Zakat – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 14 Mar 2026 11:59:56 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Zakat – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 CIS bayar zakat RM500,000 kepada Pusat Zakat Sabah, santuni anak yatim dan asnaf https://sabahmedia.com/2026/03/14/cis-bayar-zakat-rm500000-kepada-pusat-zakat-sabah-santuni-anak-yatim-dan-asnaf/ https://sabahmedia.com/2026/03/14/cis-bayar-zakat-rm500000-kepada-pusat-zakat-sabah-santuni-anak-yatim-dan-asnaf/#respond Sat, 14 Mar 2026 11:59:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=93267
Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU: Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd (CIS) terus memperkukuh komitmen terhadap tanggungjawab sosial korporat (CSR) apabila membayar zakat perniagaan bagi tahun 2025 berjumlah RM500,000 kepada Pusat Zakat Sabah dalam satu majlis yang berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Japlin bergambar kenangan bersama anak yatim dan asnaf serta wakil tiga rumah kebajikan.

Zakat berkenaan disampaikan oleh Pengerusi CIS, Datuk Japlin Akim kepada Ketua Penolong Setiausaha Zakat dan Fitrah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Iwansuzairie Hari yang mewakili Pusat Zakat Sabah.

Japlin berkata, sebagai syarikat milik kerajaan negeri, CIS bukan sahaja memainkan peranan menyokong pembangunan ekonomi Sabah, malah komited menyalurkan sebahagian keuntungan kepada golongan memerlukan melalui pembayaran zakat.

“Sebagai sebuah syarikat milik kerajaan negeri, kita bukan sahaja memikul tanggungjawab menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan Sabah, tetapi juga berkongsi rezeki dengan masyarakat melalui agihan zakat.

“Kita berharap sumbangan ini dapat membantu meringankan beban golongan miskin dan asnaf, khususnya dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri yang bakal tiba,” katanya.

Turut hadir Timbalan Yang Dipertua MUIS, Datuk Ustaz Malai Ali Malai Ahmad; Pengurus Besar CIS, Sumardi Mohd Yusof serta pengurusan CIS.

Selain penyerahan zakat, CIS turut menganjurkan Majlis Iftar bersama 60 anak yatim dan asnaf daripada beberapa institusi kebajikan termasuk Rumah Anak Yatim & Asnaf As Sakinah, Pertubuhan Kebajikan Bayu Raudhah Sabah dan Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran As-Syatibiyah.

Setiap rumah kebajikan menerima sumbangan RM2,000.

Inisiatif itu mencerminkan komitmen berterusan CIS dalam menyokong usaha kebajikan serta membantu golongan asnaf dan masyarakat yang memerlukan di Sabah.

Majlis berkenaan turut menjadi platform mengeratkan hubungan antara sektor korporat, agensi kerajaan dan masyarakat dalam semangat kebersamaan, khususnya sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/14/cis-bayar-zakat-rm500000-kepada-pusat-zakat-sabah-santuni-anak-yatim-dan-asnaf/feed/ 0 93267
MUIS terima zakat perniagaan RM1.86 juta daripada Celcom Timur, SEDCO https://sabahmedia.com/2026/03/13/muis-terima-zakat-perniagaan-rm1-86-juta-daripada-celcom-timur-sedco/ https://sabahmedia.com/2026/03/13/muis-terima-zakat-perniagaan-rm1-86-juta-daripada-celcom-timur-sedco/#respond Fri, 13 Mar 2026 00:31:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=93180
Read Time:1 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU: Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menerima zakat perniagaan berjumlah RM1.86 juta daripada Celcom Timur (Sabah) Sdn Bhd dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) bagi tahun 2025.

Yang Dipertua MUIS, Datuk Seri Yahya Hussin berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding zakat yang diserahkan kedua-dua institusi berkenaan pada tahun sebelumnya.

Menurutnya, Celcom Timur (Sabah) Sdn Bhd menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM1.1 juta bagi tahun 2025 berbanding RM1 juta pada tahun 2024.

