YBR – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 30 Dec 2024 05:28:40 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png YBR – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 YBR salur peruntukkan RM3 juta laksana program pembangunan pendidikan Sabah https://sabahmedia.com/2024/12/30/ybr-salur-peruntukkan-rm3-juta-laksana-program-pembangunan-pendidikan-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/12/30/ybr-salur-peruntukkan-rm3-juta-laksana-program-pembangunan-pendidikan-sabah/#respond Mon, 30 Dec 2024 05:27:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66155
Read Time:1 Minute, 25 Second

Kota Belud : Peruntukan sebanyak RM3 juta diperuntukkan Yayasan Bank Rakyat (YBR) kepada beberapa buah Parlimen di negeri ini bagi melaksanakan program pembangunan pendidikan Sabah selama setahun pada tahun depan.

YBR dalan satu kenyataan memaklumkan, pelaksanaan program itu adalah bagi menoktahkan kemiskinan melalui pendidikan di mana Sabah merupakan negeri yang mempunyai kadar kemiskinan tertinggi di Malaysia. 

Selain itu, inisiatif ini juga bertujuan bagi meningkatkan mutu pendidikan di kalangan pelajar- pelajar yang kurang bernasib baik terutamanya mereka yang berada di kawasan luar bandar.

“Bantuan ini akan melibatkan kumpulan individu dari kalangan asnaf dan B40 di kawasan Kota Belud, Kota Marudu dan Kudat.   Ia juga dijangka seramai lebih 65,000 pelajar akan menerima manfaat daripada inisiatif yang dijalankan ini,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Penyerahan replika cek Program Pembangunan Pendidikan Sabah Tahun 2025 telah disempurnakan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan diiringi Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick di Kadamaian Square, Taginambur, Kota Belud semasa Program Santuni Madani KUSKOP Bersama Komuniti Kota Belud, di sini, hari ini.

Majlis ini turut dihadiri oleh Pengerusi YBR, Datuk Philip Benedict Lasimbang; Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani; Ketua Bahagian Operasi YBR, Mohd Mukhti Abd Rahman, Ketua Bahagian Pentadbiran Korporat, Khairul Na’im Arifin dan Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

YBR akan terus memberi sokongan bagi meningkatkan pembangunan modal insan di Sabah khususnya dikalangan pelajar melalui bidang pendidikan.

Sepanjang tahun ini, YBR telah memperuntukan sebanyak RM20.4 juta bagi program pembangunan pendidikan dan pembangunan masyarakat di seluruh negara.

Melalui bantuan awal pengajian dan bantuan persekolahan sahaja, seramai 30,572 murid dan pelajar IPT serta 226 buah sekolah telah menerima manfaat daripada inisiatif ini. – SABAH MEDIA / FOTO YBR

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/30/ybr-salur-peruntukkan-rm3-juta-laksana-program-pembangunan-pendidikan-sabah/feed/ 0 66155
80 Pelajar UMS Terima Bantuan Awal Pengajian https://sabahmedia.com/2022/03/21/80-pelajar-ums-terima-bantuan-awal-pengajian/ https://sabahmedia.com/2022/03/21/80-pelajar-ums-terima-bantuan-awal-pengajian/#respond Mon, 21 Mar 2022 09:30:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13299
Read Time:1 Minute, 52 Second

KOTA KINABALU : Yayasan Bank Rakyat (YBR) memperuntukkan sebanyak RM80,000 untuk disumbangkan kepada 80 orang pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang terdiri dari kalangan keluarga berpendapatan rendah.

Sumbangan yang diserahkan menerusi Bantuan Awal Pengajian (BAP) itu adalah bagi membantu pelajar membuat persediaan kemasukan sesi pengajian di perinkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang baru bermula.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR Datuk Dr Abdul Rahman Bakri berkata, bantuan yang disalurkan itu juga akan dapat mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung ibu bapa dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sebelum mendapatkan mana-mana bantuan dana dalam meneruskan pengajian sedia ada.

Katanya, pihaknya juga berharap agar lebih ramai agensi atau badan bukan kerajaan tampil untuk mengikut jejak langkah YBR dalam membantu memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan khususnya masyarakat luar bandar.

Menurutnya, menerusi bantuan itu juga akan dapat meringankan beban ibu bapa yang terkesan akibat pandemik COVID-19 yang telah melanda di seluruh negara.

“Ini juga akan dapat memberi rasa keterujaan pelajar untuk membuat persiapan untuk memasuki pengajian di peringkat IPT.

“Diharap bantuan ini akan dapat melahirkan pelajar yang komited, berkualiti, mampan, bercirikan keusahawanan, serta mampu berdaya saing di semua peringkat yang menjadi asas kepada kemakmuran dan kesejahteraan negara untuk jangka panjang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian replica cek bantuan pengajian yang diserahkan kepada Naib Cancelor UMS Datuk ChM Dr Taufiq Yap Yun Him dan turut disaksikan Ahli Lembaga Pengarah UMS Datin Nurlaila Said.

Terdahulu, Naib Cancelor UMS Datuk ChM Dr Taufiq Yap Yun Him berkata, pihaknya amat berbesar hati dengan inisiatif YBR yang yang menyalurkan sumbangan kepada pelajar memerlukan.

Katanya, dengan usaha itu diharap akan dapat menyuntik semangat para pelajar UMS yang terpilih untuk terus berusaha dan mencapai kecemerlangan dalam akademik.

“UMS juga turut menyediakan pelbagai jenis bantuan kepada para pelajar seperti Bantuan Sara Diri (MyCare).

“Bantuan yang disediakan ini sudah pasti bertujuan untuk memastikan para pelajar dapat melalui proses pembelajaran dengan lebih kondusif di samping membantu mengurangkan bebanan kewangan yang dihadapi.

“Justeru, para pelajar seharusnya menghargai usaha ini dan tidak mensia-siakan setiap peluang yang telah diberikan,” katanya.

Sehingga kini, seramai 3,277 pelajar telah menerima manfaat melalui BAP YBR dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.2 juta sejak dari tahun 2017 dan bagi tahun 2022, sejumlah RM1.0 juta diperuntukan bagi bantuan ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/21/80-pelajar-ums-terima-bantuan-awal-pengajian/feed/ 0 13299