan untuk menyokong kepimpinan kerajaan perpaduan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga kerajaan negeri Sabah di bawah kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor,” katanya.

George memenangi kerusi Karamunting atas tiket Warisan pada tahun 2018 dan 2020. Beliau juga pernah menjadi Pembantu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan selama dua tahun.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal atas peluang yang diberikan kepada beliau di dalam arena politik.

“Namun, sekarang adalah masa untuk memberikan sepenuh tumpuan dan perhatian untuk menyatupadukan rakyat Sabah, membangunkan Sabah, dan menuntut hak-hak kita yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963.

“Saya akan menyumbangkan segala tenaga dan masa saya untuk bekerja dan memastikan kebajikan rakyat di kawasan saya akan terus terjaga, disamping membawa pembangunan yang diperlukan di Karamunting,”ujarnya.

Terdahulu pada Isnin lalu, ADUN Petagas Datuk Awang Ahmad Sah Awang Sahari juga telah mengumumkan keluar dari parti Warisan dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah yang diterajui Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/04/adun-karamunting-keluar-warisan-sertai-gagasan-rakyat/feed/ 0 30285