Yang Pertama – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 15 Apr 2023 07:52:02 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Yang Pertama – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 KPKT, JBPM lancar Perkhidmatan Khas Ambulan Udara yang pertama di Malaysia https://sabahmedia.com/2023/04/15/jbpm-lancar-perkhidmatan-khas-ambulan-udara-yang-pertama-di-malaysia/ https://sabahmedia.com/2023/04/15/jbpm-lancar-perkhidmatan-khas-ambulan-udara-yang-pertama-di-malaysia/#respond Sat, 15 Apr 2023 07:51:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32798
Read Time:1 Minute, 54 Second

Oleh Yusof Mohamad

SHAH ALAM: Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melancarkan Perkhidmatan Khas Ambulan Udara (EMARS) yang pertama di Malaysia di sini pada Sabtu.

Majlis Pelancaran Perkhidmatan Khas Ambulan Udara (EMARS).

Menteri KPKT, Nga Kor Ming Menteri telah menyempurnakan Majlis Pelancaran EMARS dan Kempen Keselamatan Musim
Perayaan Tahun 2023 bertempat di perkarangan AEON Mall Shah Alam.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Menteri Kesihatan Malaysia, Dr. Zaliha Mustafa.

Kor Ming berkata, ini pertama kali dalam sejarah di Malaysia KPKT bersama-sama JBPM melalui Ikhtiar Bitara MADANI akan menambah kemudahan perkhidmatan ambulan udara atau EMARS bagi memenuhi keperluan perkhidmatan kecemasan khususnya di kawasan pedalaman dan perkampungan orang asli yang sukar diakses
menerusi jalan darat.

“Kolaborasi multilateral bersama-sama pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Hal Ehwal Asli (JAKOA) dalam merealisasikan perkhidmatan EMARS ini akan memberi impak tinggi kepada mutu perkhidmatan sedia ada, malah menjimatkan perbelanjaan negara sekurang-kurangnya RM15 juta setahun,” katanya.

Menurut Kor Ming, selain digunakan untuk membawa doktor, pegawai, peralatan dan bekalan perubatan dengan menggunakan pesawat sedia ada yang diubahsuai, EMARS juga menyediakan perkhidmatan yang lebih cepat, cekap dan efektif bagi operasi pemindahan dan penyelamatan mangsa yang memerlukan rawatan perubatan dengan kadar segera termasuklah penyelamatan yang melibatkan kemalangan di lebuhraya.

Kor Ming berkata, buat masa ini perkhidmatan EMARS meliputi di Semenanjung dahulu namun akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak sekiranya mempunyai peruntukan lebih.

“Jika kewangan tambah baik dapat peroleh lagi helikopter supaya perkhidmatan itu dapat digunakan seluruh negara,” ujarnya.

Tambah beliau, setakat ini kita ada enam juruterbang sentiasa bersiap sedia (menyelamat) dan harap dapat perluaskan pasukan ini pada tahun hadapan.

Sementara itu, menyentuh mengenai Kempen Keselamatan Musim Perayaan Tahun 2023 yang dilaksanakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sempena perayaan Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi, Kor Ming menegaskan JBPM sentiasa komited dalam mempertingkatkan kesedaran awam kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga keselamatan diri, keluarga dan harta benda.

“Usaha melahirkan masyarakat yang cakna akan keselamatan bukan sahaja dapat meminimumkan kehilangan nyawa dan harta benda, malah ia juga memberi impak kepada penurunan kepada nilai kerugian sosio-ekonomi yang dialami negara.

