YAYASAN PETRONAS – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 23 Jun 2026 07:10:12 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png YAYASAN PETRONAS – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Yayasan PETRONAS sokong penanaman 1,000 pokok sempena Hari Hutan Antarabangsa 2026 https://sabahmedia.com/2026/06/23/yayasan-petronas-sokong-penanaman-1000-pokok-sempena-hari-hutan-antarabangsa-2026/ https://sabahmedia.com/2026/06/23/yayasan-petronas-sokong-penanaman-1000-pokok-sempena-hari-hutan-antarabangsa-2026/#respond Tue, 23 Jun 2026 07:10:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98725
Read Time:1 Minute, 10 Second

SOOK: Yayasan PETRONAS terus memperkukuh komitmennya terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kesejahteraan komuniti menerusi penanaman 1,000 pokok sempena Sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2026 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di sini baru-baru ini.

Program anjuran Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam itu menghimpunkan agensi kerajaan, komuniti setempat serta pelbagai pihak berkepentingan dalam usaha memperkukuh pemuliharaan hutan dan kelestarian ekosistem.

Pengurus Besar PETRONAS Pejabat Wilayah Sabah dan Labuan, Datuk Siti Ayu Abdul Wahab berkata, penyertaan Yayasan PETRONAS menerusi inisiatif One Million Trees membuktikan komitmen berterusan organisasi itu dalam memperkukuh penjagaan alam sekitar melalui usaha kolaboratif yang memberi manfaat kepada komuniti dan alam semula jadi.

“Menerusi program One Million Trees, Yayasan PETRONAS membuktikan komitmennya dalam memperkukuh penjagaan alam sekitar melalui usaha kolaboratif yang memberi manfaat kepada komuniti dan alam semula jadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sumbangan 1,000 pokok itu merupakan sebahagian daripada inisiatif One Million Trees Yayasan PETRONAS, iaitu usaha peringkat nasional yang menyokong pemulihan hutan serta memperkukuh daya tahan komuniti melalui penyelesaian berasaskan alam semula jadi di seluruh negara.

Inisiatif berkenaan memberi tumpuan kepada pemuliharaan ekosistem daratan dan paya bakau, di samping mengukuhkan daya tahan komuniti, selaras dengan tonggak alam sekitar Yayasan PETRONAS.

Majlis penanaman pokok simbolik diketuai oleh Ketua Konservator Hutan, Datuk Zulkifli Suara, dan disaksikan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Arthur Joseph Kurup di Dataran Sook.

Sambutan yang berlangsung selama tiga hari itu disempurnakan oleh Hajiji Noor.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/23/yayasan-petronas-sokong-penanaman-1000-pokok-sempena-hari-hutan-antarabangsa-2026/feed/ 0 98725
500 warga Sabah terima sumbangan Yayasan Petronas sempena Pesta Kaamatan https://sabahmedia.com/2025/05/02/500-warga-sabah-terima-sumbangan-yayasan-petronas-sempena-pesta-kaamatan/ https://sabahmedia.com/2025/05/02/500-warga-sabah-terima-sumbangan-yayasan-petronas-sempena-pesta-kaamatan/#respond Fri, 02 May 2025 00:56:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73040
Read Time:59 Second

Tambunan : Seramai 500 warga Sabah terpilih sebagai penerima sumbangan Yayasan Petronas sempena sambutan Pesta Kaamatan pada tahun ini.

Daripada jumlah tersebut, seramai 200 penduduk daerah ini menerima sumbangan yang disampaikan Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan pada Majlis Pelancaran Pesta Kaamatan di Dewan Terbuka Pisompuruan di sini pada Khamis.

Hadir sama menyerahkan sumbangan Pengurus Besar Pejabat Wilayah Petronas Sabah dan Labuan, Siti Ayu Abdul Wahab.

Yayasan Petronas menyatakan, sebanyak 100 bakul makanan bakal diagihkan di daerah Tongod, 50 lagi di Kepayan dan baki 150 pula di Manggatal.

Sumbangan bakul makanan itu bertujuan meringankan beban golongan kurang berkemampuan dalam membuat persiapan menyambut Pesta Kaamatan.

