Yamashita jepun – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 08 Dec 2023 02:27:25 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Yamashita jepun – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tun Juhar terima kunjungan Yamashita https://sabahmedia.com/2023/12/08/tun-juhar-terima-kunjungan-yamashita/ https://sabahmedia.com/2023/12/08/tun-juhar-terima-kunjungan-yamashita/#respond Fri, 08 Dec 2023 02:27:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46225
Read Time:39 Second

Kota Kinabalu: Ketua Konsulat Jepun Untuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan yang baharu, Yamashita Yoshito mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, di sini semalam.

Menurut beliau, kunjungan tersebut bertujuan untuk memaklumkan pelantikannya bagi menggantikan Kako Shiho mulai 18 Oktober lalu.

“Kita akan meneruskan hubungan baik dan kerjasama dengan kerajaan Sabah bagi memastikan hubungan dua hala antara Jepun dan Sabah dapat memberikan manfaat kepada kedua-duanya,” katanya.

Terdahulu, Tun Juhar turut menerima kunjungan hormat Naib Canselor Universiti Malaysia Profesor Datuk Dr. Kasim Mansur bersama pegawai-pegawai kanan universiti berkenaan.

Pada kunjungan itu, Kasim memaklumkan kepada Tun Juhar selaku Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengenai Majlis Konvokesyen UMS Yang Ke 25 yang akan diadakan pada 11 hingga 14 Disember ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/08/tun-juhar-terima-kunjungan-yamashita/feed/ 0 46225