Yayasan kebajikan Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 08 May 2024 05:17:17 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Yayasan kebajikan Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 YKS, Petronas jalin kolaborasi sedia 250 ‘Desferal Infusion Pump’ https://sabahmedia.com/2024/05/08/yks-petronas-jalin-kolaborasi-sedia-250-desferal-infusion-pump/ https://sabahmedia.com/2024/05/08/yks-petronas-jalin-kolaborasi-sedia-250-desferal-infusion-pump/#respond Wed, 08 May 2024 03:16:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54095
Read Time:1 Minute, 19 Second

Kota Kinabalu : Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) akan berkolaborasi dengan Petronas menerusi Program ‘Talasemia We Care’ (TWEC) bagi menyediakan 250 buah ‘Desferal Infusion Pump’ untuk membantu pesakit talasemia di negeri ini.

Pengarahnya, Rugayah Ag. Besar berkata, pihaknya juga bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) untuk meletakkan mesin-mesin tersebut di fasiliti kesihatan setiap daerah memandangkan JKNS mempunyai senarai para pesakit talasemia.

“Pada tahun lalu, YKS juga telah melancarkan Program Oksigen Untuk Rakyat #SharingisCaring secara berkolaborasi dengan Sabah Energy Corporation dan JKNS untuk membantu para pesakit yang memerlukan yang mana setakat ini, lebih 100 orang pesakit telah mendapat manfaat.

“Selain itu, YKS dijangka akan melancarkan Teratak Prihatin YKS pada tahun ini bagi menyediakan tempat penginapan sementara kepada penjaga pesakit terutama dari kawasan pedalaman yang tidak berkemampuan semasa keluarga mereka menjalani rawatan di hospital sekitar Kota Kinabalu.

“Sejak penubuhan YKS yang diinspirasikan oleh Ketua Menteri Sabah dan dilancarkan pada 29 September 2021, YKS telah menyalurkan pelbagai jenis bantuan kepada lebih 28,000 rakyat Sabah yang memerlukan,” katanya ketika media semasa Majlis Aidilfitri Setulus Hati RTM Sabah Bersama Asnaf 1445H/2024M.

Pada majlis tersebut, Rugayah turut menyampaikan bantuan bakul makanan dan sumbangan duit raya kepada 50 orang asnaf.

Sementara itu, Pengarah Penyiaran Sabah Salmah Hashim menzahirkan ucapan terima kasih atas sokongan dan dokongan YKS menjayakan majlis jamuan hari raya tersebut serta berharap kerjasama strategik itu akan berterusan.

“Insya-Allah pada tahun hadapan kita akan berbincang lebih awal dan membantu lebih banyak golongan asnaf yang memerlukan,” katanya.

Turut hadir, Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor dan Timbalannya, Supian Musa serta Ketua Biro Bernama Sabah, Fazli Ramli.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/08/yks-petronas-jalin-kolaborasi-sedia-250-desferal-infusion-pump/feed/ 0 54095
Yayasan Kebajikan Sabah Terima Sumbangan RM1.1 Juta https://sabahmedia.com/2022/01/20/yayasan-kebajikan-sabah-terima-sumbangan-rm1-1-juta/ https://sabahmedia.com/2022/01/20/yayasan-kebajikan-sabah-terima-sumbangan-rm1-1-juta/#respond Thu, 20 Jan 2022 07:00:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11328
Read Time:35 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyaksikan penyampaian sumbangan cek bernilai RM1.1 juta kepada Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) oleh PETRONAS dan Yayasan Tengku Abdullah.

YKS yang dilancarkan pada September tahun lalu oleh Kerajaan Negeri telah ditugaskan untuk melaksanakan agenda kebajikan kerajaan untuk kumpulan sasar.

Rugayah (kanan) menerima sumbangan daripada Yayasan Tengku Abdullah, Tengku Bakar sambil disaksikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor. See
Rugayah (kanan) menerima sumbangan daripada Yayasan Tengku Abdullah, Tengku Bakar sambil disaksikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor. – Foto Ihsan JKM

Pengarah YKS Rugayah Ag Besar menerima sumbangan daripada Ketua PETRONAS Sabah & Labuan, Siti Ayu Haniza Wahab dan Yayasan Tengku Abdullah, Tengku Bakar di Menara Kinabalu di sini, pada Rabu.

PETRONAS menyumbang RM1 juta manakala Yayasan Tengku Abdullah, inisiatif yayasan milik Fomema Sdn Bhd menyumbang RM100,000.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/20/yayasan-kebajikan-sabah-terima-sumbangan-rm1-1-juta/feed/ 0 11328
Yayasan Kebajikan Sabah Dilancarkan https://sabahmedia.com/2021/09/29/yayasan-kebajikan-sabah-dilancarkan/ https://sabahmedia.com/2021/09/29/yayasan-kebajikan-sabah-dilancarkan/#respond Wed, 29 Sep 2021 05:41:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6970
Read Time:1 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah dibawah kepimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) melancarkan Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) bagi membantu menggerakkan agenda kebajikan rakyat di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, penubuhan YKS itu selaras dengan ucapan beliau pada pelancaran Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) Mac lalu.

“Pengalaman berhadapan dengan pandemik COVID-19 memberikan panduan kepada Kerajaan Negeri tentang keperluan untuk mewujudkan sistem sokongan kepada jentera Kerajaan untuk memastikan mekanisme penyampaian bantuan kebajikan yang lebih pantas dan menyeluruh.

“Sehubungan itu, sebagaimana yang telah saya umumkan dalam Ucapan Pelancaran Hala Tuju SMJ pada Mac lalu, hari ini kita akan secara rasmi melancarkan penubuhan YKS,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyampaikan amanat sempena Majlis Setahun Kerajaan GRS Bersama Rakyat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kota Kinabalu (SICC) disini hari ini.

Hadir sama Timbalan-Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin; Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dan Datuk Dr Joachim Gunsalam.

Hajiji berkata, YKS itu nanti akan berpandukan model dan kejayaan fungsi Yayasan Kebajikan Negara (YKN) di peringkat nasional selain YKS akan membantu Kerajaan Negeri dalam menggerakkan agenda kebajikan.

Katanya, antara fungsi utama institusi ini adalah untuk memperkasa kerjasama di antara kerajaan dengan NGO, korporat dan swasta serta badan-badan lain yang bersedia untuk mencari dana dan menyalurkan sumbangan kebajikan kepada golongan kurang berkemampuan dan berkeperluan khas.

“Institusi ini akan diurus tadbir secara profesional oleh petugas sosial terlatih untuk memastikan penyaluran bantuan dibuat secara telus dan sampai kepada golongan sasar.

“Pada hari ini, saya difahamkan YKS akan menerima sumbangan dana awal daripada beberapa GLC dan badan korporat untuk membantu pelaksanaan inisiatif dan program yang telah dirancang.

“Saya bagi pihak Kerajaan Negeri dan Lembaga Pemegang Amanah YKS merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat,”katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/29/yayasan-kebajikan-sabah-dilancarkan/feed/ 0 6970