Pada majlis sama, turut disampaikan Anugerah Khas Tokoh Usahawan Muda Tambunan kepada tiga penerima, iaitu Barry Ronald Gabriel, Mixxcomoco Philip dan Lynda Robert, atas pencapaian mereka dalam bidang keusahawanan.

Menyerikan lagi acara ialah persembahan khas daripada House of Music Arts, sebuah institusi seni tempatan yang kini menjadi kebanggaan Daerah Tambunan, di bawah pimpinan Nick Arddley Nicholas.

Hadir sama pada majlis yang dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor itu ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam,Huguan Siou Tan Sri Joseph Pairin Kitingan serta beberapa jemah menteri kabinet Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/02/500-warga-sabah-terima-sumbangan-yayasan-petronas-sempena-pesta-kaamatan/feed/ 0 73040
Yayasan Petronas salur sumbangan kepada 300 golongan memerlukan https://sabahmedia.com/2025/03/27/yayasan-petronas-salur-sumbangan-kepada-300-golongan-memerlukan/ https://sabahmedia.com/2025/03/27/yayasan-petronas-salur-sumbangan-kepada-300-golongan-memerlukan/#respond Thu, 27 Mar 2025 01:21:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71168
Read Time:42 Second

Tuaran : Seramai 300 penerima terdiri dari golongan memerlukan sekitar daerah ini menerima sumbangan berupa bakul makanan dari Yayasan Petronas sempena sambutan Aidilfitri.

Sumbangan yang disalurkan menerusi inisiatif Memacu Kehidupan itu disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Dalit Datuk Jasnih Daya sempena Majlis Berbuka Puasa Madani peringkat negeri Sabah di Padang Istiadat di sini baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Petronas, Shariah Nelly Francis berkata, pihaknya komited untuk mendekati dan menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat, terutamanya pada musim perayaan.

“Kita menyambut Aidilfitri dengan rasa penuh gembira dan semangat kebersamaan. Menerusi inisiatif Memacu Kehidupan ini, kami ingin memeriahkan lagi suasana hari raya,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Antara barangan yang telah diagihkan ialah minyak masak, makanan tin, tepung, dan gula.

Yayasan Petronas bertekad untuk terus menyemarakkan semangat harmoni di seluruh negara, khususnya pada musim perayaan. – SABAH MEDIA / FOTO PETRONAS

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/27/yayasan-petronas-salur-sumbangan-kepada-300-golongan-memerlukan/feed/ 0 71168
600 keluarga di Sabah terima sumbangan Krismas dari Yayasan PETRONAS https://sabahmedia.com/2024/12/20/600-keluarga-di-sabah-terima-bantuan-krismas-daripada-yayasan-petronas/ https://sabahmedia.com/2024/12/20/600-keluarga-di-sabah-terima-bantuan-krismas-daripada-yayasan-petronas/#respond Fri, 20 Dec 2024 09:13:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=65738
Read Time:1 Minute, 20 Second

KOTA KINABALU: Yayasan PETRONAS terus memainkan peranan dalam membantu golongan kurang bernasib baik dengan menyebarkan keceriaan Krismas kepada 600 keluarga di Sabah melalui inisiatif Uplifting Lives.

Menerusi inisiatif ini, pek makanan keperluan dan perayaan telah diagihkan kepada keluarga di lima daerah iaitu Tamparuli, Kuala Penyu, Papar, Penampang, dan Kota Kinabalu.

Keluarga penerima manfaat dikenal pasti dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Sabah.

Jahid (tengah) menyerahkan bantuan Krismas daripada Yayasan Petronas kepada salah seorang penerima sambil disaksikan Siti Ayu (kanan).

Majlis penyerahan sumbangan di Tamparuli telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, Datuk Jahid Jahim.

Sementara itu, di Papar, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, yang juga Ahli Parlimen Papar, menyerahkan pek bantuan kepada penerima.

