ytl – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 02 Jun 2026 09:02:38 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png ytl – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 YTL AI Cloud terima status Nvidia Exemplar Cloud https://sabahmedia.com/2026/06/02/ytl-ai-cloud-terima-status-nvidia-exemplar-cloud/ https://sabahmedia.com/2026/06/02/ytl-ai-cloud-terima-status-nvidia-exemplar-cloud/#respond Tue, 02 Jun 2026 09:02:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97634
Read Time:1 Minute, 45 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR: YTL Artificial Intelligence (AI) Cloud secara rasminya mencapai status NVIDIA Exemplar Cloud sekali gus menjadikannya antara penyedia infrastruktur awan pertama di Asia yang menerima pengesahan itu, meletakkannya dalam kelompok elit hiperskala global dan awan khusus kecerdasan buatan (AI).

YTL dalam kenyataan memaklumkan, inisiatif NVIDIA Exemplar Cloud adalah pelan tindakan operasi dan seni bina yang teliti, dan dihasilkan untuk mengurangkan variasi dan kemerosotan prestasi yang sering berlaku dalam persekitaran awan awam.

Menurutnya pengiktirafan berkenaan mengesahkan bahawa infrastruktur penyedia perkhidmatan awan itu memenuhi atau melebihi sasaran prestasi, kecekapan dan kebolehskalaan NVIDIA yang ketat.

“Sebagai antara penerima status NVIDIA Exemplar Cloud pertama di Asia, ini menunjukkan kami mempunyai bakat dan infrastruktur untuk meneraju pembangunan infrastruktur AI bertaraf dunia yang berdaulat, mempunyai prestasi setanding dengan penyedia hiperskala terkemuka di peringkat global,” kata Pengarah Urusan YTL Power International Datuk Seri Yeoh Seok Hong.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif YTL AI Cloud Philip Lin berkata pengiktirafan itu membuktikan kemampuan organisasi dalam mengendalikan beban kerja AI dunia sebenar yang intensif, mengurangkan risiko operasi dan infrastruktur serta membolehkan pelanggan memfokuskan kepada objektif perniagaan utama.

Menurut kenyataan itu, pengesahan berkenaan turut memastikan pelanggan perusahaan mencapai prestasi yang boleh diramal dan pasti berdasarkan penanda aras, asas rujukan dan jangkaan beban kerja NVIDIA sekali gus memaksimumkan pulangan perbelanjaan infrastruktur.

YTL memaklumkan, pencapaian berkenaan mengukuhkan kedudukan YTL AI Cloud sebagai penyedia infrastruktur AI terkemuka dan memperluas akses kepada keupayaan pengkomputeran AI termaju kepada perniagaan, penyelidik, pembangun dan organisasi sektor awam di seluruh Malaysia dan rantau yang lebih luas.

Naib Presiden Seni Bina dan Kejuruteraan Penyelesaian NVIDIA Marc Hamilton berkata YTL AI Cloud yang dibangunkan mengikut piawaian seni bina rujukan Rakan Kongsi Awan (NCP) NVIDIA akan membantu mempercepat penggunaan AI berdaulat, pembangunan model termaju, penyelidikan saintifik serta inovasi di rantau ini.

“Senarai (penyedia) yang semakin bertambah menunjukkan permintaan yang meningkat terhadap infrastruktur awan AI yang dapat memberikan prestasi, kebolehpercayaan dan kecekapan yang konsisten untuk beban kerja AI pengeluaran.

“Kalangan penyedia ini membantu meningkatkan standard prestasi dalam ekosistem awan AI, memberikan lebih banyak pilihan yang disahkan kepada perusahaan, pembangun dan makmal AI untuk latihan penskalaan, inferens dan perkhidmatan AI berejen,” menurutnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/02/ytl-ai-cloud-terima-status-nvidia-exemplar-cloud/feed/ 0 97634
YTL AI Labs perkukuh aspirasi AI berdaulat melalui model baharu ILMU-Nemo-30B https://sabahmedia.com/2026/03/17/ytl-ai-labs-perkukuh-aspirasi-ai-berdaulat-melalui-model-baharu-ilmu-nemo-30b/ https://sabahmedia.com/2026/03/17/ytl-ai-labs-perkukuh-aspirasi-ai-berdaulat-melalui-model-baharu-ilmu-nemo-30b/#respond Tue, 17 Mar 2026 02:10:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=93412
Read Time:1 Minute, 29 Second

KUALA LUMPUR: YTL AI Labs terus memperkukuh aspirasi Malaysia dalam membangunkan kecerdasan buatan (AI) berdaulat melalui kerjasama strategik dengan NVIDIA menerusi pembangunan model baharu, ILMU-Nemo-30B.

