world – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 18 Sep 2023 03:14:48 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png world – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Keselamatan di New York diperketat menjelang Perhimpunan Agung PBB https://sabahmedia.com/2023/09/18/keselamatan-di-new-york-diperketat-menjelang-perhimpunan-agung-pbb/ https://sabahmedia.com/2023/09/18/keselamatan-di-new-york-diperketat-menjelang-perhimpunan-agung-pbb/#respond Mon, 18 Sep 2023 03:14:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=42026
Read Time:1 Minute, 7 Second

BERNAMA-ANADOLU

NEW YORK: Lebih 150 ketua negara dan kerajaan serta ratusan menteri, diplomat, wakil badan bukan kerajaan dan wartawan berhimpun di New York untuk menghadiri sesi ke-78 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) yang bermula Isnin.

Menjelang satu daripada acara paling berprofil tinggi di dunia itu, Jabatan Polis New York (NYPD) telah mengetatkan tahap keselamatan termasuk menutup beberapa batang jalan di Manhattan atas sebab-sebab keselamatan, menurut Agensi Anadolu (AA),

Pesuruhjaya Polis NYPD Edward Caban pada Khamis berkata, anggotanya akan ditempatkan berkawal di seluruh bandar itu untuk mengawal keselamatan.

“Setiap bahagian di jabatan kami terbabit,” kata Caban sambil menambah bahawa “kami akan bekerjasama rapat dengan Perkhidmatan Rahsia, Jabatan Negara, FBI dan Polis PBB.”

NYPD juga menggalakkan warga New York memilih pengangkutan awam berbanding memandu untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Timbalan ketua Perkhidmatan Keselamatan PBB, Rodrigo Victor da Paixao, berkata anggotanya bersedia menjalankan tanggungjawab untuk melindungi berpuluh-puluh pemimpin dunia.

Beberapa protes mengenai pelbagai topik, seperti perubahan iklim, dijangka berlaku berhampiran kawasan sekitar ibu pejabat PBB di Manhattan.

Perhimpunan Agung utama bermula pada Isnin, dengan para pemimpin akan berucap bermula Selasa.

Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres akan merasmikan sesi itu pada 9 pagi waktu tempatan (1300GMT), diikuti oleh presiden sesi ke-78 UNGA, Dennis Francis dari Trinidad dan Tobago.

Secara tradisi, Brazil akan menjadi negara pertama yang berucap, diikuti Amerika Syarikat.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/18/keselamatan-di-new-york-diperketat-menjelang-perhimpunan-agung-pbb/feed/ 0 42026
Malaysia di kedudukan ke-13 Indeks Pemulihan COVID-19 Nikkei https://sabahmedia.com/2022/01/10/malaysia-di-kedudukan-ke-13-indeks-pemulihan-covid-19-nikkei/ https://sabahmedia.com/2022/01/10/malaysia-di-kedudukan-ke-13-indeks-pemulihan-covid-19-nikkei/#respond Mon, 10 Jan 2022 03:48:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10951
Read Time:1 Minute, 28 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR, Malaysia berada di kedudukan ke-13 dalam senarai terbaharu Indeks Pemulihan COVID-19 Nikkei, selepas hampir dua tahun memerangi pandemik COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. 

Dalam hantaran di Facebook malam tadi, beliau berkata Indeks Pemulihan COVID-19 Nikkei menunjukkan perbezaan antara Asia dan Barat, dengan kebanyakan negara merekodkan peningkatan kes terutama disebabkan varian Omicron dalam tempoh yang singkat.

Berdasarkan Indeks Pemulihan COVID-19 Nikkei, setakat 31 Dis lepas Malaysia berada di kedudukan ke- 13 dengan 66.5 mata, manakala Bahrain tersenarai di tempat paling atas dengan 82 mata, dikuti Chile (76.5 mata) dan Taiwan (75.5 mata).

Berdasarkan laman sesawang tersebut, Indeks Pemulihan COVID-19 Nikkei menyenaraikan kira-kira 120 negara atau wilayah bagi pengurusan jangkitan, pelaksanaan pemberian vaksin dan mobiliti sosial.

