Yadim – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 07 Jan 2025 09:44:45 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Yadim – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 YADIM cadang tambah baik Kursus Pemantapan Akidah https://sabahmedia.com/2025/01/07/yadim-cadang-tambah-baik-kursus-pemantapan-akidah/ https://sabahmedia.com/2025/01/07/yadim-cadang-tambah-baik-kursus-pemantapan-akidah/#respond Tue, 07 Jan 2025 09:44:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66618
Read Time:1 Minute, 21 Second

Ranau: Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) merancang untuk menambah baik penganjuran Kursus Pemantapan Akidah sebagai usaha bagi memperkukuh akidah umat Islam dalam masa terdekat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata, usaha itu juga adalah bagi meningkatkan lagi kefahaman menyeluruh tentang isu-isu keagamaan.

“Inisiatif penambahbaikan antaranya termasuk memperkayakan pengisian kursus dan menyediakan geran kepada peserta untuk menganjurkan program-program keagamaan selepas tamat kursus.

“Kita di peringkat kementerian sedang melihat bagaimana agensi di peringkat persekutuan dan negeri boleh bekerjasama untuk memperkasakan program ini, termasuk menambah baik kemudahan di pusat-pusat latihan dakwah.

“Selain daripada itu, dengan geran yang disalurkan peserta kursus boleh terus menganjurkan program-program keagamaan di komuniti masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penangguhan Kursus Pemantapan Akidah Siri 29/2024 di Masjid Al-Amal Kampung Luanti Baru, di sini semalam.

Dalam ucapannya, beliau turut menyeru kepada ibu bapa supaya menggalakkan anak-anak menyertai kursus bercirikan keagamaan untuk memperkukuhkan kefahaman agama dan akidah.

“Pemantapan akidah adalah asas bagi membentuk akhlak terbaik, akidah yang mantap melahirkan insan yang suci akhlaknya dan mampu memberi manfaat kepada masyarakat sekeliling.

“Marilah bersama-sama kita menuntut ilmu demi kebaikan diri, masyarakat dan negara,” jelasnya yang turut menyampaikan sijil kepada 20 peserta yang berjaya menamatkan kursus tersebut.

Pengisian kursus yang diadakan bermula 7 Disember lepas itu termasuklah pemantapan Fardhu Kifayah, Fardhu Ain, Pengucapan Awam, Latihan Pengurusan Majlis, Tazkirah, Tahsin Solat dan Pengurusan Jenazah anjuran YADIM Negeri Sabah.

Hadir sama, Pengarah YADIM Negeri Sabah Mohd Tabi’in Sahri, Pengarah Lembaga Tabung Haji Negeri Sabah Yusdi Nasip dan Pengerusi Majlis Gabungan NGO Islam Sabah (CONCERN) Sainuri Yahmin.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/07/yadim-cadang-tambah-baik-kursus-pemantapan-akidah/feed/ 0 66618
‘Teratak Prihatin’ Usaha Kerajaan Negeri Bersama Agensi Kerajaan Bantu Rakyat Memerlukan https://sabahmedia.com/2021/07/13/teratak-prihatin-usaha-kerajaan-negeri-bersama-agensi-kerajaan-bantu-rakyat-memerlukan/ https://sabahmedia.com/2021/07/13/teratak-prihatin-usaha-kerajaan-negeri-bersama-agensi-kerajaan-bantu-rakyat-memerlukan/#respond Tue, 13 Jul 2021 10:23:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2990
Read Time:49 Second

TUARAN : Sebuah rumah yang dinamakan sebagai Teratak Prihatin dibawah Projek Jiwa Murni Tentera Darat dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah, 5 Divisyen dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah diserahkan kepada seorang penduduk Samir Cosmas,53.

Majlis penyerahan kunci rumah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Politik Negeri Sabah Abdul Kassim Razali yang mewakil Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor di Kampung Kindu Tuaran Sabah pagi tadi.

Abdul Kassim berkata, projek yang dilaksanakan itu merupakan satu usaha keprihatinan kerajaan negeri khususnya Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang prihatin kepada penduduk dan masyarakat di seluruh Sabah khususnya yang berada di kampung.

“Kerajaan negeri menyalurkan peruntukan untuk pembinaan rumah dalam prihatin rakyat ini dan kita juga berterima kasih kepada pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang telah membantu menyiapkan projek ini serta daripada YADIM.