“Justeru, hanya 20 peratus daripada keseluruhan keanggotaan bomba dari seluruh negara mendapat cuti raya, manakala 80 peratus anggota lain bergilir-gilir bertugas mengikut syif di 334 buah balai bomba seluruh Malaysia,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/15/jbpm-lancar-perkhidmatan-khas-ambulan-udara-yang-pertama-di-malaysia/feed/ 0 32798
UMS Anjur Persidangan Institut Confucius Se-Malaysia Yang Pertama https://sabahmedia.com/2021/12/13/ums-anjur-persidangan-institut-confucius-se-malaysia-yang-pertama/ https://sabahmedia.com/2021/12/13/ums-anjur-persidangan-institut-confucius-se-malaysia-yang-pertama/#respond Mon, 13 Dec 2021 12:42:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9837
Read Time:2 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan Persidangan Institut Confucius (CI) Se-Malaysia yang pertama baru-baru ini.

Ia disertai lima CI di negara ini iaitu Kongzi Institut Universiti Malaya, Confucius Institute SEGi University, Confucius Institute Universiti Malaysia Pahang, dan Confucius Institute Universiti College Technical Sarawak di Sibu dan CI UMS sendiri.

Berlangsung selama dua hari, persidangan itu turut disertai satu-satunya Confucius Classroom di Malaysia iaitu Sekolah Menengah Pay Fong, Melaka.

Majlis Perasmiannya disempurnakan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Madya TS Dr Ramzah Dambul mewakili Naib Canselor, Prof. Datuk ChM. TS. Taufiq Yap Yun Hin.

Dalam teks ucapannya, Taufiq memaklumkan, walaupun Malaysia mempunyai sekolah jenis kebangsaan Cina dengan penawaran bahasa Mandarin di sekolah dan di institusi pengajian tinggi, namun penubuhan CI di institusi pengajian tinggi mempunyai peranan yang lebih luas.

“Hal ini disebabkan CI menawarkan pendidikan bahasa Mandarin kepada semua lapisan masyarakat, tidak kira keturunan, umur dan latar belakang pendidikan seseorang.

“Penubuhan CI di UMS sebagai contoh ialah hasil kerjasama antara UMS dengan Changsha University of Science and Technology.

“Kerjasama sedemikian bukan sahaja sangat penting dari segi hubungan universiti Malaysia dan China, malah meningkatkan aspek pendidikan antara kedua-dua universiti. Hal yang sama juga berlaku di semua CI lain di Malaysia,” katanya.

Ujar Taufiq, penganjuran persidangan buat julung kalinya itu antara lain bagi menjalin hubungan rapat dan kerjasama antara semua Confucius Institute dan Confucius Classroom di Malaysia.

“Berlainan dengan institut lain di universiti, setiap CI mempunyai dua orang Pengarah, iaitu Pengarah (Malaysia) dan Pengarah (China).

“Apa-apa keputusan dari segi pentadbiran, pendidikan dan aktiviti CI perlu ada persetujuan antara kedua-dua orang Pengarah ini.

“Oleh itu, hubungan yang erat antara kedua-dua Pengarah sangat penting bagi menjamin kecemerlangan pentadbiran CI,” jelasnya.

Taufiq berkata, setiap CI di Malaysia akan bergilir-gilir untuk menganjurkan persidangan sedemikian pada setiap tahun.

“Kesinambungan adalah penting dalam apa juga jenis persidangan, sama ada persidangan akademik mahupun persidangan pentadbiran.

“Benih baik yang ditaburkan kalian pada hari ini nescaya menghasilkan buah yang berkualiti baik kelak,” katanya.

Persidangan secara hibrid turut dihadiri Pengerusi Lembaga Pentadbiran Changsha University of Science and Technology, Professor Fu Hongyuan; President of CCCC Dredging (Group) Co. Ltd, Liu Yongman; Konsul Jeneral China di Sabah, Liang Caide, Kaunselor Pendidikan Kedutaan China di Malaysia, Zhao Changtao; Naib Presiden Chinese International Education Foundation, Zhao Lingshan, Pengarah CI UMS, Prof. Dr. Low Kok On dan Prof. Madya Deng Rong serta para Pengarah CI Malaysia dan China.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/13/ums-anjur-persidangan-institut-confucius-se-malaysia-yang-pertama/feed/ 0 9837