“Manakala zakat yang diserahkan oleh SEDCO pula meningkat kepada RM760,000 pada tahun 2025 berbanding RM370,000 pada tahun 2024,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, di sini, pada Khamis.

Penyerahan zakat berkenaan turut disaksikan Tun Musa dalam satu majlis yang berlangsung di Istana Seri Kinabalu.

Yahya berkata peningkatan jumlah zakat yang disumbangkan itu menunjukkan perkembangan positif dalam kalangan syarikat korporat yang menunaikan tanggungjawab sosial melalui pembayaran zakat.

Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan lebih banyak syarikat dan individu yang berkemampuan untuk menunaikan zakat bagi membantu golongan yang layak menerima bantuan.

Turut hadir, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif; Setiausaha MUIS, Datuk Ramlan Awang Ali; Pengarah Celcom Timur (Sabah) Sdn Bhd; Pengurus Besar Kumpulan SEDCO, Datuk Ar. James Wong Kein Peng serta Timbalan Pengurus Besar Kumpulan SEDCO, Azrul Ahmad.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/13/muis-terima-zakat-perniagaan-rm1-86-juta-daripada-celcom-timur-sedco/feed/ 0 93180
MUIS sasar mengutip RM155 juta zakat tahun ini https://sabahmedia.com/2025/06/13/muis-sasar-mengutip-rm155-juta-zakat-tahun-ini/ https://sabahmedia.com/2025/06/13/muis-sasar-mengutip-rm155-juta-zakat-tahun-ini/#respond Fri, 13 Jun 2025 01:29:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75477
Read Time:1 Minute, 24 Second

Kota Kinabalu: Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menyasarkan sebanyak RM155 juta jumlah kutipan zakat pada tahun ini.

Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Datuk Dr. Mohd Arifin Arif berkata, sasaran itu termasuk zakat penggajian yang menyumbang sebanyak 40 peratus daripada keseluruhan zakat.

“Untuk makluman, insyaAllah kita sasarkan kutipan zakat pada tahun ini RM155 juta. Antara penyumbang yang ramai ialah zakat penggajian lebih kurang 40 peratus, kemudian zakat perniagaan.

“Jadi, kita juga mengalu-alukan mana-mana syarikat atau GLC untuk terus menunaikan zakat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Tahun 2024 Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) oleh Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Arshad Raja Uda kepada Yang Dipertua MUIS, Datuk Seri Yahya Hussin.

Penyerahan zakat tersebut disaksikan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman di Dewan Kunjungan, Istana Seri Kinabalu, di sini pada Khamis.

Hadir sama Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB Datuk Abdul Rahman Ahmad, Mufti Kerajaan Sabah Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar, Ketua Pegawai Eksekutif MUIS Ramlan Awang Ali, Timbalan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan, Datuk Rick Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) Fadzihan Abbas Mohamed Ramlee dan Ketua Pengurusan Shariah Dr. Ahmad Basri Ibrahim.

Sehingga Rabu lalu, MUIS mencatatkan jumlah kutipan zakat RM 58,263,703.96 berbanding jumlah agihan RM 63,712,668.71 dengan zakat penggajian yang menyumbang 51.43 peratus iaitu RM29,962,478.35.

Ia diikuti zakat perniagaan dengan sumbangan 17.91 peratus (RM10,437,740.93), zakat pendapatan dengan 8.1 peratus (RM4,719,458.40) dan zakat simpanan 6.4 peratus (RM3,726,641.83).

Manakala, lain-lain zakat termasuk zakat emas dan perak, saham, pertanian dan ternakan masing-masing di bawah dua peratus.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/13/muis-sasar-mengutip-rm155-juta-zakat-tahun-ini/feed/ 0 75477
Kadar zakat fitrah di Sabah kekal RM7.50 https://sabahmedia.com/2025/02/25/kadar-zakat-fitrah-di-sabah-kekal-rm7-50/ https://sabahmedia.com/2025/02/25/kadar-zakat-fitrah-di-sabah-kekal-rm7-50/#respond Tue, 25 Feb 2025 04:21:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69320
Read Time:1 Minute, 0 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Kadar zakat fitrah bagi umat Islam yang bermastautin di Sabah diisytiharkan kekal pada kadar RM7.50 seorang dan wajib ditunaikan pada Ramadan tahun ini.