Turut hadir dalam majlis penyerahan di Papar ialah Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan PETRONAS, Shariah Nelly Francis; ADUN Kawang merangkap Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar; ADUN Limbahau, Datuk Juil Nuantim; dan Pegawai Daerah Papar, Muhammad Mohd Ali.

Pengurus Besar Pejabat Wilayah PETRONAS Sabah dan Labuan, Siti Ayu Abdul Wahab, berkata menyebarkan kegembiraan perayaan melalui amalan kebaikan membantu mewujudkan perpaduan dan semangat kebersamaan.

“Melalui inisiatif Uplifting Lives, kami berhasrat untuk memberi sokongan kepada mereka yang memerlukan sambil memupuk hubungan kebersamaan dalam komuniti,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Pada tahun ini, Yayasan PETRONAS telah mengagihkan pek makanan perayaan kepada 11,850 keluarga di seluruh Malaysia sempena sambutan perayaan utama, termasuk Krismas.

Inisiatif Uplifting Lives merupakan sebahagian daripada fokus Yayasan PETRONAS terhadap kesejahteraan dan pembangunan komuniti, mencerminkan komitmen mereka untuk memberi impak positif kepada golongan yang memerlukan.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/20/600-keluarga-di-sabah-terima-bantuan-krismas-daripada-yayasan-petronas/feed/ 0 65738
Yayasan Petronas santuni 200 keluarga memerlukan sempena sambutan Hari Natal https://sabahmedia.com/2024/12/15/yayasan-petronas-santuni-200-keluarga-memerlukan-sempena-sambutan-hari-natal/ https://sabahmedia.com/2024/12/15/yayasan-petronas-santuni-200-keluarga-memerlukan-sempena-sambutan-hari-natal/#respond Sun, 15 Dec 2024 10:57:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=65486
Read Time:1 Minute, 15 Second

PAPAR: Seramai 200 keluarga yang memerlukan dari Parlimen Papar menerima sumbangan dari Yayasan Petronas sempena sambutan perayaan Hari Natal.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merangkap Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali berkata sumbangan daripada Yayasan Petronas itu berupa barangan keperluan harian sedikit sebanyak membantu para penerima membuat persiapan menjelang perayaan Natal nanti.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) Krismas, Sentuhan Kasih dan Advokasi Kepenggunaan yang diadakan di Gereja St Augustine, Kinarut dekat sini, hari ini.

Hadir sama pada program itu, Pengurus Besar, PETRONAS Sabah & Labuan Siti Ayu Abdul Wahab.

Menurut Armizan, sumbangan tersebut juga merupakan sebahagian daripada keseluruhan 11,850 buah keluarga dari seluruh Malaysia yang telah disantuni oleh Petronas melalui Program Memacu Kehidupan 2024 ketika sambutan perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Gawai, Kaamatan, Deepavali, dan kini perayaan Krismas.

“Untuk makluman, Yayasan Petronas merupakan cabang impak sosial Petronas yang mempunyai tiga fokus utama iaitu pendidikan, kesejahteraan dan pembangunan komuniti dan alam sekitar.

“Pelbagai program dilaksanakan oleh Yayasan Petronas ini sebagai usaha membantu memberikan kesejahteraan, kelestarian dan pembangunan kepada masyarakat,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu, Armizan turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Yayasan Petronas atas sumbangan yang diberikan sekali gus menyokong dalam menjayakan inisiatif Ihsan Rahmah Madani.

Selain itu Armizan berkata PJRM yang diadakan ini adalah bagi membantu masyarakat sekitar mendapatkan barangan keperluan harian pada harga lebih murah berbanding harga pasaran, terutamanya mereka yang sedang membuat persiapan untuk menyambut perayaan Hari Natal tidak lama lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/15/yayasan-petronas-santuni-200-keluarga-memerlukan-sempena-sambutan-hari-natal/feed/ 0 65486
Yayasan Petronas & Jabatan Perhutanan Sabah bekerjasama pulihkan Hutan Simpan Kungkular https://sabahmedia.com/2024/10/02/yayasan-petronas-jabatan-perhutanan-sabah-bekerjasama-pulihkan-hutan-simpan-kungkular/ https://sabahmedia.com/2024/10/02/yayasan-petronas-jabatan-perhutanan-sabah-bekerjasama-pulihkan-hutan-simpan-kungkular/#respond Wed, 02 Oct 2024 10:11:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61595
Read Time:1 Minute, 23 Second

TENOM: Yayasan PETRONAS dan Jabatan Perhutanan Sabah telah melancarkan Program Restorasi Hutan Simpan Kungkular melibatkan kawasan hutan terosot seluas 185 hektar di daerah ini.

