zara qistina – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 20 Aug 2025 09:05:44 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png zara qistina – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Peguam Wakili Lima Remaja Dalam Kes Zara Berikan Khidmat Secara Pro Bono https://sabahmedia.com/2025/08/20/peguam-wakili-lima-remaja-dalam-kes-zara-berikan-khidmat-secara-pro-bono/ https://sabahmedia.com/2025/08/20/peguam-wakili-lima-remaja-dalam-kes-zara-berikan-khidmat-secara-pro-bono/#respond Wed, 20 Aug 2025 09:05:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79703
Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Semua peguam yang mewakili lima remaja didakwa membuli Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir tampil memberikan khidmat secara pro bono (perkhidmatan guaman percuma).

Tanpa mendedahkan identiti dan status tertuduh, Datuk Ram Singh menegaskan anak guamnya bukanlah anak kepada mana-mana individu kenamaan atau VVIP.

“Dia (tertuduh) bukan anak VVIP, sebaliknya seorang kanak-kanak yang turut mempunyai hak untuk diwakili.

“Kami dihubungi oleh keluarga tertuduh untuk mendapatkan khidmat guaman, dan saya bersama peguam lain bersetuju mewakili mereka secara pro bono,” katanya ketika ditemui sebelum prosiding Mahkamah Kanak-Kanak bermula pagi tadi.

Ram bersama Joan Goh dan Prem Elmer Ganasan mewakili seorang daripada lima tertuduh.

Empat lagi tertuduh diwakili peguam Azhier Farhan Arisin, Abdul Fikry Jaafar Abdullah, Fareez Salleh dan Sylvester Kuan.

Mereka juga menegaskan anak guam mereka bukan daripada kalangan VVIP.

Menurut Azhier, tertuduh yang mereka wakili juga perlu diberi peluang dan ruang untuk mengemukakan bukti menyokong pembelaan mereka.

“Anak guam kami juga berhak mendapat perlindungan sebagaimana dijamin oleh undang-undang, iaitu diberi peluang mengemukakan bukti dan keterangan bagi menyokong pembelaan mereka di mahkamah kelak,” katanya.

Terdahulu, lima remaja bawah umur didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak di sini atas pertuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir. Mereka mengaku tidak bersalah.

Prosiding berlangsung di Mahkamah Kanak-Kanak secara tertutup, dengan kawalan keselamatan yang ketat.

Selepas prosiding, media dimaklumkan bahawa Ram telah memohon ‘gag order’ bagi menghalang pendedahan lanjut berhubung kes tersebut.

Zara, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai, sehari selepas ditemui tidak sedarkan diri di sebuah asrama sekolah di Papar pada 16 Julai.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/20/peguam-wakili-lima-remaja-dalam-kes-zara-berikan-khidmat-secara-pro-bono/feed/ 0 79703
Sebutan Inkues Kes Kematian Zara Qairina Bermula Esok https://sabahmedia.com/2025/08/17/sebutan-inkues-kes-kematian-zara-qairina-bermula-esok/ https://sabahmedia.com/2025/08/17/sebutan-inkues-kes-kematian-zara-qairina-bermula-esok/#respond Sun, 17 Aug 2025 12:10:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79490
Read Time:1 Minute, 20 Second

PUTRAJAYA – Mahkamah Koroner Kota Kinabalu menetapkan esok (Isnin, 18 Ogos) sebagai tarikh sebutan bagi prosiding inkues untuk menentukan punca dan sebab kematian Zara Qairina.

Ini selepas Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah mengemukakan permohonan agar prosiding berkenaan diadakan, selaras dengan subseksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] kata Jabatan Peguam Negara dalam satu Dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, inkuis berkenaan penting bagi mengenal pasti sama ada wujud unsur jenayah atau sebaliknya dalam kes kematian tersebut.

“Kes ini melibatkan kepentingan awam. Jabatan ini memohon agar prosiding dipercepatkan demi memastikan keadilan ditegakkan, bukan sahaja kepada keluarga Allahyarhamah Zara Qairina, tetapi juga demi kepentingan masyarakat umum,” katanya.

Jabatan Peguam Negara pada 13 Ogos lalu telah mengumumkan keputusan untuk menjalankan inkuis bagi kes tersebut.

Sebelum itu Peguam keluarga, Hamid Ismail turut memallumkan bahawa prosiding itu dijadualkan pada jam 9 pagi, namun Koroner yang akan mendengar prosiding itu masih belum dipastikan.

Hamid mengesahkan perkembangan itu selepas dimaklumkan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) cawangan Sabah, hari ini.

Sebelum ini, AGC memaklumkan prosiding inkues akan dijalankan bagi menyiasat kematian Zara yang mendapat perhatian seluruh negara.

ara, pelajar Tingkatan 1 di sebuah sekolah agama di Papar, Sabah, ditemui tidak sedarkan diri pada 16 Julai lalu dan disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (QEH) pada jam 1.07 petang keesokan harinya.

