ziarah hijrah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 12 Sep 2021 09:50:22 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png ziarah hijrah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Program Ziarah Hijrah Hargai Pengorbanan Petugas Barisan Hadapan https://sabahmedia.com/2021/09/12/program-ziarah-hijrah-hargai-pengorbanan-petugas-barisan-hadapan/ https://sabahmedia.com/2021/09/12/program-ziarah-hijrah-hargai-pengorbanan-petugas-barisan-hadapan/#respond Sun, 12 Sep 2021 09:50:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6200
Read Time:1 Minute, 13 Second

TUARAN: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) menzahirkan penghargaan terhadap pengorbanan petugas-petugas barisan hadapan yang bertugas sepanjang pandemik COVID-19 khususnya di negeri ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, JHEAINS melalui pelaksanaan program Ziarah Hijrah tampil menyerahkan sumbangan bagi menaikkan semangat para petugas selain menghargai nilai pengorbanan mereka.

“Walaupun sumbangan yang diberikan dalam program ini tidaklah sebesar nilai pengorbanan yang dilakukan mereka tetapi diharap dapat menaikkan lagi semangat para petugas. Selain itu pengertian daripada penyampaian sumbangan ini juga sangat penting iaitu diiktiraf, dihormati dan dihargai.  

“Mereka adalah petugas barisan hadapan yang mengabdikan keselesaan diri bagi memberi peluang kepada masyarakat hidup dalam keadaan yang terkawal dan terpelihara,” katanya selepas mengadakan lawatan Sekatan Jalan Raya (SJR) Tamparuli-Ranau dan SJR Tenghilan-Kota Belud di sini, semalam.

Jahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli berkata, JHEAINS kini tidak lagi terhad kepada program keagamaan, ceramah ataupun program dalam surau dan masjid sahaja, tetapi turut membantu dalam urusan-urusan berkaitan isu semasa seperti meringankan beban mereka yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

Dalam program berkenaan, Jahid turut mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) di Dewan Tun Hamdan Tamparuli, Klinik Pekan Tamparuli dan Klinik Pekan Tenghilan.

Program Ziarah Hijrah merupakan anjuran JHEAINS daerah Tamparuli dengan kerjasama Pertubuhan MyAmal Sabah sempena Sambutan Maal Hijrah. 

Hadir sama, Pengarah Jheains Sabah, Datuk Saifulzaman Sangul, Pengerusi Penganjur Program Ziarah Suffian Kundu dan Pegawai Penerangan Daerah Tuaran, Malina Jamarin./Penerangan-

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/12/program-ziarah-hijrah-hargai-pengorbanan-petugas-barisan-hadapan/feed/ 0 6200
Golongan Fakir Miskin, Mualaf & Ibu Tunggal Terima Sumbangan Sempena Program Ziarah Hijrah https://sabahmedia.com/2021/08/31/golongan-fakir-miskin-mualaf-ibu-tunggal-terima-sumbangan-sempena-program-ziarah-hijrah/ https://sabahmedia.com/2021/08/31/golongan-fakir-miskin-mualaf-ibu-tunggal-terima-sumbangan-sempena-program-ziarah-hijrah/#respond Tue, 31 Aug 2021 01:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5568
Read Time:1 Minute, 24 Second

TAMPARULI: Hampir 100 penerima dari dua buah daerah kecil disini menerima sumbangan menerusi Program Ziarah Hijrah 2021 peringkat daerah kecil Tamparuli dan Kiulu.

Penerima sumbangan membabitkan golongan fakir miskin, mualaf dan ibu tunggal dari Kampung Kauluan, Kampung Tambulaong, Kionsom Lama, Kionsom Rangalau Baru, Malangang dan Pusat Perlindungan Orang Buta Tuaran.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, program berkenaan diadakan bagi membantu golongan memerlukan dalam situasi Pandemik COVID-19.

“Selain mengisi aktiviti sambutan Maal Hijrah, program ini juga mampu menyemarakkan lagi semangat masyarakat bagi menyambut bulan Kebangsaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang,” katanya dalam program itu baru-baru ini.

Hadir sama, Penolong Pegawai Daerah Kecil Tamparuli Herman Tunggiging, Penolong Pegawai Daerah Kecil Kiulu Justin Ginduk, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tamparuli, Madin Anak, PPM Kiulu Golubi Guntarek, Ketua Bahagian Pengurusan Daerah (KBPD) Ibu Pejabat Polis Daerah Tuaran ASP Raji Hussin Suhodin, Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah Jilias Lintar dan Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Zakat dan Fitrah MUIS, Iwansuzairie Hari.

Dalam pada itu, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai turut menyambut baik program berkenaan dan menyifatkannya sebagai program yang unik kerana selain Islam, ia turut melibatkan masyarakat dari agama yang lain.

Terdahulu, Pengerusi Penganjur, yang juga Pegawai Tadbir Agama, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Daerah Kecil Tamparuli Suffian Kundu berkata, pihaknya menghargai sumbangan pihak Pusat Zakat Sabah sepanjang program itu.

Selain ziarah kepada masyarakat Islam, mereka turut menyampaikan bantuan bakul makanan kepada penduduk golongan sasar dan mengadakan kempen kibar Jalur Gemilang bagi menyemarakkan lagi semangat menyambut bulan kebangsaan.

Sumbangan bakul makanan telah disampaikan oleh Jahid dan Joniston di kawasan masing-masing.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/31/golongan-fakir-miskin-mualaf-ibu-tunggal-terima-sumbangan-sempena-program-ziarah-hijrah/feed/ 0 5568