Program itu melibatkan penanaman pokok yang dilaksanakan dengan penyertaan komuniti tempatan dari Kampung Kungkular, Kampung Nanturaan, Kampung Lohot, dan Kampung Sosopon melalui perkongsian pengetahuan dan kemahiran, penyediaan tapak, tapak semaian, penanaman pokok, penyelenggaraan, dan perancangan kelestarian.

Timbalan Ketua Konservator Hutan, Jabatan Perhutanan Sabah, Indra Purwandita Herry Sunjoto melancarkan program itu pada Jumaat lalu (27 Sept), disaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri Kemabong Datuk Rubin Balang, Ahli Parlimen Tenom Riduan Rubin, dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan PETRONAS, Shariah Nelly Francis.

Perkongsian strategik berkenaan telah dimeterai pada Persidangan Antarabangsa Heart of Borneo 2023 di Kota Kinabalu.

Ia juga merupakan satu daripada inisiatif Yayasan PETRONAS untuk menanam satu juta pokok di seluruh Malaysia.

Shariah Nelly berkata program berkenaan merupakan inisiatif jangka panjang bertujuan membina daya tahan komuniti terhadap cabaran perubahan iklim dan pada masa sama memulihara alam sekitar melalui penyelesaian berasaskan alam semula jadi.

Seramai 948 penduduk daripada 202 isi rumah juga akan diperkasa dengan aktiviti perhutanan tani seperti pertanian bersepadu, dan dipertingkatkan pengetahuan dan kemahiran amalan pertanian baik, termasuk pentingnya melindungi sistem ekologi tempatan bagi keterjaminan bekalan makanan dan air.

Program itu dijalankan dengan kerjasama rakan kongsi termasuk Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, dan Jabatan Perikanan bagi memastikan bimbingan dan sokongan berterusan ke arah merealisasikan komitmen Yayasan PETRONAS terhadap kelestarian alam sekitar di bawah inisiatif Menyemai Masa Hadapan.

“Penglibatan komuniti dalam inisiatif berasaskan alam semula jadi membantu membina rasa tanggungjawab bersama dalam menjaga alam sekitar.

“Ini bukan sahaja menggalakkan kerjasama dalam usaha perlindungan, tetapi juga meningkatkan kesedaran tentang pentingnya memelihara ekosistem demi kebaikan bersama,” tambah Shariah.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/02/yayasan-petronas-jabatan-perhutanan-sabah-bekerjasama-pulihkan-hutan-simpan-kungkular/feed/ 0 61595
Yayasan PETRONAS agih barangan makanan di bawah program “Memacu Kehidupan: Hari Raya Aidilfitri 2023” https://sabahmedia.com/2023/04/06/yayasan-petronas-agih-barangan-makanan-di-bawah-program-memacu-kehidupan-hari-raya-aidilfitri-2023/ https://sabahmedia.com/2023/04/06/yayasan-petronas-agih-barangan-makanan-di-bawah-program-memacu-kehidupan-hari-raya-aidilfitri-2023/#respond Thu, 06 Apr 2023 08:01:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32265
Read Time:1 Minute, 25 Second

KOTA KINABALU: Yayasan PETRONAS mengagihkan 300 bakul makanan di Sabah dan 150 lagi di Labuan di bawah program “Memacu Kehidupan: Hari Raya Aidilfitri 2023” bagi menyokong inisiatif Bakul Rahmah di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Program itu yang disokong PETRONAS Dagangan Bhd, Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah serta Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menyediakan keperluan makanan asas dan bekalan makanan perayaan seperti pulut, santan, pes rendang dan kuah kacang.

