ynj – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 14 Apr 2022 01:46:02 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png ynj – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 YNJ santuni 50 asnaf,12 ahli PVATM https://sabahmedia.com/2022/04/14/ynj-santuni-50-asnaf12-ahli-pvatm/ https://sabahmedia.com/2022/04/14/ynj-santuni-50-asnaf12-ahli-pvatm/#respond Thu, 14 Apr 2022 01:46:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14235
Read Time:1 Minute, 31 Second

TAMBUNAN: Seramai 50 asnaf dan 12 ahli Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) menerima sumbangan dari Yayasan Nur Jauhar (YNJ) sempena bulan Ramadan.

Majlis penyampaian sumbangan disempurnakan  Isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni yang juga Penasihat YNJ di Rumah Rehat Kerajaan di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Cawangan PVATM Daerah Tambunan, Maxentius Budin, 54, yang ditemui media meluahkan rasa terharu dan berterima kasih atas keprihatinan YNJ kepada ahli PVATM.

“Saya bagi pihak PVATM Cawangan Tambunan ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Toh Puan Norlidah kerana sudi memberi sumbangan kepada kami pesara-pesara ATM.

“Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan untuk membantu golongan yang memerlukan terutama bagi kategori miskin tegar, balu dan anak-anak pesara dalam kategori Orang Kurang Upaya (OKU),” katanya.

Turut menerima sumbangan asnaf, Daisy Stanis, 27 berasal dari Kampung Rompon menzahirkan rasa syukur, berterima kasih atas bantuan yang diberikan dapat meringankan perbelanjaan seisi rumah dalam bulan Ramadan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada YNJ dan Toh puan atas sumbangan ini sangat memberi makna dan berasa gembira kerana terpilih untuk menerima sumbangan dari YNJ,” katanya.

Bagi asnaf, Nordin Intang, 60, yang berasal dari Kampung Patau pula menyatakan sumbangan yang diterima akan dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.

“Saya rasa terharu kerana menerima sumbangan daripada Toh Puan Norlidah yang sanggup datang ke Tambunan pada hari ini.

“Saya berasa sangat bertuah kerana terpilih untuk menerima sumbangan kewangan dari YNJ dan sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban saya sekeluarga,” katanya.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Pegawai Daerah Tambunan, Sobitun Makjil, Ketua Polis Daerah Keningau, Nor Rafidah Kasim,  Setiausaha Sulit kepada Yang di-Pertua Negeri merangkap Bendahari Kehormat YNJ, Datuk Abinan Asli dan Pengerusi Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS), Dr Omar Raisul Assalam Syah Sulaiman Omar.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/14/ynj-santuni-50-asnaf12-ahli-pvatm/feed/ 0 14235
YNJ Serah Sumbangan Kepada 87 Ahli PVATM https://sabahmedia.com/2022/01/30/ynj-serah-sumbangan-kepada-87-ahli-pvatm/ https://sabahmedia.com/2022/01/30/ynj-serah-sumbangan-kepada-87-ahli-pvatm/#respond Sun, 30 Jan 2022 03:05:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11720
Read Time:1 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU : Seramai 87 ahli Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) menerima sumbangan kewangan daripada Yayasan Nur Jauhar (YNJ). 

Pengerusi YNJ, Brigedier Jeneral Al Hambra Juhar berkata pemberian sumbangan itu adalah bagi menghargai pengorbanan yang telah diberikan oleh pesara veteran yang telah bergadai nyawa demi mempertahankan tanah air. 

“Diharap sumbangan pada hari ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban pesara-pesara ATM kategori miskin tegar, balu dan anak-anak pesara dalam kategori Orang Kurang Upaya (OKU).

“YNJ juga akan meneruskan sesi jelajah ke seluruh Sabah bagi terus membantu dan menyantuni pesara-pesara veteran ATM dan daerah Tawau akan menjadi lokasi seterusnya,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Penyerahan Sumbangan Yayasan Nur Jauhar kepada Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia di Dewan Maksak, Likas disini semalam.

Sementara itu, salah seorang penerima sumbangan iaitu balu kepada Allahyarham Sarjan Osman Mahadi, Nafsiah Madzor meluahkan rasa terharu atas keprihatinan YNJ dalam memberikan sumbangan bantuan kepada beliau dan keluarga. 