Model agentik berkuasa itu dibangunkan berasaskan model terbuka NVIDIA Nemotron dan disesuaikan dengan set data tempatan Malaysia, sekali gus mencatat peningkatan ketara sebanyak 23 peratus dalam skor penanda aras MalayMMLU, iaitu ujian pengetahuan merangkumi pelbagai domain dalam Bahasa Melayu.

Pembangunan model tersebut menegaskan komitmen YTL AI Labs dalam membina ekosistem AI kebangsaan yang kukuh, selamat dan berprestasi tinggi, selain meningkatkan keupayaan model bahasa tempatan untuk melaksanakan tugas kompleks yang memerlukan pemahaman mendalam terhadap konteks Malaysia.

Model ILMU-Nemo-30B dibangunkan menggunakan rangka kerja NVIDIA NeMo dan dilatih melalui kerjasama antara jurutera penyelidik YTL AI Labs serta NVIDIA. Ia turut memanfaatkan set data tempatan yang dihoskan di platform YTL AI Cloud bagi memastikan aspek keselamatan serta pemastautin data terjamin.

Pengarah Urusan YTL Power International Berhad, Yeoh Seok Hong, berkata kerjasama dengan NVIDIA merupakan langkah penting dalam usaha membangunkan keupayaan AI berdaulat negara.

Menurutnya, gabungan teknologi global NVIDIA dengan kepakaran tempatan YTL mampu mewujudkan enjin inovasi baharu yang selari dengan identiti serta keperluan Malaysia.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif YTL AI Labs, Foong Chee Mun, berkata model baharu itu menyediakan akses kepada model agentik lebih canggih bagi membantu pembangun serta syarikat tempatan membina aplikasi AI yang lebih pintar dan relevan dengan budaya setempat.

ILMU-Nemo-30B melengkapkan ekosistem model ILMU, iaitu model bahasa skala besar multimodal pertama buatan Malaysia yang dilancarkan pada Sidang Kemuncak AI ASEAN tahun lalu. Model berkenaan kini tersedia melalui API dan telah mula digunakan oleh beberapa organisasi tempatan untuk membangunkan aplikasi berasaskan AI.

Pada masa sama, aplikasi chatbot ILMUchat kini berada dalam versi beta awam dan boleh dimuat turun menerusi Apple App Store serta Google Play.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/17/ytl-ai-labs-perkukuh-aspirasi-ai-berdaulat-melalui-model-baharu-ilmu-nemo-30b/feed/ 0 93412
Tan Sri Francis Yeoh terima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat ASEAN di London https://sabahmedia.com/2025/11/26/tan-sri-francis-yeoh-terima-anugerah-pencapaian-sepanjang-hayat-asean-di-london/ https://sabahmedia.com/2025/11/26/tan-sri-francis-yeoh-terima-anugerah-pencapaian-sepanjang-hayat-asean-di-london/#respond Wed, 26 Nov 2025 06:52:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87098
Read Time:1 Minute, 5 Second

KUALA LUMPUR: Pengerusi Eksekutif YTL Corporation, Tan Sri Francis Yeoh, menerima anugerah Tokoh ASEAN Tahun 2025 – Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pada Asian Business Awards 2025 ke-26 di London, kata Asian Media Group United Kingdom (UK).

Dalam satu kenyataan hari ini, Asian Media Group berkata, anugerah itu mengiktiraf kepimpinan transformasi Yeoh selama beberapa dekad di YTL Corp, merangkumi pembentukan infrastruktur bertaraf global, peneraju agenda kemampanan, pengukuhan perniagaan berteraskan tujuan, serta menetapkan penanda aras yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Penganugerahan itu turut mencerminkan pencapaian luar biasa Yeoh serta menegaskan kepimpinan beliau yang terus memberi impak sehingga hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, majlis anugerah tersebut juga diserikan dengan Wacana Kepimpinan Khas oleh Yeoh yang dikendalikan oleh penyampai radio dan televisyen terkenal British, Nihal Arthanayake.

Sesi wacana yang bersejarah itu dipenuhi dengan perkongsian yang mencetuskan pemikiran serta kesan mendalam kepada hadirin, terdiri daripada tokoh korporat, diplomat dan penggubal dasar.

Penganjuran pada kali ini turut mencatat sejarah apabila buat pertama kali dalam 26 tahun, kategori Anugerah ASEAN diperkenalkan, melambangkan pengaruh dan kerjasama serantau ASEAN yang semakin menyerlah di UK.

