Zakat Perniagaan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 15 May 2024 05:00:01 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Zakat Perniagaan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 BPMB serah RM1.46 juta akat perniagaan kepada MUIS https://sabahmedia.com/2024/05/15/bpmb-serah-rm1-46-juta-akat-perniagaan-kepada-muis/ https://sabahmedia.com/2024/05/15/bpmb-serah-rm1-46-juta-akat-perniagaan-kepada-muis/#respond Wed, 15 May 2024 05:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54432
Read Time:1 Minute, 1 Second

Kota Kinabalu: Kumpulan Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM1,458,893 bagi tahun semasa 2022 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Zakat tersebut diserahkan oleh Ahli Lembaga Pengarah BPMB, Norazilla Md. Tahir kepada Timbalan Yang Dipertua MUIS, Datuk Malai Ali Malai Ahmad dan disaksikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin sempena kunjungan hormat Ahli Lembaga BPMB di Istana Seri Kinabalu.

Turut hadir, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam, Mufti Kerajaan Negeri Sabah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Zakat dan Fitrah, Datuk Bungsu Aziz Jaafar, Ketua Kumpulan Perbankan Korporat BPMB, Wee Yee Tat dan Ketua Khidmat Nasihat, Pengurusan Syariah KPMB, Zuhairi Zakaria.

Sementara itu, mengulas mengenai zakat yang diterima MUIS, Malai Ali berkata setakat Mei, pihaknya telah menerima zakat sebanyak RM45 juta.

“Lima bulan pertama tahun ini kita telah menerima zakat berjumlah RM45 juta.

“Pungutan zakat itu kita telah agihkan kepada mereka yang layak menerima termasuklah golongan asnaf, dermasiswa, bantuan ke surau-surau, masjid, bantuan pelajar sekolah termasuklah majlis-majlis khatan.

“Sehingga bulan ini, pengagihan zakat yang telah kita laksanakan dianggarkan berjumlah RM43 juta, ini semua kita lakukan kerana duit zakat ini kita tidak akan simpan, kita akan agihkan sebagaimana harapan yang membayar zakat itu mengikut syarak,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/15/bpmb-serah-rm1-46-juta-akat-perniagaan-kepada-muis/feed/ 0 54432
MUIS terima Zakat Perniagaan RM228,854.35 dari 13 pembayar zakat https://sabahmedia.com/2023/04/12/muis-terima-zakat-perniagaan-rm228854-35-dari-13-pembayar-zakat/ https://sabahmedia.com/2023/04/12/muis-terima-zakat-perniagaan-rm228854-35-dari-13-pembayar-zakat/#respond Wed, 12 Apr 2023 14:32:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32646
Read Time:2 Minute, 40 Second

KOTA KINABALU: Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menerima sejumlah RM228,854.35 zakat perniagaan daripada 13 pembayar – pembayar zakat semasa Majlis Berbuka Puasa MUIS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Majlis penyerahan zakat perniagaan disaksikan oleh Yang Dipertua MUIS Datuk Seri Yahya Hussin.

Pembayar-pembayar zakat tersebut termasuklah KPJ Sabah Specialist Hospital 2022 RM 60,000.00, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) 2021 RM 18,720.00, Jamilah FSFY Sdn Bhd 2022 RM 40,276.40, Jamilah SFY Group Sdn Bhd 2022 RM 17,483.55, FM Fresh Mart 2022 RM 30,000.00, Farmasi Aslam 2022 RM 16,000.00, Andong Engineering 2022 RM 13,693.09 dan Saleh Truck & Trailer Manufacturer Sdn Bhd 2022 RM 9,429.92.

Manakala, Koperasi Wanita Kota Kinabalu Berhad 2020 & 2021 RM 11,918.72, Koperasi Smk Tansau Berhad 2020 RM 4,662.91, Koperasi SMK Sanzac Berhad 2022 RM 2,826.00, Koperasi Jabatan Cetak Kerajaan Sabah Berhad 2019 RM 2,237.37 dan Koperasi SMK Badin Tuaran Berhad 2021 RM 1,607.34.

Sementara itu, menurut Yahya dalam ucapannya, sepanjang tahun 2022 yang lepas, MUIS menerusi bahagian-bahagian di bawahnya giat menggandakan aktiviti ke arah memartabatkan syiar Islam, memperkasa ekonomi serta sistem penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat Islam khususnya di Sabah dan Malaysia amnya.

Katanya, disokong dengan komitmen dan kecemerlangan warga kerja yang tidak berbelah bahagi, MUIS telah melakar beberapa kejayaan yang cukup membanggakan. Antara kejayaan-kejayaan tersebut adalah MUIS telah berjaya mengekalkan Pensijilan ISO 9001:2015. Penganugerahan tersebut telah diberikan kepada MUIS oleh Juruaudit Bertauliah Antarabangsa SGS (Malaysia) Sdn. Bhd.

“MUIS telah memperolehi Sijil Bersih daripada Jabatan Audit Negara (JAN) untuk 3 tahun berturut-turut bagi prestasi Penyata Kewangan Tahun 2019 ,Penyata Kewangan Tahun 2020 dan Penyata Kewangan Tahun 2021.

“Pada tahun 2022, Majlis Ugama Islam Sabah menerusi Bahagian Zakat dan Fitrah telah merekodkan pungutan zakat berjumlah RM133.4 juta dan agihan berjumlah RM122 juta. Ini adalah melebihi daripada unjuran yang dijangkakan, malah merupakan lakaran rekod baharu pencapaian pengurusan pungutan dan agihan zakat khususnya di Sabah,” katanya.

