YUM – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 14 Jun 2026 07:20:16 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png YUM – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 YUM salur RM886.2 juta, bantu usahawan Sabah keluar kemiskinan https://sabahmedia.com/2026/06/14/yum-salur-rm886-2-juta-bantu-usahawan-sabah-keluar-kemiskinan/ https://sabahmedia.com/2026/06/14/yum-salur-rm886-2-juta-bantu-usahawan-sabah-keluar-kemiskinan/#respond Sun, 14 Jun 2026 07:20:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98211
Read Time:2 Minute, 3 Second

RANAU: Yayasan Usaha Maju (YUM) telah menyalurkan pinjaman kumulatif berjumlah RM886.2 juta kepada usahawan di seluruh Sabah sehingga 31 Mei 2026, sekali gus mengukuhkan peranannya sebagai antara pemacu utama pembangunan ekonomi rakyat di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pada tahun 2025 sahaja, YUM mencatat rekod pengeluaran pinjaman tertinggi dalam sejarah penubuhannya apabila menyalurkan pembiayaan sebanyak RM76.5 juta kepada 10,833 peminjam di seluruh Sabah.

“Pencapaian ini bukan sahaja mencerminkan keberkesanan program yang dilaksanakan, malah menunjukkan tahap keyakinan masyarakat yang semakin tinggi terhadap peranan dan kredibiliti YUM sebagai rakan strategik dalam pembangunan keusahawanan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang disampaikan Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Johari Suhaimin, sempena Majlis Sambutan Hari Keluarga Ahli Yayasan Usaha Maju (YUM) Cawangan Ranau 2026 di Dewan Masyarakat Ranau, pada Sabtu.

Masidi berkata, Kerajaan Negeri akan terus memperkukuh kapasiti YUM menerusi pelbagai bentuk sokongan kewangan termasuk peruntukan RM12.12 juta dalam Belanjawan Sabah 2026 bagi memperkasakan Program Kredit Mikro YUM serta meningkatkan infrastruktur teknologi maklumat agensi itu.

Menurutnya, YUM turut mencatat prestasi bayaran balik pinjaman yang cemerlang dengan kadar 99.13 peratus bagi tempoh 2019 hingga 2025, hasil disiplin tinggi peminjam serta sistem pemantauan dan bimbingan yang berkesan.

Beliau berkata, lebih 20 peratus peserta yang sebelum ini berada di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) berjaya keluar daripada kemiskinan menerusi penyertaan dalam program kredit mikro YUM.

Sementara itu, Johari berkata, di bawah hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0, Kerajaan Negeri terus meletakkan agenda pembangunan keusahawanan, pembasmian kemiskinan dan peningkatan sosioekonomi masyarakat di bandar serta luar bandar sebagai teras utama pembangunan negeri.

Beliau menyeru masyarakat supaya terus menyokong produk tempatan dengan mengutamakan pembelian barangan keluaran usahawan setempat bagi merangsang pertumbuhan ekonomi komuniti dan meningkatkan pendapatan rakyat.

“Golongan belia perlu merebut peluang dalam bidang keusahawanan yang semakin berkembang termasuk sektor pertanian, pelancongan, perkhidmatan dan ekonomi digital bagi meningkatkan taraf hidup serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri,” katanya.

Johari turut menggalakkan usahawan memanfaatkan platform media sosial seperti Shopee Live dan TikTok sebagai medium pemasaran yang berkesan untuk memperkukuh jenama, meningkatkan jualan dan memperluaskan pasaran produk.

