Zakat sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 25 Feb 2025 06:00:06 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Zakat sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 MUIS perkenal sistem ‘QR Pay’ bayar zakat fitrah https://sabahmedia.com/2025/02/25/muis-perkenal-sistem-qr-pay-bayar-zakat-fitrah/ https://sabahmedia.com/2025/02/25/muis-perkenal-sistem-qr-pay-bayar-zakat-fitrah/#respond Tue, 25 Feb 2025 06:00:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69328
Read Time:1 Minute, 14 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) memperkenalkan penggunaan sistem QR Pay Bank Islam Malaysia bagi pembayaran zakat fitrah bermula tahun ini.

Yang Dipertua MUIS Datuk Seri Yahya Hussin berkata, kaedah itu adalah bagi memudahkan pembayar zakat tanpa perlu membawa wang tunai.

“Ya, dahulu (pembayar zakat) menggunakan tunai.  Sekarang ini kita menggunakan QR dari Bank Islam. 

“Jadi dengan ini ia akan lebih mudah lagi, tidak tercicir ataupun hilang wang tunai yang digunakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengisytiharkan kadar zakat fitrah bagi negeri Sabah 2025 di sini hari ini.

Yahya berkata, penggunaan kaedah itu juga adalah selaras dengan matlamat Kerajaan untuk mendigitalisasikan agensi Kerajaan terutama di negeri ini.

Terdahulu, dalam ucapan pengisytiharan, Yahya berkata, pungutan zakat harta pada tahun lalu adalah sebanyak RM122,358,037.15.

“Manakala pungutan zakat fitrah pula adalah sebanyak RM12,095,323.50. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pungutan zakat harta dan zakat fitrah pada tahun lalu adalah sebanyak RM135,453,360.65.

“Jumlah pembayar zakat fitrah pada tahun lalu adalah seramai 1,612,556 orang iaitu meningkat seramai 5,369 orang pembayar atau 0.33 peratus berbanding tahun 2023 Masihi bersamaan 1444 Hijrah berjumlah 1,607,187 orang,” katanya.

Dalam pada itu, Yahya berkata, bahagian zakat dan fitrah, MUIS telah berjaya membuat agihan kepada asnaf sebanyak RM147,206,600.38 untuk 114,044 orang asnaf.

“Manakala lebihan yang tidak sempat diagih pada hujung tahun lalu telah mula diagih pada awal tahun ini,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/25/muis-perkenal-sistem-qr-pay-bayar-zakat-fitrah/feed/ 0 69328
Umat Islam dinasihatkan tunai zakat tanpa kerisauan https://sabahmedia.com/2024/05/21/umat-islam-dinasihatkan-tunai-zakat-tanpa-kerisauan/ https://sabahmedia.com/2024/05/21/umat-islam-dinasihatkan-tunai-zakat-tanpa-kerisauan/#respond Tue, 21 May 2024 02:05:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54735
Read Time:2 Minute, 11 Second

Kota Kinabalu:   Umat Islam khususya di negeri ini dinasihatkan agar terus menunaikan tanggungjawab dengan mengeluarkan zakat tanpa sebarang kerisauan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) yang bertanggungjawab menguruskan zakat dan fitrah di bawah Enakmen Zakat dan Fitrah 1993, mengagihkan zakat yang kepada golongan yang berhak menerima.

“Saya ingin menegaskan, pada tahun lepas kutipan zakat oleh MUIS berjumlah RM145 juta meningkat RM15 juta.

“Alhamdulillah, pada tahun lalu, 97 peratus telah kita agihkan. Kita kutip RM145 juta kita agihkan RM142 juta. Jadi, kepada umat Islam jangan risau, zakat yang anda tunaikan kita agihkan pada tahun berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Bank Rakyat bagi tahun 2023 di Istana Seri Kinabalu, di sini semalam.

Arifin yang juga Exco Agama dan Exco Pendidikan Negeri Sabah berkata, jumlah pungutan zakat oleh agensi itu setakat 19 Mei lalu ialah RM46,779,145.63 manakala jumlah agihan kini mencecah RM42,195,277.13.