Kehadiran wakil-wakil kedutaan ASEAN yang menyerikan majlis pada masa sama mempamerkan kepelbagaian budaya dan keaslian, menjadikan Asian Business Awards 2025 bukan sekadar meraikan pencapaian, tetapi satu detik yang benar-benar mencerminkan jiwa Asia dan pada masa sama mencerminkan semangat global.

-BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/26/tan-sri-francis-yeoh-terima-anugerah-pencapaian-sepanjang-hayat-asean-di-london/feed/ 0 87098
YTL Beyond 70: Legasi mampan untuk generasi masa depan https://sabahmedia.com/2025/07/09/ytl-beyond-70-legasi-mampan-untuk-generasi-masa-depan/ https://sabahmedia.com/2025/07/09/ytl-beyond-70-legasi-mampan-untuk-generasi-masa-depan/#respond Wed, 09 Jul 2025 09:57:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77005
Read Time:2 Minute, 37 Second

KUALA LUMPUR: YTL Group melancarkan inisiatif “YTL Beyond 70” sempena ulang tahun ke-70 syarikat itu, dengan komitmen untuk membina legasi yang lebih kukuh dan mampan kepada generasi akan datang.

Pengerusi Eksekutif YTL, Tan Sri (Sir) Francis Yeoh, berkata meskipun YTL kini berkembang menjadi syarikat bertaraf global dengan lebih 16,000 kakitangan di 11 negara, kejayaan sebenar bukan hanya diukur pada saiz, tetapi juga pada nilai dan tujuan.

“Hari ini, kita melancarkan ‘Beyond 70’ bukan sahaja untuk meraikan ulang tahun ke-70, tetapi juga untuk melihat ke hadapan dalam tempoh 70 tahun akan datang dengan visi dan kewaspadaan,” katanya semasa majlis pelancaran yang berlangsung secara fizikal dan menerusi penstriman langsung, baru-baru ini (7 Julai).

“Matlamat saya bukan sekadar membina syarikat berjaya, tetapi meninggalkan satu warisan yang berdaya tahan, supaya ia terus berkembang selepas kita tiada.”

Yeoh berkata, perubahan kepimpinan generasi dalam syarikat kini sedang berlaku secara berperingkat.

“Kepimpinan pengasas, termasuk saya sendiri, masih menetapkan hala tuju strategik, namun pengurusan harian kini semakin dipertanggungjawabkan kepada generasi baharu.

“Peralihan ini adalah disengajakan. Ini penting dan perlu,” katanya.
Yeoh turut menyampaikan mesej khusus kepada generasi muda dalam syarikat, terutamanya Gen Z, supaya terus tabah dan konsisten dalam mengejar tujuan dan makna sebenar kerjaya mereka.

“Kesan atau impak tidak berlaku sekelip mata. Ia mengambil masa bertahun-tahun untuk membina makna yang sebenar.

“Ramai rakan sekerja kita telah berkhidmat dengan setia selama 30 hingga 40 tahun. Mungkin tidak setiap hari mereka merasakan ‘tujuan’ itu, terutama ketika waktu sukar. Namun kini, kisah mereka telah menjadi sebahagian daripada warisan YTL,” katanya.

Beliau turut berkongsi bagaimana pelaburan YTL sejak beberapa dekad lalu dalam sektor seperti tenaga, air, simen dan telekomunikasi, yang ketika itu dianggap konvensional namun kini menjadi asas penting kepada infrastruktur AI global.

“Melalui kerjasama kami dengan NVIDIA, kami kini berada di barisan hadapan revolusi baharu ini. Bukan kerana kami mengejar trend, tetapi kerana kami setia dengan visi jangka panjang kami,” katanya.

Yeoh turut menggariskan pencapaian terbaru YTL termasuk dinobatkan sebagai Konglomerat Malaysia Paling Cekap Urus Tadbir oleh FinanceAsia; disenaraikan pada kedudukan ke-46 dalam Top 50 Fortune 500 Asia Tenggara dan peningkatan skor FTSE4Good bagi ketiga-tiga entiti YTL iaitu YTL Corp (3.8 daripada 3.3), YTL Power (3.4 daripada 3.1) dan YTL Hospitality REIT (3.0 daripada 2.7), menunjukkan kemajuan dalam tadbir urus korporat dan kelestarian.

Yeoh menyifatkan pencapaian terkininya sebagai sesuatu yang perlu disyukuri, selepas melalui pelbagai cabaran termasuk krisis ekonomi, pandemik dan ketidaktentuan politik.