Kes Zara telah mencetuskan gelombang solidariti masyarakat, dengan pelbagai pihak termasuk pemimpin negeri, aktivis, dan badan bukan kerajaan mendesak siasatan menyeluruh demi keadilan.

LINK BERITA TERDAHULU:
https://sabahmedia.com/2025/08/13/inkues-kematian-zara-qairina-akan-dijalankan-jabatan-peguam-negara/

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/17/sebutan-inkues-kes-kematian-zara-qairina-bermula-esok/feed/ 0 79490
Peguam cadang AGC dakwa individu terlibat membuli Zara https://sabahmedia.com/2025/08/14/peguam-cadang-agc-dakwa-individu-terlibat-membuli-zara/ https://sabahmedia.com/2025/08/14/peguam-cadang-agc-dakwa-individu-terlibat-membuli-zara/#respond Wed, 13 Aug 2025 23:55:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79194
Read Time:4 Minute, 33 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Pasukan peguam yang mewakili keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir mencadangkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) supaya individu yang terlibat dalam perbuatan buli terhadap remaja itu didakwa.

Cadangan itu dibuat susulan pendedahan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar, yang memaklumkan hasil siasatan Pasukan Petugas Khas bahawa wujud keterangan-keterangan yang menjurus ke arah buli sebelum kejadian menimpa Zara.

“Jika keterangan-keterangan (tersebut) boleh dipercayai di mahkamah, kami mencadangkan kepada Jabatan Peguam Negara agar mendakwa individu atau individu-individu di dalam keterangan-keterangan tersebut yang melakukan buli di bawah seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan.

“Di bawah seksyen ini, pesalah boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Apabila langkah ini diambil, inkues tidak perlu lagi diadakan.

“Namun, sekiranya keterangan-keterangan di atas tidak kuat atau tidak mencukupi bagi membentuk satu kesalahan di bawah seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan, siasatan lanjut perlu diteruskan bagi memperkuatkan keterangan-keterangan tersebut. Dalam keadaan ini, inkues perlu diadakan serentak dengan penyiasatan lanjut tadi. Pendakwaan boleh dilakukan kemudian,” menurut kenyataan bersama pasukan guaman.

Pasukan guaman terdiri daripada Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, dan Farrah Nasser.

Peguam turut menegaskan bahawa ‘plot twist’ yang tular di media sosial sebelum ini, kononnya anak guam mereka menjadi punca kematian Zara, adalah tidak benar dan merupakan naratif jahat untuk memfitnah.

“Sidang media (tersebut) juga membuktikan bahawa ‘plot twist’ yang ditularkan beberapa minggu lalu di platform-platform media massa kononnya anak guam kami menjadi punca kematian Zara adalah tidak benar. ‘Plot twist’ itu adalah satu naratif jahat dan jijik yang direka untuk memfitnah anak guam kami dan Zara.”

Pasukan guaman merakamkan penghargaan kepada Datuk M Kumar, JSJ Bukit Aman, serta Pasukan Petugas Khas atas tindakan pantas menyiasat kes berkenaan, di samping menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan.

“Kepada mana-mana individu yang mempunyai maklumat yang boleh membantu siasatan polis di atas, kami merayu agar anda tampil ke hadapan. Salurkan maklumat anda kepada polis. Jika anda takut atau memerlukan bantuan untuk berbuat demikian, anda boleh berjumpa dengan kami.

“Akhir sekali, kami berterima kasih dan menghargai seluruh rakyat Malaysia yang menyokong dan berdoa mencari keadilan untuk Zara. Dalam pada yang sama, elakkan membuat spekulasi yang tidak benar tentang kes kematian Zara,” kata mereka.

Zara yang ditemukan tidak sedarkan diri di bangunan asrama sebuah sekolah agama di Papar disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I), di sini, 17 Julai lalu.

Kejadian itu tular di media sosial, mengundang pelbagai reaksi netizen selepas ia dikaitkan dengan dakwaan kejadian buli di sekolah berkenaan.

Insiden tersebut turut mencetuskan gelombang solidariti masyarakat, dengan pelbagai pihak termasuk pemimpin negeri, aktivis, dan badan bukan kerajaan mendesak siasatan menyeluruh demi keadilan.

Tamat.

https://sabahmedia.com/2025/08/14/peguam-cadang-agc-dakwa-individu-terlibat-membuli-zara/feed/ 0 79194
Peguam Nafi Video Tular Kaitkan Wanita Menjerit Dengan Kes Zara Qairina https://sabahmedia.com/2025/08/10/peguam-nafi-video-tular-kaitkan-wanita-menjerit-dengan-kes-zara-qairina/ https://sabahmedia.com/2025/08/10/peguam-nafi-video-tular-kaitkan-wanita-menjerit-dengan-kes-zara-qairina/#respond Sun, 10 Aug 2025 04:43:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=78920
Read Time:1 Minute, 13 Second

Oleh :  Normimie Diun

Kota Kinabalu — Peguam keluarga kepada pelajar, Zara Qairina, hari ini menafikan kandungan sebuah video tular di TikTok yang memaparkan seorang wanita menjerit-jerit kononnya dikaitkan dengan kes tersebut.