“Namun, seiring peningkatan penggunaan transaksi tanpa tunai, usahawan perlu sentiasa berwaspada ketika menerima pembayaran melalui QR Pay. Langkah pengesahan transaksi dan semakan penerimaan bayaran hendaklah dilakukan bagi mengelakkan sebarang bentuk penipuan yang boleh mengakibatkan kerugian kepada peniaga,” katanya.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paginatan, Datuk Rusdin Riman; Pengarah Urusan YUM, Roseli Sindong; serta tetamu kehormat lain.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/14/yum-salur-rm886-2-juta-bantu-usahawan-sabah-keluar-kemiskinan/feed/ 0 98211
YUM terus diperkasa, Kerajaan Negeri salur RM11.6 juta bagi tahun 2025 https://sabahmedia.com/2025/07/05/yum-terus-diperkasa-kerajaan-negeri-salur-rm11-6-juta-bagi-tahun-2025/ https://sabahmedia.com/2025/07/05/yum-terus-diperkasa-kerajaan-negeri-salur-rm11-6-juta-bagi-tahun-2025/#respond Sat, 05 Jul 2025 09:02:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76744
Read Time:1 Minute, 50 Second

Oleh Normimie Diun

TUARAN: Komitmen Kerajaan Negeri Sabah untuk memperkasakan golongan wanita berpendapatan rendah terus diperkukuh apabila sejumlah RM11.6 juta diperuntukkan kepada Yayasan Usaha Maju (YUM) bagi tahun ini untuk meneruskan pelaksanaan Program Kredit Mikro.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata peruntukan itu membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap keperluan ekonomi rakyat, khususnya usahawan kecil wanita, dengan menyediakan dana mencukupi bagi memastikan YUM dapat terus beroperasi dan menawarkan perkhidmatan pinjaman kepada ahlinya.

“Kerajaan Negeri juga telah meluluskan geran RM10 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) sebagai modal pusingan pinjaman, di samping geran perbekalan tahunan bagi menampung sebahagian kos operasi,” katanya ketika berucap pada Majlis Hari Keluarga YUM Tuaran di Dewan Sri Sulaman, hari ini.

Hajiji (duduk tengah) merakamkan gambar kenangan bersama kakitangan, ahli dan keluarga YUM di Dewan Seri Sulaman pada Sabtu.

Hajiji turut menyeru para peminjam agar melunaskan pinjaman mereka tepat pada waktunya supaya lebih ramai usahawan kecil lain dapat menikmati manfaat program ini.

“Kejayaan peminjam dalam memanfaatkan pinjaman YUM bukan sahaja meningkatkan pendapatan mereka, malah membolehkan YUM membantu lebih ramai rakyat keluar daripada kemiskinan,” katanya.

Hajiji bergambar bersama penerima Anugerah Cemerlang Ahli YUM semasa majlis tersebut.

Beliau turut menggalakkan ahli YUM untuk menambah kemahiran perniagaan melalui penyertaan dalam bengkel, kursus dan latihan, serta meneroka inovasi dan teknologi baharu demi memperluaskan pasaran mereka.

YUM merupakan sebuah badan amanah di bawah Kementerian Kewangan Negeri Sabah, ditubuhkan pada tahun 1995 untuk menyediakan kemudahan kredit mikro kepada isi rumah berpendapatan rendah, khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Sejak penubuhannya, YUM telah menyalurkan pinjaman bernilai RM805.25 juta, melibatkan 152,021 unit pinjaman kepada 47,389 peminjam, dengan 18,888 daripadanya masih aktif.

Lebih membanggakan, kadar bayaran balik pinjaman YUM kini mencecah melebihi 96 peratus, membuktikan kebolehpercayaan ahlinya sebagai pembayar yang baik.

“Semua peminjam YUM adalah wanita, dan prestasi bayaran balik ini amat membanggakan. Ini menunjukkan bahawa mereka bukan sahaja berdisiplin, malah berpotensi besar untuk maju,” ujar beliau.

Malah, hampir 20 peratus daripada peminjam yang dahulunya berada di bawah garis kemiskinan kini telah berjaya meningkatkan pendapatan melebihi paras tersebut.