“Pada tahun ini, kita telah mengutip RM46 juta sehingga Mei, RM42 juta sudah kita agihkan dan inilah buktinya bahawa zakat yang disampaikan kepada MUIS berdasarkan enakmen yang ada mesti ditunaikan oleh MUIS.

“Kita agihkan kepada golongan asnaf yang berkenaan, mudah-mudahan pada tahun ini akan bertambah zakat ini dan kita agihkan,” katanya.

Beliau berkata, dua penyumbang besar dalam zakat iaitu zakat penggajian dengan potongan gaji oleh pegawai-pegawai dari sektor kerajaan serta swasta dan zakat perniagaan. 

Sementara itu, Ketua Pegawai Syariah Bank Rakyat Mohd Zamery Abdul Razak menzahirkan ucapan terima kasih atas kerjasama kerajaan Sabah yang membolehkan bank itu mencatat peningkatan jumlah zakat pada tahun lepas.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri serta MUIS atas kerjasama selama ini dan sokongan yang padu kepada Bank Rakyat sehingga dapat kita lihat dengan peningkatan jumlah zakat yang dibayar pada tahun ini.

“Sebenarnya, peningkatan ini terhasil daripada peningkatan jumlah keuntungan operasi di Sabah. Kaedah pengiraan di Bank Rakyat ini ialah kita mengagihkan zakat mengikut keuntungan operasi negeri.

“Kalau di Sabah ini keunutungan operasinya meningkat, maka zakatnya pun akan meningkat secara automatik,” katanya.

Terdahulu, pada majlis itu, Mohd Zamery menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM1,352,340.00 kepada Yang Dipertua MUIS, Datuk Seri  Yahya Hussin dan disaksikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Hadir sama, Timbalan Yang Dipertua MUIS, Datuk Malai Ali Malai Ahmad, Setiausaha MUIS, Ramlan Awang Ali, Ketua Bahagian Zakat dan Fitrah Iwansuzairie Hari, Pengarah Wilayah Borneo Bank Rakyat Saini Hammade, Naib Presiden Syariah (Bukan Operasi Perbankan), Mohd Hanafiah Mohd Nawawi, Ketua Wilayah Sabah Bank Rakyat Md Azmi Mohd Taib dan Pengurus Cawangan Kota Kinabalu, Suhaimi Jainullah.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/21/umat-islam-dinasihatkan-tunai-zakat-tanpa-kerisauan/feed/ 0 54735
Organisasi perniagaan, individu digesa membayar zakat, bantu golongan asnaf https://sabahmedia.com/2023/10/11/organisasi-perniagaan-individu-digesa-membayar-zakat-bantu-golongan-asnaf/ https://sabahmedia.com/2023/10/11/organisasi-perniagaan-individu-digesa-membayar-zakat-bantu-golongan-asnaf/#respond Wed, 11 Oct 2023 08:33:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43468
Read Time:1 Minute, 49 Second

Kota Kinabalu : Organisasi perniagaan mahupun individu di negeri ini digesa agar terus mengeluarkan zakat bagi membantu golongan asnaf.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam berkata, zakat tersebut akan diuruskan oleh Bahagian Zakat dan Fitrah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) untuk diagihkan kepada golongan asnaf seperti fakir, miskin, mualaf, al gharimin, ibnu sabil, amil dan fisabilillah.

“Dengan adanya pembayaran zakat ini, MUIS dapat memberi sumbangan kepada golongan yang sepatutnya mendapat bahagian daripada pembahagian zakat.

“Kita juga sangat berterima kasih kepada Bank Rakyat yang mana ramai rakyat kita berurusan dengan Bank Rakyat, pastinya wang yang kita simpan itu sudah pun dizakatkan pada keseluruhannya dan zakat ini akan diagihkan kepada asnaf mengikut kategori yang selayaknya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Kumpulan Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah bagi Tahun 2021 dan Bank Rakyat bagi Tahun 2022 masing-masing berjumlah RM 3,446,180.76 dan RM 914,400.00 kepada MUIS di Istana Seri Kinabalu di sini.