Pengisytiharan kadar zakat fitrah itu diumumkan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Yahya Hussin pada majlis Pengisytiharan Kadar Zakat Fitrah Negeri Sabah 2025M / 1446H, di sini, hari ini.

Yahya berkata, kadar ini adalah berasaskan sukatan satu gantang baghdad atau bersamaan dua point tujuh (2.7) kilogram beras yang dimakan majoriti penduduk negeri Sabah.

Hadir sama pada majlis pengisytiharan itu Mufti Kerajaan Negeri Sabah Mufti Negeri Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar; Timbalan Yang Dipertua MUIS Datuk Malai Ali Malai Ahmad dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Datuk Jumain Abdul Ghani.

Tarikh melihat anak bulan Ramadan untuk menetapkan tarikh permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia tahun ini adalah pada petang Jumaat ini  bersamaan dengan 29 Syaaban 1446 Hijrah.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh awal Ramadan adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Umat Islam dijangka menunaikan ibadah puasa sempena Ramadan tahun ini bermula Sabtu atau Ahad ini. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/25/kadar-zakat-fitrah-di-sabah-kekal-rm7-50/feed/ 0 69320
Semua kaunter PZS MUIS dibuka setiap hari, mudahkan umat Islam tunaikan Zakat https://sabahmedia.com/2024/12/24/semua-kaunter-pzs-muis-dibuka-setiap-hari-mudahkan-umat-islam-tunaikan-zakat/ https://sabahmedia.com/2024/12/24/semua-kaunter-pzs-muis-dibuka-setiap-hari-mudahkan-umat-islam-tunaikan-zakat/#respond Tue, 24 Dec 2024 06:20:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=65938
Read Time:1 Minute, 19 Second

Kota Kinabalu : Semua kaunter Pusat Zakat Sabah (PZS) Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) termasuk cawangan dibuka setiap hari termasuk cuti umum bagi membolehkan umat Islam menunaikan zakat.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, kakitangan PZS juga akan sentiasa membantu para pembayar zakat untuk menyelesaikan tanggungjawab mereka.

“Menjelang ambang tahun baharu 2025 ini, pada kebiasaannya akan ramai umat Isam akan menunaikan zakat terutamanya zakat perniagaan.

Datuk Dr Mohd Arifin Arif

“Justeru saya ingin memaklumkan bahawa semua kaunter PZS MUIS termasuk cawangan dibuka setiap hari termasuk cuti umum. Misalnya pada hari Sabtu dan Ahad, kaunter akan dibuka bermula jam 9 pagi hingga 3 petang.

“Ini adalah bagi membolehkan umat Islam dapat menyelesaikan tanggungjawab mereka dan kita akan membantu seperti mana sebelum-sebelum ini untuk memudahkan urusan pembayaran zakat berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, Arifin yang juga Exco Agama dan Pendidikan Sabah berkata, jumlah kutipan zakat yang berjaya direkodkan PZS pada tahun ini adalah sebanyak RM121.7 juta dan agihan sebanyak RM173.9 juta.

“Jumlah agihan lebih banyak berbanding pungutan adalah disebabkan oleh arahan Jabatan Audit Negara yang meminta agar menyelesaikan semua agihan yang sekiranya ada terbaki, kita akan bayar terus pada tahun semasa atau kita selesaikan pada tahun ini.

“Ini adalah nasihat daripada Jabatan Audit Negara untuk kita menyelesaikan semua agihan berkenaan dan sudah kita agihkan sejumlah RM173.9 juta untuk asnaf-asnaf yang berhak menerimanya,” katanya.