“Saya ucapkan tahniah kepada semua warga YUM dan ahlinya yang telah memanfaatkan program ini. Saya yakin YUM akan terus mencapai kecemerlangan dalam membantu rakyat,” kata Hajiji.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/05/yum-terus-diperkasa-kerajaan-negeri-salur-rm11-6-juta-bagi-tahun-2025/feed/ 0 76744
RM10 juta kemudahan pinjaman mikro YUM untuk wanita https://sabahmedia.com/2023/07/22/rm10-juta-kemudahan-pinjaman-mikro-yum-untuk-wanita/ https://sabahmedia.com/2023/07/22/rm10-juta-kemudahan-pinjaman-mikro-yum-untuk-wanita/#respond Sat, 22 Jul 2023 10:47:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38758
Read Time:2 Minute, 9 Second

TUARAN: Kerajaan Negeri menyalurkan peruntukkan sebanyak RM10 juta kepada Yayasan Usaha Maju (YUM) tahun ini untuk kemudahan pinjaman mikro kepada golongan wanita, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, Kerajaan amat prihatin dan akan memastikan usahawan khususnya wanita mendapat peluang dan kemudahan pinjaman yang sama rata.

Beliau berkata, agensi-agensi kerajaan negeri lain yang menawarkan bantuan dana turut menyediakan kursus dan latihan perniagaan, disamping bantuan promosi dan pemasaran produk ke pasaran dalam dan luar negeri.

“Kerajaan negeri turut memberi perhatian dan tumpuan kepada pembangunan peniaga kecil dan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS), sebagai industri pendukung dan pemangkin kepada sektor pembuatan.

“Kerajaan negeri telah memperuntukkan sejumlah RM6.17 juta kepada Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan pada tahun ini, bagi mempergiatkan promosi produk-produk Sabah ke pasaran domestik dan antarabangsa”.

“Bagi memperkasakan dan memantapkan lagi Program Bantuan IKS, Program Persijilan MESTI dan Halal telah bermula tahun ini bagi melayakkan produk IKS Sabah bersaing di peringkat antarabangsa. Untuk itu, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM15 juta bagi menyokong program ini”, katanya ketika merasmikan penutupan Hari Keluarga Terbuka Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Tuaran 2023 di Dewan
Seri Sulaman pada Sabtu.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Joniston Bangkuai.

Hajiji berkata, AIM sebagai penyedia kewangan mikro di negara ini banyak membantu usahawan kecil dan merancakkan pertumbuhan ekonomi di negara ini, termasuk golongan wanita dan B40 untuk keluar daripada kepompong kemiskinan di negeri ini.

Menurutnya, terdapat kalangan Usahawan kecil yang berjaya memperolehi pendapatan sehingga mencecah puluhan ribu ringgit sebulan, hasil bantuan AIM.

“Ini membuktikan AIM telah berjaya membantu mengangkat martabat para peniaga dan sekali gus meningkatkan pendapatan rakyat di seluruh negara.

“Di Tuaran sahaja, seramai 3,102 ahli AIM mendapat pembiayaan pinjaman daripada AIM bagi menjalankan perniagaan”, tegasnya.

Beliau berharap AIM terus membantu menyalurkan pembiayaan perniagaan kepada sahabat usahawan di Sabah secara keseluruhannya agar dapat menjana pendapatan mereka dan seterusnya meningkat kekuatan ekonomi negara.

Hajiji percaya dengan peruntukan RM10 juta untuk AIM yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia telah dapat membantu melancarkan pelaksanaan program yang dirangka agensi itu dalam membantu Sahabat Usahawan di negara ini.

“Justeru, saya meminta peniaga untuk memanfaatkan sepenuhnya peluang yang ditawarkan kerajaan untuk membangunkan perniagaan mereka”.

“Saya menyeru lebih ramai usahawan mengambil kesempatan daripada inisiatif kerajaan supaya dapat mengakses pengetahuan, kemahiran, rangkaian dan sumber. Ini selaras dengan pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) untuk membangunkan modal insan dan memupuk pembangunan keusahawanan.

“Saya juga ingin melihat supaya usahawan kita berdaya saing, inovatif, dinamik dan proaktif serta menerokai peluang untuk mengatasi semua halangan dan seterusnya menuju ke peringkat global”, tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/22/rm10-juta-kemudahan-pinjaman-mikro-yum-untuk-wanita/feed/ 0 38758