“Terlalu banyak bantuan yang telah diberikan oleh YNJ kepada kami sekeluarga termasuklah bantuan selepas kejadian kebakaran rumah kami di Putatan pada tahun lepas, hanya Allah swt sahaja yang dapat membalas segala kebaikan yang telah diberikan,”katanya.

Turut hadir, Setiausaha Sulit kepada Yang di-Pertua Negeri merangkap Bendahari Kehormat YNJ, Datuk Abinan Asli, Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip, Pegawai Daerah Putatan, Haryani Anah Abdul Kahar dan Yang di-Pertua PVATM, Marshid Mohd Salleh.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/30/ynj-serah-sumbangan-kepada-87-ahli-pvatm/feed/ 0 11720
YNJ Serah Sumbangan Penghawa Dingin & Sejadah https://sabahmedia.com/2021/12/01/ynj-serah-sumbangan-penghawa-dingin-sejadah/ https://sabahmedia.com/2021/12/01/ynj-serah-sumbangan-penghawa-dingin-sejadah/#respond Wed, 01 Dec 2021 01:21:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9119
Read Time:1 Minute, 3 Second

SANDAKAN :  Seramai 456 pelajar Islam di Sekolah Kebangsaan (SK) St Monica disini akan menikmati kemudahan pembelajaran agama dengan selesa.

Hasrat tersebut direalisasikan bekas murid sekolah berkenaan, Brigider Jeneral Al Hambra Tun Juhar yang juga Pengerusi Yayasan Nur Jauhar (YNJ) menerusi sumbangan dua unit penghawa dingin dan 15 unit karpet sejadah gulung dengan nilai keseluruhan RM 5,570.

Sumbangan itu diserahkan kepada Guru Besar SK St Monica, Nukilis Gampalid @ Nicholas untuk diletakkan di bilik agama untuk digunakan oleh murid-murid beragama Islam yang menjalankan aktiviti seperti kelas mengaji Al-Quran, solat dan sebagainya.

“Menerusi sumbangan ini sekurang-kurangnya dapat memberi keselesaan kepada pelajar yang mengadakan kelas keagamaan yang sebelum ini kekurangan kemudahan penghawa dingin dan sejadah.

“Ini merupakan sekolah pertama di daerah Sandakan yang kita beri sumbangan memandangkan saya pernah bersekolah di sekolah ini lebih kurang 20 tahun lalu dan YNJ akan meneruskan aktiviti sumbangan kepada sekolah-sekolah lain yang memerlukan,” katanya.

Al Hambra yang merupakan Komander Rejimen 507 Askar Wataniah ditemui media selepas menyempurnakan majlis berkenaan di sini, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Sulit kepada Yang di-Pertua Negeri merangkap Bendahari Kehormat YNJ Datuk Abinan Asli, Biro Perhubungan Awam YNJ Datuk Mohd Rashid Mohd Tahir dan Guru Besar SK St Monica, Nukilis Gampalid @ Nicholas./Penerangan- 

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/01/ynj-serah-sumbangan-penghawa-dingin-sejadah/feed/ 0 9119
455 Penduduk Mukim Labak Terima Sumbangan https://sabahmedia.com/2021/10/09/455-penduduk-mukim-labak-terima-sumbangan/ https://sabahmedia.com/2021/10/09/455-penduduk-mukim-labak-terima-sumbangan/#respond Sat, 09 Oct 2021 09:26:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7357
Read Time:39 Second

PAPAR:  Seramai 445 penduduk di Mukim Labak yang terjejas banjir menerima sumbangan daripada Yayasan Nur Jauhar (YNJ).

Majlis penyampaian dengan kerjasama Sawit Kinabalu tersebut disempurnakan oleh Penaung YNJ, Toh Puan Norlidah R.M.Jasni di Balairaya Kampung  Labak, Kinarut disini.

Antara kampung yang terlibat ialah Kampung Tampasak, Kampung Punson Kulirip, Kampung Mook, Kampung Langkuas, Kampung Sulim dan Kampung Labak.