Pada majlis itu, Pengerusi Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah, Datuk Mohd Jasmin Julpin dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Perniagaan Bank Rakyat, Ahmad Shahril Mohd Shariff menyampaikan cek cura masing-masing kepada Yang Dipertua MUIS, Datuk Seri Yahya Hussin yang disaksikan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Ruslan berkata, jumlah pungutan zakat bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini telah mencecah lebih RM103 juta.

“Berdasarkan tempoh itu juga, zakat penggajian menyumbang angka tertinggi dengan jumlah lebih RM46 juta iaitu 45.16 peratus, diikuti zakat perniagaan berjumlah RM 33,273,754.79 (32.2 peratus), zakat fitrah RM 11,251,061.26 (10.89 peratus), zakat pendapatan RM 6,639,781.82 (6.43 peratus) dan zakat simpanan RM 4,612,359.42 (4.47 peratus).

“Manakala, zakat emas dan perak mencatat jumlah RM 646,824.50 (0.63 peratus), disusuli zakat saham RM 154,434.20 (0.14 peratus), zakat pertanian RM 42,520.40 (0.04 peratus) dan zakat ternakan RM 22,285.52 (0.02 peratus),” katanya.

Turut mengiringi Tun Juhar ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif yang juga Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Timbalan Yang Dipertua MUIS, Datuk Malai Ahmad Malai Ali.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/11/organisasi-perniagaan-individu-digesa-membayar-zakat-bantu-golongan-asnaf/feed/ 0 43468
DUN Sabah : MUIS berjaya kutip zakat lebih RM76 juta sehingga Jun lalu https://sabahmedia.com/2023/08/09/dun-sabah-muis-berjaya-kutip-zakat-lebih-rm76-juta-sehingga-jun-lalu/ https://sabahmedia.com/2023/08/09/dun-sabah-muis-berjaya-kutip-zakat-lebih-rm76-juta-sehingga-jun-lalu/#respond Wed, 09 Aug 2023 08:50:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=39765
Read Time:1 Minute, 12 Second

Kota Kinabalu : Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) telah berjaya memungut kutipan zakat sebanyak lebih RM76 juta yang direkodkan sehingga Jun lalu.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam berkata, jumlah itu adalah meliputi dari pelbagai jenis pungutan zakat.

Antaranya ialah Zakat Pendapatan; Zakat Penggajian; Zakat Simpanan; Zakat Perniagaan; Zakat Emas/Perak; Zakat Saham; Zakat Pertanian; Zakat Ternakan dan Zakat Fitrah.

“Kutipan zakat itu adalah dari pelbagai jenis iaitu antaranya Zakat Pendapatan iaitu sebanyak RM5,419,984.32; Zakat Penggajian (RM33,630,129.10); Zakat Simpanan (RM4,179,495.03); Zakat Perniagaan (RM22,432,855.30) dan Zakat Emas/ Perak iaitu sebanyak RM561,625.54.

“Selain itu, jumlah yang berjaya dipungut itu juga meliputi Zakat Saham sebanyak RM115,735.76; Zakat Pertanian (RM35,909.08); Zakat Ternakan (RM17,451.02) dan Zakat Fitrah sebanyak RM10,270,695.26,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawb pertanyaan Datuk Hassan A Gani Pg Amir (PGRS- Sebatik) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Ruslan berkata, bagi agihan zakat kepada asnaf (penerima) sehingga Jun lalu adalah sebanyak RM76,506,163.58

Katanya, pecahan agihan adalah meliputi kepada Fakir sebanyak RM28,564,966.46; Miskin (RM12,083,003.24) dan Amil sebanyak RM7,221,835.47.

“Selain itu, agihan turut diberikan kepada Mualaf sebanyak RM1,780,385.50; Al Riqab (RM12,081,167.33); Ibnu Sabil (RM226,367.89); Gharimin (RM126,690) dan Fisabilillah sebanyak RM14,421,747.69,” katanya. – SABAH MEDIA.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/09/dun-sabah-muis-berjaya-kutip-zakat-lebih-rm76-juta-sehingga-jun-lalu/feed/ 0 39765