Beiau berkata, menerusi Bahagian Wakaf dan Baitulmal, hal ehwal pengurusan wakaf di negeri ini telah diperkemas dan diperkasakan.

“Antaranya pelancaran Wakaf Tunai, penganjuran siri jelajah Kesedaran Berwakaf di seluruh daerah dan pembangunan serta penyelidikan (R&D) variasi produk Wakaf Tunai & pembangunan Wakaf Hartanah melalui kerjasama strategik bersama-sama dengan pihak pemain industri wakaf, institusi perbankan dan sektor korporat seperti Yayasan Infaq ANGKASA, Waqaf An Nur dan SIRIM,” jelasnya.

Manakala bi bawah MUIS Halal Hub, Yahya berkata, perkhidmatan sertu iaitu proses menyucikan sesuatu daripada najis mughalazah (najis berat) sedang giat dilaksanakan sejak tahun lepas. Selain pengenalan Surat Perakuan Patuh Syariah (SPPS) untuk usahawan di bawah industri mikro (home based), MUIS Halal Hub juga sedang dalam usaha membangunkan Makmal Halal dan Ekosistem Halal Maritim di negeri Sabah.

“Demikianlah penglibatan dan sumbangan yang telah dicapai oleh setiap bahagian di MUIS hasil komitmen padu warga kerja MUIS.

“Semoga segala usaha dalam kerangka memartabatkan syiar Islam dan memperkasa ekonomi umat Islam khususnya di Sabah mampu diterjemah dan direalisasikan sejajar dengan visi dan misi penubuhan MUIS itu sendiri,” ujarnya.

Hadir sama memeriahkan majlis ialah Timbalan Yang Dipertua MUIS Ustaz Malai Ali Malai Ahmad.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/12/muis-terima-zakat-perniagaan-rm228854-35-dari-13-pembayar-zakat/feed/ 0 32646
Bank Islam serah zakat perniagaan kepada MUIS https://sabahmedia.com/2023/03/08/bank-islam-serah-zakat-perniagaan-kepada-muis/ https://sabahmedia.com/2023/03/08/bank-islam-serah-zakat-perniagaan-kepada-muis/#respond Wed, 08 Mar 2023 04:52:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=30488
Read Time:39 Second

Kota Kinabalu : Bank Islam Malaysia Berhad semalam menyerahkan zakat perniagaan tahun 2022 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) sebanyak RM320,000.

Zakat itu diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam Berhad, Mohd Muazzam Mohamed kepada Yang DiPertua MUIS, Datuk Seri Yahya Hussin dan disaksikan oleh Menteri Sains Teknologi Dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif.

Arifin berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan bank tersebut untuk membantu golongan asnaf yang terlibat sebagai usahawan kecil.

“Kita akan menggunakan zakat tersebut untuk membantu para asnaf yang berhak agar mereka dapat membangunkan perniagaan sendiri dan akhirnya mampu membantu para asnaf yang lain,” katanya.

Turut hadir, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam, Ketua Rangkuman Kewangan Kumpulan Bank Islam Berhad, Mohd Nazri Chik dan Pengarah Wilayah Sabah Bank Islam Berhad, Zulkifli Mohamad Zain.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/08/bank-islam-serah-zakat-perniagaan-kepada-muis/feed/ 0 30488
Tabung Haji Serah RM2,104,543.47 Zakat Perniagaan Kepada MUIS https://sabahmedia.com/2021/11/11/tabung-haji-serah-rm2104543-47-zakat-perniagaan-kepada-muis/ https://sabahmedia.com/2021/11/11/tabung-haji-serah-rm2104543-47-zakat-perniagaan-kepada-muis/#respond Thu, 11 Nov 2021 12:18:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8381
Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyaksikan penyerahan zakat perniagaan Lembaga Tabung Haji (TH) berjumlah RM2,104,543.47 bagi tahun kewangan 2020 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.

Pengarah TH Wilayah Sabah dan Sarawak, Datin Nurlaila Said menyerahkan pembayaran zakat itu kepada Timbalan Pengerusi MUIS, Ustaz Malai Ali Malai Ahmad.

Bayaran zakat TH bagi negeri Sabah mencatatkan peningkatan berbanding tahun 2019 berjumlah RM1,774,247.05.

Menurut Nurlaila, saban tahun TH melaksanakan bayaran zakat yang merupakan sebahagian daripada tanggungjawab TH sebagai sebuah organisasi Islam yang prihatin dengan sasaran untuk memperkasakan kewangan Islam dan pembangunan sosio- ekonomi ummah, bagi manfaat khususnya golongan asnaf di Sabah.

Dalam taklimat ringkasnya kepada Hajiji, Nurlaila berkata, TH telah menyerahkan sumbangan van menerusi Program Mobiliti yang julung-julung kalinya di negeri Sabah.

“Sepanjang tahun 2020,TH terus memperkasakan lagi aspek kebertanggungjawabannya dengan pelaksanaan pelbagai program zakat bersasar, khususnya kepada golongan yang memerlukan melalui pengagihan bagi tujuan pendidikan, keusahawanan, kebajikan dan kemasyarakatan.

Program-program tanggungjawab sosial korporat TH memberi impak positif kepada golongan asnaf”, katanya.

Turut hadir ialah Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd Arifin Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong dan Setiausaha MUIS, Ramlan Awang Ali serta Pengarah TH Negeri Sabah, Yusdi Nasip.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/11/tabung-haji-serah-rm2104543-47-zakat-perniagaan-kepada-muis/feed/ 0 8381