Webinar – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 23 Jun 2025 06:50:48 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Webinar – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Webinar Psikologi, Spiritual Serantau perkukuh agenda kesejahteraan SMJ https://sabahmedia.com/2025/06/23/webinar-psikologi-spiritual-serantau-perkukuh-agenda-kesejahteraan-smj/ https://sabahmedia.com/2025/06/23/webinar-psikologi-spiritual-serantau-perkukuh-agenda-kesejahteraan-smj/#respond Mon, 23 Jun 2025 06:50:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76016
Read Time:1 Minute, 43 Second

Kota Kinabalu : Penganjuran Webinar Kesejahteraan Psikologi dan Spiritual Serantau mampu menggalas tanggungjawab sosial selari dengan pendekatan kerajaan semasa.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin berkata, isu kesejahteraan psikologi dan spiritual bukanlah isu terpencil bahkan perlu diberi perhatian dalam kerangka membentuk masyarakat sejahtera.

Katanya, penganjuran program itu juga mampu diteliti keberkesanannya melalui rasionalisasi dan tujuan asal pembentukan webinar.

Arifin Arif

Menurutnya, penganjuran webinar menitikberatkan pertumbuhan komuniti yang sejahtera, iaitu melalui kesihatan psikologi dan spiritual.

“Individu yang merupakan tulang belakang pembinaan komuniti tidak mampu mencapai kesejahteraan psikologi tanpa kewujudan peranan psikologi dan spiritual yang sejahtera dalam diri.

“Meneliti aspek pembinaan komuniti yang sejahtera, barisan kaunselor profesional menetapkan bahawa tahap kesihatan mental, kewarasan cara berfikir, tingkahlaku dan emosi amat penting dalam mengukur kesejahteraan individu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Webinar Kesejahteraan Psikologi Dan Spiritual Serantau Tahun 2025
Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah.

Sementara itu, Arifin yang juga Exco Pendidikan dan Agama berkata, Kerajaan negeri melalui Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) telah menyempurnakan beberapa siri program yang mengetengahkan kesejahteraan psikologi dan spiritual melalui pelancaran Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat – Sabah Maju Jaya (ANMS SMJ) peringkat Negeri Sabah.

Kayanya, ANMS merupakan agenda negara yang meletakkan fokus kepada budaya gaya hidup sihat melalui pemerkasaan rakyat dalam meningkatkan kesihatan kendiri, manakala ANMS SMJ merupakan pendekatan selari kerajaan negeri yang meletakkan penumpuan ke arah mencapai kesejahteraan kesihatan fizikal dan psikologi bagi rakyat Sabah.

“Oleh itu, ANMS di bawah Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 2021-2025 merupakan gagasan Kerajaan Negeri Sabah berpaksikan kepada tiga teras utama iaitu S – Sektor utama fokus pertumbuhan ekonomi iaitu pertanian, perindustrian dan pelancongan; M – Modal insan dan kesejahteraan rakyat, serta J – Jaringan infrastruktur dan kelestarian hijau.

“Dalam meneliti gerak kerja yang telah dibangunkan melalui pembawaan agenda ANMS – SMJ, kerajaan negeri memfokuskan kepada tiga bidang tumpuan iaitu kesihatan fizikal dan mental, pencegahan dan pemulihan dadah serta pembangunan spiritual dan sosial.

“Ketiga-tiga bidang tumpuan ini telah melaksanakan beberapa siri program yang berkaitan antaranya Jelajah ANMS – SMJ (2022), Madani Afiat (2024), Inisiatif Pembangunan Modal Insan, serta Biasiswa Yayasan Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/23/webinar-psikologi-spiritual-serantau-perkukuh-agenda-kesejahteraan-smj/feed/ 0 76016
KESUMBA anjur Webinar Edisi Khas Hari Malaysia: Peranan Wanita di Era Pandemik Covid-19 https://sabahmedia.com/2021/09/18/kesumba-anjur-webinar-edisi-khas-hari-malaysia-peranan-wanita-di-era-pandemik-covid-19/ https://sabahmedia.com/2021/09/18/kesumba-anjur-webinar-edisi-khas-hari-malaysia-peranan-wanita-di-era-pandemik-covid-19/#respond Sat, 18 Sep 2021 01:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6500
Read Time:1 Minute, 20 Second

KOTA KINABALU: Kelab Surirumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA) mengadakan webinar bertajuk “Peranan Wanita di Era Pandemik Covid-19” sempena Hari Malaysia, kelmarin.

Yang di-Pertua KESUMBA, Datin Dr. Amalina Abdullah berkata, program selama dua jam itu antara lain bertujuan untuk memperkasakan peranan wanita dalam cabaran pandemik Covid-19 melalui penghayatan erti kemerdekaan yang disambut rakyat Malaysia pada 16 September 2021.

“Perkongsian ilmu disampaikan perunding Pakar Obstetrik & Ginekologi merangkap Pengarah Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS), Profesor Dr. Helen Benedict Lasimbang.  

“Ia disertai seramai 100 peserta dari dalam dan luar UMS,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Sementara dalam webinar itu, Helen membicarakan pelbagai isu wanita, termasuk penjagaan kesihatan mental dan psikososial.