Beliau mengingatkan bahawa peranan yang dipikul dalam syarikat bukanlah hak milik mutlak, tetapi satu bentuk amanah.

“Kita bukan pemilik. Kita hanyalah pemegang amanah. Kita sekadar penjaga pada waktu ini.

“Legasi YTL telah diserahkan kepada kita, dan kita akan menyerahkannya pula kepada generasi seterusnya. Apa yang kita bina hari ini bukan sekadar untuk keuntungan atau kemegahan, tetapi demi masa depan,” katanya sambil menambah bahawa pada akhirnya, “kita datang tanpa apa-apa, dan kita juga akan pergi tanpa apa-apa.”

Beliau kemudiannya mengajak semua warga kerja YTL supaya terus melangkah dengan visi yang jelas, merenung erti sebenar ‘Beyond 70’, bukan hanya dari segi angka atau harga saham, tetapi dalam “mata wang” yang lebih mendalam iaitu kesetiaan, integriti, dan tujuan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/09/ytl-beyond-70-legasi-mampan-untuk-generasi-masa-depan/feed/ 0 77005
Semangat Kaamatan, Semangat Anak Sabah – Yes 5G Raikan Usaha Luar Biasa Masyarakat Tempatan https://sabahmedia.com/2025/06/04/semangat-kaamatan-semangat-anak-sabah-yes-5g-raikan-usaha-luar-biasa-masyarakat-tempatan/ https://sabahmedia.com/2025/06/04/semangat-kaamatan-semangat-anak-sabah-yes-5g-raikan-usaha-luar-biasa-masyarakat-tempatan/#respond Wed, 04 Jun 2025 10:25:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75102
Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU — Di dalam semangat sambutan Kaamatan – pesta menuai yang merayakan hasil titik peluh, tanah subur dan perpaduan komuniti – syarikat telekomunikasi Yes 5G tampil dengan sebuah video istimewa sebagai penghormatan kepada tenaga luar biasa anak jati Sabah yang menjadi tulang belakang projek jalur lebar luar bandar terbesar di Malaysia.

Di sebalik landskap indah dan mencabar Sabah – dari bukit-bukau Ranau hingga ke pesisiran Kudat – sekumpulan jurutera, pendidik dan penduduk tempatan telah bersatu tenaga membawa perubahan yang benar-benar bermakna: akses internet gentian optik ke kawasan luar bandar.

Menerusi pelantikan oleh Kementerian Komunikasi, Yes 5G diberi mandat untuk melaksanakan pemasangan rangkaian gentian optik di 636 lokasi pedalaman di seluruh Sabah.

Namun, inisiatif ini bukan sekadar soal teknologi – ia adalah tentang kepercayaan terhadap kebolehan dan pengalaman anak negeri sendiri, yang memahami selok-belok kampung halaman mereka lebih mendalam daripada orang luar.

Lebih 1,200 kilometer infrastruktur telah berjaya dibina, merentasi cerun, sungai dan kawasan terpencil, sekali gus memberikan akses internet kepada lebih 2,000 keluarga di kawasan seperti Ranau, Pitas, Penampang, Kudat dan Kota Belud.

Apa yang paling membanggakan – keseluruhan projek ini digerakkan sepenuhnya oleh tenaga kerja 100% rakyat Sabah, membuktikan bahawa transformasi digital dapat dicapai dengan jayanya apabila diterajui oleh mereka yang benar-benar memahami cabaran tempatan.

Video ini bukan sekadar dokumentasi projek – ia adalah sebuah kisah harapan, ketabahan dan kebanggaan. Ia menjadi bukti bahawa apabila kepercayaan diberikan kepada komuniti tempatan, kemajuan bukan sahaja boleh dicapai – ia mampu dilakar dengan penuh maruah dan jati diri.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/04/semangat-kaamatan-semangat-anak-sabah-yes-5g-raikan-usaha-luar-biasa-masyarakat-tempatan/feed/ 0 75102
Nvidia Umum Superkomputer Pertama Malaysia Bersama YTL, Dijangka Beroperasi Suku Ketiga Ini https://sabahmedia.com/2025/05/21/nvidia-umum-superkomputer-pertama-malaysia-bersama-ytl-dijangka-beroperasi-suku-ketiga-ini/ https://sabahmedia.com/2025/05/21/nvidia-umum-superkomputer-pertama-malaysia-bersama-ytl-dijangka-beroperasi-suku-ketiga-ini/#respond Wed, 21 May 2025 14:43:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74248
Read Time:1 Minute, 9 Second

KUALA LUMPUR — Nvidia mengumumkan bahawa kerjasama strategiknya dengan YTL Power International Bhd bagi melancarkan superkomputer pertama Malaysia akan mula beroperasi menjelang suku ketiga tahun ini.