“Kita juga mengharapkan kerjasama ini berterusan dan kita melihat keprihatinan kerajaan negeri untuk menjayakan satu lagi perkara yang termasuk dalam program Sabah Maju Jaya kita membina sebuah masyarakat yang makmur dan sejahtera,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/13/teratak-prihatin-usaha-kerajaan-negeri-bersama-agensi-kerajaan-bantu-rakyat-memerlukan/feed/ 0 2990
Tabung Makanan YADIM-MPT Tidak Putus Terima Sumbangan https://sabahmedia.com/2021/06/29/tabung-makanan-yadim-mpt-tidak-putus-terima-sumbangan/ https://sabahmedia.com/2021/06/29/tabung-makanan-yadim-mpt-tidak-putus-terima-sumbangan/#respond Tue, 29 Jun 2021 11:56:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2231
Read Time:51 Second

PAPAR: Pasukan Sukarelawan Berbasikal Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Taman Kinarut Jaya, Papar mengambil inisiatif dengan mengumpul sumbangan dalam kalangan ahli dan disumbangkan kepada Tabung Makanan Masjid Puncak Taqwa (MPT) Pekan Kinarut.

Pasukan Sukarelawan Berbasikal YADIM diketuai oleh pengerusinya Mahmud Yusof berbesar hati menyampaikan sumbangan tersebut kepada Pengerusi MPT Prof. Dr Awang Setia Musleh.

Sumbangan yang diberikan adalah berbentuk barang keperluan makanan untuk diisi ke dalam rak Tabung Makanan MPT dan akan disumbangkan kepada mereka yang memerlukan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilanjutkan ini.

Penyelaras Tabung Makanan YADIM-MPT Ustaz Nor Azhar Alimin berkata, setakat ini ramai penyumbang yang tampil mengisi rak Tabung Makanan di Masjid Puncak Taqwa Pekan Kinarut, yang terbaru dua sumbangan terbesar diperolehi dari Pasukan Sukarelawan Berbasikal YADIM dan sumbangan dari ALUMNI Sekolah Menengah Agama Limau- Limauan, Papar.

“Kami telah menyerah sumbangan-sumbangan tersebut kepada golongan yang memerlukan di sekitar daerah Papar,”kata Ustaz Nor Azhar.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/29/tabung-makanan-yadim-mpt-tidak-putus-terima-sumbangan/feed/ 0 2231
Pengusaha Bot Laju Menumbok – Labuan Harap Bantuan ‘One-Off’ Kerajaan, Rakam Penghargaan Sumbangan Dari Agensi Berkaitan https://sabahmedia.com/2021/06/22/pengusaha-bot-laju-menumbok-labuan-harap-bantuan-one-off-kerajaan-rakam-penghargaan-sumbangan-dari-agensi-berkaitan/ https://sabahmedia.com/2021/06/22/pengusaha-bot-laju-menumbok-labuan-harap-bantuan-one-off-kerajaan-rakam-penghargaan-sumbangan-dari-agensi-berkaitan/#respond Tue, 22 Jun 2021 04:03:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1713
Read Time:1 Minute, 44 Second

MENUMBOK: Persatuan Penambang Bot Laju Menumbok (PPBLM) merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri atas sumbangan yang disalurkan kepada ahli persatuan yang terjejas ekoran penularan COVID-19.

Pengerusi PPBLM Mohamad Sait berkata, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu, pengusaha bot terlibat sudah mula terkesan namun masih dibenarkan beroperasi meskipun tidak sepenuhnya.

“Namun selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, PKP 2.0 dan PKP 3.0 dilaksanakan, kami sudah mula terkesan teruk apabila rata-rata pengusaha tidak dapat beroperasi menyebabkan sumber pendapatan kami terputus.

“Syukur, kerajaan negeri prihatin dimana beberapa agensi terlibat termasuk seorang pengusaha acara tampil menghulurkan bantuan sumbangan kepada 130 pekerja terlibat,”katanya.

Majlis penyerahan itu disaksikan oleh Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Mohd.Arifin Arif, Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Penyu Datuk Limus Jury ,Pengarah YADIM Sabah Samin Ongki, Pengurus Besar  Perbananan Baitulmal Negeri Sabah  Salman Nurilah Setiausaha MUIS Ramlan Awang Ali dan Pegawai Daerah Kuala Penyu Sebastian Ingkim.

Di majlis tersebut  Perbananan Baitulmal Negeri Sabah menyumbang sebanyak RM13,000 Bahagian Zakat dan Fitrah Majlis Ugama Islam sabah RM5,000 selain sumbangan bakul makanan dari Yayasan Dakwah Malaysia Cawangan Sabah (YADIM) dan juga seorang pengusaha acara  dari  SR Events Production Sharom Abd. Ghaffar yang turut  menyumbangkan baucer untuk   pembelian barangan.