Rata-rata asnaf yang menerima sumbangan berkenaan menzahirkan rasa syukur, berterima kasih serta mendoakan kesejahteraan terhadap Penaung YNJ, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbahau, Datuk Juil Nuatim, Pengarah Urusan Sawit Kinabalu, Datuk Bacho Jansie,. Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Limbahau, Datuk Johnny Mositun dan Pegawai Daerah Papar, Hadzlan Jablee./Penerangan-

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/09/455-penduduk-mukim-labak-terima-sumbangan/feed/ 0 7357
YNJ Serah Sumbangan Kepada Mangsa Kebakaran https://sabahmedia.com/2021/10/03/ynj-serah-sumbangan-kepada-mangsa-kebakaran/ https://sabahmedia.com/2021/10/03/ynj-serah-sumbangan-kepada-mangsa-kebakaran/#respond Sun, 03 Oct 2021 08:57:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7141
Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU:  Seramai 56 Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa kebakaran di Kampung Meruntum dan Kampung Pandan menerima sumbangan berupa bakul makanan dan wang tunai.

Pengerusi Yayasan Nur Jauhar (YNJ) Brigedier Al Hambra Tun Juhar berkata, sumbangan yang disalurkan YNJ itu merupakan kerjasama bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia dibawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Hasil Prihatin.

“Pada hari ini, Yayasan menyampaikan sumbangan bakul makanan dan wang tunai kepada setiap KIR iaitu mangsa kebakaran di Kampung Meruntum dan Kampung Pandan yang berlaku pada Mei lalu.

“Diharapkan dengan sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga mangsa yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan bantuan berkenaan di Dewan Seri Kinabalu, Istana Seri Kinabalu disini hari ini.

Majlis penyerahan sumbangan serta bakul makanan disempurnakan isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni yang juga Penasihat YNJ.

Pada majlis itu, Toh Puan Norlidah turut menyampaikan bakul makanan masing-masing kepada 101 KIR mangsa kebakaran di Tanjung Aru dan 500 bakul lagi kepada Kelab Kebajikan Raisul Assalam.

Turut menerima sumbangan sama, golongan asnaf dari tiga buah daerah iaitu Tuaran, Pitas dan Kota Marudu.

Toh Puan Norlidah yang diiringi Al Hambra juga menyampaikan 40 bakul makanan kepada wakil Rejimen 507 Askar Wataniah.

Hadir sama pada program itu, Pengerusi Sri Kandi LHDNM, Datin Sri Adreen Aderizza dan Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip./Penerangan-

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/03/ynj-serah-sumbangan-kepada-mangsa-kebakaran/feed/ 0 7141
YNJ Serah Bantuan Bakul Makanan Kepada 500 Penduduk Terjejas Banjir Di Kg Sugud https://sabahmedia.com/2021/09/23/ynj-serah-bantuan-bakul-makanan-kepada-500-penduduk-terjejas-banjir-di-kg-sugud/ https://sabahmedia.com/2021/09/23/ynj-serah-bantuan-bakul-makanan-kepada-500-penduduk-terjejas-banjir-di-kg-sugud/#respond Thu, 23 Sep 2021 09:17:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6776
Read Time:44 Second

PENAMPANG: Seramai 500 penduduk Kampung Sugud yang terjejas banjir menerima bakul makanan.

Pengerusi Yayasan Nur Jauhar (YNJ), Jeneral Al Hambra Juhar menyampaikan sumbangan tersebut di Dewan Datu Damidal, Kg Sugud.

” YNJ menyampaikan sumbangan kepada 500 orang penduduk yang terjejas akibat bencana banjir di Kg Sugud.

“Sumbangan ini hasil kerjasama dengan beberapa syarikat swasta seperti Sawit Kinabalu dan Syarikat Adabi.

“Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan beban penduduk yang terkesan akibat bencana banjir yg menimpa Kg Sugud baru-baru ini”, ujar beliau.

Al Hambra ditemui media selepas menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada mangsa banjir di sini, pada Khamis.

Tambahnya, YNJ juga merancang untuk mengedarkan sumbangan ke daerah lain yang turut terjejas akibat bencana terbabit.