Superkomputer yang akan menggunakan cip terbaharu Nvidia GB200 Grace Blackwell melalui platform Nvidia DGX Cloud dan ditempatkan di Kampus Pusat Data Hijau YTL berkapasiti 500MW di Johor.

Naib Presiden dan Pengurus Besar DGX Cloud Nvidia, Alexis Bjorlin, berkata pelaksanaan projek ini sedang berjalan lancar, dengan YTL menjadi rakan awan Nvidia (NCP) yang pertama di rantau Asia Pasifik.

“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan DGX Cloud di Malaysia melalui kerjasama ini. Segala perancangan berjalan seperti yang dijadualkan,” katanya semasa sidang Nvidia GTC di Taipei.

Bjorlin menambah bahawa kestabilan bekalan tenaga serta keupayaan pembuatan Malaysia memainkan peranan penting dalam keputusan pelaburan ini. Beliau turut menyatakan bahawa YTL Cloud akan menjadi antara pengguna awal platform Blackwell Ultra di rantau ini.

Sebelum itu, Pengarah Urusan YTL Power, Datuk Seri Yeoh Seok Hong, memaklumkan bahawa kluster Blackwell pertama dijangka mula beroperasi Julai ini, menawarkan keupayaan pengkomputeran awan AI berprestasi tinggi kepada rantau ini.

Nvidia menyifatkan DGX Cloud sebagai platform AI khusus yang mempercepatkan proses pembangunan dan pelaksanaan model kecerdasan buatan, berfungsi di atas pelbagai penyedia awan sedia ada.

Bjorlin turut menekankan bahawa pengguna bebas untuk berpindah ke platform lain selepas membangunkan aliran kerja AI mereka, kerana objektif utama DGX Cloud adalah untuk mempercepatkan inovasi — bukan mengikat pengguna secara jangka panjang.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/21/nvidia-umum-superkomputer-pertama-malaysia-bersama-ytl-dijangka-beroperasi-suku-ketiga-ini/feed/ 0 74248
YTL AI Cloud Bakal Menjadi Peneraju Awal NVIDIA Blackwell Ultra di Asia Pasifik https://sabahmedia.com/2025/03/19/ytl-ai-cloud-bakal-menjadi-peneraju-awal-nvidia-blackwell-ultra-di-asia-pasifik/ https://sabahmedia.com/2025/03/19/ytl-ai-cloud-bakal-menjadi-peneraju-awal-nvidia-blackwell-ultra-di-asia-pasifik/#respond Wed, 19 Mar 2025 04:52:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70710
Read Time:1 Minute, 30 Second

San Jose, California,– YTL AI Cloud, rakan kongsi NVIDIA Cloud dan anak syarikat milik penuh YTL Power International, bakal menjadi antara peneraju awal dalam penggunaan platform NVIDIA Blackwell Ultra dalam usaha memperkukuh kerjasamanya dengan NVIDIA.

NVIDIA, peneraju global dalam pengkomputeran dipercepatkan, hari ini mengumumkan evolusi terbaharu platform kilang AI mereka, NVIDIA Blackwell Ultra.

Menurut NVIDIA, Blackwell Ultra akan meningkatkan keupayaan latihan dan skala inferens masa ujian, satu teknik yang menggunakan lebih banyak kuasa pengkomputeran semasa inferens bagi meningkatkan ketepatan. Teknologi ini akan membolehkan organisasi mempercepatkan aplikasi seperti penaakulan AI, AI agen, dan AI fizikal.

Sementara itu, Pengarah Urusan YTL Power International, Dato’ Seri Yeoh Seok Hong, berkata, “Kami telah mencapai kemajuan luar biasa sepanjang tahun lalu dan kini bersedia untuk menawarkan pengkomputeran awan AI yang berkuasa kepada rantau ini apabila kluster Blackwell pertama kami mula beroperasi pada Julai tahun ini.

Kerjasama kami dengan NVIDIA membolehkan kami menyediakan platform dan penyelesaian AI terkini kepada Asia, memastikan rantau ini terus mengikuti perkembangan teknologi dalam era yang semakin didominasi AI,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Blackwell Ultra merangkumi penyelesaian berskala rak NVIDIA GB300 NVL72 dan sistem NVIDIA HGX B300 NVL16. NVIDIA GB300 NVL72 menghubungkan 72 unit GPU Blackwell Ultra dan 36 unit CPU NVIDIA Grace berasaskan Arm dalam reka bentuk berskala rak, bertindak sebagai satu GPU besar yang dioptimumkan untuk skala inferens masa ujian.

