yang memerlukan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 26 Jul 2023 14:01:28 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png yang memerlukan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Salur maklumat golongan daif yang memerlukan kepada kerajaan – Faimin https://sabahmedia.com/2023/07/26/pemimpin-masyarakat-orang-perseorangan-salur-maklumat-golongan-daif-yang-memerlukan-kepada-kerajaan-faimin/ https://sabahmedia.com/2023/07/26/pemimpin-masyarakat-orang-perseorangan-salur-maklumat-golongan-daif-yang-memerlukan-kepada-kerajaan-faimin/#respond Wed, 26 Jul 2023 14:00:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38984
Read Time:1 Minute, 38 Second

RANAU: Pemimpin masyarakat termasuk orang perseorangan harus lebih proaktif dalam menyalurkan maklumat berkenaan keluarga yang daif, agar tidak ada kumpulan yang tercicir daripada perhatian mana-mana agensi atau pihak kerajaan, kata Pegawai Khas Kepada Menteri Kewangan Datuk Faimin Kamin.

Faimin yang Timbalan Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Paginatan bersama Biro Kebajikan Gagasan Rakyat Paginatan mengadakan lawatan kerja “Ziarah Kasih B40” di Kampung Lasing dan Kampung Matupang di sini pada Rabu (26 Julai).

Beliau berkata, tujuan utama lawatan tersebut diadakan ialah sebagai salah satu gerak kerja Parti Gagasan Rakyat Paginatan dalam mendekati masyarakat, selain membantu agensi atau pihak kerajaan mengenalpasti golongan yang layak atau sepatutnya diberi perhatian.

“Saya menyeru kepada pemimpin masyarakat termasuk orang perseorangan harus lebih proaktif dalam menyalurkan maklumat berkenaan keluarga-keluarga yang daif, agar tidak ada kumpulan yang tercicir daripada perhatian mana-mana agensi atau pihak kerajaan.

“Kami juga mengalu-alukan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang berhasrat untuk melakukan tanggungjawab sosial korporat (CSR) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paginatan untuk terus berhubung dengan kami untuk memudahkan program dan mengenalpasti keluarga atau golongan yang memerlukan yang ingin dibantu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semasa lawatan itu, Faimin bersama Pengerusi Biro Kebajikan, Rabinin Nawawi dan Pengerusi Biro Agama, Wohanis Jain menziarahi beberapa golongan sasaran keluarga dari kategori daif dengan diiringi oleh Pegawai Kesejahteraan Masyarakat Ranau, Samdin Rijin.

Antara rumah yang dilawati pada hari ini ialah rumah Felix dan Danis di Kampung Lasing serta Majakut Basiung di Kampung Matupang.

Danis merupakan seorang bapa tunggal yang menghidap penyakit kanser usus dan dalam masa sama menanggung tiga orang anak perempuan yang masih bersekolah.

Sementara, Felix adalah penghidap penyakit tulang belakang, manakala Majakut Basiung adalah warga daif yang hidup sebatang kara di pondok usang milik beliau.

Dalam lawatan tersebut, Faimin mengambil kesempatan menyerahkan sedikit sumbangan peribadi beliau kepada keluarga berkenaan.

Turut serta dalam lawatan tersebut ialah ahli-ahli Jawatankuasa Gagasan Rakyat Paginatan, Jeafry Goh dan Siti Jaliha Jiman.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/26/pemimpin-masyarakat-orang-perseorangan-salur-maklumat-golongan-daif-yang-memerlukan-kepada-kerajaan-faimin/feed/ 0 38984
Kongsi kegembiraan Syawal dengan mereka yang memerlukan – Annabell https://sabahmedia.com/2023/04/08/kongsi-kegembiraan-syawal-dengan-mereka-yang-memerlukan-annabell/ https://sabahmedia.com/2023/04/08/kongsi-kegembiraan-syawal-dengan-mereka-yang-memerlukan-annabell/#respond Sat, 08 Apr 2023 11:25:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32375
Read Time:1 Minute, 51 Second

SANDAKAN: Kelab Kebajikan Kemajuan Sabah dengan kerjasama Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah berkongsi kegembiraan bagi merayakan ketibaan Syawal dengan mereka yang memerlukan.

Pengerusinya, Annabell Perian berkata usaha itu adalah satu usaha bagi mendekati dan menyantuni komuniti khasnya golongan yang kurang berkemampuan untuk memberi keperluan hari raya.

“Program Cahaya Ramadan terdiri daripada Jom Shopping Raya dan Majlis Berbuka Puasa yang kita anjurkan ini antaranya adalah bertujuan untuk berkongsi dan memberi sedikit sinar kepada saudara-saudara seagama kita yang kurang berkemampuan untuk menyambut Syawal yang bakal tiba dalam masa lebih kurang dua minggu lagi.

“Hari ini kita bersama 100 anak-anak yatim dan asnaf dari kawasan Parlimen Libaran, Sandakan yang kita bawa ke Mydin Mall di sini untuk memberi keperluan baju hari raya mereka.

“Kita berharap dengan usaha ini kita mampu memberikan mereka kegembiraan dan senyuman untuk mereka di pagi Syawal nanti,” katanya.

Bagi Majlis Berbuka Puasa pula, seramai 300 peserta terdiri daripada anak-anak yatim dan asnaf yang juga menerima sumbangan Jom Shopping Raya dan komuniti sekitar turut sama memeriahkan majlis.

Hadir sama dalam kedua-dua acara tersebut ialah perasmi, iaitu Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Redonah Bahanda dan Pengerusi Baitulmal Negeri Sabah, Datuk Dr. Omar Raisul As-Salam Syah Datuk Sulaiman Omar.

Menurut Annabell, program seumpama itu dirancang untuk dijadikan sebagai program tahunan persatuan itu memandangkan kerana program itu adalah bertepatan dengan konsep mendekati komunuti dan masyarakat.

“Kita berharap untuk tahun seterusnya, kita mampu meneruskan dan mengadakan lebih banyak program seumpamanya ini, berkongsi dengan mereka di bulan Ramadan dan Syawal.

“Semoga segala usaha murni yang kita lakukan akan terus diberkati oleh Allah dan sentiasa berjalan lancar dari semasa ke semasa,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Annabell turut mengalu-alukan orang ramai untuk turut sama beramal dan menjalin kerjasama dengan persatuannya bagi tujuan aktiviti kemasyarakat dan kebajikan kepada komuniti.

“Persatuan amat berbesar hati untuk bekerjasama dan berkolaborasi untuk bersama menjayakan program-program kemasyarakatan dan yang dekat dengan komuniti kita, seperti mana yang kita jalankan ini.

“Kita sedar, betapa pentingnya dan betapa perlunya kita semua bersatu dalam komuniti untuk bersama-sama membantu mereka yang kurang bernasib baik dan memerlukan.

“Sesungguhnya ini adalah amalan mulia yang insyaAllah pasti bakal menjadi antara saham kita di sana kelak, mudah-mudahan diterima oleh Allah,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/08/kongsi-kegembiraan-syawal-dengan-mereka-yang-memerlukan-annabell/feed/ 0 32375