Sementara itu, PZS menerusi hantaran di Facebooknya pembayaran zakat khususnya harta boleh dibayar menerusi beberapa platform pembayaran seperti laman sesawang; perbankan internet; ejen dan skim potongan zakat berjadual. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/24/semua-kaunter-pzs-muis-dibuka-setiap-hari-mudahkan-umat-islam-tunaikan-zakat/feed/ 0 65938
MUIS rekod RM145 juta pungutan zakat bagi tahun 2023 https://sabahmedia.com/2024/11/08/muis-rekod-rm145-juta-pungutan-zakat-bagi-tahun-2023/ https://sabahmedia.com/2024/11/08/muis-rekod-rm145-juta-pungutan-zakat-bagi-tahun-2023/#respond Fri, 08 Nov 2024 00:55:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63432
Read Time:1 Minute, 42 Second

Kota Kinabalu: Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) berjaya merekodkan jumlah kutipan zakat sebanyak RM145 juta pada tahun lalu.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif berkata, daripada jumlah itu sebanyak RM140 juta berjaya diagihkan kepada golongan yang berhak menerima. 

“Pada tahun lalu, MUIS di bawah Bahagian Zakat dan Fitrah menerima atau mengutip zakat berjumlah RM145 juta dan kita telah pun berjaya mengagihkan RM140 juta kepada mereka yang berhak menerima iaitu golongan asnaf khususnya fakir miskin, mualaf dan sabilillah.

“Melihat kepada makna sabilillah, ia merujuk kepada bidang pemerkasaan pendidikan anak-anak asnaf dan ini juga kita bantu melalui Bahagian Zakat dan Fitrah.

“Bahagian ini memberikan peruntukan yang banyak untuk membantu anak-anak dalam bidang pendidikan, misalnya tahun ini saja sejumlah RM20 juta dimanfaatkan untuk membantu lebih 8,000 anak-anak yang tidak berkemampuan dalam bidang pendidikan,” katanya

Beliau ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan yang Terutama Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu di sini semalam.

Arifin turut mengalu alukan syarikat-syarikat GLC dan masyarakat yang berkemampuan untuk menyempurnakan zakat.

“MUIS mengalu-alukan kepada mana-mana GLC dan mereka yang telah wajar untuk membayar zakat tampil untuk membayar zakat, dan kita berharap akan bertambah lagi kutipan agar dapat membantu lebih ramai lagi yang berhak,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Benta Wawasan Sdn. Bhd., Datuk Karim Abd Wahid berharap agar sumbangan zakat yang telah diagihkan akan membantu meringankan beban golongan asnaf dan juga fakir miskin.

“Hari ini, kita menyampaikan zakat perniagaan berjumlah RM1.9 juta bagi kutipan tahun 2022 kepada MUIS dan berharap setiap sumbangaan zakat akan disampaikan kepada golongan asnaf dan masyarakat yang memerlukan, mudah-mudahan ia dapat membantu meringankan beban kehidupan mereka yang kurang bernasib baik di seluruh negeri Sabah,” katanya.

Hadir sama, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ruslan Muharam, Yang Dipertua MUIS, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin, Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Seri Gulamhaidar Khan Bahadar, Setiausaha MUIS, Ramlan Awang Ali dan Ahli Lembaga Pengarah Benta Wawasan Sdn. Bhd., Mashor Ghapor.-

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/08/muis-rekod-rm145-juta-pungutan-zakat-bagi-tahun-2023/feed/ 0 63432
CIS serah zakat perniagaan RM100,000 https://sabahmedia.com/2024/04/30/cis-serah-zakat-perniagaan-rm100000/ https://sabahmedia.com/2024/04/30/cis-serah-zakat-perniagaan-rm100000/#respond Tue, 30 Apr 2024 08:53:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=53725
Read Time:42 Second

KOTA KINABALU: Syarikat Cement Industries (Sabah) Sdn. Bhd. (CIS) menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM100,000 kepada Pusat Zakat Sabah pada majlis yang diadakan di sini pada Isnin.

Majlis penyerahan yang turut diadakan sempena rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri 2024 itu disempurnakan oleh Pengerusi CIS, Datuk Japlin Akim, manakala Dahlan Marali Ketua Sektor Operasi & Wilayah Bahagian Zakat & Fitrah, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menerima bagi pihak Pusat Zakat Sabah.

