YAYASAN PETRONAS – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 14 Feb 2026 07:56:59 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png YAYASAN PETRONAS – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Yayasan PETRONAS sumbang pek perayaan kepada 150 keluarga di Kudat dan Labuan https://sabahmedia.com/2026/02/14/yayasan-petronas-sumbang-pek-perayaan-kepada-150-keluarga-di-kudat-dan-labuan/ https://sabahmedia.com/2026/02/14/yayasan-petronas-sumbang-pek-perayaan-kepada-150-keluarga-di-kudat-dan-labuan/#respond Sat, 14 Feb 2026 07:56:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=91652
Read Time:1 Minute, 49 Second

KUDAT: Seramai 150 penerima di Kudat dan Labuan menerima pek makanan sempena sambutan Tahun Baharu Cina menerusi program Memacu Kehidupan anjuran Yayasan PETRONAS.

Daripada jumlah itu, 100 keluarga di Kudat dan 50 keluarga di Labuan menerima sumbangan mengandungi barangan keperluan asas serta bahan tradisional Tahun Baharu Cina bagi membantu meringankan perbelanjaan isi rumah sepanjang musim perayaan.

Bagi Chong Kong Sing, 76, dari Kampung Landung Ayang, bantuan itu menjadikan sambutan tahun ini lebih bermakna.

“Saya amat bersyukur atas bantuan ini. Bagi saya, Tahun Baharu Cina ialah masa untuk bersama keluarga. Hari ini, kami turut merasai semangat kebersamaan sebagai satu komuniti walaupun datang daripada latar belakang berbeza. Terima kasih kepada PETRONAS dan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah,” katanya.

Chong Vui Ken, 72, dari Kampung Pangaraban, turut melahirkan penghargaan atas sumbangan diterima.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada JPKA dan PETRONAS. Bantuan ini menjadikan sambutan Tahun Baharu Cina kami lebih istimewa,” katanya.

Seorang lagi penerima, Chai Pin Kong, 70, dari Taman Sri Kapor, berkata bantuan itu tiba tepat pada masanya ketika beliau membuat persiapan menyambut perayaan bersama adiknya.

“Tahun ini tiada perhimpunan besar, hanya kami berdua berkongsi hidangan ringkas. Bantuan ini memudahkan persiapan dan membolehkan kami menyambut perayaan secara sederhana tetapi penuh makna,” katanya.

Pengagihan di Kudat dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah sebagai rakan pelaksana, manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Labuan menyokong pelaksanaan di Labuan.

Selain pek makanan, para penerima turut menerima biskut perayaan yang disediakan oleh usahawan di bawah program Memperkasakan Kesejahteraan Rakyat (MEKAR) kendalian Yayasan PETRONAS, yang memberi tumpuan kepada penjanaan pendapatan dan pembangunan keupayaan usahawan mikro tempatan.

Pengurus Besar PETRONAS Wilayah Sabah dan Labuan, Siti Ayu Abdul Wahab, berkata inisiatif itu mencerminkan usaha berterusan Yayasan PETRONAS dalam memperkasa komuniti, khususnya pada musim perayaan.

“Tahun Baharu Cina melambangkan kebersamaan dan keharmonian. Melalui program Memacu Kehidupan, kami berharap dapat membawa kegembiraan kepada keluarga yang meraikan, selain menegaskan komitmen kami terhadap kesejahteraan komuniti,” katanya.

Penyerahan pek makanan di Kudat berlangsung pada 11 Februari manakala pengagihan di Labuan diadakan pada 13 Februari.

Program Memacu Kehidupan merupakan sebahagian daripada agenda impak sosial Yayasan PETRONAS yang turut merangkumi inisiatif dalam bidang pendidikan dan kelestarian alam sekitar, sekali gus memperkukuh daya tahan komuniti serta memacu kemajuan sosioekonomi.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/14/yayasan-petronas-sumbang-pek-perayaan-kepada-150-keluarga-di-kudat-dan-labuan/feed/ 0 91652
Yayasan Petronas beri kegembiraan kepada penerima sempena Tahun Baharu Cina https://sabahmedia.com/2024/02/17/yayasan-petronas-beri-kegembiraan-kepada-penerima-sempena-tahun-baharu-cina/ https://sabahmedia.com/2024/02/17/yayasan-petronas-beri-kegembiraan-kepada-penerima-sempena-tahun-baharu-cina/#respond Sat, 17 Feb 2024 01:55:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49605
Read Time:1 Minute, 19 Second

Kota Kinabalu : Seramai 100 ketua keluarga kurang bernasib baik menerima sumbangan menerusi program Memacu Kehidupan yang dilaksanakan Yayasan Petronas sempena sambutan Tahun Baharu Cina di sini semalam.

