Zon – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 09 Aug 2021 12:51:47 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Zon – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 COVID-19: Hampir 100 peratus zon merah melitupi semua kawasan daerah di Sabah https://sabahmedia.com/2021/08/09/covid-19-hampir-100-peratus-zon-merah-melitupi-semua-kawasan-daerah-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/08/09/covid-19-hampir-100-peratus-zon-merah-melitupi-semua-kawasan-daerah-di-sabah/#respond Mon, 09 Aug 2021 12:51:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4377
Read Time:59 Second

KOTA KINABALU: Analisis menunjukkan peningkatan kes harian COVID-19 di Sabah menyaksikan hampir 100 peratus daripada 28 daerah di negeri ini bertukar status kepada zon merah.

Sabah masih mencatat jumlah kes positif COVID-19 sebanyak 1247 kes hari ini penurunan sebanyak 132 kes berbanding 1,379 kes yang dicatatkan semalam selain turut merekodkan sebanyak 11 kes kematian di negeri ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, daerah Kota Kinabalu masih mencatat bilangan kes baharu yang tertinggi iaitu 310 kes dengan penurunan sebanyak 41 kes, diikuti dengan Tawau 206 kes dengan kenaikan 46 kes, Penampang 127 kes dengan kenaikan 14 kes.

Katanya, daerah yang berada pada jumlah 50 ke atas kes iaitu Tuaran 91, Sipitang 70 kes, Putatan 55 kes dan Sandakan 52 kes.

Manakala Beaufort 49, Kota Belud 48 kes, Keningau 46 kes, Papar 45 kes dan Telupid 36 kes.

Walau bagaimanapun, kata Masidi, daerah Tongod adalah satu-satunya daerah yang tidak mencatatkan sebarang kes baharu pada hari ini.

“Secara keseluruhan, 62% atau 770 kes hari ini adalah daripada Saringan Kontak Rapat, 24% atau 295 kes adalah daripada Kategori Bergejala dan 7% atau 87 kes adalah daripada Saringan Kluster Sedia Ada,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/09/covid-19-hampir-100-peratus-zon-merah-melitupi-semua-kawasan-daerah-di-sabah/feed/ 0 4377
Proses Vaksinasi di Zon Pedalaman Sabah Berjalan Lancar https://sabahmedia.com/2021/06/22/proses-vaksinasi-di-zon-pedalaman-sabah-berjalan-lancar/ https://sabahmedia.com/2021/06/22/proses-vaksinasi-di-zon-pedalaman-sabah-berjalan-lancar/#respond Tue, 22 Jun 2021 04:29:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1718
Read Time:2 Minute, 18 Second

KENINGAU: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia (Ekonomi) Datuk Arthur Joseph Kurup mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Masyarakat Sook hari ini.(22 Jun)

Arthur berkata, sehingga 18 Jun 2021, penerima vaksin di seluruh Negeri Sabah berjumlah 306,280 orang bagi dos pertama, dan 122,485 orang bagi dos kedua , manakala bagi Zon Pedalaman Sabah, Daerah Keningau, Daerah Nabawan, Daerah Tenom dan Daerah Tambunan pula adalah sebanyak 28,140 orang bagi dos pertama, dan 11,755 orang untuk dos kedua.

“Ini menunjukkan kadar vaksinasi adalah 10.44% bagi dos pertama dan 4.18% bagi dos kedua, daripada populasi Sabah dan proses pemberian vaksin dilihat telah berjalan dengan lancar,” kata Arthur yang juga Ahli Perlimen Pensiangan.

Dalam pada itu, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Masyarakat Sook yang mula beroperasi pada 21 Jun 2021 dijangka dapat mencapai kapasiti sehingga 400 dos sehari (dos satu dan dos 2).

PPV ini membolehkan lebih ramai masyarakat di Daerah Kecil Sook dan kawasan sekitarnya mendapatkan suntikan.

Ini akan dapat meningkatkan kadar vaksinasi dalam kalangan rakyat khususnya di kawasan pedalaman Sabah dengan lebih cepat.

Dalam perkembangan lain, Sebanyak lima PPV di kawasan Parlimen Pensiangan sedang beroperasi iaitu di Klinik Kesihatan Nabawan, Dewan Masyarakat Sook, Balai Budaya Salarom Taka, Klinik Kesihatan Pagalungan, dan Klinik Kesihatan Pensiangan.

Jesteru itu, permohonan kepada Jawatankuasa Penyelaras Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 telah dibuat bagi membuka satu lagi PPV di Daerah Nabawan iaitu di Dewan Masyarakat Nabawan untuk menampung bilangan penduduk yang ramai.

“Bagi kawasan-kawasan terpencil di pedalaman Sabah yang kurang akses kepada perhubungan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pejabat Daerah akan mengadakan program outreach secara berkala bagi memastikan penduduk di kawasan tersebut mendaftar dan mendapatkan vaksin.

“Kempen kesedaran vaksin juga terus ditingkatkan di kawasan tersebut melibatkan Jabatan Penerangan, KKM, Pejabat Daerah dan MKN bagi memastikan masyarakat faham akan kepentingan vaksin,” katanya.

Bagi mengekalkan momentum proses pemberian vaksin, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) dipohon memberi pertimbangan untuk menghantar lebih banyak bekalan vaksin ke negeri ini.

Walaupun terdapat peningkatan jumlah penerima namun masih terdapat ramai dalam kalangan penduduk diluar bandar belum menerimanya atas faktor komunikasi dan perhubungan.

Bagi meningkatkan liputan internet dan talian telefon yang lebih baik, Kerajaan dibawah Program JENDELA akan membina sebanyak 584 menara baharu di seluruh Sabah sehingga tahun 2022 dan sebanyak 40 menara baharu dibina di kawasan Parlimen Pensiangan.

Selain itu, projek menaik taraf jalan dari Sapulut ke Pekan Pagalungan yang sedang dalam pelaksanaan akan dapat meningkatkan akses kepada perhubungan darat yang lebih cepat dan mudah.

Sementara itu, sebanyak lima unit komputer riba dan sepuluh unit khemah serta beberapa peralatan keperluan lain disumbangkan kepada kepada Pejabat Kesihatan Daerah Keningau untuk kemudahan serta keselesaan kepada penduduk semasa proses pendaftaran sehingga ke proses penerimaan vaksin sepanjang Program Vaksinasi di kawasan Parlimen Pensiangan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/22/proses-vaksinasi-di-zon-pedalaman-sabah-berjalan-lancar/feed/ 0 1718