Platform NVIDIA Blackwell Ultra ini akan ditempatkan di YTL Green Data Center Campus, sebuah pusat data berkuasa solar 500 MW di Johor, Malaysia.

Pusat data ini juga akan menjadi lokasi kepada superkomputer pertama di Malaysia yang menggunakan NVIDIA GB200 Grace Blackwell Superchip di NVIDIA DGX Cloud. Masih dalam pembinaan, YTL dijangka melancarkan contoh pertama mereka berdasarkan NVIDIA GB200 NVL72 pada suku ketiga tahun ini, menjadikannya antara penyedia perkhidmatan awan pertama yang menawarkan platform NVIDIA Blackwell di Asia Pasifik.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/19/ytl-ai-cloud-bakal-menjadi-peneraju-awal-nvidia-blackwell-ultra-di-asia-pasifik/feed/ 0 70710
YTL Communications Raih Dua Anugerah Berprestij di Asian Telecom Awards 2025 https://sabahmedia.com/2025/03/03/ytl-communications-raih-dua-anugerah-berprestij-di-asian-telecom-awards-2025/ https://sabahmedia.com/2025/03/03/ytl-communications-raih-dua-anugerah-berprestij-di-asian-telecom-awards-2025/#respond Mon, 03 Mar 2025 03:33:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69705
Read Time:2 Minute, 43 Second

KUALA LUMPUR: YTL Communications Sdn Bhd terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju inovasi dalam industri telekomunikasi selepas meraih dua anugerah utama di Asian Telecom Awards 2025 yang berlangsung di Marina Bay Sands Expo, Singapura.

Syarikat ini menerima penghormatan dalam kategori “B2B Client Initiative of the Year” dan “Innovative Connectivity Solution of the Year”, membuktikan komitmen mereka dalam menyediakan penyelesaian sambungan terkini untuk pelanggan perusahaan melalui teknologi Yes 5G.

Anugerah “Innovative Connectivity Solution of the Year” diberikan atas kejayaan Yes Managed Wi-Fi, satu penyelesaian rangkaian generasi baharu yang mengintegrasikan 5G, virtualisasi berasaskan awan, dan pengurusan keselamatan kelas perusahaan.

Teknologi ini membolehkan sambungan yang lebih fleksibel, boleh diskalakan, dan mesra alam, walaupun dalam persekitaran yang mencabar.

Yes Managed Wi-Fi telah berjaya diterapkan di beberapa resort mewah seperti Tanjong Jara Resort dan Pangkor Laut Resort, memperkukuh infrastruktur rangkaian mereka dengan membolehkan roaming SSID tunggal dan pengurusan polisi rangkaian secara bersepadu.

Ini menghasilkan perkhidmatan Wi-Fi kelas perusahaan yang lebih stabil dan berprestasi tinggi tanpa memerlukan pemasangan fiber yang mahal.

Sementara itu, anugerah “B2B Client Initiative of the Year” diberikan atas kejayaan YTL Communications dalam memperkenalkan Yes Private 5G network.

Menggunakan teknologi 5G SA (Standalone) generasi terkini, rangkaian ini berupaya meningkatkan produktiviti dan kecekapan operasi dengan membolehkan penggunaan automasi, kecerdasan buatan (AI), dan robotik, sekali gus mempercepatkan transformasi Industri 4.0 di Malaysia.

Salah satu kejayaan utama adalah di Clarion Malaysia, yang kini menjadi kilang pintar pertama di Malaysia yang dikuasakan oleh AI dan robotik.

Melalui kerjasama dengan Cnergenz, YTL Communications membangunkan rangkaian 5G SA persendirian di premis tersebut, sekaligus menetapkan piawaian baharu dalam automasi industri dan kecemerlangan operasi.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) YTL Communications, Wing K. Lee, menyatakan bahawa kemenangan ini mencerminkan dedikasi syarikat dalam inovasi serta penyampaian penyelesaian bertaraf dunia yang memberi impak besar kepada masyarakat dan sektor perniagaan.

“Yes 5G bukan hanya mengenai kelajuan internet yang lebih pantas, tetapi juga transformasi industri, pemberdayaan perniagaan, dan mempercepatkan pembangunan digital negara.

“Kami berterima kasih atas pengiktirafan ini dan akan terus berusaha untuk membawa Malaysia ke hadapan sebagai negara digital yang maju,” katanya.