Jumlah itu adalah sebahagian daripada 2,100 keluarga di seluruh negara yang dikenal pasti sebagai penerima melalui program yang dilaksanakan PETRONAS.

Majlis penyampaian sumbangan disempurnakan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew.

Terdahulu, Christina ketika berucap berkata, sumbangan yang disalurkan iyu merupakan sesuatu yang bermakna dalam meraikan sambutan Tahun Baru Cina sambil menyebarkan keceriaan kepada golongan yang memerlukan.

“Sumbangan seumpama ini yang telah dibuat secara konsisten oleh Yayasan PETRONAS sejak sekian lama menunjukkan komitmen yang teguh terhadap tanggungjawab sosial.

“Bagi pihak kementerian, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih atas keprihatinan Yayasan PETRONAS. Saya yakin Yayasan PETRONAS akan terus komited dalam melaksanakan program impak sosialnya di Sabah dan seluruh negara ini amnya,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Pejabat Wilayah PETRONAS Sabah dan Labuan, Siti Ayu Abdul Wahab berkata, melalui program itu,  Yayasan PETRONAS berkongsi keceriaan dengan masyarakat, memupuk hubungan baik dan membawa perubahan yang bermakna dalam komuniti.

Katanya, ia dilaksanakan setiap tahun sempena perayaan utama di negara ini iaitu Tahun Baharu Cina, Aidilfitri, Kaamatan, Gawai, Deepavali dan Krismas.

“Program Memacu Kehidupan adalah sebahagian daripada strategi kesejahteraan dan pembangunan komuniti Yayasan PETRONAS.

“Yayasan ini melaksanakan pelbagai program kemasyarakatan yang berpaksikan tiga tonggak iaitu pendidikan, pembangunan dan kesejahteraan masyarakat serta alam sekitar.

“Ia menunjukkan kesungguhan Yayasan PETRONAS dalam memberi impak positif terhadap kehidupan masyarakat,” katanya.

Program itu dilaksanakan bersama Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah yang akan mengagihkan sumbangan kepada baki penerima selebihnya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/17/yayasan-petronas-beri-kegembiraan-kepada-penerima-sempena-tahun-baharu-cina/feed/ 0 49605
Yayasan Petronas beri keceriaan kepada 200 keluarga sempena Krismas https://sabahmedia.com/2023/12/27/yayasan-petronas-beri-keceriaan-kepada-200-keluarga-sempena-krismas/ https://sabahmedia.com/2023/12/27/yayasan-petronas-beri-keceriaan-kepada-200-keluarga-sempena-krismas/#respond Wed, 27 Dec 2023 09:37:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47203
Read Time:54 Second

Matunggong : Seramai 200 keluarga terdiri daripada komuniti B40 di daerah kecil Matunggong dan Sikuati di sini menerima sumbangan berupa barangan keperluan harian yang disumbangkan Yayasan Petronas.

Penyerahan sumbangan sempena sambutan Krismas itu telah diadakan di Dewan Serbaguna Pekan Baru Matunggong di sini baru-baru ini.

Antara barangan keperluan yang disumbangkan menerusi program anjuran Petronas Sabah dan Labuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sabah itu melibatkan keperluan makanan, biskut perayaan dan kad hadiah Petronas.

Selain Matunggong dan Sikuati, sumbangan itu turut diserahkan kepada 600 penerima lain melibatkan beberapa kawasan antaranya Long Pasia; Nabawan; Kuala Sapi dan Liawan.

Ketua Petronas Sabah dan Labuan Siti Ayu Abdul Wahab berkata, pihaknya telahmendekati masyarakat di seluruh negara bukan saja dalam menyediakan makanan tetapi turut mewujudkan rasa kemasyarakatan dan sokongan.

Dengan inisiatif sumbangan Krismas ini, Yayasan Petronas akan mengagihkan barangan makanan perayaan kepada 11,850 keluarga di seluruh negara tahun ini.

Sumbangan itu, yang meliputi sambutan perayaan utama di Malaysia termasuk Tahun Baru Cina, Aidilfitri, Gawai, Kaamatan, dan Deepavali.

Ia juga menjadi bukti komitmen yayasan itu ke arah memberi impak positif kepada kehidupan mereka yang memerlukan semasa perayaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/27/yayasan-petronas-beri-keceriaan-kepada-200-keluarga-sempena-krismas/feed/ 0 47203