Majlis tersebut juga dihadiri oleh Timbalan Pengurus Besar Perbadanan Ekonomi Sabah (SEDCO), Azrul Ahmad, Pengurus Besar CIS, Sumardi Mohd Yusof serta kakitangan CIS.

Menurut Japlin, zakat berkenaan adalah antara tanggungjawab CIS dalam menunaikan tuntutan Islam berdasarkan kepada perkembangan dan keuntungan semasa syarikat.

“Diharapkan zakat ini akan dapat dimanfaatkan bagi tujuan membantu para asnaf dan kita berdoa agar perniagaan CIS terus mencapai kejayaan pada masa-masa yang akan datang,” ujar beliau.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/30/cis-serah-zakat-perniagaan-rm100000/feed/ 0 53725
Lebih RM10 juta zakat diagih kepada asnaf sempena Aidilfitri https://sabahmedia.com/2022/04/11/lebih-rm10-juta-zakat-diagih-kepada-asnaf-sempena-aidilfitri/ https://sabahmedia.com/2022/04/11/lebih-rm10-juta-zakat-diagih-kepada-asnaf-sempena-aidilfitri/#respond Mon, 11 Apr 2022 08:43:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14155
Read Time:1 Minute, 15 Second

MEMBAKUT : Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) akan mengagihkan zakat kepada 44,474 asnaf di negeri ini melibatkan jumlah zakat sebanyak lebih RM10 juta.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, agihan itu adalah bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan akan dilaksanakan sepanjang Ramadan ini.

“Ramadan ini kita akan memberikan sumbangan zakat sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri yang melebihi Rm10 juta.

“Golongan fakir miskin termasuk saudara kita yang susah di seluruh Sabah akan turut menerima sumbangan ini dan sebahagiannya akan menerima terus dari akaun mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Forum Ramadan Saudara Kita di Dewan Sri Wawasan disini kelmarin.

Hadir sama, Timbalan Yang di-Pertua MUIS, Malai Ali Malai Ahmad, Pengarah Jabatan hal Ehwal Agala Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Datuk Saifulzaman Sangol, Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah, Datuk Norjeli Dais, Setiausaha dan Ketua Pegawai Eksekutif MUIS Ramlan Awang Ali, Penolong Pegawai Daerah, Ibrahim Terki dan  Pengerusi Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS), Omar Raisul Assalam Syah Sulaiman Omar.

Pada majlis itu, Mohd Arifin menyampaikan sumbangan RM200 kepada 757 asnaf fakir dan saudara kita di kawasan Membakut.

“Pada hari ini (kelmarin), kita telah menyampaikan bantuan kepada 757 orang asnaf fakir dan juga saudara kita untuk membantu mereka dalam persiapan menyambut Aidilfitri,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) yang sedang diikuti 300 orang saudara kita di Membakut, Mohd Arifin berkata, usaha itu akan diinisiatif oleh MUIS, JHEAINS dan JAKIM untuk golongan saudara kita di seluruh Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/11/lebih-rm10-juta-zakat-diagih-kepada-asnaf-sempena-aidilfitri/feed/ 0 14155
Kadar zakat fitrah di Sabah kekal RM7 https://sabahmedia.com/2022/03/31/kadar-zakat-fitrah-di-sabah-kekal-rm7/ https://sabahmedia.com/2022/03/31/kadar-zakat-fitrah-di-sabah-kekal-rm7/#respond Thu, 31 Mar 2022 10:58:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13695
Read Time:1 Minute, 32 Second

Oleh : ERDIE AB WAHID

KOTA KINABALU : Kadar bayaran zakat fitrah bagi negeri Sabah pada tahun ini kekal seperti tahun lalu iaitu sebanyak RM7.

Mufti Kerajaan Negeri Sabah Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar berkata, kadar zakat itu ditentukan berdasarkan sukatan satu gantang Baghdad atau 2.7 kilogram beras dimakan oleh majoriti pendududuk Sabah.

“Saya sebagai Mufti Kerajaan Negeri Sabah dengan ini mengisytiharkan bahawa kadar Zakat Fitrah bagi tahun 1443 Hijrah bersamaan tahun 2022 Masihi ialah berharga RM7 atas setiap orang Islam yang bermastautin di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Wisma Majlis Ugama Islam Negeri Sabah (MUIS) disini petang tadi.