Hamid Ismail berkata, individu dalam video itu bukan Zara dan bukan ahli keluarganya, sambil menggesa orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat palsu yang boleh menambah tekanan emosi kepada keluarga mangsa.

“Itu bukan Zara, dan bukan keluarga Zara. Saya harap netizen tidak menyebarkan perkara fitnah yang boleh menambah tekanan kepada keluarga, terutama ibu Zara yang sedang berada dalam keadaan emosi,” katanya ketika ditemui media di perkarangan Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth I, di sini, hari ini.

Menurut Hamid, proses bedah siasat terhadap pelajar berusia 13 tahun itu telah bermula dan dijangka selesai hari ini.

“Bedah siasat ini akan disiapkan hari ini juga. Selepas itu, jenazah akan dibawa pulang untuk dikebumikan semula di tanah perkuburan yang sama seperti sebelum ini,” katanya.

Mengulas kemungkinan penemuan berkaitan unsur jenayah, Hamid menjelaskan bahawa sebarang maklumat awal yang diberikan sebelum ini adalah laporan awal dan penentuan muktamad hanya akan dibuat melalui laporan bedah siasat lengkap yang lebih teliti.

Beliau turut memaklumkan bahawa siasatan dijalankan secara telus dengan dua imbasan CT Scan dilakukan satu sebelum pengebumian terdahulu dan satu lagi semalam.

“Kedua-dua laporan ini (CT scan) akan dihantar kepada pakar di Semenanjung untuk perbandingan,” katanya.

Hamid menambah, laporan rasmi hasil bedah siasat akan dikeluarkan oleh dua pakar forensik yang menjalankan proses tersebut dan diserahkan secara rasmi kepada pihaknya kelak.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/10/peguam-nafi-video-tular-kaitkan-wanita-menjerit-dengan-kes-zara-qairina/feed/ 0 78920
Bedah Siasat Zara Qairina Berlangsung Dengan Kehadiran Pakar Forensik Dari Serdang – Peguam https://sabahmedia.com/2025/08/10/bedah-siasat-zara-qairina-berlangsung-dengan-kehadiran-pakar-forensik-dari-serdang-peguam/ https://sabahmedia.com/2025/08/10/bedah-siasat-zara-qairina-berlangsung-dengan-kehadiran-pakar-forensik-dari-serdang-peguam/#respond Sun, 10 Aug 2025 03:25:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=78918
Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU, 10 Ogos – Proses bedah siasat terhadap pelajar, Zara Qairina, yang meninggal dunia baru-baru ini, akan dijalankan di Hospital Queen Elizabeth II dengan penglibatan pakar forensik dari Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.

Peguam keluarga, Hamid Ismail, berkata sebelum proses bermula, pakar forensik Dr. Jessie Hiu memberi penerangan kepada ibu mangsa mengenai prosedur berkenaan dan proses berkenaan turut melibatkan Dr. Khairul Anwar, pakar perunding patologi forensik dari Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, yang dijangka tiba sekitar jam 11.30 pagi.

“Bedah siasat akan dilakukan oleh Dr. Jessy bersama Dr. Khairul Anwar dengan bantuan dua pegawai lain. Proses ini dijangka mengambil masa yang panjang, mungkin antara empat hingga lima jam,” katanya ketika ditemui di perkarangan hospital.

Mengulas kehadiran pakar forensik dari Hospital Serdang, Hamid berkata beliau percaya pihak polis mahu memastikan semua elemen keadilan dipenuhi bagi kes Zara Qairina dan mengelakkan sebarang tuduhan tidak berasas.

Menurutnya, selepas proses selesai, Dr. Jessy akan memberikan penerangan awal kepada keluarga mangsa sebelum mayat dibawa pulang ke Sipitang oleh pihak polis untuk pengebumian semula.

“Semasa proses, seorang peguam yang mewakili keluarga, Encik Shahlan, akan berada di dalam bilik pemeriksaan bagi pihak keluarga,” katanya.

Hamid menjelaskan bahawa laporan awal bedah siasat akan dimaklumkan oleh pasukan perubatan, dan mereka mungkin memberikan sedikit maklumat awal pada hari yang sama.

Beliau turut menyeru orang ramai agar bertenang dan terus berdoa supaya keadilan dapat ditegakkan buat Zara Qairina.

“Setakat ini, saya difahamkan pihak polis mengambil langkah yang sangat teliti bagi memastikan siasatan berjalan dengan rapi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/10/bedah-siasat-zara-qairina-berlangsung-dengan-kehadiran-pakar-forensik-dari-serdang-peguam/feed/ 0 78918