YKN – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 18 Feb 2025 10:21:04 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png YKN – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 YKN sumbang RM300 ribu bantuan bencana banjir Sabah https://sabahmedia.com/2025/02/18/ykn-sumbang-rm300-ribu-bantuan-bencana-banjir-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/02/18/ykn-sumbang-rm300-ribu-bantuan-bencana-banjir-sabah/#respond Tue, 18 Feb 2025 10:21:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68941
Read Time:42 Second

Oleh FLORIETA DIET

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri hari ini menerima Bantuan Bencana Banjir Sabah 2025 daripada Yayasan Kebajikan Negara (YKN) sebanyak RM300 ribu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima sumbangan itu daripada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri yang juga Pengerusi YKN di pejabatnya di Menara Kinabalu pada Selasa.

Hajiji bagi pihak kerajaan merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada YKN atas keprihatinan membantu mangsa bencana banjir di negeri ini.

Menurut Nancy, bantuan yang diserahkan ini bertujuan untuk meringankan beban mangsa bencana di negeri Sabah serta memastikan mereka mendapat sokongan yang diperlukan dalam usaha pemulihan.

Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sarah Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Datuk Che Murad Sayang Ramjan, Ketua Pegawai Eksekutif Amanah Raya, Ahmad Feizal Sulaiman Khan dan Ketua Pegawai Eksekutif YKN, Nordina Haron.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/18/ykn-sumbang-rm300-ribu-bantuan-bencana-banjir-sabah/feed/ 0 68941
YKN Cadang Wujudkan Anjung Kasih Di Setiap Negeri https://sabahmedia.com/2021/12/13/ykn-cadang-wujudkan-anjung-kasih-di-setiap-negeri/ https://sabahmedia.com/2021/12/13/ykn-cadang-wujudkan-anjung-kasih-di-setiap-negeri/#respond Mon, 13 Dec 2021 10:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9824
Read Time:1 Minute, 37 Second

SANDAKAN: Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bercadang untuk mewujudkan Anjung Kasih di setiap negeri bagi memberi kemudahan penginapan sementara kepada ahli keluarga yang mengiringi pesakit yang menerima rawatan di hospital kerajaan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, pada masa ini sebanyak 16 buah Anjung Kasih YKN telah beroperasi sepenuhnya di beberapa buah hospital di seluruh negara.

Katanya, kemudahan ini telah dapat memberi manfaat kepada 80,574 orang penghuni semenjak ia mula beroperasi pada tahun 2006 secara berperingkat hingga sekarang.

“Kerajaan sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap kebajikan serta keperluan setiap golongan masyarakat di negara ini.

“Dalam hal ini juga YKN bercadang untuk mewujudkan Anjung Kasih di setiap negeri. Meskipun jumlah Anjung Kasih yang ada secara relatifnya kecil, namun ianya berjaya menjimatkan kos perbelanjaan mereka yang dianggarkan secara purata di antara RM100 hingga RM120 sehari jika mereka menginap di hotel dan rumah tumpangan berbayar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Anjung Kasih YKN di Hospital Duchess Of Kent Sandakan disini semalam.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Ir Shahelmey Yahya.

Rina yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YKN Malaysia berkata, Anjung Kasih itu terbukti memberi pulangan faedah sosial dan kewangan yang tinggi kepada mereka yang terlibat.

Katanya, ia juga telah menjadi penjana atau penyumbang kasih sayang kerana waris dapat menemani ahli keluarga dengan menginap di Anjung Kasih YKN.

“Anjung Kasih dapat membantu pihak hospital mengurangkan kepadatan di wad-wad dengan penyediaan tempat menginap yang selesa kepada waris pesakit.

“Hal ini juga membantu mengurangkan risiko jangkitan penyakit kepada penjaga dan juga pesakit di wad.

“Sehubungan itu saya berharap supaya kemudahan yang disediakan ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin dan dijaga dengan baik oleh masyarakat dan golongan sasar,” katanya.

Katanya, usaha YKN untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik dan memerlukan pasti berjaya dan memberi implikasi positif terhadap sosial dan ekonomi apabila disokong oleh semua pihak samada kerajaan, syarikat swasta atau korporat, NGO mahupun orang peseorangan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/13/ykn-cadang-wujudkan-anjung-kasih-di-setiap-negeri/feed/ 0 9824