Beliau mengetengahkan panduan-panduan dalam mengenal pasti emosi diri, membina kecekalan mental dan panduan mengawal stress.

“Kita melihat sebilangan besar petugas kesihatan dan anggota barisan hadapan di UMS terdiri daripada golongan wanita yang bertungkus lumus membantu memerangi Covid-19.

“Peranan mereka tidak ternilai dalam memelihara kesejahteraan psikososial, mental dan fizikal rakyat dan pada masa yang sama turut mengalami stress dan kebimbangan apabila bekerja tanpa henti, risiko dijangkiti keletihan fizikal dan pengasingan keluarga,” katanya.

Helen turut menyeru semua wanita agar dapat momohon bantuan sokongan dari keluarga, dan rakan sekiranya menghadapi sebarang masalah apabila berdepan cabaran pandemik.

“Pihak kerajaan serta pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) turut berperanan membantu golongan wanita apabila terjejas akibat Covid -19,” katanya.

Webinar edisi khas anjuran Biro Pendidikan dan Pelajaran KESUMBA itu disiarkan secara langsung dalam talian melalui aplikasi Webex dan facebook KESUMBA UMS.

Turut ditayangkan video pemenang tempat pertama pertandingan mencipta video bertemakan Erti Kemerdekaan 2021.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/18/kesumba-anjur-webinar-edisi-khas-hari-malaysia-peranan-wanita-di-era-pandemik-covid-19/feed/ 0 6500
Webinar Unduk Ngadau sempena sambutan Hari Orang Asal Sedunia https://sabahmedia.com/2021/08/09/webinar-unduk-ngadau-sempena-sambutan-hari-orang-asal-sedunia/ https://sabahmedia.com/2021/08/09/webinar-unduk-ngadau-sempena-sambutan-hari-orang-asal-sedunia/#respond Mon, 09 Aug 2021 11:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4361
Read Time:1 Minute, 53 Second

KOTA KINABALU: Satu webinar Unduk Ngadau diadakan sempena sambutan Hari Orang Asal Sedunia pada hari ini 9 Ogos 2021 anjuran bersama Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Bahagian Warisan Sosio-Budaya KDCA, Majlis Wanita KDCA, Kaamatan TV dan Borneo Indigenous People Organisation (BIO) United Nation.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata, walaupun Pesta Kaamatan telahpun berlalu dan pada tahun ini, kita telah mencipta sejarah dengan penganjuran Pesta Kaamatan yang julung-julung kalinya diadakan secara atas talian selaras dengan tema Kaamatan pada tahun ini, “Kaamatan Tanpa Sempadan Demi Keamanan Dan Kedamaian”.

“Pandemic Covid19 yang telah melanda negara kita pada awal tahun 2020 telah menyebabkan banyak perkara tidak dapat dilakukan secara bersemuka namun, sambutan daripada seluruh rakyat Sabah yang berada di seluruh dunia adalah sangat menggalakkan dan semangat Kaamatan tetap berkobar-kobar dalam diri setiap yang menyambut,” katanya semasa melancarkan webinar tersebut.

Jeffrey mengulas mengenai Unduk Ngadau adalah merupakan acara yang sangat sinonim dengan Kaamatan dan merupakan acara kemuncak yang sangat dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Sabah.

“Acara ini juga telah menyatukan seluruh rakyat Sabah dan dalam masa yang sama telah menaikkan martabat para wanita muda yang ada di Sabah.

“Kisah pengorbanan seorang gadis iaitu Huminodun telah menjadi inspirasi wanita yang melampaui zaman melalui kualiti diri sebagai seorang wanita, anak dan ciri pemimpin muda yang sanggup berkorban diri untuk kebaikan semua orang,”jelasnya.

Menurut Jeffrey lagi, nilai diri Huminodun sebagai Unduk Ngadau sebenar menjadi contoh terbaik kepada leluhur Kadazandusun di seluruh pelosok dunia.

Kualiti dan status wanita sebagai pemimpin dalam kalangan masyarakat Kadazadandusun amat disanjung tinggi sejak dari dulu lagi.

Manakala peranan wanita dalam aspek spiritual, ekonomi, sosial malahan politik amat ketara dalam kalangan masyarakat Kadazandusun sehingga ke hari ini.

Namun tidak dapat dinafikan bahawa, perubahan masa kesan arus pemodenan pada masa kini telah sedikit sebanyak menghakis kefahaman tentang kepentingan institusi Unduk Ngadau dalam masyarakat.

Dalam pada itu seramai enam orang panel yang akan memberi perkongsian dalam webinar ini yang akan memfokuskan peranan wanita dan unduk ngadau dalam masyarakat.

“Sudah pasti perkongsian panel-panel tersebut akan menarik perhatian dan memberi ilmu yang baru kepada semua. Apatah lagi webinar ini diadakan pada hari ini, 9 Ogos 2021 yang merupakan sambutan Hari Orang Asal Sedunia iaitu perayaan yang dikongsi bersama oleh masyarakat orang asal di seluruh dunia,”tambah jeffrey.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/09/webinar-unduk-ngadau-sempena-sambutan-hari-orang-asal-sedunia/feed/ 0 4361