Sejak pelancarannya sebagai penyedia 5G pertama di Malaysia pada 2021, YTL Communications telah mengumpul pengalaman berharga dan memperhalusi perkhidmatannya, menjadikan Yes 5G sebagai rangkaian terpantas di Malaysia selama dua tahun berturut-turut (2022 & 2023) menurut OOKLA.

Dengan pelaburan strategik dalam Taman Data Hijau 500MW, kerjasama dengan Nvidia untuk membangunkan Awan AI pertama Malaysia, serta pengenalan bank digital berasaskan AI pertama, YTL Communications berada di barisan hadapan sebagai pemacu transformasi digital di pelbagai industri.

Asian Telecom Awards merupakan acara berprestij yang mengiktiraf syarikat-syarikat yang memacu inovasi serta perubahan transformasi di rantau Asia Pasifik.

Anugerah ini mengiktiraf pemimpin industri yang membentuk masa depan sambungan digital serta mendefinisikan semula landskap telekomunikasi.

Menurut Joongshik Wang, Pengarah Urusan EY-Parthenon dan juri di Asian Telecom Awards 2025, teknologi AI, 5G, dan seni bina berasaskan awan sedang mengubah cara perusahaan beroperasi, mendorong model perniagaan baharu dan meningkatkan kecekapan.

“Penggunaan automasi, kecerdasan data, dan infrastruktur IT moden kini menjadi faktor kejayaan kritikal bagi syarikat yang mahu kekal berdaya saing.

“Saya mengucapkan tahniah kepada YTL Communications atas kepimpinan mereka dalam inovasi 5G dan monetisasi teknologi ini,” katanya.

Dengan kejayaan ini, YTL Communications terus mengukuhkan reputasinya sebagai peneraju dalam industri telekomunikasi dan inovasi digital di Malaysia serta peringkat antarabangsa.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/03/ytl-communications-raih-dua-anugerah-berprestij-di-asian-telecom-awards-2025/feed/ 0 69705
PM Anwar Akan Lakukan Lawatan Kerja Ke UK https://sabahmedia.com/2025/01/14/pm-anwar-akan-lakukan-lawatan-kerja-ke-uk/ https://sabahmedia.com/2025/01/14/pm-anwar-akan-lakukan-lawatan-kerja-ke-uk/#respond Tue, 14 Jan 2025 02:47:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66904
Read Time:3 Minute, 14 Second

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja lima hari ke United Kingdom (UK), rakan dagang ketiga terbesar Malaysia di Eropah, sebaik sahaja menamatkan lawatan kerja di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK dan Ireland Utara Datuk Zakri Jaafar berkata lawatan Anwar ini adalah atas jemputan rakan sejawatan Keir Starmer yang memegang jawatan Perdana Menteri sejak Julai, 2024.

“Lawatan ke UK kali ini merupakan lawatan pertama semenjak menjadi Perdana Menteri. Ini juga merupakan lawatan ke negara Eropah pertama oleh Perdana Menteri selaku Pengerusi ASEAN,” katanya.

Bercakap pada sidang media di pejabat beliau di sini Zakri berkata, lawatan ini dijangka memberikan nafas baharu di samping memperkukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan UK yang mencakupi pelbagai bidang.

Beliau berkata ia turut akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi meneroka inisiatif-inisiatif baharu dalam bidang perdagangan dan pelaburan susulan penyertaan UK dalam Comprehensive and Progressive for Trans-Pacific Partnership (CPTPP).

Perdana Menteri yang dijangka tiba di sini pada pukul 10 malam Selasa (6 pagi Rabu di Malaysia) dari Abu Dhabi, akan diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Zakri berkata pada hari Rabu, Anwar akan bertemu dengan Starmer di No.10, Downing Street, dan perbincangan kedua-dua pemimpin dijangka menyentuh pelbagai isu dua hala, serta situasi di Myanmar dan Palestin.

Beliau berkata kerajaan pimpinan Starmer telah menggantung penjualan beberapa senjata kepada Israel di samping meminta supaya bantuan kemanusiaan ke Gaza dan Tebing Barat dipercepatkan.

Pada Khamis, Anwar dijadual bertemu dengan Yang Dipertua House of Commons, Parliament UK Lindsay Hoyle.

Zakri berkata Malaysia selaku Pengerusi Asean bagi 2025 juga akan menggunakan kesempatan lawatan ini untuk membicarakan tumpuan dan hala tuju kepengerusian Malaysia yang bertemakan “Keterangkuman dan Kemampanan”.

