ytl power – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 01 Nov 2024 07:17:58 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png ytl power – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 YTL PowerSeraya Bina Loji Hidrogen Baharu di Pulau Jurong, Sasar Pengurangan Emisi Besar-Besaran https://sabahmedia.com/2024/11/01/ytl-powerseraya-bina-loji-hidrogen-baharu-di-pulau-jurong-sasar-pengurangan-emisi-besar-besaran/ https://sabahmedia.com/2024/11/01/ytl-powerseraya-bina-loji-hidrogen-baharu-di-pulau-jurong-sasar-pengurangan-emisi-besar-besaran/#respond Fri, 01 Nov 2024 06:36:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63137
Read Time:1 Minute, 50 Second

Singapura – Singapura bakal membangunkan loji janakuasa sedia hidrogen di Pulau Jurong sebagai satu langkah besar dalam meningkatkan usaha kemampanan negara.

Dalam laporan yang dipetik dari CNA, loji ini dijangka dapat menyumbang ke arah matlamat sifar karbon menjelang 2050 dan menyediakan tenaga lebih bersih melalui penggunaan hidrogen hijau.

Dengan kapasiti penjanaan sebanyak 600 megawatt, loji ini akan mengurangkan pelepasan karbon kepada satu pertiga daripada kadar pelepasan loji konvensional.

Menurut laporan itu lagi , YTL PowerSeraya, pelabur utama loji tersebut, telah mengumumkan komitmen sebanyak 800 juta dolar Singapura untuk membangunkan loji ini, yang dijangka siap sepenuhnya menjelang 2027.

Ketua Pegawai Eksekutif YTL PowerSeraya John Ng berkata mereka  menekankan bahawa projek ini akan memerlukan sokongan antara bidang kuasa berbeza bagi membangunkan sistem sokongan hidrogen hijau di peringkat serantau.

Katanya loji hidrogen ini dijangka berupaya memberi penjimatan kos jangka panjang.

“Kecekapan loji ini, yang dijangka meningkat sehingga 10 peratus, akan memberikan penjimatan ketara bukan sahaja dari segi ekonomi tetapi juga dalam pengurangan pelepasan karbon sebanyak 15 peratus,”

Walaupun kos pembangunan awal lebih tinggi, kecekapan operasi loji dijangka akan menghasilkan nilai ekonomi yang lebih baik untuk jangka Panjang katanya di dalam temubual berkenaan.

Loji baru ini juga dijangka akan membuka peluang pekerjaan baharu dalam sektor tenaga bersih.

“  YTL PowerSeraya sedang berusaha untuk melatih dan menaik taraf kemahiran pekerja agar mereka bersedia mengendalikan teknologi baru ini dan menyesuaikan diri dengan perubahan dalam industri.

 “Kami komited untuk memastikan pekerja dilatih semula agar tidak ada yang terpinggir dalam proses peralihan ini,”  katanya.

Tambahnya John lagi, kerjasama antarabangsa turut menjadi fokus penting dalam pembangunan loji ini. Infrastruktur seperti saluran paip dan kemudahan penyimpanan hidrogen akan memerlukan sokongan teknologi dari negara-negara lain.

Sebelum ini media melaporkan bahawa Singapura merancang untuk mengukuhkan hubungan dengan negara-negara jiran bagi membangunkan rantaian bekalan tenaga hijau secara bersama.

Dengan potensi pembangunan lebih banyak loji hidrogen di masa depan, Singapura berharap agar dapat menjadi hab tenaga bersih yang kompetitif di rantau ini, yang bukan sahaja menguntungkan negara tetapi juga menyokong usaha global dalam mengurangkan pelepasan karbon.

“Kolaborasi serantau adalah penting untuk kejayaan peralihan tenaga ini, kerana kerjasama seluruh rantau adalah kunci bagi memastikan kelestarian dan keamanan tenaga,” kata laporan itu

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/01/ytl-powerseraya-bina-loji-hidrogen-baharu-di-pulau-jurong-sasar-pengurangan-emisi-besar-besaran/feed/ 0 63137
YTL Power tepis tuduhan salah laku, perjelas 1Bestarinet diperoleh melalui tender terbuka https://sabahmedia.com/2024/10/30/ytl-power-tepis-tuduhan-salah-laku-perjelas-1bestarinet-diperoleh-melalui-tender-terbuka/ https://sabahmedia.com/2024/10/30/ytl-power-tepis-tuduhan-salah-laku-perjelas-1bestarinet-diperoleh-melalui-tender-terbuka/#respond Wed, 30 Oct 2024 12:35:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63088
Read Time:1 Minute, 11 Second

BERNAMA

Kuala Lumpur: YTL Power International Bhd hari ini menepis tuduhan salah laku, dan menjelaskan pihaknya telah diberikan projek 1Bestarinet melalui proses tender terbuka.

Syarikat utiliti elektrik itu memaklumkan tender tersebut diberikan apabila bidaan pihaknya adalah yang paling mematuhi teknikal dan efektif dari segi kos berbanding kalangan 18 pembida, menunjukkan keupayaan dan merit syarikat.

Menurutnya tuduhan salah laku itu, yang membawa kepada siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah amat serius dan menjejaskan reputasi syarikat.

“Kami ingin menjelaskan kami telah melaksanakan kewajipan kontrak kami terhadap kerajaan dengan tekun sejak projek itu dimulakan.

“Sepanjang pengetahuan kami, kami tidak melanggar mana-mana terma kontrak atau melanggar mana-mana undang-undang,” jelasnya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Rabu.

Menurut YTL Power walaupun komited terhadap proses dan kerjasama dengan pihak berkuasa, pihaknya telah menghadapi persepsi umum negatif yang besar berikutan tuduhan salah laku terhadap pihaknya oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Keadaan ini tidak adil, terutama kerana tindakan tu menghalang keupayaan untuk mempertahankan syarikat daripada naratif yang berlaku.

“Untuk melindungi reputasi dan kedudukan undang-undang kami, pada masa ini kami sedang mendapatkan nasihat undang-undang berhubung kemungkinan tindakan terhadap pihak yang menyebarkan tuduhan berniat jahat ini,” jelasnya.

YTL Power menjelaskan anak syarikat 60 peratus miliknya, YTL Communications Sdn Bhd akan terus memberikan kerjasama penuh kepada SPRM berkaitan perkara itu.

Syarikat itu menambah, pihaknya tetap komited terhadap ketelusan sepanjang proses siasatan dan yakin perkara itu dapat diselesaikan dengan memuaskan tidak lama lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/30/ytl-power-tepis-tuduhan-salah-laku-perjelas-1bestarinet-diperoleh-melalui-tender-terbuka/feed/ 0 63088