Mohamad berkata dengan adanya sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat meringaknan beban ahli persatuan dan keluarga mereka yang mana kebergantungan mereka mencari sumber pendapatan harian hanya bergantung sepenuhnya kepada aktiviti tersebut.

Pengerusi Persatuan Penambang Bot Laju Menumbok Mohamad Sait sambil diperhatikan Arifin dan Limus menerima repalika cek dari Pengurus Besar PBNS Salam Nurilah semasa majlis tersebut

Beliau juga turut berharap agar bantuan “One Off” dibawah Bantuan Sabah Prihatin 3.0 sebagaimana yang diumumkan oleh kerajaan negeri baru-baru ini agar mereka tidak tercicir daripada menerima bantuan tersebut.

“Penularan pandemik virus COVID-19 tidak akan secepat itu  berakhir apa lagi ketika ini Labuan terjejas teruk dengan penularan tersebut menyebabkan bot kami tidak dapat beroperasi ke sana” katanya.

Bot Laju merupakan perhubungan laut yang utama digunakan penduduk sekitar untuk ke Labuan melalui Menumbok namun terpaksa dihentikan berikutan pelaksanaan PKP.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/22/pengusaha-bot-laju-menumbok-labuan-harap-bantuan-one-off-kerajaan-rakam-penghargaan-sumbangan-dari-agensi-berkaitan/feed/ 0 1713
PBNS,MUIS Dan YADIM Sabah Serah Sumbangan Kepada 130 Pekerja Bot Laju Menumbok-Labuan Terjejas Akibat PKP 3.0 https://sabahmedia.com/2021/06/21/pbnsmuis-dan-yadim-sabah-serah-sumbangan-kepada-130-pekerja-bot-laju-menumbok-labuan-terjejas-akibat-pkp-3-0/ https://sabahmedia.com/2021/06/21/pbnsmuis-dan-yadim-sabah-serah-sumbangan-kepada-130-pekerja-bot-laju-menumbok-labuan-terjejas-akibat-pkp-3-0/#respond Mon, 21 Jun 2021 08:08:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1675
Read Time:59 Second

MENUMBOK : Seramai 130 pekerja-pekerja Bot Laju Menumbok – Labuan yang terjejas ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disini menerima bantuan dari Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS).

Sumbangan berupa bantuan kewangan itu disampaikan Pengurus Besar PBNS Salman Nurillah dan turut dihadiri Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Mohd Arifin Mohd Arif bertempat di Pejabat Daerah Kecil Menumbok disini pagi tadi.

Selain itu, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah turut menyumbang bantuan kewangan dan bakul makanan untuk pekerja yang terlibat.

Mohd Arifin berkata, sumbangan yang disalurkan itu diharap mampu membantu mengurangkan sedikit beban yang dihadapi para pekerja bot laju khususnya ketika musim PKP 3.0 ini.

Mohd Arifin ketika menyaksikan penyerahan sumbangan bantuan kewangan dan bakul makanan daripada pihak MUIS, PBNS dan YADIM Sabah – FOTO Ihsan Pejabat Menteri Tugas-Tugas Sabah

Hadir sama pada majlis penyerahan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu, Datuk Limus Jury; Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki; Pegawai Daerah Kuala Penyu, Sebastian Ingkim dan Setiausaha MUIS, Ramlan Awang Ali.

Pada majlis itu, PBNS telah menyumbangkan sumbangan kewangan sebanyak RM13,000; MUIS sebanyak RM5,000 dan YADIM menyampaikan sumbangan berbentuk bakul makanan kepada 130 orang  pekerja terlibat.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/21/pbnsmuis-dan-yadim-sabah-serah-sumbangan-kepada-130-pekerja-bot-laju-menumbok-labuan-terjejas-akibat-pkp-3-0/feed/ 0 1675
ASMAKK dan YADIM Hulur Bantuan di PKPD Kg Manggis Menumbok https://sabahmedia.com/2021/06/21/asmakk-dan-yadim-hulur-bantuan-di-pkpd-kg-manggis-menumbok/ https://sabahmedia.com/2021/06/21/asmakk-dan-yadim-hulur-bantuan-di-pkpd-kg-manggis-menumbok/#respond Mon, 21 Jun 2021 07:54:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1671
Read Time:56 Second

MENUMBOK: Persatuan Alumni SMK Agama Kota Kinabalu dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia ( YADIM ) Sabah tampil menyerahkan bantuan bakul makanan kepada 70 buah rumah yang terlibat dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kg Manggis Menumbok semalam (20 Jun).