Mengenai kerjasama dalam sektor ekonomi, beliau berkata sehingga November 2024, jumlah perdagangan kedua-dua negara adalah RM15.30 bilion (US$3.34 bilion).

Namun jumlah eksport Malaysia ke UK telah berkurangan 4.1 peratus kepada RM7.83 bilion (US$1.71 bilion) berbanding tahun sebelumnya.

Walaupun jumlah import Malaysia dari UK turut menurun sebanyak 3.4 peratus kepada RM7.47 bilion (US$1.63 bilion), jumlah imbangan dagangan terus memihak kepada Malaysia iaitu sebanyak RM225.3 juta (US$50 juta).

Semasa lawatan ini juga, kedua-dua pihak akan menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman yang melibatkan Joint Economic Trade Committee and Other Supporting Mechanism (MUKJETCO) antara MITI dan Department for Business and Trade (DBT), UK.

Zakri berkata Perdana Menteri juga akan meneruskan usaha menarik pelaburan dari negara ini melalui Mesyuarat Meja Bulat bersama Kapten Industri di UK yang melibatkan 40 syarikat tempatan.

Beliau berkata Anwar juga akan menghadiri Sesi Libat Urus bersama Ketua Pegawai Eksekutif bagi Government Linked Investment Companies (GLIC) dan program InvestMalaysia anjuran Bursa Malaysia, Projek Pelancaran Ladang Solar oleh TNB Malaysia dan Pelancaran Produk oleh YTL Group UK.

“Kesemua program ini merupakan satu usaha untuk mengetengahkan keupayaan negara dalam merealisasikan aspirasi Kerangka Ekonomi MADANI,” katanya.

Pada rangka lawatan ini juga Perdana Menteri akan mengunjungi Battersea Power Station yang merupakan pelaburan terbesar Malaysia melibatkan dana awam di Eropah.

Anwar juga dijadualkan menyampaikan syarahan umum khas yang bertajuk The Adaptive Edge: Malaysia’s Global Strategy in an Uncertain Era di London School of Economics (LSE), serta merasmikan Auditorium Malaysia di situ.

Auditorium berkenaan dinamakan Auditorium Malaysia sebagai satu penghargaan kepada usaha berterusan oleh alumni-alumni LSE Cawangan Malaysia yang sentiasa aktif dalam hal ehwal masyarakat di Malaysia dan di UK.

Zakri berkata pada Jumaat, Anwar akan bersolat di East London Mosque dan disusuli dengan pertemuan bersama komuniti Islam tempatan sebelum menyumbang naskhah Al-Quran terbitan Nasyrul Quran di Putrajaya dengan terjemahan Bahasa Inggeris kepada pihak masjid.

Beliau juga akan menjadi hos bagi Majlis Ramah Mesra bersama kira-kira 700 diaspora Malaysia di United Kingdom pada 17 Jan sebelum berlepas ke Brussels dua hari kemudian.

— BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/14/pm-anwar-akan-lakukan-lawatan-kerja-ke-uk/feed/ 0 66904
Tiada Salah Laku YTL Communications dalam Projek 1Bestarinet https://sabahmedia.com/2024/12/18/tiada-salah-laku-ytl-communications-dalam-projek-1bestarinet/ https://sabahmedia.com/2024/12/18/tiada-salah-laku-ytl-communications-dalam-projek-1bestarinet/#respond Wed, 18 Dec 2024 10:29:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=65653
Read Time:36 Second

Kuala Lumpur – YTL Communications Sdn Bhd (YTL Comms), anak syarikat kepada YTL Power International Bhd, telah disahkan bebas daripada sebarang salah laku berkaitan Projek 1BestariNet oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Merujuk pemakluman Bursa, Syarikat itu memaklumkan bahawa mereka telah menerima pengesahan daripada SPRM bahawa siasatan telah selesai dan tiada pertuduhan akan dikenakan terhadap YTL Comms.

syarikat itu merujuk kepada kenyataan sebelumnya pada 4 September 2024 dan 30 Oktober 2024 mengenai siasatan yang dijalankan SPRM ke atas projek tersebut.

Projek 1BestariNet merupakan inisiatif kerajaan untuk menyediakan akses internet kepada sekolah-sekolah di seluruh negara.

Keputusan SPRM ini menamatkan spekulasi berkaitan dakwaan salah laku dalam pelaksanaan projek tersebut, sekali gus mengukuhkan kepercayaan terhadap YTL Comms sebagai penyedia perkhidmatan teknologi yang bertanggungjawab.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/18/tiada-salah-laku-ytl-communications-dalam-projek-1bestarinet/feed/ 0 65653