Yapeim – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 15 Apr 2025 02:28:28 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Yapeim – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 YAPEIM sumbang RM46,500 bantu golongan memerlukan https://sabahmedia.com/2025/04/15/yapeim-sumbang-rm46500-bantu-golongan-memerlukan/ https://sabahmedia.com/2025/04/15/yapeim-sumbang-rm46500-bantu-golongan-memerlukan/#respond Tue, 15 Apr 2025 02:28:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71986
Read Time:2 Minute, 30 Second

Putatan: Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) menyalurkan bantuan sumbangan berjumlah RM46,500 bagi membantu golongan memerlukan di negeri ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr. Na’im Mokhtar berkata, ia adalah sebahagian daripada usaha YAPEIM bagi melaksanakan tanggungjawab untuk membantu masyarakat setempat.

“Ini tanggungjawab yang dilaksanakan oleh YAPEIM dan bukan sahaja YAPEIM tetapi kebanyakan agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

“Ia adalah salah satu daripada sembilan program sambutan aidilfitri yang diadakan oleh YAPEIM di seluruh negara dan di peringkat Negeri Sabah bukan semata-mata untuk menyambut Aidilfitri tetapi juga yang paling penting ialah peluang ini diambil untuk kita menyantuni golongan-golongan istimewa di kalangan asnaf, pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan.

“Aidilfitri MADANI YAPEIM peringkat negeri Sabah adalah yang pertama dianjurkan dan terdapat lapan lagi lokasi terpilih di seluruh negara yang akan disantuni YAPΕΙM menerusi program ini dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media dalam Program Aidilfitri MADANI YAPEIM, di sini hari ini.

Berkaitan persediaan jemaah Haji Sabah, beliau berkata, sebahagian daripada persiapan yang dibuat oleh Tabung Haji (TH) Sabah ialah memaklumkan kepada jemaah haji untuk melakukan persediaan iaitu ilmu pengetahuan daripada kursus Kursus Perdana Haji.

“Kita harapkan dengan ilmu pengetahuan yang ada itu, mereka akan melaksanakan ibadat haji berdasarkan kepada ilmu yang telah dipelajari sebab jemaah haji di Malaysia ini memang terkenal dan mahir untuk melaksanakan ibadah haji.

“Termasuklah persediaan daripada sudut fizikal, benar setiap kali musim haji tiba cuaca di Tanah Suci adalah sangat panas yang di sini pun dalam 30 hingga 35 darjah Celsius kita dah rasa dah kepanasan apatah lagi di sana mencecah hampir 50 darjah Celsius memang sangat-sangat panas.

“Jadi, nasihat saya kepada jemaah haji khususnya di Sabah untuk mempersiapkan diri bukan sahaja daripada sudut fizikal tetapi juga daripada sudut emosi ketika berdepan dengan cuaca panas.

“Selain daripada kena minum air yang banyak, ikut peraturan sepertimana yang telah ditetapkan oleh TH jaga imej negara, jaga disiplin, hormat- menghormati membantu antara satu sama lain.

“Berkat kerjasama semua jemaah haji daripada Negeri Sabah akan mendapat haji yang mabrur insyaAllah itu harapan dan doa kita,” katanya.

Pada majlis tersebut,beliau menyampaikan sumbangan Bantuan Tunai Sinar Kasih sebanyak RM200 kepada 50 keluarga berjumlah RM10,000, Program Pembangunan Ekonomi kepada lima persatuan (RM5,000) dan sumbangan infrastruktur, masjid dan pelajar (RM15,000) dan perbelanjaan untuk menyambut majlis serta sumbangan kemasyarakatan (RM16,500).

Sebelum ini, YAPEIM telah memperuntukkan sejumlah RM1.2 juta bagi program Ramadhan MADANI YAPEIM di lebih 25 lokasi di seluruh negara yang memanfaatkan 7,700 pelajar yang memerlukan.

Bagi Sabah katanya, sehingga Februari 2025, YAPEIM telah menyantuni seramai 40,544 orang penggadai dengan nilai pembiayaan berjumlah RM 512.5 juta yang membabitkan marhun berjumlah RM 770.8 juta melalui 11 cawangan Ar Rahnu YAPЕІМ yang beroperasi.

Untuk rekod, secara keseluruhan sejak tahun 1985 hingga Disember 2024, YAPEIM telah mengagihkan sebanyak RM725 juta kepada 14 juta penerima manfaat di seluruh negara membabitkan tiga teras YAPEIM iaitu pembangunan ekonomi/keusahawanan, bantu pendidikan dan bantuan kemasyarakatan.-

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/15/yapeim-sumbang-rm46500-bantu-golongan-memerlukan/feed/ 0 71986
YaPEIM Terima Sumbangan Laksana ‘Flood Aid For Sabah’ https://sabahmedia.com/2022/01/27/yapeim-terima-sumbangan-laksana-flood-aid-for-sabah/ https://sabahmedia.com/2022/01/27/yapeim-terima-sumbangan-laksana-flood-aid-for-sabah/#respond Thu, 27 Jan 2022 13:07:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11631
Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) hari ini menerima sumbangan dana RM50,000 bagi  pelaksanaan Flood Aid for Sabah

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata, sumbangan dana itu diterima daripada Alliance Islamic Bank Berhad.

Katanya, ia bertujuan bagi membina tangki air bersih di Kampung Garama dan Kampung Kuridak di Beaufort serta pembinaan empat buah bot bagi kegunaan ketika musim banjir oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah.

“Pembinaan tangki air bersih di Kampung Garama dan Kampung Kuridak dapat memberi manfaat jangka panjang kepada hampir 1,000 penduduk di kedua-dua kampung tersebut.

“Lokasi pembinaan tangki air telah dikenalpasti oleh Jawatankuasa Kampung dan telah dipilih berdasarkan kesesuaian lokasi.

“Empat bot yang telah siap dibina tersebut berjumlah RM16,000 adalah untuk kegunaan anggota penyelamat  ketika musim banjir bagi membantu mangsa untuk berpindah ke pusat pemindahan  sementara (PPS),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Serahan Bot Sumbangan kepada JBPM Sabah di sini, hari ini.

Tambahnya, tugas-tugas menyelamat memerlukan kapasiti aset yang besar serta mampu berfungsi dengan baik ketika diperlukan.

“Harapan saya agar lebih banyak sektor korporat dapat menjalinkan kerjasama dengan agensi kerajaan seperti YaPEIM untuk membantu masyarakat yang memerlukan,” katanya.

Menurut Idris, YaPEIM telah mengeluarkan agihan perbelanjaan bagi program sosio-ekonomi dan amal jariah sebanyak RM34 juta dengan 1.3 juta penerima manfaat dari 1 Januari hingga 31 Disember tahun lalu.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM,  Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid, Naib Presiden Kanan Wilayah Timur Alliance Bank Malaysia Berhad, Jeffery Law Hieng Kuok dan Pengarah Bomba Negeri Sabah, Md Ali Ismail.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/27/yapeim-terima-sumbangan-laksana-flood-aid-for-sabah/feed/ 0 11631