Kedudukan lebih tinggi sesebuah negara atau wilayah dalam indeks tersebut menunjukkan ia semakin hampir kepada pemulihan dengan jumlah kes COVID-19 yang rendah, kadar vaksinasi lebih baik dan langkah penjarakan sosial yang kurang ketat; sumber data termasuk daripada Our World in Data, Google COVID-19 Community Mobility Reports, Oxford COVID-19 Government Response Tracker Cirium dan penyelidikan Nikkei Asia.

Malaysia mencatatkan 2,714 kes sembuh semalam,  menjadikan keseluruhan kes sembuh 2,714,614 direkodkan sejak penularan wabak itu di negara ini.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata Malaysia kini menduduki tempat keenam dalam Indeks COVID-19 Global (GCI). GCI dibangunkan dengan input daripada pelbagai badan antarabangsa termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Berdasarkan GCI, Malaysia berada di kedudukan keenam dengan penarafan pemulihan lima dengan indeks pemulihan 78.74, manakala Singapura berada di kedudukan teratas dengan indeks pemulihan 82.88, diikuti Korea Selatan (82.71) dan Taiwan (80.49) yang kesemuanya berkongsi penarafan pemulihan sama iaitu lima.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/10/malaysia-di-kedudukan-ke-13-indeks-pemulihan-covid-19-nikkei/feed/ 0 10951
Varian Delta: Belgium Sekat Pengembara Dari Britain https://sabahmedia.com/2021/06/20/varian-delta-belgium-sekat-pengembara-dari-britain/ https://sabahmedia.com/2021/06/20/varian-delta-belgium-sekat-pengembara-dari-britain/#respond Sun, 20 Jun 2021 15:35:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1642
Read Time:1 Minute, 20 Second

AGENSI

BRUSSELS: Belgium akan menyekat kemasukan pengembara bukan Kesatuan Eropah (EU) dari Britain bagi mengawal penyebaran varian COVID-19 yang memaksa London menangguhkan langkah melonggarkan sekatan bagi membendung pandemik.

Britain antara 27 negara yang dikenakan sekatan kemasukan ke Belgium berkuat kuasa selewat-lewatnya 27 Jun ini, kata jurucakap Menteri Kesihatan, Frank Vandenbroucke, Jan Eyckmans, semalam.

Ia berikutan kebimbangan Belgium terhadap varian Delta, pertama kali dikesan di India yang menyebabkan lonjakan kes COVID-19 di Britain, dan memaksa kerajaan Britain menangguhkan langkah menarik balik sekatan mulai esok.

Sekatan di Belgium turut membabitkan Afrika Selatan, India dan Brazil. Hanya warga EU atau penduduk Belgium dibenar memasuki negara ini.

Pengembara masih perlu mematuhi peraturan kuarantin ketat serta mengambil ujian COVID-19 sebelum bebas bergerak di Eropah.

Pengecualian untuk warga Britain atau pengembara bukan dari negara EU hanya diberikan kepada diplomat bagi urusan penting selain pekerja pengangkutan, menurut kerajaan.

Setakat ini varian Delta menyumbang 6.1 peratus jangkitan di Belgium, menurut data rasmi terkini, namun penyelidikan lain menunjukkan kadar sebenarnya lebih tinggi.

Eyckmans berkata kerajaan tidak mahu merisikokan usaha dilakukan penduduk Belgium ketika kadar vaksinasi negara itu menjadi yang terpantas di EU.

“Britain berada lima minggu ke depan daripada kami dalam vaksinasi dan mereka perlu menangguhkan rancangan untuk menarik balik sekatan.

“Namun ini adalah situasi sementara yang akan dinilai kembali secara berkala,” kata Eyckmans.

Daripada 27 negara yang dilarang, hanya Britain dan Georgia menjadi negara Eropah yang berada dalam senarai Belgium.

Negara lain adalah Botswana, Republik Demokratik Kongo, Jordan, Qatar, Nepal, Bolivia, Paraguay, Chile, Trinidad dan Tobago, Colombia, Bangladesh, Uganda, Argentina, Zimbabwe, Eswatini, Lesotho, Namibia, Mozambik, Suriname, Peru dan Pakistan. 

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/20/varian-delta-belgium-sekat-pengembara-dari-britain/feed/ 0 1642