Kesemua penerima juga akan mendapat kad hadiah PETRONAS yang boleh digunakan untuk membeli petrol dan diesel serta barangan Kedai Mesra di stesen-stesen PETRONAS.

Naib Presiden Kanan Pelaksanaan Projek dan Teknologi PETRONAS Datuk Bacho Pilong berkata, melalui inisiatif Memacu Kehidupan, Yayasan PETRONAS menyumbang ke arah usaha meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

“Kami memahami bahawa musim perayaan ada kalanya mencabar untuk mereka yang kurang bernasib baik. Yayasan PETRONAS komited untuk memainkan peranannya untuk menjadikan musim perayaan lebih ceria bagi golongan ini.

“Program Memacu Kehidupan ini dirangka untuk menyediakan bukan sahaja makanan, tetapi juga untuk mewujudkan rasa kemasyarakatan dan sokongan semasa musim perayaan,” kata Datuk Bacho pada majlis penyerahan bantuan makanan kepada Rumah Anak Yatim As-Sakinah Papar, yang merupakan antara penerima program itu.

Acara itu berlangsung sebelum majlis berbuka puasa bersama pegawai dan kakitangan kerajaan negeri di sini, semalam (5 April).

Penerima yang lain di Sabah termasuk Pusat Aktiviti Warga Emas Papar, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Papar, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Bongawan, serta penerima yang dikenal pasti di Kalabakan dan Kunak.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Datuk Dr Mohd Ariffin Mohd Arif; Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri Datuk Ag Shahminan Datuk Ag Sahari, serta Ketua PETRONAS Sabah dan Labuan Siti Ayu Abdul Wahab.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/06/yayasan-petronas-agih-barangan-makanan-di-bawah-program-memacu-kehidupan-hari-raya-aidilfitri-2023/feed/ 0 32265
Yayasan Petronas Sumbang peranti, Data Bernilai RM4.6 juta kepada pelajar Sabah, Labuan https://sabahmedia.com/2021/07/04/yayasan-petronas-sumbang-peranti-data-bernilai-rm4-6-juta-kepada-pelajar-sabah-labuan/ https://sabahmedia.com/2021/07/04/yayasan-petronas-sumbang-peranti-data-bernilai-rm4-6-juta-kepada-pelajar-sabah-labuan/#respond Sun, 04 Jul 2021 09:20:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2516
Read Time:58 Second

BERNAMA

KOTA KINABALU, 4 Julai — Seramai 1,726 pelajar di Sabah dan 118 pelajar di Labuan menerima peranti digital yang dilengkapi sambungan data bernilai RM4.6 juta sumbangan Yayasan Petronas bagi memudahkan akses pembelajaran dalam talian kepada pelajar daripada keluarga B40.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Petronas Nelly Francis Shariah berkata sumbangan itu disalurkan melalui Pejabat Pendidikan Daerah Beaufort, Kuala Penyu, Papar, Kinabatangan, Labuk dan Sugut, Semporna, Lahad Datu, Pitas, Ranau, Tenom, dan Jabatan Pendidikan Labuan bermula 29 Jun hingga 2 Julai.

“Ia adalah sebahagian daripada komitmen Yayasan PETRONAS di bawah Program CERDIK yang merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat oleh syarikat berkaitan kerajaan bagi memudahkan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat akses pendidikan dalam norma baharu.

“Hasrat kami melalui penglibatan dalam Program CERDIK ini ialah untuk menyediakan akses pendidikan berkualiti secara saksama kepada pelajar ke arah merapatkan jurang digital dalam pembelajaran,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata peranti yang disediakan melalui Program CERDIK itu akan menyokong keperluan pembelajaran pelajar selama tiga tahun akademik dan dilengkapi dengan sambungan data serta sokongan teknikal dan waranti.

“Secara keseluruhannya, Yayasan PETRONAS mengagihkan 12,000 peranti bernilai RM30 juta di seluruh negara di bawah Program CERDIK,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/04/yayasan-petronas-sumbang-peranti-data-bernilai-rm4-6-juta-kepada-pelajar-sabah-labuan/feed/ 0 2516