Rombongan diketuai oleh Pengarah YADIM Sabah Samin Ongki dan Presiden ASMAKK Dr M Kamel Wan Ibrahim.

Samin berkata ketika ditemui di majlis ringkas itu, beliau mengucapkan tahniah atas inisiatif Alumni berkenaan dan mengucapkan terima kasih atas kesudian mereka berkolaborasi dengan YADIM Sabah membantu meringankan beban bagi penduduk yang terkesan ketika pandemik Covid-19 yang melanda negara ini.

Samin turut menasihati penduduk kampung agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKPD dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas barisan hadapan yang bertugas 24 jam di kampung berkenaan sepanjang pelaksanaan PKPD ini.

Rombongan turut menemui petugas barisan hadapan yang terdiri Polis, Tentera, RELA dan Jabatan Kesihatan bagi menyampaikan sumbangan penghargaan kepada mereka yang terlibat dalam memantau keadaan kawasan PKPD di Kg Manggis itu.

Pelaksanaan PKPD di Kg Manggis, Menumbok yang bermula sejak 14 Jun lepas dijangka akan berakhir 27 Jun ini akibat dari penularan kes positif Covid-19 meningkat di kawasan tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/21/asmakk-dan-yadim-hulur-bantuan-di-pkpd-kg-manggis-menumbok/feed/ 0 1671
YADIM MPT Lancar Food Bank Bagi Golongan yang Memerlukan https://sabahmedia.com/2021/06/12/yadim-mpt-lancar-food-bank-bagi-golongan-yang-memerlukan/ https://sabahmedia.com/2021/06/12/yadim-mpt-lancar-food-bank-bagi-golongan-yang-memerlukan/#respond Sat, 12 Jun 2021 06:46:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1085
Read Time:1 Minute, 32 Second

12 Jun 2021

[email protected]

KINARUT: ‘Sumbang Jika Mampu, Ambil Jika Perlu’ itu la slogan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Sabah sempena melancarkan program ‘Food Bank’ atau Tabung Makanan anjuran bersama YADIM dan Ahli Jawatankuasa Masjid Puncak Taqwa (MPT) Pekan Kinarut, baru-baru ini.

Program Tabung Makanan yang dilancarkan pada 8 Jun lalu, mendapat sambutan daripada orang ramai yang turut memberi sumbangan berupa makanan keperluan seharian ataupun sumbangan kewangan untuk disalurkan ke dalam rak-rak tabung makanan yang diletakkan di ruang legar Masjid Puncak Taqwa bagi golongan yang memerlukan.

Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Sabah, Samin Ongki berkata dalam satu kenyataan medianya semasa melancarkan program Tabung Makanan itu, ia dilancarkan bagi membantu golongan yang terkesan berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan penuh 3.0 yang dilanjutkan sehingga 28 Jun ini.

“Ramai individu yang terjejas semasa pandemik Covid-19 melanda negara ini, kita berharap ramai yang tampil untuk turut sama menyumbang jika berkemampuan dan dapat membantu meringankan beban mereka yang memerlukan.

“Jesteru, ia sekaligus menyerlahkan peranan institusi masjid di komuniti ini,” tambahnya.

Antara barangan keperluan yang
disumbangkan seperti beras, gula, kopi, susu, air mineral dan roti.

Sementara itu, Setiausaha MPT merangkap Penyelaras Food Bank YADIM MPT, Ustaz Nor Azhar Alimin berkata ketika dihubungi pemberita Sabah Media hari ini, sehingga kini ramai pemberi sumbangan yang hadir turut menyumbang barangan keperluan lain dan penerima-penerima juga hadir dengan mengikut Standard Operasi Prosedur (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ustaz Azhar Berkata, sesiapa sahaja yang memerlukan tanpa mengira kaum, bangsa dan agama boleh mengambil empat jenis dari barangan yang telah disediakan dalam rak-rak Tabung Makanan tersebut.

” kita berharap Tabung Makanan ini bukan sahaja dilaksanakan semasa tempoh perlaksanaan PKP 3.0 ini tetapi juga di masa-masa akan datang kerana memberikan impak positif dikalangan masyarakat, ia dapat menyemai sikap saling membantu dan berkongsi rezeki kepada mereka yang memerlukan,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/12/yadim-mpt-lancar-food-bank-bagi-golongan-yang-memerlukan/feed/ 0 1085