Yakub – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 14 Dec 2021 00:59:05 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Yakub – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Yakub Terima Sijil Ijazah Kehormat NBUC https://sabahmedia.com/2021/12/14/yakub-terima-sijil-ijazah-kehormat-nbuc/ https://sabahmedia.com/2021/12/14/yakub-terima-sijil-ijazah-kehormat-nbuc/#respond Tue, 14 Dec 2021 00:59:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9844
Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU:  Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Yakub Khan antara empat penerima Sijil Ijazah Kehormat (Doktor Falsafah) North Borneo Universiti College (NBUC) tahun 2021.

Yakub yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah bagi syarikat LBS Sdn Bhd menerima anugerah sijil ijazah bagi bidang pengurusan dan strategi serta kecemerlangan dan sumbangan beliau terhadap komuniti.

Turut menerima sijil sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Usahawan Majlis MARA, Datuk Seri Sr Dr Md Alwi Che Ahmad bagi bidang sains politik dan kecemerlangan dan sumbangan beliau terhadap komuniti.  

Dua lagi penerima Sijil Ijazah Kehormat (Doktor Falsafah) bagi bidang Pengurusan  dan strategi ialah Pengarah Urusan merangkap Pemilik Perniagaan Raisul Trading Sdn Bhd, Dr. Omar Raisul As-Salam serta Timbalan Pegawai Eksekutif Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah, Dr. Awang Faisal Assyiffa Ag Rahim. 

Penganugerahan berlangsung dalam majlis mini konvokesyen yang disempurnakan oleh isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Norlidah RM Jasni yang juga merupakan Canselor NBUC, diiringi Presiden Geomatika Edugroup,  Professor Sr Dr Mohaizi  Mohamad.

Hadir sama pada majlis mini konvokesyen di Dewan Istana Seri Kinabalu, hari ini ialah Naib Canselor NBUC, Profesor Dr Fred Chin Yuk Fong dan Timbalan Presiden NBUC, Profesor Madya Doretty R. Jiroh./Penerangan-

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/14/yakub-terima-sijil-ijazah-kehormat-nbuc/feed/ 0 9844
Amalan Bergotong-Royong Dikalangan Masyarakat Kampung Perlu Dihidupkan Semula – Yakub https://sabahmedia.com/2021/12/05/amalan-bergotong-royong-dikalangan-masyarakat-kampung-perlu-dihidupkan-semula-yakub/ https://sabahmedia.com/2021/12/05/amalan-bergotong-royong-dikalangan-masyarakat-kampung-perlu-dihidupkan-semula-yakub/#respond Sun, 05 Dec 2021 08:44:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9345
Read Time:1 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU: Masyarakat Kampung Kuala Manggatal perlu menjadikan ‘Budaya Gotong-Royong’ sebagai salah satu amalan dalam kehidupan seharian mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri N.16 Karambunai, Datuk Yakub Khan berkata, ini kerana budaya amalan gotong-royong semakin dipinggirkan masyarakat kampung berikutan penduduk kampung beralih kepada corak kehidupan masa kini.

Katanya, pihak pengurusan kampung boleh membuat agar semua penduduk kampung boleh terlibat sama sekali gus menjayakan setiap aktiviti yang dianjurkan di kawasan mereka.

“Kita yakin Kampung Kuala Manggatal ini mampu menjadi contoh kepada kampung lain apabila mampu menghidupkan semula amalan yang baik ini.

“Kemungkinan juga penduduk kampung sudah selesa mengupah individu lain untuk membersihkan kawasan sekitar mereka. Namun amalan gotong-royong bersama masyarakat kampung tidak boleh ditinggalkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Gotong Royong Perdana, anjuran pihak pengurusan Kampung Kuala Manggatal dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) di sini hari ini.

Hadir sama Setiausaha Politik Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Noraini Idris serta Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai Matlan Taman.

Yakub yang juga Menteri Sains Teknologi dan Inovasi berkata, ketika ini beberapa aktiviti mula dibenarkan dalam Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) membolehkan program gotong-royong bersama penduduk kampung dapat dijalankan.

“Kita yakin aktiviti gotong-royong ini akan diperluaskan di DUN Karambunai bagi membolehkan program dalam skala besar dapat dijalankan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK),” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/05/amalan-bergotong-royong-dikalangan-masyarakat-kampung-perlu-dihidupkan-semula-yakub/feed/ 0 9345
Ibubapa digalak beri sokongan kepada anak terima suntikan vaksin – Yakub https://sabahmedia.com/2021/09/18/ibubapa-digalak-beri-sokongan-kepada-anak-terima-suntikan-vaksin-yakub/ https://sabahmedia.com/2021/09/18/ibubapa-digalak-beri-sokongan-kepada-anak-terima-suntikan-vaksin-yakub/#respond Sat, 18 Sep 2021 10:15:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6539
Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Golongan ibubapa atau penjaga perlu menggalakan anak remaja berusia 12 sehingga 17 tahun untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 di negeri ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Yakub Khan berkata, Ini juga pendekatan selari dengan pendirian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan seberapa banyak remaja dari kumpulan berisiko tinggi untuk diberikan vaksin dan juga pembukaan semula sekolah yang dijadualkan bermula 3 Oktober ini.

Katanya, pelaksanaan ini selaras dengan keputusan yang sudah dibincangkan dan diputuskan dalam mesyuarat Kabinet negeri lalu.

“Hari ini kami berkesempatan melaksanakan program vaksinasi di sekitar Pulau Sepanggar, melihat golongan remaja serta penduduk kampung begitu bersemangat untuk mendapatkan suntikkan vaksin.

“Mereka (remaja) sangat gembira untuk mendapatkan vaksin bagi membolehkan mereka kembali ke sekolah sekali gus dapat bergerak ke sana ke sini selepas mendapat dos lengkap kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai program CITF Vaksinasi di Pulau Sepanggar hari ini.

Program dengan Kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK); Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM); Jabatan Penerangan Malaysia; UMNO Bahagian Sepanggar dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N.16 Karambunai.

Yakub yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Karambunai berkata, pihaknya menyediakan ‘Connection On Wheel’ (COW) bagi membolehkan petugas kesihatan dapat mengakses talian internet untuk kegunaan aplikasi My Sejahtera.

“Setakat ini kita anggarkan di Dun Karambunai sudah mencapai lebih 80 peratus penduduk telah di vaksinasi.

Ini merupakan perkembangan baik untuk mencapai sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan negeri menjelang November ini,” katanya.

Menurutnya, ini sudah tentu menunjukkan perkembangan positif disamping wujud kesedaran yang tinggi dalam kalangan penduduk serta kerjasama semua pihak yang menjayakanya program ini.

Menyentuh mengenai program hari ini Yakub berkata, seramai 100 penduduk Pulau Sepanggar berjaya mendapatkan suntikan dos pertama vaksinasi yang dijayakan oleh UMS.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/18/ibubapa-digalak-beri-sokongan-kepada-anak-terima-suntikan-vaksin-yakub/feed/ 0 6539