Bungsu berkata, pada tahun ini, MUIS telah melantik seramai 39 orang Penyelaras Wakil Amil dan seramai 2000 orang Wakil Amil untuk menyelaras dan memungut  Zakat Fitrah sepanjang bulan Ramadan.

Katanya, kesemua mereka akan dibekalkan dengan kad kuasa bagi mengelak masyarakat Islam mengeluarkan fitrah kepada orang-orang yang tidak  bertanggungjawab dan tidak mempunyai tauliah.

“Setiap tahun menjelang bulan Ramadan MUIS akan melantik Penyelaras Wakil Amil dan Wakil Amil Zakat Fitrah yang terdiri daripada Pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS), Penjawat Awam dan  Imam-Imam Kariah.

“Selain itu, turut dilantik Ketua-Ketua kampung, pemimpin-pemimpin masyarakat dan orang-orang perseorangan yang memiliki sifat amanah serta berbudi pekerti mulia,” katanya

Dalam pada itu, Bungsu berkata, kutipan zakat dikutip oleh MUIS pada tahun lalu berjumlah RM122,495,859.55 yang  merangkumi RM10,761,541.82 bagi zakat fitrah, manakala RM111,734,317.73 adalah zakat harta.

Katanya, jumlah tersebut melibatkan seramai 1,537,130 pembayar zakat fitrah dengan peningkatan 63,565 pembayar atau empat peratus berbanding 1,473,565 orang pada tahun sebelumnya.

“Bagi jumlah pungutan zakat harta pula diperoleh daripada pendapatan, penggajian, simpanan, perniagaan, emas atau perak, saham, pertanian dan ternakan membabitkan 89,785 pembayar,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/31/kadar-zakat-fitrah-di-sabah-kekal-rm7/feed/ 0 13695
MUIS Berjaya Kutip RM40 Juta Zakat Perniagaan https://sabahmedia.com/2022/01/10/muis-berjaya-kutip-rm40-juta-zakat-perniagaan/ https://sabahmedia.com/2022/01/10/muis-berjaya-kutip-rm40-juta-zakat-perniagaan/#respond Mon, 10 Jan 2022 14:07:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10984
Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU :  Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) melalui Bahagian Zakat dan Fitrah  berjaya mengutip sebanyak RM40 juta zakat perniagaan bagi tahun 2021.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding jumlah tahun sebelumnya dan ia merupakan antara hasil kerja keras dan MUIS.

“Kutipan zakat pada tahun 2020 adalah sebanyak RM101 juta manakala pada tahun lalu, kita berjaya mengutip sebanyak RM117.8 juta dan ini menunjukkan terdapat peningkatan kutipan sebanyak lebih RM16 juta.

“Penyumbang terbesar kutipan zakat di negeri ini adalah dari zakat penggajian iaitu RM 48 juta, diikuti zakat perniagaan dengan jumlah RM40 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media di Istana Seri Kinabalu disini hari ini.

Mohd Arifin turut merakamkan penghargaan kepada MUIS khususnya Bahagian Zakat dan Fitrah kerana bergerak dari masa ke masa memberikan maklumat serta kempen berkenaan zakat.

Pada majlis itu, Kumpulan FGV Holdings Berhad diwakili oleh pengerusinya Datuk Dzulkifli Abdul Wahab menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM 3,226,291 kepada Yang Dipertua MUIS Datuk Seri Yahya Hussin.

Majlis tersebut disaksikan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan Mufti Negeri Sabah, Datuk Bongsu @ Aziz Jaafar.

Dalam pada itu, Tun Juhar turut menerima kunjungan hormat daripada Ahli Majlis Tertinggi  Persatuan Orang Kerdil Sabah dan bertujuan untuk memperkenalkan persatuan yang ditubuhkan sejak April 2021 dengan jumlah keahlian lebih 20 orang setakat ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/10/muis-berjaya-kutip-rm40-juta-zakat-perniagaan/feed/ 0 10984