Wcare – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 29 Oct 2025 00:45:32 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Wcare – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 WCare perkasa kesedaran awal kanser reproduktif wanita Sabah https://sabahmedia.com/2025/10/29/wcare-perkasa-kesedaran-awal-kanser-reproduktif-wanita-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/10/29/wcare-perkasa-kesedaran-awal-kanser-reproduktif-wanita-sabah/#respond Wed, 29 Oct 2025 00:45:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84390
Read Time:1 Minute, 34 Second

KOTA KINABALU: Program Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita (WCare) membantu para wanita mengesan awal kehadiran kanser serta mendapatkan rawatan berkesan bagi menanganinya.

Berdasarkan Laporan Sabah Cancer Registry 2012–2016, kanser payudara merupakan kanser paling lazim dalam kalangan wanita di Sabah.

Timbalan Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Juwairiya Zulkifli berkata dua pertiga kes kanser wanita di Sabah hanya dikesan pada peringkat lewat iaitu tahap tiga dan empat.

“Kelewatan mengesan awal kehadiran kanser berpunca daripada halangan jarak, kos, dan kurangnya maklumat serta stigma masyarakat luar sana.

“Hakikat ini amat membimbangkan kerana peluang rawatan berkesan amat terhad apabila kanser dikesan lewat. Justeru, penganjuran kempen WCare ini sangat penting bagi mengubah naratif daripada rawatan lewat kepada pencegahan awal.

“Klinik Nur Sejahtera LPPKN di seluruh negara melalui program WCare turut menyediakan saringan ujian mammogram dan ujian HPV DNA sebagai pintu masuk kepada pengesanan awal kanser reproduktif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Jelajah Kasih Keluarga sempena Kempen WCare di Negeri Sabah, di sini.

Menurut beliau, penganjuran program yang julung kali diadakan di Kota Kinabalu itu menjadi bukti usaha membawa advokasi kesihatan secara kolaboratif antara Perkumpulan Perempuan Sabah bersama LPPKN.

Juwairiya memaklumkan berdasarkan National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2023, tahap kesedaran dan tindakan masih rendah, terutamanya di kawasan pedalaman.

“Oleh itu, kempen WCare dilaksanakan sebagai jambatan untuk merapatkan jurang pengetahuan, kesedaran dan akses kepada saringan di lapangan.

“Melalui rangkaian Klinik Nur Sejahtera LPPKN, wanita kini berpeluang menjalani saringan dengan cara yang lebih selesa tanpa halangan besar, dan ini membuktikan bagaimana dasar serta inovasi dapat disesuaikan dengan realiti masyarakat,” ujarnya.

Beliau menjelaskan, berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ujian HPV DNA merupakan kaedah saringan utama kanser serviks, termasuk dengan pilihan pengambilan sampel kendiri.

Juwairiya menyeru agar pemimpin masyarakat, pentadbir daerah, institusi pendidikan, pertubuhan wanita, NGO serta sektor swasta bersama-sama menjadikan saringan kesihatan sebagai budaya baharu masyarakat.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/29/wcare-perkasa-kesedaran-awal-kanser-reproduktif-wanita-sabah/feed/ 0 84390
Teknologi dan nilai keluarga perlu seiring https://sabahmedia.com/2025/08/07/teknologi-dan-nilai-keluarga-perlu-seiring/ https://sabahmedia.com/2025/08/07/teknologi-dan-nilai-keluarga-perlu-seiring/#respond Thu, 07 Aug 2025 00:34:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=78718
Read Time:1 Minute, 45 Second

Kota Marudu: Teknologi tidak seharusnya menjadi penghalang kepada keharmonian keluarga, sebaliknya perlu dimanfaatkan secara bijaksana bagi menyokong pengukuhan institusi kekeluargaan. 

Isteri Ketua Menteri, Datin Juliah Salag berkata, dalam dunia yang semakin pesat dengan transformasi digital, masyarakat terutamanya golongan wanita perlu bijak menyeimbangkan penggunaan teknologi dengan nilai kekeluargaan. 

“Teknologi haruslah dilihat sebagai alat yang menyokong keharmonian keluarga, bukan yang merenggangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Santuni Kasih: Teknologi dan Nilai Keluarga sempena Kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita (WCaRe) Peringkat Daerah Kota Marudu 2025 di Dewan PPR Jaya, Kerongkom di sini pada Rabu.

Juliah yang juga Yang Dipertua MUTIARA Gagasan Rakyat Sabah (GRS) turut menekankan kepentingan memperkukuh komunikasi bersemuka, kasih sayang, tanggungjawab dan rasa hormat dalam keluarga, meskipun dalam dunia yang semakin bergantung kepada gajet dan capaian internet. 

Katanya, laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) 2023 menunjukkan kadar penembusan internet negara mencecah 97.4 peratus, dan 99.3 peratus pengguna mengaksesnya melalui telefon pintar. 

“Peningkatan capaian internet di kawasan luar bandar seperti Kota Marudu membuka ruang kepada akses pendidikan, kesihatan dan peluang ekonomi, tetapi ia juga mewujudkan cabaran terhadap interaksi dan emosi dalam keluarga,” katanya. 

Dalam masa yang sama, beliau turut menyambut baik pelaksanaan kempen kesedaran WCaRe yang disifatkannya sebagai langkah konkrit untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat luar bandar, khususnya wanita, tentang kesihatan reproduktif. 

Mengulas statistik terkini, Juliah berkata satu daripada 19 wanita di Malaysia berisiko menghidap kanser payudara, manakala satu daripada 40 wanita berisiko mendapat kanser serviks. 

“Namun jika dikesan awal, kadar kelangsungan hidup boleh meningkat sehingga 90 peratus. Justeru, kempen seperti WCaRe ini sangat signifikan dan harus diperluas,” jelasnya. 

Beliau turut memuji pendekatan holistik Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang bukan sahaja menumpukan kesihatan fizikal wanita tetapi juga pembinaan nilai dan struktur keluarga. 

“Modul pendidikan kesedaran reproduktif dan celik teknologi untuk wanita dan remaja ini penting untuk membentuk daya tahan mental dan fizikal yang lebih baik,” katanya.  

Juliah turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program tersebut termasuk LPPKN, Pejabat Daerah Kota Marudu, MUTIARA GRS, sukarelawan, petugas kesihatan dan media. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/07/teknologi-dan-nilai-keluarga-perlu-seiring/feed/ 0 78718