Hadir sama dalam majlis ini Penaung YNJ Toh Puan Norlidah Tan Sri Datuk R.M.Jasni, Pengarah Urusan Sawit Kinabalu Bacho Jansie dan Pengurus Adabi Sabah Distribution Sdn. Bhd. Muhamad Zahari Muhd Nasir. – PENERANGAN

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/23/ynj-serah-bantuan-bakul-makanan-kepada-500-penduduk-terjejas-banjir-di-kg-sugud/feed/ 0 6776
Masyarakat Berkemampuan Disaran Bantu Golongan Terjejas COVID-19 https://sabahmedia.com/2021/09/01/masyarakat-berkemampuan-disaran-bantu-golongan-terjejas-covid-19/ https://sabahmedia.com/2021/09/01/masyarakat-berkemampuan-disaran-bantu-golongan-terjejas-covid-19/#respond Wed, 01 Sep 2021 04:25:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5632
Read Time:1 Minute, 19 Second

SIPITANG  : Masyarakat khususnya individu yang berkemampuan disaran untuk tampil menghulurkan bantuan kepada golongan yang terkesan akibat pandemik COVID-19. 

Pengerusi Yayasan Nur Jauhar (YNJ) Brigedier Al Hambra Juhar berkata, peningkatan kes COVID-19 di Sabah  ketika ini agak membimbangkan dan beliau menjangkakan lebih ramai golongan akan menerima kesan langsung daripada wabak berkenaan.

Oleh itu, beliau menyarankan lebih banyak pihak tampil untuk menghulurkan sumbangan kepada masyarakat yang memerlukan.

“Melihat kepada situasi semasa khususnya di Sabah yang ketika ini mencecah 3,000 kes sehari dan ia agak membimbangkan.

“Apabila kes semakin meningkat, semakin ramai masyarakat yang akan menghadapi kesusahan sama ada dari segi kesihatan, emosi, pendapatan harian malah lebih teruk lagi ada yang kehilangan pekerjaan untuk menyara keluarga.

“Jadi, kita menyarankan pihak yang berkemampuan untuk tampil memberi sumbangan kepada mereka yang terjejas pendapatan dan memerlukan bantuan,” katanya.

Al Hambra yang juga Komander Rejimen 507 Askar Wataniah turut menasihatkan orang ramai supaya mematuhi arahan kerajaan termasuk mendapatkan vaksinasi serta konsisten mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan demi melindungi diri serta keluarga masing-masing. 

Beliau ditemui media pada Majlis Penyampaian Bakul Makanan kepada 100 penerima terdiri daripada warga emas, ibu tunggal dan golongan yang terkesan pendapatan akibat pandemik COVID-19 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sipitang.

“Sumbangan ini merupakan hasil kolaborasi YNJ dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri serta individu prihatin iaitu Saudara Zaizulie Shakri yang turut menghulurkan bantuan makanan kepada masyarakat di daerah ini.

“Kita merakamkan ucapan terima kasih atas kerjasama ini dan berharap usaha murni seperti ini akan berterusan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/01/masyarakat-berkemampuan-disaran-bantu-golongan-terjejas-covid-19/feed/ 0 5632
LHDN Sumbang 1,000 Bakul Makanan, Bantu Golongan Terjejas https://sabahmedia.com/2021/08/27/lhdn-sumbang-1000-bakul-makanan-bantu-golongan-terjejas/ https://sabahmedia.com/2021/08/27/lhdn-sumbang-1000-bakul-makanan-bantu-golongan-terjejas/#respond Fri, 27 Aug 2021 01:15:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5326
Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU :  Sabah menerima bantuan 1,000 bakul makanan di bawah Program Prihatin Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Seri Dr. Sabin Samitah berkata, bantuan terbabit merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihaknya yang dilaksanakan dengan kerjasama Yayasan Nur Jauhar (YNJ). 

“Program Prihatin LHDN ini merupakan satu program yang diadakan di seluruh negara. Sebanyak 1,000 bantuan bakul makanan diedarkan di seluruh negeri yang mana 600 daripadanya akan diedarkan dengan kerjasama YNJ ke daerah-daerah di sekitar Kota Kinabalu.

“Manakala bakinya akan diagihkan oleh LHDN Cawangan Tawau dan Sandakan kepada golongan terjejas di sebelah pantai timur Sabah,” katanya.

Katanya selepas menghadiri Program Penyerahan Simbolik Sumbangan Bakul Makanan Prihatin LHDN Peringkat Negeri Sabah di Istana Negeri, disini semalam.

Dr Sabin berkata, bantuan itu disasarkan kepada golongan yang memerlukan bantuan khususnya mereka yang terkesan akibat pandemik COVId-19.

Katanya turut berharap bantuan itu akan dapat meringankan beban masyarakat yang ketika ini menghadapi kesusahan akibat kehilangan pekerjaan dan sebagainya.

Pada program tersebut, Tun Juhar yang juga penaung yayasan berkenaan menyampaikan bakul makanan kepada salah seorang penerima.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Penasihat YNJ, Toh Puan Norlidah R.M Jasni dan Pengerusi YNJ, Brigedier Jeneral Al Hambra Juhar./PENERANGAN

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/27/lhdn-sumbang-1000-bakul-makanan-bantu-golongan-terjejas/feed/ 0 5326
Yayasan Nur Jauhar Sumbang Bakul Makanan, Hargai Pengorbanan Petugas Barisan Hadapan https://sabahmedia.com/2021/08/17/yayasan-nur-jauhar-sumbang-bakul-makanan-hargai-pengorbanan-petugas-barisan-hadapan/ https://sabahmedia.com/2021/08/17/yayasan-nur-jauhar-sumbang-bakul-makanan-hargai-pengorbanan-petugas-barisan-hadapan/#respond Tue, 17 Aug 2021 10:17:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4778
Read Time:2 Minute, 3 Second

PAPAR: Sebanyak 50 bakul makanan diserahkan kepada petugas barisan hadapan di dua lokasi Sekatan Jalan Raya (SJR) dan Balai Polis Bongawan yang bertugas sepanjang pandemik COVID-19.

Sumbangan yang disalurkan Yayasan Nur Jauhar (YNJ) itu disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin yang juga Penaung YNJ sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan petugas barisan hadapan.

Pengerusi YNJ,  Brig Jen Al Hambra Juhar berkata, petugas barisan hadapan perlu terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) demi melindungi diri serta keluarga daripada wabak penyakit yang telah meragut banyak nyawa.

“Sumbangan ini sebagai tanda penghargaan dan terima kasih daripada Tuan Yang Terutama Tun Juhar kepada pengorbanan serta tugas barisan hadapan yang bertugas menjaga sempadan daerah iaitu SJR sepanjang pandemik COVID-19.

“Kita berharap semua petugas barisan hadapan dapat terus menjaga SOP semasa menjalankan tugas masing-masing,” katanya.

Al Hambra yang juga Komander Rejimen 507 Askar Wataniah berkata, selain petugas barisan hadapan, sumbangan bakul makanan terbabit turut diagihkan kepada golongan masyarakat yang terjejas akibat COVID-19 dan berharap sumbangan tersebut dapat meringankan beban.

“Di samping itu, yayasan juga menyumbangkan bakul makanan kepada golongan yang terjejas dilanda wabak COVID-19.

“Kita doakan semoga mereka terus tabah dan bantuan ini diharap dapat meringankan beban mereka sekeluarga,” katanya dalam Program Penyampaian Sumbangan Bakul Makanan dan Penyerahan Jalur Gemilang Sempena Bulan Kebangsaan 2021.

Mengenai sambutan bulan kebangsaan, beliau menyeru masyarakat untuk mengibarkan Jalur Gemilang sehingga 16 September ini sebagai tanda cinta  kepada negara.

Mengiringi Tun Juhar dalam program tersebut ialah Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali dan Timbalannya, Datuk Mazli Mazlan serta Pengarah Penerangan Sabah, Nadzerah Abdullah.

Antara penerima sumbangan bakul makanan ialah suri rumah, Elin Gunsalam, 58, dari Bongawan yang bergantung hidup kepada pendapatan suami sebagai penoreh getah dan menyara tiga orang anak.

Turut menerima sumbangan, suri rumah, Dayang Norhayati Mohd Yassin, 42, dari Kg Berunai yang mempunyai tiga orang anak dan suami bekerja sendiri.

Sepupu kepada Norhayati, Dayang Rukiyah Ahmad Suhaili, 48, hanya bergantung kepada pendapatan suami yang bekerja sebagai pembersih dan menanggung dua orang cahaya mata.- PENERANGAN

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/17/yayasan-nur-jauhar-sumbang-bakul-makanan-hargai-pengorbanan-petugas-barisan-hadapan/feed/ 0 4778